Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Presiden Baru Filipina Ditabalkan

TAG 007

Presiden Baru Filipina Ditabalkan
(New Philippine President Sworn In)

Timbalan presiden Gloria Macapagal-Arroyo telah ditabalkan sebagai presiden baru Filipina pada hari Sabtu setelah Joseph Estrada meenrima arahan Mahkamah Tinggi Filipina memecat jawatan yang disandangnya.

Gloria ternyata menahan kesebakan hatinya ketika mengangkat sumpah di hadapan puluh-ribuan para penyokongnya di Edsa Shrine di Manila. Itualh juga tempatnya pada 1986dulu kuasa rakyat marhaen telah mengggarkan bumi Filipina sehingga dictator Ferdinand Marcos tumpas.

“Rakyat Filipino telah melakukannya sekali lagi di tapak bersejarah ini,” kata beliau ketika berucap kepada rakyat jelata yang hadir sambil memuji “Kuasa Rakyat II” yang telah membantu beliau menjadi presiden terbaru republik itu.

“Saya terima tanggungjawab menjadi Presiden Republik ini,” kata beliau kepada rakyat yang ada. “Saya melakukannya dengan semangat penuh keinsafan dan ketakjuban.”

Kedudukan Estradd telah menjadi semakin lemah pada haari Jumaat apabila angkatan tentera dan polis menarik sokongan mereka dan mengalihkan kesetian kepada Gloria Macapagal-Arroyo. Ramai ahli kabinetnya yang meletakkan jawatan untuk memihak kepada kumpulan yang melakukan bantahan.

Para pemerhati berkata inilah Kuasa Rakyat yang berlaku secara songsang. Pada 1986, askar pemberontak bertindak dulu menyanggah Marcos diikuti kemudiannya oleh rakyat marhaen. Minggu yang lalu, rakyat marhaen menggegarkan jalanraya dengan bantahan mereka untuk diikuti pula oleh pasukan tentera.

Bertepatan dengan kata-katanya, Estrada tidak pun meletakkan jawatannya tetapi dilucutkan kuasanya oleh Mahkamah Tinggi yang bertindak pada pagi Sabtu. Beliau keluar bersama ahli keluarganya meninggalkan istana dengan menaikki tongkang, dua jam selepas Macapagal-Arroyo mengangkat sumpah. Beliau telah membuat pengumuman kepada television temptan betapa dia “akan hidup dan mati di negara ini” dan tidak akan lari keluar seperti yang dicadangkan.

Dengan berpakaian jeket berwarna kulit langsat dan baju berwarna kelabu, Estrada nampak keletihan. Dia yang ditemani oleh isterinya Luisa menoleh kepada para wartawan. Kumpulan wartawan itu sibuk siku-menyiku untuk mendapatkan gambaran pasangan itu sebelum mereka melangkahkan kaki menaikki sebuah tongkang yang sedia menunggu untuk membawa mereka ke bahagian selatan provinsi itu. Anak lelaki Estrada, Jinggoy nampak sebak menahan airmatanya.

Sambil memperagakan senyuman paksa, Estrada mengucapkan “Salamat!” ataupun “thank you” dalam bahasa Tagalog dan memberikan tabik hormat terakhir kepada para pengawalnya.

Sebelum itu dia ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia “mempunyai banyak kesangsian” mengenai kesahihan dan ketepatan mengikut perlembagaan akan perlantikan Gloria Macapagal-Arroyo. Namun, dia lebih selesa melepaskan jawatan untuk kebaikan negara.

“Saya tidak ingin menjadi satu faktor yang menghalang pemulihan perpaduan dan keselamatan masyarakat negara kita,” katanya.

KUASA RAKYAT

Berita keaiban Estrada itu muncul sebaik sahaja puluh ribuan rakyat marhaen yang menunjuk perasaan bergerak ke arah istana rasmi presiden. Di situlah Estrada telah bertahan sedangkan rakyat marhaen semakin galak mahukan beliau meletakkan jawatan. Tunjuk perasana itu berlaku secara aman, hanya di saat terakhir gesaan mereka itu, kumpulan itu telah membolosi sekatan polis sehingga ada di antara mereka yang tercedera.

Pasukan keselamatan istana telah memberikan amaran sebelum itu kemungkianan berlakunya tumpahan darah seandianya para pembantah cuba menyerang istana.

Macapagal-Arroyo, merupakan anak perempuan kepada seorang bekas presiden Filipina. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada rakyat marhaen yang membantunya merangkul kuasa, termasuklah mantan Presiden Corazon Aquino yang pernah mengepalai kebangkitan rakyat marhaen terhadap Marcos pada 1986.

Beliau juga berterimakasih kepada mantan presiden Fidel Ramos dan Ketua Gereja Katholik manila, kardinal Jaime Sin yang telah mengepalai prote 1986 dulu dan juga yang terkini itu. Sin telah memainakn peranan yang besar dalam kempen mengnyahkan Estrada kerana dia menjadi penasihat kepada Macapagal-Arroyo.

Wakil MSNBC Orlando de Guzman telah malporkan daripada manila bahawa beberapa Filipino, tgerutama sekali mereka di kelas menengah, lebih selesa dengan Macapagal-Arroyo daripada populis Estrada kerana sebagai lulusan Harvard, Gloria memang telus dan mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris yang sungguh baik. Lagipun beliau merupakan anak perempuan kepada seorang mantan Presiden Filipina.

Yang pentingnya, mengikut de Guzman, ramai rakyat mengharapkan Gloria akan mampu memecahkan tradisi politik naungan di Filipina.

Sokongan Amerika

Dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah Gloria dan pengunduran Estrada, berakhirlah kebangkitan rakyat marhaen yang memakan masa lima hari lamanya selepas Dewan Senat melakukan pengundian pada hari Selasa yang lalu untuk mengenepikan apa yang sepatutnya bukti penting dalam proses pendakwaan Estrada. Kdutaan Amerika di manila mengalu-alukan perlantikan Arroyo itu.

Kita memang mempunyai hubungan yang kuat dengan Presiden Gloria Macapagal-Arroyo sejak dulu lagi. Kami bersedia mengeratkan hubungan ini seterusnya,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan itu.

Presiden Penuh Kontroversi

Ketika pendakwaan berjalan, Estrada digugat untuk disingkirkan kalau didapati bersalah terhadap salah satu tuduhan terhadapnya – korupsi, rasuah, pecah amanah dan melanggar hukum perlembagaan. Dia mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu.

Antara Tuduhan Terhadapnya:

Rasuah: Bahwa Estrada telah menerima sekitar $8.5 juta daripada pengurus judi haram;

Korupsi: Estrada dituduh menerima $2.7 juta daripada cukai tembakau dan tidak membuat laporan yang betul akan hartanya.

Pecah Amanah: Estrada campurtangan dalam siasatan terhadap seorang kawannya di Suruhanjaya Sekuriti yang bersangkutan dengan satu skandal berkaitan penetapan harga saham;

Menyalahi Perlembagaan: Estrada mengambil peranan dalam bisnes hartanah urusan keluarganya. Sedangkan ada peraturan yang mengegahnya mempunyai kepentingan niaga ketika memegang jawatan presiden.

Sebagai presiden Filipina yang ke-13, pada Jun 30, 1998, Estrada memang sengaja mengundang kontroversi yang menakjubkan rakyat marhaen yang majoritinya beragama Kristian Katholik. Dia memang ditentang oleh Gereja Katholik kerana kelakuannya yang suka berpoya-poya dengan wanita, berjudi, pemabuk dan menghasilkan zuriat di luar nikah.

Popularitinya sebagai pelakon filem terkenal satu ketika dulu dan personaliti yang dilakonkannya telah mempersonakan rakyat marhaen untuk menyokongnya. Pengaruhnya itu memang menakjubkan golongan miskin walaupun dia tidak diterima secara selesa oleh kumpulan ningrat dunia politik.

Gloria Macapacal-Arroyo telah menyindir cara hidup Estada dalam ucapan utamanya. Dia berjanji “untuk menonjolkan satu budaya kerja yang anggun” dengan menekankan betapa pentingnya melaksanakan tugas daripada berpura-puraan.

“Jawatan presiden bukannya satu jawatan untuk berseronok-seronok, ia adalah satu jawatan di mana seseorang itu perlu bekerja keras,” katanya.

Secara kebetulan, Macpagal-Arroyo telah mengangkat sumpah sebagai presiden Filipina yang ke-14 beberapa jam sebelum George W. Bush mengambil upacara yang serupa di Washington. Mereka berdua adalah anak kepada bekas presiden negara mereka.

-MSNBC Staff And Wire Reports-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com