Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apa sepatutnya Ajinomoto lakukan di Indonesia

TAG 006

Apa sepatutnya Ajinomoto lakukan di Indonesia
(What Ajinomoto Should have Done In Indonesia)

Warren Caragata: Asiaweek Monday January 15, 2001.

Syarikat gergasi Jepun yang mengeluarkan bahan perasa; AJINOMOTO telah ditangkap menggunakan bahan khinzir untuk mengeluarkan MSG dengan berlabelkan ‘HALAL’ pada produk itu. Sepatutnya syarikat itu telah menggunakan Tylenol untuk meredakan keadaan. Tylenol memang mujarab untuk menenangkan sakit kepala, kesan daripada masalah yang melanda penduduk Indonesia di mana 80% daripada jumlahnya beragama Islam yang menegah umatnya memakan apa juga hidangan yang mengandungi daging jenis itu. Preskripsi Tylenol itu tentu mampu membantu syarikat menangani isu itu dan boleh menjadi satu ingatan kepada semua para eksekutif syarikat di mana juga mereka berada mengenai cara yang sepatutnya dilakukan bila berdepan dengan masalah yang sama.

Sepatutnya mereka meniru tindakan Johnson & Johnson, pengeluar terkenal ubat penahan kesakitan itu ketika syarikat itu menghadapi masalah pada 1982. Ketika itu ramai pembeli yang mati kerana memakan Tylenol yang telah disuntik dengan racun pembunuh. Ketua pegawai operasi, James burke telah mengambil balik semua Tylenol yang dijual di seluruh dunia, bukan sahaja yang terjual di Amerika Syarikat yang ketika itu memang disuntik dengan racun itu. Tindakan itu memang mengakibatkan syarikat kerugian besar. Tetapi ia telah menyelamatkan jenama ubat itu dan menjadikan Johnson & Johnson lebih terkenal kerana bingkas dan berani bertindak ketika diserang krisis.

Dulu, Bridgestone/Firestone dan kini Ajinomoto menunjukkan bahawa mereka belum matang menangani masalah besar seperti yang dihadapi itu. Kalaulah Ajinomoto meniru tindakan Johnson & Johnson dulu, mereka tidak perlu menghadapi sebarang masalah besar. Majlis Ulama Nasional Indonesia, yang memberikan perakuan kepada kesahihan makanan halal, telah menjumpai betapa syarikat itu telah menukar proses pengeluarannya dengan menggunakan enzaim yang diperolehi daripada khinzir – dan tidak lagi daripada lembu- untuk mengeluarkan MSG (Mono Sodium Glutamate). Walaupun tidak ada daging khinzir yang terbabit secara terus dalam pemprosesan itu, Majlis itu telah memberitahu Ajinomoto betapa pengeluarannya tidak lagi sesuai untuk dijual kepada orang Islam.

Sepatutnya di waktu itu, Ajinomoto bertindak ala Johnson & Johnson dan menarik semua barangan yang masih terjual di kedai-kedai. Sebaliknya, syarikat Jepun itu terus mengeluarkan barangnya dan masih melabelkan keluaran itu dengan tanda ‘HALAL’, sedangkan kandungannya memang sah ‘HARAM’ kepada orang Islam.

Akhirnya pada bulan Disember, Majlis Islam itu telah membuat pengumuman yang mengejutkan. Kerajaan bertindak dan mengarahkan syarikat menarik balik sekitar 3,000 ton perasa itu daripada kedai. Enam orang pegawai syarikat ditangkap dan dibebaskan kemudiannya. Mereka berkemungkinan didakwa kerana melanggar undang-undang perlindungan konsumer Indonesia. Kilang itu telah diarahkan tutup dan polis telah diarahkan mengawalnya sebagai berjaga-jaga kalau-kalau ada konsumer Islam yang marah dan menyerang kilang itu. Di Tokyo, saham Ajinomoto terus merudum.

Kini, syarikat itu telah menempah iklan yang luas di semua akhbar di seluruh Indonesia; “PT Ajinomoto Indonesia dengan ikhlasnya memohon maaf kepada rakyat Indonesia keseluruhannya, terutama sekali umat Islam, kerana keluaran kilang, yang telah mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat – sesuatu yang kami benar-benar tidak jangkakan,” demikian kata-kata iklan itu. Penjualan MSG yang menggunakan bahan khinzir kini, menekan Ajinomoto sehinggakan imej korporatnya turut tercemar. Semakin banyak syarikat Jepun yang menjadi gusar kalau-kalau masalah Ajinomoto itu merebak menjangkiti syarikat mereka pula. Masalah Ajinomoto mungkin terpalit kepada mereka kalau-kalau sentimen anti-Jepun meledak. Sentimen seperti ini memang mudah meletup di Indonesia.

Jepun merupakan pelabur asing terbesar di Indonesia. Ia sudah dituduh memihak kepada Marubeni, dalam kemelut yang menghantui si pemiutang Chandra Asri, sebuah kompleks petroleum di Jawa barat. Pada tahun yang lalu, bank Agen Pemulihan Indonesia ( Indonesian bank Restructuring Agency) telah menukar perjanjian lama di antara Chandra Asri dengan Marubeni Corp, untuk memihak kepada syarikat Jepun yang memberikan hutang itu. Pengkritik di Indonesia tidak puas hati dengan perjalanan agensi itu. Seorang pegawai tinggi agensi itu telah meletakkan jawatan dengan menuduh kerajaan Indonesia sengaja memihak kepada kerajaan Jepun.

Inilah keadaannya di Indonesia. Politik mudah campur tangan dalam kisah perdagangan seperti yang terjadi kepada Ajinomoto. Presiden Abdulrahman Wahid (Gus Dur) yang merupakan seorang ‘kiai’ telah menyatakan bahawa barangan Ajinomoto adalah halal kerana ia hanya menggunakan enzaim yang diproses daripada khinzir. Majlis agama Islam tidak bersetuju dengan pendapatnya. Wahid juga mengatakan bahawa skandal itu telah digunakan oleh puak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya. Keadaan kerajaannya memang sudah tenat, kerana itu dia membuat kenyataan seperti itu setiap hari.

Masalahnya terletak kepada keengganan Ajinomoto menarik balik semua barangannya sebaik sahaja masalah itu tercetus. Ajinomot sepatutnya tidak menunggu untuk menilai dan berharap nasib akan menyebelahinya. Mungkin di satu hari nanti tercetus lagi krisis seperti ini. Semua eksekutif syarikat yang dihantui kemelut begini akan mencari jawapannya mengikut kaedah Tylenol itu.

-Warren Caragata-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua

Catatan Penterjemah;

Bagaimana dengan peket Ajinomoto yang diimpot oleh Malaysia daripada Indonesia dan Singapura yang menerimanya daripada Jakarta?. Bagaimana pula dengan bahan kasar yang digunakan oleh Ajinomoto Malaysia???? Pergilah ke kedai borong dan mintalah Ajinomoto yang berpeket. Anda boleh membelinya yang berisi dalam peket tetapi tidak ada sebarang jenama di sana. Halalkah barang itu? Anda tidak perlu Tylenol untuk mengetahui jawapannya. Mungkinkah isu Ajinomoto akan muncul seandainya isu perpaduan Melayu gagal diterima oleh orang melayu?

–MT-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com