Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bebanan Negara

Bebanan Negara
(National Burden)
Oleh: S. Jayasankaran/Kuala Lumpur.
The Review Issue cover-dated January 25, 2001

Rancangan penswastaan Malaysia yang dilancarkan dua tahun yang lalu telah diusulkan dengan tujuan untuk melompat ke hadapan agar mampu bertapak di gelanggang Dunia Utama, memperbaikki statusnya di Dunia Ketiga. Tetapi, sejak krisis ekonomi yang melanda rantau Asia, beberapa ribu projek penswastaan yang berbentuk mega telah dimiliknegarakan semula dengan kesannya yang memudaratkan pembayar cukai kerana kos yang bernilai puluhan billion ringgit banyaknya dan hutang bertapuk yang tidak terlangsai. Pada bulan Disember (2000) sahaja kerajaan telah menjanjikan 7.8 bilion ringgit (USD2.1 bilion) untuk membeli balik dua syarikat aliran transit ringan yang mempnyai beban hutang yang berat; dan sebanyak 29% saham dalam Malaysian Airlines (MAS), syarikat penerbangan negara yang sedang nazak keadaan kewangannya. Usaha membeli balik itu walaupun sudah memang dijangkakan, telah mencetuskan satu kerisauan terhadap dasar penswastaan negara yang diadun mengikut acuan tersendiri. “Kini timbul satu anggapan yang jelas adalah bukan menjadi satu masalah untukigagal menguruskan rojek yagn besar-besar kerana kerajaan boleh dijadikan tempat bersandar.”Demikian pendapat soerang ketua ekskutif sebuah syarikat yang besar. “Tidak perlu risau akan risikonya.”

Ramai pengkritik berpendapat bahawa usaha penswastaan kerjaan Malaysia itu bermula dengan langkah yang sumbang pada 1983 dulu. Terlalu banyak projek yang diberikan berasaskan pilihan politik tanpa saingan terbuka. Lagipun, sekitar 1990-an dulu, kaedah penilaian projek dilakukan dengan penuh kepalsuan. Kerja-kerja penaksiran sengaja digembar-gemburkan, selari dengan kemudahan kredit bank yang dipermudahkan.

Ketika krisik sekonomi memuncak pada 1997, Kuala Lumpur berikrar untuk memperbaiki keadaan. Namun, kerajaan terus memberikan projek yang mewah dan berbentuk mega kepada syarikat yang mempunyai hubungan politik teapi mempunyai pengalaman haprak dalam bisnes yang difaraidkan itu. Para pegawai yang bertanggungjawab masih lagi tidak mahu mendengar suara rakyat marhaen seperti yang pernah mereka janjikan.

Contohnya ialah ‘SPLASH’ yang merupakan syarikat yang pertama menerima satu projek mega sebaik sahaj krisi ekonomi itu reda. Syarikat ini mendapat satu konsessi yang bertempoh 30 tahun lamanya untuk menguruskan dan membina dua loji merawat air dan sebuah empangan di Sungai Selangor untuk membekalkan air ke Lembah Kelang. Inilah kawasan industri yang paling luas di negara ini. Para pencinta alam telah menolak pembaziran yang bernilai 2.1 bilion ringgit ini. Mereka menentang projek itu kerana ia akan menenggelamkan 600 hektar kawasan lembah yang terkenal kerana kemudahan berakit di air tawar dan satu kawasan semula jadi yang sungguh indah. Projek itu diteruskan juga tanpa sebarang tender dan diserahkan kepada seorang anak-didik Menteri Kewangan Daim Zainuddin. Kerja-kerja awal sudah pun dimulakan.

Ramai rakyat Malaysia dan juga pelabur luar yang semakin resah memerhatikan perancangan negara yang selama ini mengikut selera Perdana Menteri mahathir Mohamad yang masih tidak berubah seperti yang dijanjikan oleh pihak yang berkuasa. Mereka semakin curiga melihatkan beberapa projek yang dianggap akan menjadi isu hangat di masa depan. Pemberian projek penswastaan dan usaha menyelamatakan para indivdu pilihan telah menjadi isu hangat di kalanaan parti pembangkang pada pemilu 1999 dulu. Semua ini mula dipertikaikan oleh pelabur asing apakah Malaysia mempunyai wibawa sebagai tempat melabur dengan selamatnya.

“Nampaknya sdikit sangat perubahan yang dilakukan dalam pengagihan projek untuk diswastakan,” kata Yeoh Keat Seng, ketua Malaysiastreet.Com, sebuah syarikat penyelidikan pelaburan yang beroperasi secara ‘on-line’. “Kerana itu ramai yang beranggapan memang tidak ada perubahan langsung” sejak berlakunya krisis kewangan Asian itu.

Ketika ekonomi melonjak naik sepanjang dua dekad dulu, para pengkritik dasar penswastaan telah diam membisu kerana lonjakan ekonomi itu yang besar. Peniaga swasta telah diberikan kontrak untuk membina lebuhraya, opelabuhan, lapangan terbang, stadium, landasan system aliran ringan, dan jaringan telekom. Dengan tidak membabitkan diri membina projek itu semua, kerajaan mengumumkan betapa ia telah menjimatkan 7 bilion ringgit dalam bentuk kos operasi dan 132 bilion ringit dalam kos pembikinan sejak 1983. Inilah yang memudahkan Kuala Lumpur menurunkan cukai korporat sebanyak 28% daripada tahp 40% pada pertengahan 80-an dulu. Di samping itu, walaupun syarikat swasta merupakan 5% daripada jumlah syarikat yang tersenarai di bursa saham tempatan, sumbangan mereka kepada jumlah modal adalah sekitar 25%.

Mungkin yang penting lagi, penswastaan adalah merupakan satu alat yang difikirkan berkesan untuk mengagihkan kekayaan kepada bumiputra. Sebenarnya bumiputra pilihan yang menerima hadiah yang besar-besar itu mungkin memunyai hubungan yang kuat dengan UMNO. Tetapi itulah caranya Kuala Lumpur mencipta satu ‘Kelas’ perdagangan dan industri yang setara dengan rakan Cina mereka yang memang sudah lama berada di kelas itu. Seperti yang pernah diulang-ulang oleh Daim, itulah caranya untuk mencipta “Para bilioner Melayu yang mampu bersaing bukan saja dengan kaum Cina malahan juga di pentas dunia.”

Mengharapkan Kepada Kerajaan

Tetapi, bebrapa peniaga berpendapat bahawa dasar kerajaan itu adalah tiket segara untuk menjadi kaya raya. Syarikat-syarikat yang mencadangkan projek prasarana yang besar-besar, tetapi mempunyai pandangan akan kejayaan itu yang masih samar,sanggup mengusahakan kemudaahn kewangan bagi kerja-kerja pembinaan dengan tujuan meraih keuntungan. Mereka berusaha mendapatkan pinjaman janga pendek untuk projek jangka panjang dengan menggunakan saham syarikat sebagai kolateral ataupun cagaran. Mereka usahakan juga pembangunan hartatanah sebagai satu ubat kepada segala penyakit dengan mengharapkan kerajaan memberikan tanah secara percuma sebagai ganjaran membuat pembangunan lain seperti jambatan sebagai contohnya. Para konsumer yang dipasak dengan putaran minda bahawa penswastaan adalah bertujuan meningkatkan kecekapan, jarang sangat memahaminya kerana tidak pernah melihat kesannya yang dikatakan berakhir dengan penurunan harga-harga.

Apabila kemerosotan ekonomi semakin ketara bank-bank pun mula menarik balik kemudahan berhutang sehinggakan apa yang tertegak denan megahnya, hampir tumbang serta merta. Terbeliaklah mata ramai perencana betapa kemudahan yang disuapkan kepada syarikat besar yang mengendalikan projek mega sebenarnya menidakkan mereka peluang untuk mempelajari cara menangani cabaran untuk membesar dengan berani. Itulah sebabnya, seabik sahaja ekonomi merudum pertolongan kerajaan untuk memulihkan syarikat-syarikat pilihan ini terus datang berdentum.

Pada 1998, Kuala Lumpur telah membayar sekurang-kurangnya 200 juta ringgit kepada Ekran. Inilah syarikat yang pada mulanya diberikan projek empangan hidro bakun yang bernilai 12.6 bilion ringgit. Pembayaran itu “adalah bagi kerja-kerja yang sudah dilaksanakan” seprti yang telah dibentangkan di Dewan Parlimen. Pada bulan Disember, Petronas telah terlibat juga, untuk mengambilalih pembuat kereta negara Proton dan membayar DRB-Hicom, pemilik swastanya yang memerlukan duit, sebanyak 981 juta ringgit.

Kuala Lumpur juga telah membayar lebih 60 juta ringgit pada 1999 kepada pemegang konsessi lebuhraya kerana kerja-kerja membina jalan bertol tetapi tidak mampu menarik kenderaan menggunakannya. Pada awal 2000, kerajaan persekutuan telah mengambil alih syarikat yang mengendalikan sistem saluran najis yang mempunyai hutang yang sungguh tinggi dan membayar hampir 200 juta. “Kami perlu membantu syarikat yang menghadapi masalah kerana kami yang memberikan lessen itu kepada mereka,” demikian yang dijelaskan oleh Menteri Kerjaraya Samy Vellu.

Kerja-kerja menyelamatkan projek tersebut, walaupun dihenyak alasan sosial dan moral, akan menaikkan lagi kos kerja penswastaan. Tentunya tindakan ini akan memberi bebanan yang lebih berat terhadap penyata kewangan kerajaan. Kos menyelamatkan MAS dan dua system transit ringan, adalah bersamaan dengan 8% daripada bajet (belanjawan) kerajaan persekutuan. Kebanyakan wang yang diperlukan ini terpaksa didapatkan dengan cara menjual bon kerajaan.

Sebaliknya tidak ada seorang pun usahawan yang terlibat dalam proses penyelamatan ini yang didakwa ataupun diaibkan kerana kegagalan mereka. Contohnhya, orang-orang yang membina system rel transit ringan pada asalnya dan dibantu pula setelah kerugian, masih lagi merupakan kumpulan yang dicadangkan untuk menguruskan usaha itu. Syarikat Tajuddin Ramli (MHS kemudiannya Naluri - penterjemah) yang membeli saham MAS dulu dengan harga 8 ringgit sesaham pada tahun 1992, telah dibayar dengan harga yang sama pada tahun 2000 untuk melepaskan saham itu, atas nama ‘kesaksamaan’. Tindakan ini dianggap oleh para analis sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal. Kerajaan telah sengaja melupakan bayaran dividen yang dikeluarkan ketika MAS meraih keuntungan. Begitu juga dengan kerugian MAS sebanyak lebih satu billion ringgit di antara 1998 hingga 2000, hutang bertapuk sebanyak 8 bilion ringgit dan harga saham masakini sekitar 3 ringgit.

Tindakan menyelamatkan MAS itu telah mencetuskan sanggahan yang meluas sehingga disiarkan oleh media tempatan yang selama ini memang mudah bersikap dingin. Kesannya, kerajaan terpaksa bersikap “bertahan” seperti yang dinyatakan oleh Jomo Sundram seorang pakar ekonomi dan pengkritik keras penswastaan. Dia fikir perkara ini adalah satu kemajuan yang penting. “Mereka sudah sedar kini bahawa dasar lintang-pukang akan terus ditentang,” katanya. “Kerajaan terpaksa lebih berhati-hati.”

Menteri-menteri kerajaan pun mulalah bersuara lantang bahawa mereka akan lebih ‘berhati-hati’ dalam pemberian projek di masa akan datang. Pada Disember lalu, seorang pegawai kanan kerajaan telah memberitahu REVIEW betapa kerajaan sudah menggantung beberapa projek yang septutnya sudah diagihkan. Ini termasuklah satu projek IT yang terpaksa diperam dulu kerana kritikan rakyat marhaen.

Sehingga kini, masih tidak banyak perubahan yang dapat dilihat. Beberapa projek penswastaan yang terbaru masih tidak juga ada ketelusannya. Pada bulan Oktober, sebuah syarikat yang tidak dikenali ramai, Diligent Network, telah diberikan satu projek bernilai 1 bilion ringgit untuk membekalkan komputer kepada semua hospital kerajaan. Pada akhir Disember, Menteri Kerjaraya Samy Vellu telah mengumumkan nama tiga syarikat yang diberi kontrak menyelia jalanraya. Salah satu syarikat itu tidak pun pernah didengar namanya sebelum ini.

Para analis mentaksirkan, untuk tempoh sepuluh (10) tahun yang akan datang, projek yang akan diagih-agihkan itu bernilai lebih 70 bilion ringgit banyaknya. Dalam soal penswastaan itu, Malaysia akan terus melakar masa depannya dengan segala keangkuhan yang terdaya.

-S. Jayasankaran-
The Review, 25 January 2001

.........................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com