Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Masyarakat Yang Dilupakan

Masyarakat Yang Dilupakan
(Forgotten community)
Oleh: Santha Oorjitham/ Kuala Lumpur

Panjalai Venkatraman, ialah seorang balu berusia 60 tahun yang tinggal dengan keluarga anaknya di sebuah rumah papan di sebuah kawasan yang dulunya sebuah ladang getah di Selangor. Pada 1993, dia berhenti kerja sebagai seorang penoreh getah apabila majikannya menjual ladang itu kepada seorang pemaju perumahan. Di Selangor ada satu undang-undang yang memestikan para majikan menyediakan kediaman alternatif kepada pekerja yang diberhentikan. Panjalai tidak pernah menerima haknya itu. Kerana itu dia bertegas untuk menetap di situ sehingga rumah yang dijanjikan itu diberikan kepadanya. “Walaupun saya semakin tua, saya akan lawan sehingga saya diberikan rumah seperti yang mereka janjikan,” kata Panjalai dengan berani. Kisah Panjalai merupakan cerita duka di sebalik kejayaan ekonomi Malaysia. Di sebalik segala gambaran yang memaparkan kerukunan perkauman dan peluang perkerjaan kepada semua, ramai di kalangan masyarakat India yang tidak mempu menikmati kemudahan perumahan, pendidikan dan pekerjaan. Sekitar 54% kaum India bekerja di ladang-ladang ataupun sebagai pekerja di bandar-bandar dan gaji yang mereka terima itu tidakpun berubah mengikut peredaran masa. Ketika Panjalai dan suaminya memulakan kerja sebagai penoreh getah pada 1960, mereka dibayar gaji bulanan sekitar 250 ringgit sebulan (USD81). Tiga puluh tahun kemudiannya, pendapatan mereka bertambah sebanyak 50 ringgit sahaja.

Kaum India memang berada jauh di belakang kaum-kaum yang lain. Walaupun jumlah mereka merupakan 7% daripada jumlah penduduk negara, mereka menyumbang kepada 63% daripada kumpulan yang ditahan di bawah Ordinans Dharurat kerana kesalahan jenayah. Begitu juga, mereka menyumbang kepada 41% pengemis negara dan 20% pendera kanak-kanak. Mereka juga berada di tahap terbawah dalam ujian penilaian sekolah rendah. Sekitar seorang daripada setiap 12 kanak-kanak India tidak pun belajar di sekolah rendah. Mengikut ahli Sains Politik P. Ramasamy, “kaum India telah menjadi satu masyarakat yang terpinggir”

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu program bertujuan memberikan ruang hak keistimewaan dengan tujuan menyediakan orang Melyu dan Bumiputra peluang yang lebih baik daripada kaum lain. “Usaha menerapkan pembangunan ekonomi menyebabkan kaum minoriti dipinggirkan,” kata Ramasamy. Pada satu ketika dulu amai orang India yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam, tetapi jumlahnya menurun disebabkan kuota untuk Bumiputra. Brebeza dengan orang Cina, kaum India tidak mempunyai kuasa ekonomi untuk mengimbangi kesan DEB; lagipun bilangan mereka memang berkurangan untuk menyerlahkan pengaruh politik. Kesannya dapat dilihat kepada wujudnya sebuah negara yang berpecah mengikut perkauman dan kelas ataupun kasta.

Memang terdapat pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah orang India. Ramasami berkata sekolah yang menggunakan Bahasa Tamil hendaklah dibaikpulih dengan kemudahan yagn lebih baik lagi. Ada pula yang berpendapat, kanak-kanak India harus menerima pendidikan di sekolah Melayu dari awal lagi untuk mengelakkan masalah penyesuaian, nanti. Kumpulan Suqui telah mendesak agar program keistimewaan diberikan mengikut kehendak yang muncul.

Kerajaan berkata ia memang menolong masyarakat India. Malaysain Indian Congress, MIC memang menyediakan sumbangan untuk pinjaman perniagaan kecil-kecilan dan bantuan kewangan untuk para pelajar. Semua itu tidak meyakinkan Penjalai, yang berpendapat MIC tidak pernah membantu beliau. Keluarganya dan 13 yang lain di ladang getah itu telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk berkempen mendapatkan rumah baru. Tetapi seperti yang dikatakan oleh Marimuthu Nadason, seorang aktivis, Kaum India adalah satu “masyarakat yang dilupakan di Malaysia.” Ia memerlukan tugas yang lebih besar daripada penubuhan jawatankuasa kerja untuk melakukan perubahan itu.

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com