Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rayapan Yang Radikal

Rayapan Yang Radikal
(Creeping Radicalism)
Oleh: Santha Oorjitham
Asiaweek: January 26, 2001.Vol. 27 No.3

Kesengsaraan Zarina di maktab itu bermula pada petang pertama dia membuka tudung-kepalanya di dormitori. Rakan sebiliknya menjadi gugup melihatkan juraian rambut yang berwarna ungu yang terserlah di situ. Angin desas-desus pun bertiup kencang keesokan harinya. Seorang pelajar mendekatinya sambil menjerit “bohsia” kepadanya. Ini adalah satu panggilan yang menghina membayangkan seseorang itu sudah keruntuhan moralnya. Pada hari yang ketiga seorang guru lelaki berucap di hadapan himpunan pelajar dengan berkata: “ Saya tahu ada seorang pelajar di antara kamu yang datang daripada latarbelakang yang samar dan tidak biasa dengan cara hidup ajaran Islam.” Dia mengecap “orang semacam itu” sebagai seorang yang keruntuhan akhlaknya, dan kerap digunakan untuk menggambarkan para pelacur dan penagih dadah. “Saya sedar dia bercerita mengenai diri saya,” kata Zarina, seoroang Melayu Islam berusia 19 tahun. Pada akhir minggu itu dia telah ditumbuk oleh seorang ‘kakak’ di bilik mandi. Zarina keluar dan lari daripada sekolah yang terletak 20 km. di bahagian selatan Melaka. Dia lari tanpa pulang semula. Pengalaman Zarina itu adalah satu bahagian yang kelam dalam kebangkitan Islam di Malaysia. Di waktu yang sama negara itu sedang meminggirkan uansur-unsur perkauman dan keagaman yang mengawani sejarah silam negara dengan mempergiatakan kekuatan identiti keIslaman yang terdapat dalam budaya Melayu. Inilah kaumnya yang merupkan penduduk majoriti. Di beberapa wilayah di utara negara yang memang lama dikuasai oleh pengaruh PAS memang mengamalkan ajaran Islam, tetapi di hari kebelakangan, Kualua Lumpur dan Selangor yang dianggap sebagai wailayah dan negeri yang termoden di Malaysia, telah mula dirasuk trend keIslaman itu. Pada November, majlis agama telah melancarkan satu siasatan ke atas kawasan hiburan di Bangsar Baru. Dua gadis beragama Islam yang berpakaian mini-skirt telah dibawa keluar daripada sebuah bar dan dikenakan tuduhan berpakaian yang tidak menenagkan. Mereka dijumpai dalam ruang niaga yang menjual minuman alkohol. Kini, ramai yang berfikir apakah mereka sedang menyaksikan bermulanya kewujudan satu negara yang tidak bertoleransi terahadap agama lain – apa pula akibatnya nanti kepada orang melayu yang beragama islam dan golongan minority yang bukan beragama Islam.

Apakah sebenarnya di sebalik gelombang baru yang berunsur keagamaan ini? Kesan tekanan yang dibawa oleh keadaan ekonomi yang merudum dan yang lebih penting lagi, krisis politik yang menghantui negara sejak beberapa tahun lalu - khususnya, pengaiban mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim meruapkan faktor utama yang merunsingkan. Ahli politik pembangkang Chandra Muzaffar telah berkata bepata rakyat mencari perlindungan daripada Islam kerana mereka kecewa dengan kerajaan. Pucuk pimpinan telah melanggar norma yang fundamental dalam budaya melayu dan peradaban Islam dalam caranya mengaibkan Anwar Ibrahim,” katanya. Msyarakt Melayu sedang menyerlahkan kekecewaan itu dengan memberi penekanan kepada identiti keIslaman mereka, kerana kumpulan elit yang memerintah dilihat sebagai hidup menyimpang jauh daripada identiti itu.

Sebaliknya, barisan hadapan kebangkitan Islam itu diwarnai oleh mereka yang secara tradisinya dianggap sudah progresif: golongan muda-mudi dan terpelajar. Ajaran Islam berjaya mempengaruhi oraganisai pelajar di Universiti. Seorang pelajar maktab, Pushpa, 21, merupakan seorang gadis India yang merasakan getaran kebangkitan arus islam di maktabnya yang tereletak di pinggir Kuala Lumpur. Puspha memang tidak pernah mengalami sebaran gtekanan untuk menganut ataupun mematuhi nilai-naili Islam, walaupun ramai pemimin pelajar yang aktif dengan usaha mempromosinya. Pada bulan September, mereka telah menganjurkan “Minggu Bertudung”, di mana semua pelajar wanita beragama islam digalakkan memakai tudung kepala. “Semua pelajar wanita diberikan ‘scarves, kata Pushpa. ” “Merka pun menganjurkan satu pertunjukan fesyen menunjukkan model yang memakai tudung dan pakaian Melayu. Mesej yang jelas memberi kiasan bahawa anda masih boleh bergaya dengan berpakaian yang sempurna.”

Oleh kerana unsure mendedahkan identiti Islam itu tidak dilakukan secara sederhana, selalunya kaum wanita kerap terjebak kepada perangkap yang menunjukkan bahagian kegelapan kegelapan trend itu. “Kami dapati segala usaha untuk menguasai wanita dan gadis-gadis muda merupakan manifestasi yang amat penting (dalam kebangkitan Islam itu),” kata Ivy Joseph setiausaha kerja Malaysian Women’s Aid Organisation. Dia menceritakan kisah seorang gadis berumur 22 tahun yang tinggal di Kuala Lumpur dan telah dipaksa menghuni sebuah pusat pemulihan akhlak untuk gadis yang bersalah. Wanita itu telah keluar selalu untuk bertemu seorang pemuda bukan Islam yang tidak dipersetujui oleh ibu-bapanya. Mereka telah mengadukan hal itu kepada majlis agama yang kemudiannya menangkap wanita itu untuk ‘dipulihkan’ di pusat pemulihan akhlak itu. Mengikut undang-undang Malaysia, sesiapa yang berumur melebihi 21 tahun adalah bebas daripada pengawalan ibu bapanya, tetapiadda pula hukum Islam yang diamalkan di negeri-negeri yang membolehkan ibu bapa untuk menguasai anak perempuan mereka yang belum bernikah, tidak kiralah apa umur mereka.

Di pusat pemulihan yang sebenarnya untuk pemulihan penagih dadah, wanita itu bersama empat orang lain seperti dia disuruh bekerja sebagai orang gaji (pengasuh) di rumah kediaman ketua institusi itu. Kelas ‘pemulihan’ yang dilakukan leh pegawai di situ ialah dengan cara menyuruh setiap wanita di situ masuk ke bilik pegawai itu untuk berbincang. Cara perbincangan bermula dengan bilik itu dikunci dan setiap wanita yang berdepan berseorangan dengan pegawai lelaki itu diarah untuk menceritakan pengalamaannya dan dipaksa mengaku kepada setiap kesalahan yang dilakukannya. Semua pengakuan itu “termasuklah kisah dan aksi-aksi yang dilakukan oleh setiap wanita itu dengan bekas teman lelakinya.” Setelah didera dengan kaedah pemulihan itu, lima wanita itu bertindak keluar secara haram dan mencari perlindungan. Josiah telah membantah perkara itu kepada pihak yang berkuasa mengenai peranan pusat itu yang beroperasi dengan menerima bantuan kerajan. “Kami dapati pusat itu mempunyai lesen untuk memberikan kemudahan pemulihan kepada penagih dadah sahaja,” katanya.

Perdana Menteri Meahathir Mohamad dan UMNO memang cepat melenting menuduh PAS kerana bersikap keterlaluan dalam penghayatan ajaran Islam kerana niat PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam. “PAS memang suka melihat orang Islam memandang ke dalam, berpisah bukan sahaja dengan orang bukan Melayu, malahan juga dengan orang Islam yang terlalu berkawan baik dengan orang bukan Islam,” kata mahathir. Namun, inilah lakonan yang dimainkan oleh UMNO sekarang. Ketika episod anwar bergolak, ramai Melayu Islam, yang merupakan penyokong kuat di akar umbi UMNO, beralih ‘akidah’ untuk menyokong PAS. Dalam usaha meraih kembali sokongan mereka UMNO telah bertindak meniru bebrapa kaedah yang pernah mereka cemuh dulu. Pada tahun yang lalu, Dewan Undangan Negeri Perlis yang dikuasai oleh UMNO telah meluluskan rang undang-undang Murtad di mana setiap yang murtad dihantar untuk menjalani pembersihan di pusat pemulihan. Undang-undang yang lebih ketat, mengikut Hishamuddin Rais seroang penulis skrip, adalah “merupakan jawapan UMNO kepada tuduahn PAS yang mengatakan mereka kurang Islamik.”

Kumpulan minority memang memberikan tumpuan kepada glombang Islamisasi. “kami tidak mahu perlumbaan di antara PAS dan UMNO berakhir dengan satu proses di mana setiap pihak memberi penekanan kepada menggunakan Islam,” kata S. Vijayaratnam, seorang India yang mempengerusikan Jawatankuasa Hubungan Kaum dalam Gerakan, sebuah parti komponen Barisan Nasional. “Saya amat mengharapkan agar perkara semacm ini tidak berakhir dengan beralkunya perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam semata-mata kerana tujuan politik.” Setiausaha Agong PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas meyakinkan orang bukan Islam agar tidak memikirkan yang bukan-bukan. “Negara Islam dan undang-undang islam kerap dikemukakan (kepada golongan minority) dengan cara dan maklumat yang songsang,” ktanya. “kami masih mencuba memberi penerangan betapa semua itu adalah kerja yang sengaja dibuat untuk menakut-nakutkan.”

Tetapi, penjelasan begitu masih tidak mampu melegakan kumpulan minority dan juga orang Melayu yang berfikiran liberal. “Kalaulah mereka cuba mentafsirkan ajaran Quran ke atas kesenian dan kebudayaan,” kata Hisyamuddin sebagai satu amaran, “Malaysia akan berubah menjadi sebuah negara yang ketandusan budaya.” Dalam hal ini Josiah berpendapat: “kami amat sangsi kalau setiap negeri itu akhirnya dikuasai oleh majlis agama. Sesiapa juga yang menjadi pendakwah agama, tidak kiralah apa agamanya, seharusnya tidak berhak untuk menguasai kehidupan kita.”

Berbalik kepada kisah Zarina, pengajiannya di maktab itu telah ditamatkan. Ibu bapanya mendaftarkannya di sebuah sekolah swasta. Di sana, gadis itu berjaya menyambung pelajarannya dengan penuh keceriaan bersama teman-teman yang berbilang kepercayaan. Namun, kebangkitan Islam itu akan berterusan. Hanya masa akan menentukan bilakah jengkauan panjang yang ada pada ajaran agama yang radikal mampu merayap mencecah halaman toleransi yang dijangkakan.

-Asiaweek-

.............................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
Catatan: Simpanlah artikel ini, kalau boleh tulisan asalnya sekali. Apa yang dikatakan agama radikal ini adalah satu usaha untuk memperlekehkan agama Islam juga. Apakah ada dalang yang menajanya?


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com