Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apakah Reformasi Sudah Basi?

Apakah Reformasi Sudah Basi?
(Is Reformasi Dying?)
Oleh: Charles Hector

KE MANAKAH DENGAN REFORMASI??????

Selama tiga tahun, laungan ‘reformasi’ bergema di seluruh Malaysia. Sudah muncul kini satu koalisi di antara parti politik di pihak pembangkang, yakni PAS, Keadilan, DAP danPRM. Ada juga usaha untuk menubuhkan parti baru seperti PSM dan PRIN (dasar politik yang terakhir itu masih menjadi tandatanya kita).

Pihak pembangkang yang kini lebih terkenal dengan nama Barisan Alternatif (BA) anampaknay telah mengambil alih kepimpinan Pergerakan Reformasi (yang bererti kebangkitan rakyat marhaen terhdap kerajaan yang memerintah).

Pihak media dan juga kerajaan telah melabel pergerakan itu sebagai satu “pergerakan pro-Anwar” (kerana Anwr merupakan mantan timbalan perdana menteri yang disingkirkan) – tetapi, satu kajian rambang di kalangan rakyat marhaen itu menunjukkan bahawa ini bukannya satu pergerakan ahli-ahli parti pembangkang ataupun para simpatian dan bukannya juga kebangkitan pro-Anwar. Ia merupakan satu kebangkitan rakyat marhaen daripada segenap lapis hidupnya, etnik dan kumpulan keagamaan dan kefahaman politik yang berbeza-beza. Mereka bertindak terhadap keadaan negara ditadbir oleh kerajaan yang sedang berkuasa.

Gegaran gema laungan reformasi yagn membelah suasana dari jalanraya Kuala Lumpur, menunjukkan beberapa kisah menarik. Walaupun semakin ramai rakyat marhaen yang menjadi anggota parti pembangkang masih ramai juga yang tidak menjadi ahli man-mana parti. Kenapakah agaknya? Ramai yang keluar berhimpun menyanggah kerajaan yang ada, tetapi ramai juga yang bukannya menyokong kuat koalisi pembangkang itu.

Sistem pendidikan dan pengawalan media di negara ini telah membuatkan ramai rakyat marhaen yang ketandusan idea untuk mencari perubahan. Apakah yang mereka patut lakukan untuk mendesak perubahan? Apakah melalui proses pengundian yang berlaku setiap 5 tahun – ramai yang tidak bersetuju dengan hal ini. Kerana apa? Kerana tidak ada jawapan yang menyeluruh mengenainya.

Ramai yang percaya apa yang diperlukan sekarang ialah rakyat mula terlibat dalam setiap tahap proses membuat keputusan. Mereka harus melibatkan diri dalam Persatuan Penduduk, Persatuan Guru dan Ibubapa (PIBG), persatuan pengguna, kesatuan sekerja, Jawatankuasa Surau dan Masjid, Gereja dan Kuil dan apa juga persatuan yang membabitkan rakyat agar mudah mencadangkan perubahan. Mereka harus berani bersuara lantang meminta keberanggungjawapan kerajaan – bukan sahaja daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri tetapi daripada kerajaan tempatan (majlis bandaran dsbg.).

Perdana menteri dan juga kerajaan yang ada kerap menyarankan agar rakyat menggunakan saluran yang betul – oleh itu kita mesti gunakan saluran itu juga. Ini bererti kita mesti sanggah ahli parlimen dan wakil rakyat DUN dengan masalah yang ada dengan membawa idea baru kepada mereka. Kita perlu mengawasi apa yang telah mereka laksanakan dan apa yang mereka rancangkan. Lagipun mereka adalah “wakil” kita dan “suruhan” kita ntuk menyambungkan pendapat kita, idea dan keputusan kita – bukannya pemikiran mereka ataupun pemikiran parti yang mereka anggotai.

Adalah tidak memadai kalau kita menjerit slogan “anti-Mahathir” setiap hari. Rakyat tidak seharusnya menyerahkan kerja-kerja melakukan ‘reformasi’ kepada ahli politik semata-mata. Tanggungjawab melakukan reformasi ini janganlah diserahkan bulat-bulat kepada wakil rakyat dengan cara memangkah undi di pilihanraya umum yang akan datang. Proses menggerakkan reformasi itu mesti dilakukan di semua tempat.

Usaha untuk mengumpulkan parti pembangkang yang berdaftar sebagai usaha melakukan reformasi adalah satu usaha yang tidak mencukupi. Kalau Barisan Alternatif betul-betul berminat melakukan reformasi, ia mesti bersedia berganding bahu dengan semua organisasi yang melibatkan rakyat marhaen, kerana di situlah letaknya kuasa berbisa barisan reformasi itu sebenarnya. Jika tidak……..fikirlah sendiri apa akan jadinya.

-Charles Hector-

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
Catatan : Ini adalah satu emel yang dikirim oleh Charles Hector kepada Adrian Morris yang dipanjangkan oleh MGG Pillai kepada saya. Tajuknya ialah “Is reformasi dying?”. Kalau diterjemahkan secara literal bererti ‘Apakah reformasi sudah nazak?’.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com