HARAKA, HARAKA , AINA BARAKAH

Berita bahawa KDN memberi tempoh hingga 8 Januari sebelum mengambil tindakan terhadap HARAKAH harus diterima dengan senang hati tetapi satu keazaman bahawa "Mulai 8 Januari 2000, rakyat Malaysia yang menjadi pembaca setia kepada HARAKAH adalah lebih bijak daripada orang upahan UMNO yang mahu menutup akhbar itu". Cuba fikirkan cadangan ini:

a) HARAKAH ada peluang dua issu lagi untuk menemui pembaca setianya seperti cara yang sedia ada. Selitkan satu ruangan khas untuk diisi oleh mereka yang mahu menjadi ahli PAS. Sediakan ruang bahawa mereka memohon menjadi ahli melalui HARAKAH.

b) PAS melalui HARAKAH ataupun dengan kerjasama HARAKAH akan melantik agen untuk mengsahkan kewujudan pemohon dan menerima wang keahlian dan juga sumbangan tempahan HARAKAH, untuk tiga bulan langganan secara yaing minimum. Buat masa ini semua orang seang ketandusan fulus dan mahu berhati-hati dengan perbelanjaan mereka.

c) Naikkan harga HARAKAH menjadi 1.50 sen. HARAKAH hendaklah peruntukkan .50 sen bagi setiap issu yang terjual ini kepada satu tabung khas. Tubuhkan satu badan sukarela seluruh negara bagi penubuhan pusat komputer dan uruskan secara cybercafe ataupun sekolah belajar komputer. Ahli boleh menggunakan khidmat dengan bayaran paling minimum. Kalau HARAKAH dapat dijual sebanyak 600,000 setiap minggu sudah ada 300,000 RM untuk projek ini. Bolehlah HARAKAH menubuhkan Cyberkafe di seluruh pelusuk desa dan dibuka kepada ahli PAS dan juga ahli cyberkafe itu yang tidak berminat menjadi ahli.

d) Kaedah ini membolehkan HARAKAH dibaca oleh setiap insan yang mahukan kebenaran. Pada waktu yang sama PAS hendaklah bersatu dengan semua parti komponen BA untuk mendaptkan satu lesen mengeluarkan sebuah akhbar harian. Buatlah permohonan setiap bulan sehingga diluluskan. Kalau tidak diluluskan pun, masukkan borang setiap bulan secara bergeler. Kita mahu rekod itu sebagai bahan untuk menunjukkan apa yang ditakrifkan sebagai kebebasan di bawah sebuah parti yang sedang nazak.

e) HARAKAH sudah menjadi bacaan kegemaran golongan muda. Secara tgidak lansung ia sudah menarik minat mereka yang di bawah lingkungan enam belas tahun. Bayangkan, mereka inilah nanti yang akan menentukan terkuburnya UMNO dan BN di pemilu yang akan datang, bukannya kita yang sudah ganyut ini.

Tajuk penulisan ini adalah pepatah dalam Bahasa Swahili yang dalam Bahasa Inggeris boleh ditafsirkan seperti "Act in Haste, regret in Leisure". Orang yang selalu melihat pelaburan mereka di Zimbabwe, Kenya dan Tanzania PASti faham akan maksud pepatah ini.

Kalau Paklah. Zam dan Zaharah nak tahu juga makna Melayunya bolehlah kita katakan: 'Bertindak secara tergesa-gesa pasti tidak ada berkatnya.'

Apa pula pendapat anda???

Jihad99
30.12.99