Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kad Laporan Prestasi Melayu Singapura

Kad Laporan Prestasi Melayu Singapura
(Report Card On Malays ‘Convincing’)
Oleh: Ahmad Osman – The Straits Times Singapore Prime News

Gambaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Goh Chok Tong betapa masyarakat Melayu telah maju sejak satu dekad yang lalu dan tidak terpinggir adalah satu kisah yang meyakinkan. Demikian pendapat Association of Muslim Professionals (Peratuan Profesional Islam) semalam. Perangkaan yang disiarkan oleh Encik Goh dalam ucapannya pada Ahad yang lalu adalah menepati segala penelitian melalui hubungannya dan segala perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat Melayu itu. Perkara ini disebut oleh pengerusi AMP sambil beliau bersetuju dengan seruan yang dibuat oleh Encik Goh agar lebih ramai orang Melayu beusaha untuk melanjutkan pelajaran di universiti dan politeknik di masa akan datang.

“Kami fikir Perdana Menteri telah berkata benar bila membincangkan bahawa kemajuan masyarakat Melayu seharusnya dihakimi berdasarkan nilai kejayaan yang mereka capai yang akan merapatkan lagi jurang di kalangan masyarakat lain.

Kami juga tertarik dengan cadangannya supaya masyarakat Melayu menumpukan usaha terhadap mutu pencapaian. Kami memang berhasrat menyaksikan kemajuan Melayu-Islam menyerlah di peringkat nasional.

Encik Goh telah menyebut beberapa statistik di satu majlis minum teh pada hari Ahad dulu sempena meraikan tempoh 10 tahun sebagai perdana menteri. Angka perangkaan yagn disebut itu menunjukkan kenaikan prestasi anak-anak Melayu dalam P1 yang diterima belajar di politeknik dan universiti naik meningkat daripada 13 peratus kepada 28 persen di antara 1990 hingga 1999. Angka untuk pelajar Cina meningkat daripada 42persen kepada 68 persen, manakala anak-anak India meningkat daripada 18 persen kepada 37 persen.

Terdapat lebih ramai pekerja Melayu – 23 persen tahun lalu berbanding 12 persen tahun 1990, yang memegang jawatan pentadbiran, pengurusan, professional, teknikal dan pekerjaan yang berkaitan dengannya.

Encik Alami berpendapat bahawa angka statistik yang disiarkan oleh Encik Goh, harus dikaji dan digunakan oleh persatuan Melayu-Islam untuk merencana program mereka.

“Yang penting bagi kita sekarang, ialah orang Melayu Singapura memang telah mampu menunjukkan kemajuannya,” kata beliau.

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com