Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Iktibar Daripada Keaiban Estrada

Iktibar Daripada Keaiban Estrada
(Learning From The Estrada Embarassment)
Oleh: Jessica Zafra – Newsweek International Issue 29 January, 2001

Selama dua tahun setengah, aku bermusafir dengan satu keaiban yang aku rahsiakan: aku amat takut kalau ada orang bertanya: “Anda daripada Filipina?” Bukannya aku malu sebagai sorang Filipina, tetapi aku tidak bersedia dengan soalan susulan yang berbunyi: “Presiden anda…seorang Pelakon….” Aku tidak perlu diingatkan bahawa presiden aku mempunyai rambut yang tebal dan merupakan bintang filem yang melakonkan aksi tampan. Ataupun seorang yang suka minum-minum dan berjudi dan amat gemar dengan cara hidup yang menaikkan kening mata mereka yang mengetahuinya. Dia memang seorang yang mepunyai ramai perempuan simpanan dan gemar dengan sejarah mengenai pendidikan yang tidak tinggi. Ketika aku melihat tayangan gambar TV menunjukan presiden Estrada berjalan tempang-tempang di perkarangan Istana Malacanang, aku bertanya diri sendiri: Kenapakah orang ini yang dilantik menjadi presiden?

Japawan yang lumrah kenapa Estrada menang dulu adalah kerana para pengundi taksub kepada imejnya di layar perak sebagai seorang wira kumpulan yang merana. Dia mampu meyakinkan rakyat marhaen bahawa dia adalah insan semacam mereka. Inilah alasan yang tidak dapat aku terima. Yang pertama, Estrada memang sudah lama tidak berlakon dan dia bukannya seorang yang miskin. Seperti seorang populis yang tulen, Estrada amat memahami segla gerak geri dan isyarat badan yang membawa beribu makna kepada masyarakat yang serba-tiada dalam hidupnya. Golongan atasan pula secara tidak mereka fahami telah mempersendakannya sehingga dia merasa ceria dengan imejnya sebagai seorang insan yang datang daripada golongan yang tertekan.

Seorang teman pernah berkata, seorang pemimpin kepada sesuatu negara adalah satu bayangan kepada pemikiran terpendam yang ada pada rakyatnya. Apakah mungkin kita merupakan imej Joseph Estrada, dan Joesph Estrada itu membayangkan imej kita sebenarnya. Jikalau demikian, mungkin benarlah beliau itu bayangan kita juga. Carl Jung pernah menulis betapa bayangan itu membersarkan keinsanan sendiri apa yang kita sendiri enggan mengakuinya. Bukankah kita yang memangkah kertas undi memihak kepda Estrada yang suka berpoya-poya dengan wanita, berjudi dan mudah melakukan segalanya secara berlebihan, ataupun kerana dia memang mengatasi kita semua?

Apa pun, kita memang semakin pintar menyingkirkan kerajaan yang berstatus hampeh. Kita mengambil masa tiga tahun lamanya, selepas Senator Benigno Aquino Jr. dibunuh, untuk menjatuhkan diktator Marcos. Kita mengambil masa tiga bulan selepas pendedahan Gobenor Lusi Chavit Singson mengenai hubungan Estrada dengan sindiket perjudian, sebelum menyingkirkan presiden itu. Pada 1986, kita berkumpul di belakang balu Aquino, Corazon Aquino selepas mendengar panggilan Cardinal Jaime Sin. Minggu yang lalu kita tidak pula memerlukan seorang wakil ataupun membuat panggilan untuk bersiap sedia.

Sebaik sahaja kita sedar betapa perbicaraan pendakwaan itu diseleweng, kita naik marah secara bersama sehingga mampu berfikir sama maknanya: Ayoh, mari kita berhimpun di EDSA! Tanpa sebarang rencana ataupun seorang pemimpin yang ternama, kita membanjiri jalanraya memanggil yang lain yang kita kenali dengan mengirim berita melalui telefon bimbit, tanpa henti-henti.

Joseph Estrada fikir kita sudah mampu ditipunya. Dia fikir kita tidak mampu membuat perbezaan di antara seorang hero (wira) di layar perak dengan seorang crook (bajingan) di alam nyata. Akhirnya, Estrada rupanya yang tidak tahu membezakan di antara mitos lakonan filem dengan kenyataan mainan politik. Walaupun dia telah dipinggirkan oleh kabinetnya, angkatan tentera dan kawan-kawan dunia perfileman dulu, dia masih tidak faham lagi. Dia bertanya apakah dia masih boleh terus memegang kuasa sebagai presiden untuk lima hingga tujuh hari lagi. “Estrada tidak faham makna ‘melepaskan jawatan’, kata seorang pengarah filem Marilou Diaz-Abaya. “Dia terpaksa diarahkan dengan perkatan ‘Cut! And ‘Pack-Up.” (Dalam dunia perfileman ini bererti ‘berhenti’ dan ‘Bersiap untuk pulang! – penterjemah)

Filipina ialah sebuah negara yang muda di mana kami mampu membesar untuk mencapai kematangan demokrasi. Penyingkiran Estrada tidak akan menyelesaikan masalah kami, tetapi ia mungkin memulakan satu permulaan kepada satu perubahan yang sebenar. Lima belas tahun daripada sekarang, aku tidak mahu berdiri lagi di tempat yang sama mendesak pengunduran seorang lagi pemimpin negara yang durjana.

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
Catatan MT: - Zafra ialah seorang kolumnis sebuah akhbar di Manila-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com