Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahathir Cuba Berlembut

Mahathir Cuba Berlembut
(Mahathir Reaches Out)
Oleh: S.Jayaankaan/Kuala Lumpur
Isue cover-dated February 1, 2001

Perdana Menteri Mahathir Mohamad semakin kepanasan sekarang ini. Kebencian orang Melayu terhadap kepimpinannya sedang mencabar beliau dan juga parti yang dipimpinnya. Dalam usaha menyekat keadaan mereput itu, Mahathir yang selalunya bersikap tegas telah mencadangkan agar diadakan perundingan dengan pihak pembangkang dan memberikan satu bayangan betapa sudah sampai masanya untuk kemunculan pemimpin muda daripada kalangan generasi baru. Usaha berdialog itu menunjukkan sudah wujud fahaman pluralisme yang disuntik ke dalam politik Malaysia selepas keaiban yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim pada 1998 dulu sehinggakan beliau kini dipenjarakan untuk 15 tahun lamanya. Keengganan salah satu daripada dua parti pembangkang untuk berunding dengan UMNO, membayangkan betapa pengaruh pemimpin yang berusia 75 tahun itu sudah semakin mereput juga.

Sambil berusaha meredakan kekalutan politik, Mahathir mengemukakan masalah kepimpinan dalam ucapannya pada Januari 22 yang lalu. “Pemimpin yang ada mungkin sudah lama di pucuk kepimpinan dan terpaksa berundur untuk memberi ruang kepada meraka yang lebih cekap daripada kalangan generasi muda. Biarlah mereka meneruskan perjuangan dan menjadikan negara sebuah negara maju pada 2020 nanti,” katanya. Mahathir telah mengulangi kenyataannya bahawa inilah tempoh terakhir kepimpinannya. Pemilu yang terdekat hanya dijadualkan pada November 2004.

Cadangan agar perbincangan diadakan dengan pihak pembangkang itu telah dibuat oleh seorang pendidik. Pada Disember lalu, Ahmad Fauzi Basri timbalan VC di Universiti Utara Malaysia telah mencadangkan agar tiga parti Melayu terbesar duduk di satu meja dan cuba menyelesaikan masalahnya. “Kesinambungan orang Melayu di alaf baru adalah lebih penting daripada kepentingan semua politik parti apabila dicampurkan bersama,” demikian pendapat Ahmad.

Idea itu telah disokong oleh sebuah akhbar parti, dan menggerakkan jawatankuasa pengurusan UMNO mengemukakan cadangan agar Mahathir bersua muka dengan kepimpinan PAS dan Keadilan yang dipimpin oleh isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.

Mahathir menerima cadangan itu, menunjukkan betapa tertekannya beliau dalam usaha menarik balik sokongan orang Melayu. Selama dua tahun sejak Anwar diaibkan, orang Melayu masih lagi berpecah dan ada pegawai UMNO yang memberikan cadangan bahawa Maahahir adalah merupakan masalah sebenar kenapa sokongan itu terus kendur.

Jemputan untuk berbincang itu dihulurkannya kepada Presiden PAS, Fadzil Noor dan presiden Keadilan Wan Azizah. Dia mencadangkan perbincangan tiga parti itu untuk membincangkan perpaduan Melayu. UMNO memang telah lama berjuang untuk orang Melayu yang merupakan majoriti (60%) penduduk negara yang berjumlah 22 juta. Sebagai rakan utama dalam satu koalisi politik Barisan Nasional, UMNO memang telah menganut konsep keistimewaan orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka agar setara dengan masyarakat minoriti.

Tetapi pihak pembangkang berpendapat bahawa anggapan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan hak orang Melayu adalah satu anggapan yang salah. Walaupun Keadilandan PAS mempunyai pendekatan yang berbeza-beza dalam perjuangan politik mereka, mereka tetap menyokong konsep hak keistimewaan orang Melayu. Malahan, rakan poltik yang bukan-Melayu pun menyokong rancangan itu. Namun, sokongan orang Melayu terhadap UMNO, menjadi kendur selepas tercetusnya episod Anwar Ibrahim. Pada pemilu 1999 yang lalu hampir setengah pengundi Melayu di Semenanjung memihak kepada calon parti pembangkang. Sebelum itu UMNO mampu merangkul antara 70%-80% undi Melayu itu.

Sekarang tidak ada sesiapa yang berani menjamin perundingan itu akan dilangsungkan. Keadilan telah menolak jemputan itu sedangkan tarikh pertemuan di antara PAS dan UMNO masih belum dipastikan lagi. Para analis berkata PAS berkemungkinan menuntut konsessi daripada perdana menteri. “Ia semacam satu santapan ringan kepada sentiman rakyat,” kata Khatina Nawawi, seorang ekonomis dan penganalis politik dengan SG Securities. “Saya tidak fikir akan mucul sebarang keputusan politik yang bermakna dalam episod ini.”

UMNO memang yakin akan kebaikan perundingan itu. “Kenapa tidak?” Tanya Sharizat Jalil seorang menteri kerajaan pusat. “Kita terpaksa mulakannya dan kalau kita mampu bersetuju, sebagai contohnya membebaskan masjid daripada pengaruh politik, kita sudah berjaya mencapai sesuatu yang bermakna.”

Tetapi ketika memberikan alasan untuk tidak menerima jemputan UMNO itu, Wan Aizah telah mempersoalkan isu perpecahan orang Melayu itu. “Sokongan orang Melayu sudah beralih kepada parti pembangkang”. Itulah kenyataan yang dikeluarkannya. “Masalah utama masakini adalah krisis keyakinan dalam kepimpinan dan isu lain seperti salahguana kuasa, korupsi, keganasan polis, pengurusan ekonomi yang lemah dan sistem kehakiman yang haprak.”

..............................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com