Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

CARIK CARIK BULU AYAM.......

Keputusan MT UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, sudah pasti akan menggegarkan pergerakan parti itu hingga ke akar umbinya. Gegaran itu boleh dirasakan sudah pun bermula terutama sekali apabila ahli disogokkan dengan "keputusan yang dibuat secara konsensus. Soalnya sekarang, apakah betul keptusan itu dibuat secara konsensus kerana ketika DSAI dipecat daripada jawatannya dulu pun dikatakan dengan konsensus juga.?

Tanpa mendapatkan butiran yang lanjut kita sudah disogokkan oleh berita betapa keputusan itu adalah yang baik untuk merapatkan kembali ketegangan dalam parti dan kekalutan di kalangan ahli parti. Ini dikatakan amat sealiran dengan saranan presiden parti bahawa orang Melayu harus bermaaf-maafan dalam bulan Ramadhan ini.

Jikalau kita lihat akan stail kepimpinan MAHAFIRAUN ini, dia selalunya menggunakan taktik membocorkan sesuatu rahsia ataupun strategi yang akan dipraktikkannya beberapa minggu sebelum membuat keputusan penting ke arah itu. Hanya baru beberapa hari yang lalu beliau telah berucapa agar rakyat tidak lagi mengamalkan permusuhan kerana pilihanraya sudah berakhir. Rakyat diminta melaksanakan demokrasi sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh masyarakt Barat. "Apabila piliharaya tamat mereka ketepikan masalah parti dan rapatkan hubungan", katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Al Hana. Mengikut beliau, inilah keadaanya yang menyebabakn pertikaian berlarutan di kalangan rakyat, terutama sekali orang Islam.

Dengan hal yang demikian kita boleh buat andaian bahawa MAHAFIRAUN mahu rakyat melupakan peristiwa yang lalu dan cuba merapatkan balik hubungan. Bagi orang Melayu nasihat itu adalah laksana pepatah lama yang berbunyi "Carik-carik bulu ayam..." Menyedarai pilihan pepatah ini sebagai tema mesyuarat Majlis Teritnggi itu rakyat telah disogokkan dengan berita betapa satu konsesus telah dibuat untuk menentukan agar dua jawatan teratas dalam parti tidak dipertandingkan. Untuk memperkuatkan 'keputusan konses' itu kita dapat kesan betapa beberapa pemimpin veteran UMNO telah mula melalak dan menyokong dan berkta ianya sebagai keputusan yang paling bijak. Sehingga hari ini kita belum pun mendengar sebarang reaksi negatif daripada para pemimpin UMNO yang lain.

Kepimpinan Mengikut Konsep Angsa Terbang

Dalam tempoh 18 tahun MAHAFIRAUN mendudukki persada singgahsana kepimpinan UMNO, kita telah lihat betapa beliau berjaya mempertahankan kedudukan itu tanpa bertanding untuk selama 14 tahun. Ini menunjukkan betapa liciknya manusia ini dalam arena putarbelit politik. Keupayaannya untuk mengungguli kepimpinan parti adalah suatu ciri kepimpinan yang amat disukai oleh para ahli politik Jepun. Pemimpin politik Jepun memang amat cenderong dengan taktik ini seperti yang telah dianjurkan oleh seorang pakar ekonomi yang bernama Kaname Akamatsu.

Konsep 'angsa terbang' ini adalah serupa dengan konsep bala tentera membentuk formasi pergerakan mereka yang disebut sebagai 'the spear formation'. Kedua-dua konsep ini menggambarkan betapa orang yang berada di hadapan sekali adalah pemimpin pasukan. Walaupun formasi itu sama dalam rupa bentuknya, kita boleh kesan bahawa tindakan kumpulan yang membuat formasi itu mempunyai sedikit perbezaan dalam menangani serangan musuh.

Kalau kita lihat burung berhijrah di angkasa kita akan lihat betapa mereka terbang mengikut pemimpinnya. Apabila pemimpin itu letih mereka akan turun ke bawah dan hinggap untuk berehat dan mencari makan. Tetapi, konsep yang ditonjolkan oleh Kaname Akamatsu itu sebenarnya menggambarkan betapa angsa yang di hadapan sekali itu adalah Jepun dan angsa yang mengikut di belakangnya ialah semua negara di Asia. Apa juga yang akan dilakukan oleh negara Asia, ia mesti dipimpin dan didahului oleh Jepun. Fahaman ini nampaknya sudah dipraktikkan oleh MAHAFIRAUN sejak beliau berjaya membawa Malaysia mengambil sikap memandang ke Timur.

Kalau kita cermati sejarah politik Jepun sejak berakhirnya Perang Dunia Ke-2, kita lihat pemimpin Jepun telah berjaya menjadikan negara itu sebagai negara yang paling maju di dunia berdasarkan latar belakangngya yang punah-ranah disebabkan kekalahan perang dan ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Rakyat Jepun terpaksa menerima kepimpinan cara itu kerana mereka semuanya sedar betapa pentingnya mengikut arahan dari atas untuk menebus maruah mereka. Kerana itu kita lihat betapa orang Jepun kuat bekerja dan sanggup bekerja hingga larut malam untuk mempertingkat prodaktibiti mereka. Di sana sini kita lihat orang Jepun bekerja kuat dan menjadi catatan para penulis sebagai bahan untuk menaikkan semangat bangsanya untuk terus maju. Inilah falsafah Jepun yang selama ini cuba diterapkan oleh MAHAFIRAUN

- Falsafah Jepun yang songsang

Kalau kita tanya rakyat Malaysia yang sudah lama berada di Jepun samada sebagai pekerja ataupun pelajar, kita akan diberitahu bahawa keadaan iklim pekerjaan di Jepun sebenarnya tidaklah sehebat yang pernah digemba-gemburkan di negara ini. Generasi Jepun yng ada sekarang adalah satu masyarakt pekerja yang tidak pun banyak berbeza dengan orang kita. Malahan mereka masih berpaut pada kepercayaan etika kerja kuno di mana melompat tempat kerja adalah dianggap sesuatu yang tidak baik. Bekerja lewat masa adalah satu stail hidup di sana kerana ada para isteri yang sanggup membunuh diri kalau suaminya pulang awal. Dia malu dengan kepulangan awal itu yang melambangkan suaminya mempunyai pangkat yang rendah di tempat kerjanya. Oleh sebab sewa rumah di Jepun amat tinggi, ramai pekerja Jepun tinggal jauh daripada Tokyo hingga 200 kilometer jauhnya dan berulang-alik dengan keretapi laju untuk ke tempat kerja. Kerana itu di hari bekerja para pekerja Jepun menghabiskan masa mereka semata-mata untuk bekerja dan tidak ada ruang lansung untuk menumpukan minat kepada rumahtangga dan anak-anak. Tugas itu diserahkan kepada kaum wanita.

Di bidang politik pula kita dapati pemimpin yang selalu menampakkan muka di akhbar itu sebenarnya bukannya manusia yang sungguh mempunyai kuasa mentadbir negara. Mereka terpaksa akur kepada sistem kumpulan di bawah pengemudian seorang 'godfather' yang menentukan sesuatu keputusan yang penting untuk negara. Yang lebih menarik dalam sistem politik Jepun ialah pembabitan kumpulan kongsi gelap yang terkenal seperti 'Yakuza' yang bergerak untuk mempertahankan ataupun menghancurkan karier seorang ahli politik. Pembabitan kumpulan begini di balik tabir tampuk kuasa memungkinkah politik Jepun itu selalu bergolak.

Pengaruh kuasa manusia ataupun kumpulan manusia di balik tabir itu menyaksikann betapa konomi Jepun mendadak naik selepas mereka kalah perang dulu dan menjadikan mereka kuasa industri nombor satu di dunia hinggakan mereka dapat menyaingi Amerika Syarikat. Akan tetapi sejak sepuluh tahun yang lalu kuasa itu semakin luntur dan kalau kita ingat ketika itulah kita Malaysia telah amat cergas memandang ke negara itu.

Kini, Jepun semakin melepaskan kuasanya sebagai pemimpin bagi rantau Asia dan sudah jelas bahawa ia akan melepaskan kuasa itu kepada China. Keadaan ekonomi Jepun semakin tertekan dan sudah nampak sangat betapa ramai pekerja Jepun yang sudah memberontak untuk mengubah stail hidup mereka. MAHAFIRAUN AMAT ARIF DENGAN SUASANA POLITIK JEPUN tambahan pula beliau diberi ruang untuk menulis di sebuah akhbar terkemuka di sana. Pada satu masa dulu orang Jepun amat minat dengan tulisannya teatpi mengikut seorang teman, minat itu semakin pudar. Semakin ramai pembaca setiaya sudah menjadi bingung seleps beliau menangkap DSAI dan memenjarakannya. Ramai orang Jepun berpendapat tindakannya itu adalah tidak berperi kemanusiaan dan tidak selari dengan penulisannya yang selalu mengecam kuasa-kuasa besar.

Oleh kerana budaya Jepun bertunjangkan budaya samurai, ramai peniaga Jepun berkata bahawa Malaysia sepatutnya menyelesaikan politknya secepat mungkin. "Kalau boleh eloklah suruh MAHFIRAUN bersara dengan hormat dan membebaskan DSAI. Kami orang Jepun sentiasa menyanjung dan memuja seorang wirawan. Kerana itu kumpulan Yakuza mempunyai tempat dalam peradaban perniagaan orang Jepun."

Pengaruh Yakuza dalam UMNO

Menyedari hakikat ini kita dapat merasakan bahawa adanya ciri-ciri pengaruh Yakuza dalam kepimpinan UMNO sekarang. Ini dapat dilihat melalui cara parti itu ditadbir sejak kebelakangan ini. Telahan kita ini semakin diperkuatkan dengan perlantikan seorang peniaga yang bergelar warga istana sebagai setiausaha kerja UMNO. Manusia ini yang tidak disahkan asal usul istana nenek moyangnya di negara ini pada satu ketika dulu adalah tuanpunya akhbar yang sudah pun ditutup dan semua orang tahu beliau adalah merupakan seorang 'sidekick' kepada 'cashier bank' yang akhirnya menjadi taikun terkenal di Malaysia yang bernama Tan Sri Vincen Tan. Sesiapa yang mahu kenal dengan manusia ini eloklah tanya M.G. Pillai dan dia akan ceritakan yang sebenar-benarnnya. Untuk mengetahui latar belakang balacinya yang kini menjadi Setiausaha Kerja UMNO itu eloklah tanyakan Haji Subky Latif.

Budaya Yakuza nampaknya sudah diubahsuai untuk sinario Malaysia dan nampaknya ia sudah menular daripada pucuk pimpinan parti UMNO hinggalah ke bawah-nya. Inilah yang menunjukkan betapa UMNO berupaya bertahan dalam pemilu-10 dulu. Walaupun rakyat sebagi hakim yang menentukan siapa yang berhak menjadi wakil mereka, keputusan pemilu telah menafikan hasrat itu kerana adanya pelbagi kes undi tipu dan undi hantu. Kita diberitahu bahawa kewujudan pelbagi kes yang menunjukkan penyelewengan dalam penaftaran pemilih menunjukkan pembabitan SPR alam penipuan itu. Cukuplah di situ sahaja kita membincangkan perkara ini kerana menghormati kesucian bulan Ramadhan. Cuma kita takutkan pengruh Yakuza itu telah disemadikan oleh Pemuda UMNO dengan kewujudan pasukan gerak gempur mereka.

Penipuan politik dari kacamata Islam

Dalam apa segi pun, penipuan dalam apa bentuk pun dari kacamata sesiapa pun adalah bersalahan dengan undang-undang. Dengan hal demikian, sesiapa yang telah menang pemilu-10 dulu dengan cara penipuan haruslah sedar akan bahananya. Kalau ia tidak datang esok ia akan muncul lusa. Ktia juga percaya azab yang akan datang munkin laksana titisan embun di tengah malam, ia akan menitis berdikit-dikit membawa kesengaraan secara bertahap dan akan muncul ketika si mangsa sedang beristirehat dan amat memerlukan istirehatnya itu.

Teori Gajah yang Berantai

Kita ingin merakamkan satu teori sosial yang pernah ditulis oleh seorang pemikir Melayu beberapa tahun yang lalu:.

Kalau kita perhatikan seekor gajah yang besar dan teliti pula rantai yang terikat di kakinya kita tentu terfikir kenapakah gajah itu tidak mahu melepaskan diri daripada rantai itu. Ia lebih sanggup mundar mandir mengikut kepanjangan radius rantai tersebut. Sedangkan kalau dia naik minyak, gajah itu dapat mencabut rantai tersebut dengan mudahnya. Di sarkas pula kita lihat betapa gajah bersedia akur kepada arahan gembalanya yang memegang sebilah rotan ataupun cemeti yang pendek, sedangkan kita tahu dan pernah melihat betapa gajah boleh mencabut serumpun tebu yang besar dengan mudah sekali.

Gajah yang berperangai demikian adalah binatang yang telah di 'turnover' otaknya, bukan oleh orang Bukit Aman tetapi oleh si gembala yang melatih gajah itu ketika kecil lagi.

Seekor gajah liar yang kecil akan dirantai kakinya dan dilatih untuk mendegar kata pelatihnya. Gajah itu akan meronta-ronta dan tidak akan dapat melepaskan dirinya kerana ia masih kecil lagi dan rantai itu amat teguh terpaut kepada pasak yang kuat. Si gembala akan menggunakan rotan untuk melentur emosi gajah itu dan memasakkan otaknya dengan ajaran yang dapt menjinakkannya. Proses dera dan upah menjadi fokus latihan sehingga gajah itu matang untuk menjadi binatang tontonan sarkas ataupun alat peranian dan pengangkutan.

Akan tetapi, kalau gajah itu naik minyak, dia akan mengamuk dan melupakan segala ajaran itu dan dapat melepaskan dirinya. Malahan ada ketikanya gajah itu akan membunuh si gembala yang satu ketika dianggpanya sebagai seorang bapa. Fenomena ini adalah disebabkan program yang direncana oleh manusia itu telah diveto oleh Tuhan, kerana fenomena gajah naik minyak adalah fenomena mengikut tabiii binatang.

Implikasi Keputusan Konsensus

Jkalau mengikutkan keadan sekarang adalah difikirkan bahawa tidak mungkin konsensus yang dicapai oleh MT itu akan dapat bertahan lama. Saya pasti ahli UMNO tidak akan bersetuju sebulat suara dengan keutusan itu. Akar umbi UMNo sudah tidak yakin dengan pucuk pimpinan parti seperti juga mereka tidak percaya bahawa ada hanya 'sepuluh orang budak hitam' yang menimbulkan masalah sehinggga tersungkurnya UMNO Terengganu. Kalau betullah hanya sepuluh orang kenapakah tidak diberikan jawatan Ketua Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu kepada seorang ahli politik yang terkanan selepas Ayah Wang?

- Bila kejantanan tergugat

Ramai pemimpin UMNO yang tergugat statusnya. Mereka yang bercita-cita menjadi PM selpas MAHAFIRAUN merasakan tertipu dengan tipu-helah diktator itu. Akar umbi sedang menunggu siapakah di antara pemimpin ini yang akan melanggar peraturan. Mereka tidak punyai masa dan akan menjadi semakin tertekan. Kita dapat menelah beberapa sinario lagi yang mungkin muncul. Dalam satu masa yang amat terdekat seandainya tidak ada sesiapa yang berani melanggar peraturan itu perkara begini mungkin timbul:

a) Ada cawangan yang mencalonkan nama seseorang untuk menentang MAHAFIRAUN. Apabila ini berlaku akan mulalah pecahnya empang segan-silu di kalangan akar umbi.

(b) Perkara yang sama akan berlaku untuk menentang Pak Lah

(c) Ada beberapa pemimpin yang sekarang ini menonjol akan diperlekehkan oleh akar umbi sehingga memungkinkan personaliti itu menarik diri untuk bersara dari bidang politik.

(d) Akan tercetus perdabatan hangat mengenai keputusan MT itu kerana semangat menentang kepiminan parti semakin membuak sekarang dan sukar untuk dibendung.

(e) seandainya berlaku sebarang plihanraya kecil disebabkan sesuatu katastropi di kalangan wakil rakyat BN yang ada, keadaan akan jadi lebih meruncing kalau calon Bn itu kalah. Ini mungkin sebab yang utama kenapa persidangan UMNO itu dipercepatkan supaya musibah ini dapat dielakkan.

(f) Akar umbi amat tidak puashati dengan cara perlantikan dua senator untuk menerajui kementerian pendidikan. Besar kemungkinannya timbul cadangan agar mereka dijadikan calon sebaik sahaja tiba kekosongan dalam plihanraya kecil. Akar umbi mahu menutup maruah mereka dan akan menentukan sebarang pilihanraya kecil adalah bersih daripada undi tipu dan undi hantu. Mereka tahu keputuaan negatif dalam pilihanraya kecil itu tidak akan menggugat kuasa majoriti BN di majlis Undangan Negri ataupun parlimen.

Semua tuntutan yang diambil-pakai seperti yang kita paparkan ini akan menggugat pucuk pimpinan parti. Malahan sudah ada ura-ura beberapa cawangan mahu mempersoalkan pemilihan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Kerja UMNO sedangkan jawatan itu sepatutnya ditawarkan kepada seorang calon daripada Johor, untuk menggantikan Dato Mohammad Rahmat. Tuntutan seperti inilah yang smemangnya mahu disisihkan oleh MAHAFIRAUN. Dia thu kalau salah menjawabnya, akan tergugat keudukannya tidak lama lagi.

- Pengharaman HARAKAH dan majallah lain.

Kita ada mengungkitkan perkara ini dalam 'Globalisai Pengancam Siapa' dan ramai ahli UMNO yang bersetuju denagn pendapat kita itu. Malahan ada beberpa pemimpin UMNO yang menyataakn bahawa mereka sememangnya sudah lama merasakan pengaruh ala Yakuza yang tersemai di pucuk kepimpinan media massa utama yang membantu UMNO menghenyak fikiran rakyat.

Kesimpulan: Carik-carik Bulu Ayam

Keputusan MT sudah melancarkan satu episod yang amat bermakna dalam pemikiran ahli UMNO khasnya dan rkyat Malaysia amnya. Rakyat yang semakin jelak dengan MAHAFIRAUN dan menyangka beliau sanggup mrendahkan dirinya untuk memanipulasi mesyuarat MT itu. Akan tetapi, rakayt tidak menyangkakan para ahli MT yang hadir itu sanggup dipukau laksana otak gajah yang sudah berantai.

Keadaan yang serius ini laksana sesuatu yang retak menanti belah. Kalau dilihat akan konsep carik-carik bulu ayam, lama-lama bertaut juga, para ahli UMNo di akar umbi pasti akur dengan keputusan parti. Tetapi, ini zaman moden di mana semua ahli UMNO tidak akan bersekongkol membiarkan otak mereka di putar-balik oleh orang Putrajaya. Apakah mereka akan mengikut pepatah orang Uganda yang berbunyi 'Carik-carik bulu ayam, carik setengah boleh buat sapu ubat' . Memangnya di Afrika orang menggunakan bulu ayam untuk menyabu ubat cairan ke atas bahagian badan yang gatal.

Mungkinkah akar umbi menggunakan pepatah lama orang Yunanai : 'carik-carik bulu ayam pangkalnya boleh dibuat pena'. Kalau ini dilakukan akan meluaslah nanti surat terbang yang akan melayang ke sana dan sini laksana bulu ayam melayang. Yang pasti segala website dan forum akan dipenuhi dengan segala maki-hamun dan cercaan akan keputusan MT itu.

Mana satukah pilihan akar umbi akhirnya? Apakah mereka akan memanjangkan budaya Yakuza dan samseng Hongkong dari bawah pula ataupun ada pula yang mahu mengikut ajaran pepatah orang Zulu yang berbunya: 'Carik-carik bulu ayam, yang hujung boleh dibuat pencungkil tahi telinga'?

Mana satu pilihan anda?

-MT-
5.1.200


Catatan : MT minta maaf kerana terlambat. Katanya ada masalah teknikal dengan komputernya. Nampaknya penyakit yang mengena FGR telah menjangkit kepada MT. Katanya lagi tulisan ini dibuat dengan komputer yang dipinjam Insya Allah kita masih boleh bertahan, belum sampai ke dinding lagi asakan mereka.


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com