Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Peserta FELCRA Mesti Buktikan Kesetian Kepada UMNO

Peserta FELCRA Mesti Buktikan Kesetian Kepada UMNO
(MGG: Felcra Settlers Must Prove Loyalty To UMNO)

Ketua Meneri Melaka, Dato Wira Ali Rustam telah memberi ingatan kepada para peneroka Felcra Sri Mendapat di Merlimau. Para peserta yanf sudah menunggu 16 tahun untuk mendapatkan geran tanah mereka, perlu mengharungi satu halangan lagi. Mereka mesti berterimakasih kepada UMNO (sila lihat The Sun Sunday, 04 Februari, m.s. 13). Setiap peserta mesti membayar RM2,500 sebagai bayaran premium terlebih dulu. “Mereka mesti tahu bersyukur dan tidak melupakan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN. Para peneroka mesti membuktikan sokongan kepada kita sebagai tanda penghargaan mereka dan tidak menyokong parti pembangkang.” Dia berkata, penantian 16 tahun itu adalah satu perkara istimewa: peserta Felcra Kampung Tun Razak terpaksa menanti 35 tahun sebelum menerima geran mereka, kerana itulah tempoh masanya mereka perlukan untuk mengumpulkan wang premium yang dimestikan.

Tetapi, para peneroka rancangan kelapa sawit itu memang tidak mampu membayar premium yang dimestikan. Ramai yang sudah berusia menjangkau lima puluhan, ada juga yang berusia enam puluhan dan lebih tua lagi. Mereka terpaksa menggaji pekerja kontrak untuk mengerjakan ladang mereka. Di kebanyakan rancangan Felcra dan Felda, hanya golongan tua yang tinggal kerana yang muda sudah lama pergi mencari rezeki lain. Menggunakan tenaga kontrak memang tidak menguntungkan. Ia memerlukan RM120 untuk menggaji boroh luar yang mampu mengeluarkan hasil bernilai RM100. Pihak berkuasa selalu mengabaikan kesulitan para peneroka dan mentadbir mereka dengan kuku besi. Terpaksalah para peserta mengadu kepada pihak lain yang besimpati dengan mereka. Selalunya pihak pembangkang, terutama sekali PAS. Dalam pemilu 1995 peserta Felcra Sri Pendapat memberikan 38 undi kepada pihak pembangkang. Pada 1999, undi mereka naik melonjak kepada 238. Itu sebabnhya peneroka Felcra Sri Mendapat mesti didera dan akan terus didera.

Dua puluh lima thun dulu saya pernah melawat Kampung LBJ, satu rancangan Felda di Negri Sembilan yang mengambil nama Pesiden Ameriak yang melawatnya satu dekad sebelum itu. Gelagat pegawai yang mengirinig saya itu memperlekehkan para pesera laksana anak-anak sehinggakan usaha mereka memihak kepada PAS memang sudah dapat diramalkan. Apabila rancangan FELDA diwaratakan untuk pembangunan seperti pembangunan Putrajaya, dan kalau mereka layak menerima pampasan melebih satu juta setiap seorang peneroka, mereka kerap sangat ditipu. Hanya segelintir yang telah menerima apa yang menjadi hak mereka. Kerajaan memang pandai menaikkan harapan mereka dan lebih pandai melupakan mereka kalau janji-janji yang diucapkan itu tidak dapat ditepati. Sikap memperlekehkan para peserta ini membuatkan pegawai UMNO di akar umbi turut marah terhadap kerajaan.

Dato Ali Rustam mahukan pesera Felcra di Melaka terus bersyukur kepada UMNO kerana mengizinkan mereka terus kerugian. Para peneroka Felda dan Felcra memang telah lama dirantai. Ketika pendapatan mereka naik lumayan, kadar bayar balik hutang dinaikan lagi. Kalau pendapatan itu turn dariap tahap yang ditentukan, mereka dikenakan membayar hutang juga. Sebagai petani merka kerap diarahkan melakukan sesuatu yang tidak munasabah, tetapi mereka tidak ada altenatif untuk memilih.

Saya masih ingat bagaimana para peneroka di satu rancangan diarahkan menanam hanya satu jenis sayuran sebagai tanaman kontan. Hasil tanaman itu telah membuatkan harga sayoran terus merudum kerana terlalu banyak. Rancangan itu turut merudum sama, para peserta dipersalahkan. Sepatutnya mereka telah diberikan peluang lebih awal lagi memilih apa juga jenis yang mereka suka tanam. Teapi, pihak pengurusan membuat pilihan untuk menanam hanya satu jenis untuk dipasarkan kerana pihak pengurusan fikir dapat menjanjikan harga jualan yagn tinggi. Inilah puncanya bagaimana kerajaan secara tidak sedar membuatkan para perserta itu menjadi penyokong kuat parti pembangkang. Satu kesilapan besar yang terdapat di rancangan Felcra dan Felda itu ialah pengamblan peserta ketika usia sudah lanjut. Mereka diambil ketika di hujung 40 tahun hinggalah yang berusia 60 tahun.

Harga kelapa sawit merupakan masalah yang lebih besar lagi. Tuaian buah tidak boleh dilakukan oleh peserta secara bersendirian. Pengurusan rancangan Felda melakukannya bagi pihak peserta dan segala kerugian terpaksa ditanggung oleh peserta juga. Kerugaian itu bukan ditanggun oleh peserta sahaja. Kos menghasilkan minyak sawti di Malaysia adalah sekitar RM750se tan. Harga pasaran dunia adalahlebih rendah daripada itu. India pernah membuat perjanjian ‘barter’ dengan membeli minyak sawit Indonesia dengan membayar secara membekalkan kelengkapan pertahanan. Malaysia beranggapan sikap itu boleh mengurangkan stokpail minyak sawit yang ada. Malangnya Perdana Meneri India, Mr. Atal Bihari Vajpayee, telah menangguhkan lawatannya ke Malaysia (gara-gara gempa bumi di Bhuj - penterjemah). Inilah yang membuatkan Dato’ Seri Lim Kheng Yaik, Ketua jurujual minyak sawit merasa hampa.

Malaysia memang berusaha mencari jalan untuk mengurangkan stokpail minyak sawit, termasuk membuat penyelidikan menukarnya menjadi bahan bakar seperti disel. Kesannya kepada kerajaan memang agak serius. Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mudah mengisytiharkan dividen yang tinggi, walaupun ia tidak difikirkan perlu, kerana harga minyak sawit yang sedang naik. PNB mempunyai kawaan ladang kelapa sawit yang besar di negara in. Apabila PNB kerugian, bagaimanakah ia mampu menyogok orang Melayu dengan dividen yang tinggi agar mereka terus bersyukur kepada UMNO? Lebih-lebih lagi apabila orang Melayu itu kerap ditipu dan tertipu kalau mereka menjadi peserta rancangan? Sejak bilakah mereka diberitahu agar terus bersyukur kepada UMNO kerana keistimewaan untuk terus diperdayakan itu?

-MGG Pillai-
6 Februari,2001.

.....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com