Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISRAEL: Kemenangan Untuk Sharon

ISRAEL: Kemenangan Untuk Sharon
(Israel: Triumph For Sharon)
Breaking News: MSNBC News Service

Ariel Sharon mengambil sikap berhati-hati, walaupun dia baru sahaja memenangi pilihanraya yang penuh sengit dalam sejarah politik Israel. Ketika itu dia masih dikerumuni oleh sekumpulan penasihatnya di tingkat paling atas di Hotel Tel Aviv Sheraton, satu jam sebelum keputusan pengiraan undi diumumkan. Bekas panglima perang yang penuh kontroersi itu sudah tidak sabar lagi. Dia mahu tahu mengapa jumlah pengundi sungguh menurun kali ini, dan apa yang telah dilakukan oleh para peraih undi untuk memujuk rakyat pergi membuang undi mereka. “Rilek, Arik, dalam satu jam lagi anda akan menjadi perdana menteri,” kata serrang penasihatnya. Dia masih menggunakan nama timangan bakal perdana menteri terbaru itu. Tetapi, Sharon mahukan kemenangan yang lebih besar lagi daripada usaha mengalahkan Perdana Menteri Ehud Barak, yang cuba mempertahankan jawatannya. Saharon mahu kemenangan besar untuk menjamin dia diberikan mandat rakyat marhaen.

Marjin sekadar 19 persen, memberikan kemenangan kepada Sharon. Ratusan ribu pengundi Israel yang pernah mengundi Barak kurang daripada dua tahun yang lalu, kini telah berpindah selera untuk menyokong seorang calon yang tegas yang beberapa tahun dulu merupakan seorang pariah dalam dunia politk Israel. Sharon telah memperolehi undi majoriti dalam setiap sektor utama pengundian, termasuk para pendarang daripada Russi, pengunid kumpulan agama dan fraksi tengah. Hasil kajian sentimen pengundi (Exit polls) menunjukkan beliau meraih 59.5 persen undi berbanding 40.5 persen yang diraih oleh Barak. Kemenangannya itu begitu menonjol sekali sehinggakan dua jam selepas tamatnya waktu pengundian, Barak telah mengumumkan persarannya daripada dunia politik.

Namun, kemenangan Sahron itu ada juga cacat celanya. Jumlah pengundi menurun dan masyaraakat Israeli-Arab telah memboikotnya. Semua ini membuktikan apa yang diramalkan oleh para analis sebelum itu. Selama berminggu mereka meramalkan bahawa orang Israeili masih tidak dapat membuat pendirian yang tepat terhadap calon yang patut mereka pilih. Ramai di antara mereka itu menggap pilihanraya itu bukannya ebrerti memahkotakan Sharon sehebat usaha mereka mahu mendea Barak. Mereka beranggapan Barak telah gagal menanganai perjanjian damai sehingga mencetuksan pergaduahan yang sengit di West Bank (Tebing Barat) dan Gaza.

Masyarakat Palestin akan berhadapan dengan seorang perdana menteri baru yang memang sukar untuk dijinakkan di meja perundingan kerana dia memang lebih garang daripada Barak. Sebagai pemimpin sayap kanan Sharon memang telah menolak kebanyakan cadangan Barak. Antaranya ialah memberkan hak kepada masyarakat Palestin untuk memerintah sendiri di Tebing barat dan Gaza dan sebahagian Timur Jerusalem. Beberapa jam selepas pengundian itu, ada beberapa ahli perundingan perjanjian damai yang telah meramalkan kemungkian usaha damai mereka menghadapi jalan buntu. “Kalau Sharon dinilai berdasarkan peranan lamanya dan juga manifesto kempen politiknya, tidak mungkin akn adanya sebarang kemajuan dalam usaha perdamaian itu nanti,” kata Nabil Shaath, seorang perunding Palestin.

Sharon kini sibuk merencana penubuhan kerajaannya. Dalam ucapan kemenangannya itu, dia telah mengistiharkan penubuhan satu koalisi berpaksi tengah – yang merangkumi sayap kanan parti Likud yang dipimpinnnya dengan fraksi tengah Parti Buruh (yang dipimpin oleh Barak –penterjemah) – sebagai keutamannya. Ini bukannya satu kerja yang mudah. Persaraan Barak telah menimbulkan kelompongan dalam pucuk pimpinan partinya. Pemimpin yang akan mewarisi jawatannya mungkin tidak berminat dengan ajakan Sharon. Kalau mereka terus berdegil pemimpin Israel yang baru ini tidak akan mempunyai pilihan lain selain menubuhkan satu koalisi di kalangan sayap kanan yang sempit fikiran politiknya dan yang sudah pasti akan rapuh dan tidak akan dapat bertahan lebih lama daripada kerajaan yang akan digantikannya itu.

Para pengundi sudah berjaya menunjukkan semangat memboikot kerajan Barak. Di sebuah kiosk di Jabotinsky Street di Tel Aviv, yang merupakan satu kawasan belibelah yang digemari oleh puak kiri, para pejalan kaki berhenti sejenak untuk membaca muka depan akhbar yang dijaja untuk mengetahui kisah kematian seorang askar Israel yang dibunuh oleh orang Palestin di Gaza. Di atas anjung sebuah bangunan terdapat satu kain rentang yang mengingatkan para penghuni Tel Aviv dengan cogankata: “Hanya Sharon yang Akan Membawa Kedamaian.” Victor Cohen yang elah keluar mengundi di awal pagi untuk mengelakkan kesesakan telah berkata betapa dia menyokong barak pada 1999, tetapi tidak pulakali ini. “Aku sukakan Barak, tetapi keadaan Israel sudah semakin tenat. Kali ini, aku berpaling tadah, memilih Sharon untuk dipangkah.”

Di Jaffa, sebuah bandar yang berdekatan, semu penduduk Arab-Israeli tidak keluar untuk mengundi. Di sebuah pondok mengundi para pegawai pilihanraya melaporkan hanya 5 orang daripada 1,000 pengundi berdaftar telah keluar mengundi. Mohammad Arzav, seorang penduduk Jaffa yang keluar mengundi menceritakan bagaiamana dia menconteng “ 13 nama orang Arab-Israeli yang dibunuh oleh polis kegtika berlakunya rusuhan bulan Oktober. “Ini adalah satu protes. Aku bukannya mahu mengundi Barak ataupun Sharon.” Di beberapa pekanlain, penduduk Arab-Israeli telah membawa sepandok yang memaparkan gambar-gambar 13 orang yang mati itu sambil melaungkan kata-kata agar penduduk di situ memboikot pilihanraya itu. Taktik yang mereka usahakan itu mencapai kejayaannya. Hanya sekitar 15 persen penduduk Israeli-Arab yang membuang undi – sebahgian besarnya memasukkan kertas kosong sahaja.

Barak merupakan seorang panglima perang yang menceburi politik pada 1995. Penarikan sokongan masyarakat Arab-Israeli itu telah meruntunkan kejayaannya. Di pemilu 1999 dulu, Barak telah menang (mengalahkan Netanyahu –penterjemah) degnan menjanjikan segunung harapan agara kedamaian dapat dicapi. Usahanya yang gelojoh walaupun lebih bermurah hati jika dibandingkan dengan tawaran ahli politik Israel yang lalin, telah mematahkan hati orang Palestin. Ketika dia merancang satu kemuncak perdamaian di Kem David di Amerika Syarikat pada Julai lalu, usaha itu gagal dan mencetuskan rusuhan ganas di Tebing Barat dan Gaza. Kerajaannya yang memang rapuh di hari pertama ianya ditubuhkan semakin bergegar kurang daripada satu tahun selepas ia di martabatkan.

“Dia berfikir seperti seorang panglima tentera dalam aspek menawan kawasan lawan ataupun berundur untuk bertahan,” demikian pendapat seorang saintis politik, Shlomo Avineri. “Tetapi, politik adalah sesuatu yang memerlukan ciri-ciri berlemah lembut kerana sifat politk itu yang selalu kabur dan meragukan. Di sinilah jelas, Barak tidak layak sebagai seorang ahli politik.”

-Dan Ephron-
Newsweek Web exclusive.

.....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan Penterjemah:
Kesilapan Barak Yang Menyiksakannya: Sepatutnya Barak telah mendapatkan khidmat seorang diktator tua yang sudah semakin popular di seluruh dunia dengan ikhsan Asiaweek yang memaparkan wajah kerepotnya. Tentu Barak dapat belajar bagaimana menggunakan undi tipu dan undi hantu. –MT-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com