Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BBM Menghulurkan Perasa Politik Terbaru

BBM Menghulurkan Perasa Politik Terbaru
(MAF Offers New Political Flavour)
Oleh: Shahanaaz Sher Habib: The Star (Nation)

“Tidak ada salahnya kalau kita membuat warung baru di kawasan yang memang banyak terdapat warung di situ.” Demikianlah analogi yang digunakan oleh Dato’ Ibrahim Ali sebagai penyelaras utama Majlis badan Bertindak Melayu di satu persidangan akhbar sehari sebelum dilancarnya majlis persidangan itu.”Biarkan rakyat jelata membuat pilihan warung yang mana menyediakan hidangan mi yang paling menyelerakan,” katanya lagi.

Ibrahim menggunakan analogi ini untuk meyakinkan kenapa masih ada ruang lagi untuk penubuhan satu lagi badan bertindak Melayu dalam satu gelanggang yang samakin sempit itu. Kalaulah perhimpunan di Putra World Trade Centre (PWTC) itu menjadi ukurannya, nampak sangat para aktivis UMNO itu sedang mencuba mencuri gema daripada para pesaingnya.

Di sebalik segala laungan agar orang Melayu bersatu dan mengeluarkan amaran kepada kumpulan bukan Melayu agar tidak mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, perhimpunan itu telah mengambil kesempatan untuk mencemuh kerajaan dan juga Perdana Menteri Mahathir Mohammad. Mereka mengatakan bahawa hanya segelintir orang Melayu saja yang telah merasa nikmat projek penswastaan kerajaan. Mereka menuduh konglameret tempatan bersikap tamak dan mengsyorkan agar biasiswa diperbanyakkan lagi daripada pemberian pinjaman bank kepada bumiputra yang belajar di universiti.

Beberapa penceramah telah bersuara lantang bagi pihak orang Melayu yang mereka fikir sengaja telah terpinggir, polis, askar tentera, pegawai perkhidmatan awam, para nelayan dan petani. Kritikan seperti itu seolah-olah datang daripada pihak pembangkang. Malahan, pandangan seperti itu hanya akan muncul daripada mulut orang UMNO ketika perhimpunan tahunan UMNO bersidang. Jadi, apakah sebenarnya sasaran kumpulan itu?

Nampaknya dengan menggalakkan ahli UMNO bersidang dan membuat kritikan terbuka terhadap pucuk kepimpinan parti, sasarannya ialah untuk menumpulkan pengaruh parti pembangkang dan di waktu yang sama menarik balik sokongan orang Melayu. Lagipun, kalau UMNO sudah sedar akan kelemahan yang ada dan sanggup berbincang mengenainya, apa lagi yang mampu dilakukanoleh parti pembangkang?

Ada pihak yang berpendapat bahawa majlis itu yang diberikan kelulusan permit polis adalah satu strategi terbaru UMNO yang didalangi oleh pucuk pimpinan parti yang mahukan sokongan Melayu itu semula. Namun, apabila dilihat akan kata-kata keras yang diucapkan untuk mengutuk Mahathir, adalah amat sukar untuk mempercayai bahawa majlis ini adalah hasil tajaannya. Lagipun, BBM itu telah ‘menasihatkan’ agar Perdana menteri mendengar suara rakyat dan meminta beliau membersihkan kabinetnya.

Jelas, pendedahan segala kritikan itu telah mengejutkan banyak pihak sehingga mereka berada di satu pihak yang semacam belum bersedia. Seorang pemimpin pergerakan pemuda UMNO yang enggan namanya disebut di sini, telah berkata: “Saya tidak faham apa tujuan mereka sebenarnya sedangkan mereka adalah ahli UMNO juga. Takkan mahu tubuhkan satu parti pembangkang dalam UMNO itu sendiri”.

Seorang ahli exco pemuda UMNO, Zahari Wahab berpendapat bahawa BBM seharunysa tidak terlalu ghairah tertiru-tiru gelagat pembangkang mengkritik dasar parti semata-mata kerana mahu mengkritik. “Ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. Segala perkara yang dibangkitkan itu adalah isu yang sememangnya menjadi prioriti kepada kerajaan selama ini.”

“Adalah kurang bijak untuk mengatakan bahawa orang Melayu telah dipinggirkan. Kalau apa yang dilakukan oleh kerajaan itu masih tidak mencukupi, apakah cadangan anda? Kita mesti memberi cadangan yang berkesan untuk menyelesaikannya,” kata beliau.

Zahari telah menceritakan beberapa projek penswastaan kerajaan yng mendatangkan kebaikan seperti sistem jalanraya, bandar baru, kenaikan harga tanah di kampung-kampung, aktibiti ekonomik dan sumber pekerjaan. “Kenapakah ditonjolkan perkara yang tidak baik sahaja?” saolanya.

Dia menyebut betapa dalam setiap dasar itu memang ada kecacatannya dan masih ada ruang tertentu untuk rakyat termasuk ahli UMNO mengemukakan pendapat mereka. “Kita tidak boleh bersikap angkuh seolah-olah perkara ini tidak diketahui oleh kerajaan. Kita harus bertolak ansur dalam menilai perkara ini secara rasional” katanya lagi.

Seorang ahli exco Pemuda yang kini menjadi ahli korporat terkemuka membuat catatan bahawa pemimpin dalam BBM itu semuanya pernah berkhidmat dalam kerajaan. “Mereka pernah diberikan peluang. Tetapi apakah yang mereka lakukan ketika berkhidmat dengan kerajaan dulu?” soalnya pula.

Di antara pemimpin BBM itu termasuklah Timbalan Menteri Penerangan Datuk Khalid Yunus, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Drs. Sulaiman Mohamed, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim Ali, bekas timbalan menteri pertanian, Datuk Suhaimi Kamaruddin, ahli exco Kedah, Datuk Zakaria Said, bekas MP Tamrin Ghfar dan Datuk Mazlan Harun.

Ramai pula yang mengharapkan BBM dapan menyuntik sesuatu yang baru kepada sebuah parti yang sedang keuzuran.

Seorang pemimpin bahagian UMNO telah berkata betapa dia memikirkan perhimpunan pada hari Ahad itu akan merupakan satu lagi lakonan Ibrahim Ali dan merasa lega melihatkan perjalanan maajlis yang sebenarnya. Ibrahim Ali telah mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatanjkuasa kerja untuk menilai masalah orang melayu yang menyangkuti perkhidmatan polis, angkatan tentera, para petani dan nelayan dan merangka satu Dasar Ekonomi yang baru. Tun Ghafar yagn hadir di majlis itu sudah pun bersetuju menjadi pengerusi majlis itu.

Ibrahim telah menyebut berapa nama cendikiawan Melayu termasuklah Tan Sri Ghazali Shafie, Prof Ungku Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa hitam, Tan Sri Awang had Salleh, Tan Sri Nordin Sopiee, Datuk Maznah Jalil dan Tan Sri Harun Hashim yang akan dijemput menyertainya.

Bekas exco pemuda Umno Tamunif Mokhtar telah berkata cadangan itu menempatkan BBM di satu landasan yang betul kerana mereka yang dinamakan untuk menganggotai jawatankuasa kerja itu merupakan para pemikir yang memahami orang Melayu dan masalah di akar umbi. ‘Jawatankuasa itu hanya kekurangan pakar ekonnomi,”katanya.

Cadangan DEB yang kedua ini, kagtanya, memberi peluang untuk menilai kembali beberapa perkara seperti pendidikan dan “ada kalanya adalah lebih baik kalau kita menyorot kepada sistem lama yang baik itu.” Tidak ada sesiapa yang menyanggah pendapatnya itu.

Ahli exco Pemuda Umno yang tidak mahu namanya disiarkan itu berkata dia dapat merasakan akan ada beberapa penama yang dicadangkan itu menolak jemputan yang akan diajukan kepada mereka. “Keadaan akan berbeza kalau jemputan itu datangnya daripada kumpulan akademia yang bersikap berkecuali,” katanya.

Ada pula pihak yang berkata BBM itu yang ditubuhkan dan sebahagian besarnya dianggotai oleh bekas ahli exco Pergerakan Pemuda Umno, adalah bertujuan untuk menyaingi tugas pergerakan pemuda UMNO) yang ada tetapi gagal menarik minat kaum belia. Ekoran penyingkiran Dato Seri Anwar Ibrahim, muda mudi Melayu lebih berminat menyokong pergerakan reformasi. Kerana itu ramai di kalangan bekas exco pemuda yang mahu memainkan peranan menyekat kereputan keadaan itu.

Tamunif masih teringat akan musim pilihan pemimpin UMNO yang lalu, ada perwakilan yang mahukan penyertaan orang bukan kerajaan menganggotai majlis tertinggi parti. “Mereka mahukan UMNO yang lebih terbuka dan telus,” katanya. Dia juga berpendapat oleh kerana Khalid dan Sulaiman yang telah berucap kepada perhimpunan itu adalah ahli majlis tertinggi parti, “mereka berdua seharusnya berucap seperti itu juga apabila Majlis Tertinggi itu bersidang.”

Mengenai nasihat BBM agar Dr. Mahathir mendengar rintihan akar umbi, Zahari berpendapat bahawa Perdana Menteri memang mendengar semua itu dan adalah tidak wajar kalau difikirkan lain pula. “Saya menolak sebarang kenyataan bahawa PM tidak mendengar rintihan rakyat. Minggu yang lalu saya ada menulis sepucuk surat kepadanya. Saya mengemukakan kritikan membina terhadap sistem parti dan mengemukakan cadangan terhadap penyelesaiannya.

“Sudah tentu PM membaca setiap surat yang diterimanya. Tetapi, kita tidak boleh harapkan beliau sengaja berada di meja untuk membaca surat kritikan sahaja,” katanya.

Walaupun tujuan BBM itu nampak mulia dan untuk kebaikan UMNO, keadaan sebenar politik mengajar kita betapa sukarnya menelah percaturan politik itu, akhirnya. Kalau kita sorot kembali analogi yang digunakanoleh Ibrahim Ali, adalh terpulang kepada rakyat marhaen memilih warung ataupun gerai yang mana menjadi pilihan mereka untuk menikmati hidangan mi yang lazat. Tetapi, BBM mesti membuat penentuan agara warungnya itu sentiasa bersih. Pengusaha dan pekerja warung itu mesti sentiasa bersih dan menentukan makanan yang dihidangkan itu sentisa bersih juga.

Mi yang lazat tetapi dihidangkan dalam satu mangkuk yang kotor akan mengakibatkan pemakannya dihantarkan ke hospital kerana keracunan.

-Shahanaaz Sheer Habib-
7.2.2001 – The Star.

.....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com