Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tidak Ke Mana Pun

Tidak Ke Mana Pun
(Going Nowhere)
- Jonathan Sprague and Warren Caragata
Asiaweek Edisi February 16, 2001 Vol.27 No.6

Rumah berbumbung warna merah di No. 7 Jalan Irian nampak bersahaja di antara mahligai di daerah Menteng di Jakarta, yang menjadi kawasan elit masyarakat ningrat Indonesia. Timbalan Presiden Megawati Sukarnoputri berada di sebuah mahligai tidak jauh dari situ. Begitu juga dengan halaman rumah Suharto. Namun, rumah dua tengkat yang ini dan yang dipagari oleh satu tembok batu mungkin merupakan saebuah rumah yang paling penting di seluruh Indonesia masakini. Di sinilah Presiden Abdurrahman Wahid beristerehat setiap petang, tanpa sepatunya sambil berbincang secara tidak formal dengan para sahabat dan juga pihak lawannya. Adakalanya perbualan mereka itu boleh memanjang sehingga fajar subuh mula menyinar. Bangunan parlimen terletak hanya empat kilometer jauhnya. Tetapi, di sinilah para penunjuk perasaan berkumpul hampir setiap hari di mana para penyaingnya sedang merencana untuk menyigkirkannya. Wahid masih mahu merundingkan sesuatu untuk terus berkuasa ataupun menunggu untuk disuruh melepaskannya. “Saya mengharapkan segala perbincangan di sebalik tembok itu akan menyelesaikan sesuatu,” kata analis politik Andi Malalrangeng. Jika tidak, ekonomi negara akan tertambat dan kerajaan akan tersekat. Kesannya ialah huru-hara.”

Di masa keadaan paling mewah, Indonesia merupakan sebuah negara yang sukar diperintah, kerana terlalu besar dan luas dan berpecah-pecah oleh perbezaan budaya dan ekonomi yang pelbagai. Kini, peperangan perkauman di Kepulauan Maluku, pergolakan pemisah di Aceh dan Irian Jaya dan ekonomi yang masih lumpuh kesan krisis 1997 dulu, menyebabkan Indonesia seolah-olah tidak mempunyai seorang pemimpin unggul yang mampu menangani semua masalah itu. Wahid, ataupun lebih popular dengan panggilan Gus Dur, sedang dihantui cabaran yang paling getir dalam sejarah kuasa pegangannya. Minggu lalu, 10,000 pelajar universiti telah berkumpul di jalanraya Jakarta untuk mendesak beliau ‘mundur’ ketika parlimen mengganyangnya mengenai hubungan beliau dengan dua skandal korupsi. Dia boleh didakwa dalam masa beberapa bulan yang terdekat. Kepimpinan politik banyak bergantung kepada nasib presiden, pergerakan reformasi yang dapat membantu kegiatan ekonomi sudah dihentikan. Pengguguran Wahid tidak akan menyelesaikan masalah negara itu kerana ia sudah berpecah begitu hebat sekali sehingga pegolakan yang lebih besar memang boleh dijangkakan. Ribuan penyokong Wahid sudah berhimpun di Surabaya yang merupakan kubu kuat Wahid. Mereka telah membakar pejabat parti pembangkang yang diketuai oleh Golkar dan mengancam pertumpuhan darah, malahan peperangan saudara seandainya orang kesayangan mereka digugurkan.

Yang mencetuskan krisis ini disebut “Bulog-gate’. Inilah skandal yang membabitkan tukangurut Wahid dan juga kadangkala merupakan rakan niaganya. Beliau dikatakan telah mencuri USD3.6 juta daripada sebuah agensi makanan, Bulog. Ini telah disusuli oleh satu skandal lagi yang diberi nama ‘Brunei-gate’ di mana USD2 juta pemberian Sultan Brunei itu tidak dapat dikesan. Pembabitan presiden itu memang masih samar dalam kedua-dua kes itu. Sebuah suruhanjaya parlimen ada menyebut; “cuma ada kemungkinannya beliau (Wahid) disyakki memainkan peranannya” dalam Bulog-gate, dan mungkin juga berkeadaan yang sama mengenai skandal Brunei itu. Namun, skandal itu sudah cukup untuk mengapikan keresahan terhadap segala kelemahan yang terdapat dalam stail pemerintahan Wahid dan kepada kelembapan kemajuan reformasi. Wahid menafikan segala tuduhan itu dan bertegas beliau akan terus memegang kuasa sehingga akhir tempohnya pada 2004. Para penentanngya bertindak untuk menafikan perkara itu. “Lagi lama dia berkuasa, lagi banyak bencana akan dilakukannya kepada ekonomi dan politik negara,” kata speaker parlimen Akhbar Tanjung daripada Golkar.

Indonesia akan terus dihantui keresahan selagi pergelutan ini tidak berkesudahan. Ekonomi negara sudah dihenyak oleh masalah struktur yang hanya dapat dirungkaikan oleh satu kepimpinan yang tegas. IBRA (Indonesian Bank Restructuring Agency) masih bergerak terhencot-hencot dalamusah amenjual syarikat yang sedang tersedak, kerana dicekik oleh dasar kerajaan yang kabur dan kepimpinan yang saling bertukar-ganti. Para pelabur memang marah terhadap kelecehan meahkamah yang mengadili kes-kes kemuflisan; kerana itu mereka masih enggan untuk menambahkan pelaburan mereka. IMF (InternationalMonetary Fund) telah menyekat penulasan bantuan terbaru yang bernilai USD400 juta itu. Inilah jumlah terkini daripada bantuan yang bernilai USD5 bilion semuanya. Pegawai dana itu berkata mereka amat runsing mengenai rencana untuk melemahkan kuasa kebebasan bank pusat, dan juga keupayaan institusi wilayah untuk meminjam. Tindakan kerajaan amat dinantikan untuk membetulkan dua kisah kebangkrapan; satu kes melibatkan Manulife Financial Corp. dan yang satu lagi melibatkan anak syarikat Bank Dunia, International Fincnaial Corp. (IFC).

Bilakah semua masalah ini dapt ditangani? “Selagi kekalutan politik ini tidak diselesaikan,” jawab Raden Pardene daripada Danareksa Research Institute, Jakarta, satu kumpulan pemikir hal ehwal ekonomi , “adalah sukar untuk mengharapkan satu dasar ekonomi yang tetap.” Keadaan ini lebih menyakitkan hati kerana keadaan ekonomi yang terus bergerak dengan ihsan pengekspotan yang meningkat dan harga minyak yang terus naik tinggi. Keadaan politik yang tidak menentu boleh mencekik usaha pemulihan ini. “Infalasi kini bergelegak padakadar 9.5%, memberikan petunjuk bahawa kehendak komestik sedang naik memuncak,” kata pakare konomi Arjuna Mahendra di SGS Securities, Sinagpura. “Yang diperlukan kini ialah keyakinan yang mampu menarikpelaburan dan menempatkan Indonesia kembali kepada keadaan mampu membangun terus.”

Yang lebih dramatik, ialah keadaan perpaduan negara yang semakin rapuh.Di Aceh yang terletak di bahagian barat, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia tidak mahu menyambung genjatan senjata yang berusia lapan bulan itu setelah terbunuhnya seorang ketua tentera di sana. Di Irian Jaya yang terletak di bahagian Timur, petugas kerajaan telah berjaya mendesak para pemberontak membebaskan sepasang rakyat Korea Selatan yang telah mereka culik, walaupun keadaan masih tegang lagi. Wahid gagal menyelesaikan sebarang isu yang fundamental, walaupun beliau berjaya meredakan keadaan yang mungkin meledak. Seandainya dia digantikan (semua calon penggantinya lebih bersikap nasionalistik daripada dirinya), semua percaturan akan berledakan. “Kalau Gus Dur dipaksa mundur, (berkemungkinan) akan muncul momentum mengisytiharkan kemerdekaan,” kata Theys Eluay, seorang pemimpin Irian Jaya. Satu rencana penubuhan autonomi wilayah yang bertujuan menyahut kehendak pemimpin wilayah untuk menguasai rencanan pembangunan wilayah mereka telah diluluskan pada bulan yang lalu. Tetapi rancangan itu mempunyai banyak kelemahannya. Menteri yang bertanggungjawab menjadi begitu tertekan dengan kegagalannya mendapatkan sokongan Wahid sehinggakan dia meletakkan jawatan.

Wahid mungkin tidak pernah mendapat peluang (yang diimpikannya). Masalah asas dalam hal ini ialah kerana beliau merupakan seorang presiden secara tidak disengajakan. Dalam pemilu 1999 dulu, parti kepimpinannya menang hanya 13 persen undi yang ada. Hasil daripada siku-menyiku yang tercetus kemudiannya, kiai yang dihormati oleh masyarakatnya itu telah mendapat tempat pilihan yang kedua teratas. Lantas dia memenangi tugas itu. Di tahap awalan lagi, pentadbirannya menjadi tergugat disebabkan dia terpaksa bergantung harap kepada orang lain. Namun, dia telah meminggirkan hampir semua bekas penyokong setianya dengan cara keangkuhannya. “Gus Dur sedang memerintah satu kerajaan minoriti dan seharusnya berusaha memenangi hati golongan majoriti. Sebaliknya dia terus mengaibkan mereka.” Demikian pendapat Laksamana Sukardi, seorang pembantu Timbalan Presiden Megawati yang telah digugurkan oleh Wahid atas tuduhan korupsi yang tidak pun dapat dibuktikannya.

Apakah yang boleh berlaku seterusnya? Usaha para pembangkang Wahid untuk melaksanakan satu sessi khas Dewan Perundingan Rakyat, yang merupakan badan hukum tertinggi negara, untuk mendakwa presiden itu nampaknya sudah tertahan.Ini akan melambatkan lagi usaha itu sehingga akhir Ogos. Dijangkakan sehingga itu, pergolakan politik akan mencetuskan banyak cemaran kepada negara. Kalau Wahid mundur, dia akan digantikan oleh Megawati yang mempunyai sokongan akar umbi yang mampu menegakkan satu pemerintahan yang tegas. Tetapi populariti seorang suri rumah yang akhirnya menjadi pemimpin politik itu, terletak kepada sejrahanya sebagai anak kepada ‘Bapa Kemerdekaan Indonesia’ Bung Karno, sedangkan kemampuan dan kepakarannya masih belum teruji. Seandainya Wahid mundur, para penyokongnya di daerah desa akan menjadi ganas menggila. Jika dia enggan mundur, negara itu akan terus hanyut terumbang-ambing ke arah huru-hara. Memang sukar untuk menelah apakah resipi yang terbaik untuk Indonesia.

-Dengan laporan sokongan daripada Amy Chew danArif Mustolih/ Jakarta; dan Assif Shameen/Singapura-

...............................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 12 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com