Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tugas Yang Membosankan (2)

Tugas Yang Membosankan
(One Lousy Job)
Oleh: Warren Carragata
Asiaweek: February16, 2001 Vol.27 No.6

Bahagian Kedua:

IBRA memang tidak perlu tergopoh-gapah mendedahkan segala-gala perangkaan dalam neraca kewangannya. Sejak dua tahun yang lalu, ia telah menjual kembali aset bernilai $3.8 bilion dollar bersamaan dengan hanya 8 persen daripada keseluruhan pegangannya mengikut taksiran Bank Dunia. Setiap hari berlaku kelompongan dalam aktibiti itu, bererti bertambah lagi besarnya ancamanakan berlakunya sesuatu mudarat, sepertisatu kejutan mendadak terhadap iklim ekonomi negara ataupun berlakunya krisis politik yang akan mencetuskan satu lagi pusingan perniagaan yang muflis dan hutang yang bertapuk lagi. Walaupun hampir 70 bilion dollar telah disuntik ke dalam sistem perbankan sebagai dana modal, bank-bank Indonesia masih tidak mampu menanggung gegaran ekonomi, betapa kecil sekali pun ledakannya. Selagi IBRA gagal menjual asetnya,adalh tidak mungkin reformasi sebenar ataupun kebertanggunjawaban dapat dikuatkuasakan ke atas syarikat yang tempang itu. IBRA beranggapan ia perlu terus wujud berdekad lamanya untuk membetulkan segala keributan, kata Jim Castle, seorang perunding ekonomi di Jakarta yang mengepalai Indonesia-U.S. Chamber of Commerce. Ketika IBRA ditubuhkan sasarannya ialah hanya untuk tujuh tahun sahaja. Dia berpendapat agensi ini harus tegas dalam peranannya kalau ia tidak mahu menghadapi risiko dikuasai akhirnya. “Kewujudan IBRA ialah menjual aset yang telah diperolehinya,” kata Castle. “Kalau perkara itu tidak terlaksana, bererti IBRA gagal segagalnya.”

Hambatan utama terhadap penjualan aset muncul daripada kumpulan ningrat yang lama-lama yang mengimpikan satu harapan bahawa kelecehan dalam penjualan itu akan memberikan peluang untuk mereka mendapatkan kembali aset yang hilang. Para kroni inimasih lagi mempunyai kuasa yang besar sehinggakan mereka mudah mencetuskan kebencian rakyat marhaen. Di akhir tahun yang lalu, Lim Sioe Liong (a.k.a –also known as ataupun lebih dikenali sebagai Sudono Salim) telah membeli balik asetnya yang tergadai kepada IBRA.Inilah yang mencetuskan kemarahan rakyat marhaen sehinggakan kerajaan bertindak menhyekat kroni nombor satu negara itu daripada membat pembelian balik itu. Sekatan itu tidak menghalang Lim membeli balik sebuah syarikat bernama Karimun Granite dan juga QAF, sebuah syarikat berdaftar di Singapura yang telah diserahkan kepada IBRA. (Catatan Penterjemah: Sila lihat MMM3 yang menceritakan bagaimana BERNAS telah digunakan untuk membeli sebahagian besar saham QAF atas dasar kelentongan mahu mengembangkan perniagaan BERNAS di antero dunia, kununnnnnnnya!!!! )

Kisah Bank Danamon adalah satu episod lain pula yang membabitkan orang-orang kaya yang bertaraf taikun. Pada akhir tahun yang lalu, dalam tempoh kurang satu jam dan tanpa sebarang penjelasan, pengerusi IBRA yang diganti oleh Gerungan, Cacuk Sudanjanto, telah memecat Milan Shuster sebagai presiden Bank Danamon. Shuster merupakan salah seorang rakyat asing yang mengepalai bank Indonesia dan memang dihormati oleh masyarakat bisnes kerana berambisi untuk membangunkan Danamon yang dulunya dimiliki oleh seorang kroni Suharto bernama Usman Admadjaja. Shuster mahu menjadikan Bank Danamon sebagai sebuah institusi perbankan yang terbaik.

Para pegawai Danamon yang arif dengan keadaan itu telah menceritakan bagaimana Shuster telah disingkirkan. Salah satu sebabnya adalah kerana dia terlalu gemar mencabar Cacuk dan kerajaan agar menyebelahinya dalam sengketa membabitkan Admadjaja. Mengikut jalan cerita yang diterangkan oleh Cacuk kepada komiti parlimen selepas beliau dipecat pada Oktober lalu, dia enggan melupuskan satu pinjaman bernilai 16 juta dollar daripada Admadjaja kepada bank itu, yang masih dikekalkan catatannya dalam akaun perbankan sebagai satu bebanan hutang walaupun bank itu sudah muflis. Shuster bertegas oleh kerana saham pegangan Admdjaja dalam Danamon sudah terhakis sebaik sahaja bank itu bankrap, pinjaman itu sepatutnya dipupuskan juga. Tetapi, keadaan itu tidak pula berlaku.

Keadaan sengit itu semakin memuncak dan menjadi satu peperangan di antara Shuster dan Admadjaja berkaitan dengan satu pajakan tapak ibu pejabat bank itu dengan salah satu anak syarikat kumpulan Admadjaja. Shuster tidak berkenan dengan terma pajakan dan mahu ianya dihentikan. Dia berjaya melakukan niatnya itu walaupun tanpa sokongan Cacuk yang pernah diharapkannya di tahap awal usaha itu. Kini, IBRA membantunya membayar sewaan untuk satu tahun yang kalau dengan kadar dulu bernilai untuk sewaan satu bulan sahaja. Cacuk dan Admadjaja tidak bersetuju untuk ditemubual dan Shuster tidak pula berkenan dengan penyingkirannya.

Pada hakikatnya, peranan IBRA ialah untuk berunding dengan kumpulan elit lama Indonesia. Pada dasarnya walaupun ada ketelusan dalam peranan agensi itu, ia mudah terdedah kepada tuduhan betapa ia mudah akur kepada tekanan dan bersikap memihak kepada para kroni tersebut. Tetapi IBRA dan juga kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk menghakiskan syak wasangka rakyat marhaen. Perundingan kerap dilakukan secara tertutup mencetuskan kesangsian berlakunya pilih kasih. Satu contoh boleh diambil daripada satu kes yang penuh kontroversi membabitkan penyusunan hutang bernilai 2.7 bilion dollar pemberian IBRA dan membabitkan Texmaco sebuah kumpulan tekstil dan kejuruteraan kepunyaan Marimutu Sinivasan. Ramai pengkritik yakin perundingan struktur itu memihak kepada Sinivasan, hasil temubual dengan orang yang terbabit dengan perundingan itu menyerlahkan bahawa anggapan pengkritik itu tidak benar. (Pada malam Rabu yang lalu, kerajaan telah mengumumkan kebenaran kepada penyusunan semula hutang Texmaco, walaupun buti-butir lanjut masih belum jelas lagi.) Adalah sesuatu yang sukar untuk membuat andaian yang jitu kerana ketiadaan butir-butir lanjut yang diedarkan kepada orang awam. IMF dan juga Bank Dunia telah turut menyokong kritikan agar ketelusan diamalkan dalam segala kerja seperti itu. Mengikut Ketua Bank Dunia Cawangan Indonesia, Mark Baird, “kerajaan mesti menghentikan amalan urusan dalaman.”

Kebencian dan kecurigaan rakyat marhaen terhadap para kroni memang kerap menggugat rancangan yang direka oleh IBRA. Awal tahun lalu, IBRA cuba menjual bank yang nombor dua terbesar di Indonesia, Bank Central Asia (BCA). Rakyat marhaen bangkit kerana marah dengan pembabitan Liem yang satu ketika dulu merupakan orang terkaya di Indonesia dan merupakan rakan paling akrab kepada Suharto. Kebangkitan rakyat itu telah memusnahkan satu rancangan untuk menonjolkan bank itu sebagai yang terbaik di mata seorang bakal pembeli.

Semangat nasionalismeyang membuak pun boleh menyekat usaha IBRA menjual murah institusi yang tenat. Awal tahun lalu, kerajaan telah menolak satu cadangan untuk menjual sebahagian saham minoriti dalam BCA kepada satu bank asing yang mampu melakukan penyusunan semula untuk mempergiatkan operasi perbankan yang mampu menghasilkan keberkesanannya. Sumber yang rapat dengan IBRA mendedahkan betapa IBRA dankerajaan Wahid amat takutkan kebangkitan rakyat gara-gara penjualan itu. Anggapan songsang betapa masa akan menjadi penenang yang akan memperbaiki harga dan nilai aset yang terperam itu memang sudah lama terpahat pada pemikiran IBRA dan juga pihak kerajaan. Ini merupakan satu gambaran betapa wujudnya satu keraguan kemungkinan berlakunya kemasukan orang asing untuk menyapu habis segala isntitusi bermasalah itu dengan pembelian yang murah-murah. Kesannya, 22.5% saham bank itu telah dijual melalui tawaran awalan awam pada bulan Mei. Tawaran IPO (initial public offering) itu memang merupakan satu usaha yang amat menyedihkan. IBRA hanya meraih 107 juta dollar, bersamaan dengan setengah daripada yang diharapkannya. Penjualan sambungan BCA yang dirancangkan akhir tahun lalu telah ditangguhkan dengan harapan sentimen pasaran akan berubah dalam beberapa bulan lagi. Kini, IBRA mengumumkan penjualan pegangannya dalam BCA dan juga Bank Niaga di akhir bulan Jun. Tetapi, selagi orang asing tidak dibenarkan membelinya, harga penjualan saham-saham itu sudah tentu akan merupakan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran yang sebenar. IMF menjadi tidak senang dengan satu lagi janji mengenai tindakan selanjutnya dan telah enggan melepaskan ansuran pinjaman seterusnya yang bernilai 400 juta dollar. “Anda tidak boleh terus berjanji sahaja di setiap suku tahun,” kata wakil IMF di Jakarta, John Dodsworth.

Ada juga pembeli asing yang dibenarkan untuk turut serta. Ini adalah kesan pembaharuan dalam agensi itu. Sepanjang tahun 2000, IBRA telah mampu mempamerkan satu prestasi yang baik dalam satu tempoh yang pendek. Agensi itu berjaya menjual sekitar 2.2 bilion dollar dalam bentuk syarikat dan bebanan hutang. Ini merupakan sedikit tinggi daripada sasaran yang ditetapkan oleh parlimen. Kejayaan terbesar setakat ini berlaku 11 bulan yang lalu pabila IBRA menerima 500 juta dollar daripada penjualan saham untuk menguasai Astra International – yang merupakan pembuat kereta terbesar Indonesia kepada Cycle and Carriage Singapura. Urusan penutup yang menggembirakan IBRA berlaku dengan penjualan 24 ladang kelapa sawit berharga 370 juta dollar yang dulunya dimilikki oleh Liem kepada Kumpulan Guthrie.

....bersambung....

..........................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan: Melalui artikel yang berisi maklumat ini rakyat marhaen harus sedar bahawa segala gembar-gembur mengenai pemulihan ekonomi negara adalah kelentongan semata-mata. Apabila diambil-kira artikel ini dan diimbau balik tulisan MGG 3901 “The Bankrupt Icons...” serta nukilan terbaru Amin Sapiro “Jangan Besar Pancing Dari Umpan”, rakyat marhaen akan sedar bahawa Mahathir dan Daim sedang bermain mekap dengan perangkaan untuk menunjukkan ekonomi negara sudah beransur pulih. Insya Allah segala alasan mainan mekap ini akan diterangkan dalam MMM4. – MT--


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com