Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Keganasan Yang Mencabar (2)

Keganasan Yang Mencabar
(Danger: Terror Ahead)
Mark Hosenball and Evan Thomas
Newsweek International (February 19 Issue)

Bahagian Kedua

Musuh Yang Licik

Osama bin Laden memang merupakan seorang musuh yang licik. Dia mempunyai satu jaringan operasi longgar yang mengandungi cabang operasi yang separa-bebas dan mampu mendapatkan bantuan kewangan melalui organisasi yang kelihatan bergerak secara bersahaja. Pengawasan yang perihatin pun kerap gagal menepiskan serangannya. Mengikut sumber risikan Amerika, dua tahun sebelum kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania diserang dengan bom, CIA dan Agensi Keselamatan Negara telah memasang alat pengintipan kepada lima buah telefon yang digunakan oleh orang-orang yang disyakki menjadi ahli cawangan Al Queda di Kenya. Pihak FBI berjaya menangkap salah seorang yang disyakki itu untuk disoal-siasat. Beliau ialah Wadih el-Hage, seorang rakyat Amerika daripada Lebanon yang pernah menetap di Texas dan menguruskan perniagaan Bin Laden di sana. Kenapakah pegawai penyiasat dan pendera itu membongkar rancangan pengboman itu? Mereka digagalkan oleh kepintaran para operatif yang disyaki itu dalam menggunakan kod rahsia dan nama samaran serta perkataan yang mengandungi rahsia maknanya.

Adalah amat sukar untuk mengesan makna isyarat daripada jaringan komunikasi Osama Laden. Dia menggunakan satu sistem putaralih komunikasi yang boleh dibeli di pasaran terbuka. Mengikut beberapa laporan, dia mampu berhubung secara onlain menghantar peta-peta dan isyarat berahsia kepada pengikutnya melalui laman web yang menyediakan fonograpi dan warta sukan kepada pelanggan mereka. Dia memang pintar menggunakan organisasi proksi sebagai saluran membersihkan wangtunai. Beberapa organisasi proksi ini memang wujud di Amerika Syarikat. Di Minneapolis, pasukan FBI dan Perkhidmatan Imigresen dan Pendudukan-Tetap sedang membuat penyiasatan terhadap ledakan kiriman wang luar negara yang dilakukan oleh pendataang Somali di tempat perkampungan mereka. Mengikut laporan selidikan oleh Minneapolis Star Tribune pada November lalu, pendatang Somali telah mengirimkan sebanyak 75 juta dollar daripada Amerika Syarikat dengan kadar sekitar 2 juta hingga 4 juta dollar, setiap bulan. NEWSWEEK difahamkan betapa para penyiasat Amerka beranggapan bahawa sebahagian wang itu adalah untuk pergerakan Islam yang bernama Al-Ittihad yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda.

(Catatan Penerjemah: Lihat betapa bongoknya orang Amerika. Bulan November dulu adalah musim umat Islam bersiap sedia menunaikan kerja-kerja Ramadhan dan Aidulfithri. Orang Somalia seperti juga kaum Arab lain selalunya mengerjakan umrah ketika itu. Adalah logik kalau yang mampu dan berwang di Amerika mengirimkan wang kepada saudara mara mereka yang memerlukannya.Tetapi, FBI man tahu semua itu?)

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang bebas dan terbuka luas. Memang tidak sukar untuk menyusup masuk negara itu. Salah seorang calon saksi pihak pendakwa dalam kisah pengboman kedutaaan yang sedang dibincangkan di mahkamah York City ialah Ali Mohamed. Ali memaasukki Amerika pada 1980-an dan berjaya menganggotai pasukan angkatan bersenjata Amerika Syarikat. Dia selanjutnya dinaikkan pangkat menjadi sarjan dan telah dikerahkan untuk menganggotai pasukan khas yang berpangkalan di Fort Bragg, N.C, di mana dia ditugaskan sebagai seorang pelatih unit komando yang elit mengenai budaya Islam dan politiknya. Rupanya ketika itu, dia sudah pun berkhidmat (secara rahsia mungkin – penterjemah) dengan Egyptian Islamic Jihad yang memang mempunyai pertalian rapat dengan Al Qaeda. Apabila bersara daripada perkhidmatan tentera Ali Mohamed telah beralih ke Afghanistan dan menjadi guru yang melatih orang-orang Osama Laden dalam perihal menggunakan bahan ledakan. Tidak lama kemudiannya dia memulakan kerja-kerja penubuhan Kumpulan Al Qaeda.

Ali Mohamed telah memberi keterangan bagaimana dia membawa beberapa gambar kedutaan Amerika untuk ditunjukkan kepada Osama Laden. Osama telah memberikan pendapatnya sambil menunjukkan lokasi di mana sebuah trak yang dipandu oleh seorang wira jihad boleh membolosinya untuk meledakkan tempat itu.

Bersambung....

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com