Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Keganasan Yang Mencabar (3)

Keganasan Yang Mencabar
(Danger: Terror Ahead)
Mark Hosenball and Evan Thomas
Newsweek International (February 19 Issue)

Bahagian Ketiga

Orang Luar yang Menggelabah?
(Foreign Bungling)

Masyarakat Risikan Amerika memang banyak bergantung-harap kepada perkhidmatan keselamatan asing untuk mengawasi dan juga ada kalanya menangkap penjenayah. Negara kepolisian seperti Mesir, memang mempunyai perkhidmatan anti-keganasan yang sungguh kejam dan cekap. Kerajaan Brtiskh sedang merancang menguatkuasakan satu undang-undang menyekat sesiapa mengutip derma dan melantik rekrut (calon kongsi gelap) di Britain. Namun, pegawai Amerika masih lagi merungut betapa rakan sekutunya mempunyai sikap kerja yang kerap sangat lembap. Menjelangnnya hari pertama alaf baru dulu, pegawai kastam Amerika Syarikat telah menyekat seorang militan beragama islam yang cuba menerbus sempadan Kanada dengan berbekalkan beberapa bom yang dalam pelbagai bentuk dan saiznya. Pegawai Amerika pun naik jengkel apabila orang yang disyakki, Ahmaed Ressam, dan beberapa orang pakatan konspirasinya, telah diawasi tetapi berjaya melepaskan diri mereka. Mereka bejaya melepaskan usaha menjejaki yang dikelolakan oleh penguasa Kanada. (Ressam yang telah dikenakan sembilan tuduhan tidak mengaku salah terhadap semua tuduhanitu). Beberapa rakan sebilik Ressam telah dibebaskan di Dublin Ireland. Pegawai FBI telah menuduh polis Dublin kerana sengaja gelabah dalam kes itu. Seorang wartawan NEWSWEEk pernah berbual dengan orang yang disyakki itu yang masih lagi menetap di sebuah alamat di Selatan Dublin.

Orang yang disyakki oleh pegawai risik Amerika itu, dianggap telah memainkan peranan penting sebagai penyelaras satu cabang jaringan yang berpusat di bandar raya Ireland. Dia telah meletakkan gagang telefonnya apabila wartawan yang menelefonya itu enggan mendedahkan rahsia bagaimana dia mengetahui nombor telefonnya itu.

Tetapi, Yassir el-Sirri ketika berbual di London dulu, memang tidak berapa kisah kalau-kalau dia akan ditangkap. Dia bertegas mengatakan semua kerja-kerjanya mengedarkan maklumat mengenai pelbagai kumpulan Islam adalah dilakukannya secara telus dan terbuka.

“Semuanya jelas,” kata beliau. Di kalangan para pegawai kumpulan Osama Laden yang dikenalinya ialah Ayman al-Zawahiri, seorang pemimpin Ilman Mesir yang mempunyai senarai maklumat menganai laman web yang paling dikehendakki. Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata bahawa Zawahiri ialah pemimpin sekutu Al Qaeda. “Dia adalah seorang yang baik. Memangbaik orangnya,” kata el-Sirri.

Dengan bertambah banyaknya senjata pemusnahan sejagat, kini timbul kesedaran yang membuatkan orang gelabah terhadap bahaya sebenar ugutan keganasan. Saksi pertama kerajaann dalam kes pengboman kedutaaan minggu lalu itu, mendakwa Osama bin Laden dan juga sekutunya pernah menawarkan sejumlah 1.5 juta dollar kepada penggiat pasaran gelap berbangsa Sudan sebagai harga untuk membeli uranium.

Para pendakwa Amerika Syarikat juga telah mendakwa betapa sejak 1992 dulu lagi, Osama Laden dan juga para panglimanya telah beberapa kali berusaha membeli komponen untuk membuat senjata nuklear. Tidak pula jelas apakah Osama Laden sudah mempunyai kepakaran ataupun sumber yang diperlukan untuk pembikinan bom itu. Namun beberapa pakar sudah yakin bahawa panglima pengganas itu memang mampu membuat apa yang dikatakan bom berbahaya yang mampu meledak dan menaburkan bahan radio-aktif yang berbahaya untuk merebak di suatu kawasan yang luas. Inti penting bom seperti itu ataupun senjata berunsur biologikal dan berkimia mungkin boleh dibeli di pasaran gelap sejagat. Mencegah Osama Bin Laden daripada membeli bom seperti itu dan menggunakannya memerlukan satu daya usaha yang perlu diselaraskan secara sejagat juga.

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com