Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bush lawan Iraq: Pertarungan Ulangan

Bush lwn. Iraq: Pertarungan Ulangan
(Bush vs. Iraq: The Rematch)
Oleh: Russel Watson & Roy Gutman
NEWSWEEK Feb. 26 Issue

Pertemuan di Mexico sepatutnya merupakan satu perjumpaan antara dua tuanpunya ladang ternakan di sempadan Texas-Mexico. Malangnya ketika Gorge W. Bush membuat lawatan rasmi pertama sebagai seorang presiden ke Mexico minggu lalu, dia selah-olah dibayangi satu lembaga yang menghantui majlis jamuan baberku: Dia terbayangkan musuh lama bapanya dulu, Sadam Hussein.

Ketika waktu rehat di antara beberapa pertemuan dengan presiden Mexico Vicente Fox, Bush telah berbicara spontan untuk beberapa minit dengan beberapa penasihatnya, sambil meminta maaf kepada tuanrumah. “Maafkan kami,” katanya. “Kami ada sedikit hal dengan Sadam.”

Hal itu bukan kepalang besarnya. Dengan arahan Bush, pesawat perang Amerika dan juga kepunyaan sekutunya Britain, telah melanggar angkasa Iraq dan melancarkan serangan terbesar yang pernah dilakukan sejak dua tahun yang lalu. Selepasitu ketika berbaju lengan pendek dan menghadiri satu sidang akhbar bersama dengan Fox, Bush cuba memberitahu bahawa serangan udara itu adalah “misi biasa” sedangkan itu bukan perkara yang sebenarnya. Dalam kempen pilihanraya presiden tahun lalu, Bush pernah mengecam dasar Bill Clinton terhdap Iraq sebagai satu rencana yang gagal. Kini dia cuba menonjolkan dasar ciptaan sendiri. Tindakan pertama beliau nampaknya, bertujuan menjentik Saddam dulu.

Namun, belum jelas lagi apakah Bush cuba mengacah Saddam ataupun sebaliknya. Lebih sebulan dulu lagi, Iraq telah memperhebatkan tembakan ke udara keatas pesawat asing yang mengawal zon larangan di bahagian utara dan selatan Iraq. Lebih sedozen peluru berpandu darat ke udara telah dilancarkan sepanjang tahun 2000. Peningkatan tindkan tentera ini memang satu perkara baru. Selama lapan tahun perbalahan Sadam dengan Clinton tertumpu kepada sekatan ekonomi dan kedegilan Iraq untuk menerima pemeriksa senjata tajaan PBB yang mahu mencari bukti adanya senjata nuklear, kimia ataupun bikinan senjata terbaru. Sekarang dengan tertubuhnya pentadbiran Amerika yang terbaru, keadaan gencatan yang lama itu sudah pun menunjukkan dimensi baru kepada satu pergocohan keluarga.

George Bush yang tua dulu telah merancangkan satu gagasan ketumbukan bersenjata untuk mengnyahkan tentera Iraq daripada bumi Kuwait. Itu cerita sepuluh tahun dulu. Tetapi ketika itu, dia telah membiarkan tentera terbaik Sadam melepaskan diri mereka apabila dia menghentikan pertempuran itu dulu secara tiba-tiba. Sebahagian penyebabnya ialah atas desakan Colin Powell, panglima perangnya yang terunggul yang kini menjadi setiausaha negara kerajaan pimpinan anaknya. Apabila Bush melepaskan jawatannya, Sadam telah cuba membunuh bekas presiden itu ketika beliau membuat lawatan ke Kuwai yang sudah pun dibebaskan. “Tidak mungkin Saddam membiarkan mereka itu semuanya balik berkuasa tanpa melakukan sesuatu untuk menillai tindakan mereka,” kata seorang duta di wilayah itu. “Sudah pasti dia akan mengacau dan mengacah.”

Lapan belas (18) pesawat Amerika dan Britain itu elah menyerang lima pangkalan udara Iraq. Sehingga akhir minggu lalu, taksiran bencana yang dilaksanakan masih belum disibarkan lagi. Iraq mengatakan dua orang awam telah terbunuh, sambil memberi amaran bahawa “jenayah ganas” ini akan “dibalas dengan tegas.” Bush tidak menerima sokongan daripada sekutu Washington: Mesir, Jordan dan Turki, antara lainya telah mengutuk pengeboman itu. Gencatan perundingan damai di antara Israel dan Palestin telah memihak kepada Sadam apabila dia mendapat sokongan kerajaan Arab yang lain dan rakyat yang berhimpun di jalanan. Kini, gambarnya sudah pun dipasang semula di dinding rumah orang Palestin. Seorang veteran politik Jordan pernah berkata: “Saddam adalah lambang sesaorang yang berani menentang Amerika.”

Pada minggu ini Setiausaha Negara Powell akan memulakan lawatannya ke Timur Tengah di mana salah satu sasaran utamanya ialah untuk “menghidupkan” kembali dasar Amerika terhadap Iraq. Itulah yang dikatakannya. Sehingga kini pihak pentadbiran masih belum tahu lagi arahhala kajian semula dasarnya terhadap Iraq itu. Di Mexico, Bush telah berkata betapa Washington akan terus mengekalkan dua zon sekatan udara itu “sehingglah strategi itu diubah, kalau pun ia akan diubah.”

Satu perubahan dasar mengenai zon sekatan udara itu adalah memang berkemungkinan. “Kini kita ada kaedah balas-membalas,” kata seorang pegawai pentadbiran. “Mereka (Iraq) tembak pewasat kita, kini kita tembak balik. Mereka gerakkan satu SAM (Surface to air missile - penterjemah) kita tembak balik. Soalnya apa yang akan kita buat selanjutnya? Apakah objektif kita? Apakah tindakan untuk berjaya?” Sebaik sahaja Powell siap dengan kajian semulanya itu, pihak pentadbiran akan membuat keputusan mengurangkan penerbangan harian di kawasan zon sekatan penerbangan itu, dan menggunakan kuasa serangan udara hanya untuk mendera kelakuan agresif Iraq dengan serangan hebat seprti yang dilaksanakan minggu lalu.

Pihak pentadbiran masih lagi membantu kumpulan penentang Sadam untuk menggulingkannya. Para pegawai Iraqi national Congress, yang merupakan oraganisasi induk yang ditaja oleh Amerika Syarikat telah dipanggil ke Jabatan Negara minggu lalu untuk membincangkan strategi baru. Ahmaed Chalabi, pemimpin kumpulan itu, telah memberitahu betapa dia mengharapkan pentadbiran yang baru itu akan bergiat lebih cergas lagi dalam menumpaskan Sadam dan menunjukkan kepada kumpulannya “satu semangat kerjasama yang baru” yang bererti berkemungkinan dia memerlukan banyak wang lagi. Tetapi, kumpulan yang menentang Saddam memang telah ternyata tidak berkesan dalam meenenang rejim Sadam yang ganas itu. Malahan seorang pegawai pentadbiran ada berkata usaha “untuk menjatuhkan Sadam bukannya matlamat utama dasar kami.”

Sekatan ekonomi PBB terhadap Iraq memang tidak berkesan sangat kerana dilumkpuhkan oleh usaha penyeludupan dan perniagaan haram. Beberapa sekutu Amerika yang baik-baik telah pun mengundurkan sokongan mereka terhaap masalah sekatan ekonomi itu. Turki dan Jordan memang tidak sanggup besekutu kerana mereka terlibat dengan perdagangan minyak Iraq. Jordan menerima bekalan minyak dengan harga potongan, sehingga mampu menjimatkan 350 juta dollar dalam satu tahun. Ini merupakan jumlah yang besar bagi sebuah negara di mana keluaran kasar negara hanyalah $16 bilion dollar. Beberapa negara Eropah terutama sekali Peranchis dan Russia memang berminat menyambung semula hubungan dagang dengan Iraq. Malahan Britian, yangmerupakan sekutu paling rapat Washington, mahu melakukan kajian semula dasar sekatan ekonomi itu. Musuh lama Saddam seperti Syria, Iran, Mesir dan beberapa negara teluk yang lain sedang memulakan dagangan dengan Baghdad. “Kita sudah kalah dalam peperangan propaganda dulu,” kata seorang pegawai pentadbiran Amerika.

Saddam telah menang, kata pegawai itu, dengan minyaknya mengalir ke luar negara mengikut peraturan sekatan ekonomi dan dengan memungkiri untuk membelanjakan hasil jualan itu kepada pembelian barang-makan dan perubatan seperti yang diaturkan. Sebaliknya terdapat sekitar 13 bilion dollar yang tersimpan di akaun eskro yang ditadbirkan oleh PBB sedangkan ada rakyat Iraq yang kebuluran dan memerlukan bantuan perubatan. Di waktu yang sama sebagai bahan propaganda Saddam memberitahu rakyatnya bahawa Amerika adalah penyebab rakyat kebuluran. Besar kemungkinannya Washington terpaksa mengalah dalam beberapa hal mengenai sekatan ekonomi itu, sambil mengekalkan peraturan menyekat kemasukan barangan yang boleh dijadikan bahan membuat senjata pemusnahan massa. Termasuk juga beberapa kawalan terhadap cara Saddam membelanjakan hasil minyaknya. Sambil mendapatkan persetujuan baru kepada sekatan itu, Bush mesti juga lakukan apa yang dilaksanakan oleh bapanya dulu: mencari jalan bagaimana boleh menyekat Saddam kalau-kalau dia bertindak untuk menggugat kedamaian itu semula.

- Dengan sumbangan Martha Brant dan Alan Zarembo di Mexico dan Christopher Dickey dan Adam Piore di New York –

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com