Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Amerika Dituduh Melibatkan Jepun dalam Perang Dunia Ke-2

Amerika Dituduh Melibatkan Jepun dalam Perang Dunia Ke-2
(Lawmaker Blames U.S. For WW II)
Daripada Reuters 19 Februari

Seorang pegawai perundangan parti pemerintah Jepun telah berkata bahawa Jepun tidak boleh dipersalahkan kerana terbabit dengan Perang Dunia ke-2 kerana tindakannya itu adalah disebabkan oleh Amerika Syarikat juga.

Kenyataan yang dibuat oleh Hosei Norota, bekas menteri pertahanan Jepun yang kini menjadi pengerusi Jawatankuasa Perbelanjaan Dewan Rendah Jepun, dijangka akan mencetuskan kontroversi di seluruh Asia di kalangan negara yang pernah ditakluki oleh Tentera Imperial Jepun pada 30-an hingga 40-an dulu. Sekaligus ia akan menyulitkan lagi masalah yang sedang dihadapi oleh perdana menteri Yoshiro Mori.

“Oleh kerana Jepun diganyang dengan sekatan bekalan minyak dan pelbagai bekalan lainnya oleh negara luar, Jepun tidak punyai pilihan selain bergerak ke arah Selatan untuk mendapatkan sumber asli.” Demikian yang dilaporkan sebagai ucapan Norota kepada para penyokong Liberal Democratic Party pada hari Ahad.

“Dengan lain perkataan, Jepan menjadi mangsa satu rancangan yang lakar oleh Amerika Syarikat. Inilah yang dilaungkan oleh para sejarawan.” Kata beliau dalam satu kenyataan yang mengulang balik alasan yang diberikan oleh para pegawai tinggi tentera Jepuan pada tahun 1930-an dulu untuk menyokong tindakan mereka melancarkan serangan menguasai Asia.

Seorang pegawai kanan parti pembangkang Democratic Party, Hirotaka Akamatsu telah memberitahu para wartawan bahawa pendapat Norota itu adalah satu “kesilapan, tidak bertanggunjawab dan ketinggalan zaman,” demikian yang dilaporkan oleh agensi berita Kyodo.

Parti Demokrat bersama dengan tiga lagi parti pembangkang sedang bergabung tenaga untuk menggulingkan Mori yang semakin tidak popular itu dan sedang menimbangkan sama ada mengusahakan undi tidak percaya terhadap Norota. “Berkemungkinan besar akan tercetus reaksi pihak sejagat, terutama sekali di Asia,” kata Tsutomu Hata, seorang pegawai kanan Democratic Party.

MORI Semakin Membisu

Mori sengaja tidak mahu terlibat dalam kisah yang dicetuska oleh Norota itu ketika beliau didesak di satu persidangan mendebatkan perbelanjaan negara. Namun dia berkata kerajaan masih mempunyai pendirian yang sama yang pernah dinyatakan oleh Perdana Menteri ketika 1995 dulu, Tomiichi Murayama ketika menyambut ulangtahun berakhirnya peperangan.

Muruyama, seorang sosialis, hampir bersikap meminta maaf kerana segala tindakan Jepun ketika berperang dengan berkata;

“ Untuk menglakkan berlakunya kesilapan lagi di masa depan, saya terima hakikat yang tercatat dalam sejarah yang tidak boleh disangsikan, dan saya ingin menyatakan dengan segala keinsafan dan dengan penuh keikhlasan, seribu kemaafan.”

Chikara Sakaguchi, seeorang ahli parti koalisi New Komeito, yang memegang portfolio Kesihatan, Buruh dan Kebajikan dalam kabinet Mori, telah juga didesak untuk memberikan pendapatnya.

“ Saya berpendirian memang ada tindakan agresif terhadap beberapa negara seperti China dan ini telah mencetuskan rantaian aksi daripada Eropah dan Amerika Syarikat sehingga mencetuskan Peperangan Pasifik,” kata Sakaguchi. “Memang ada pelbagai pendapat dalam hal ini, tetapi itulah pendapat saya.”

Mori Yang Telah Terjerut

Mori sedang digugat dengan krisis terbesar dalam pemerintahannya yang berusia 10 bulan itu. Desas desus yang kencang menyebut dia berkemungkinan melepaskan jawatannya bulan hadapan.

Siapa yang akan menerajui Jepun semakin dipersoalkan ketika negara itu sedang diharung keadaan ekonomi yang semakin merudum dan perhubungan dengan Amerika Syarikat yang tergugat oleh episod pelanggaran kapal Jepun di Hawaii oleh kapalselam Amerika Syarikat. Episod ini mengorbankan sembilan nyawa.

Mori mula-mula sekali menghadapi masalah ini pada bulan Mei lalu dengan membuat kenyataan yang serupa. Satu bulan selepas memegang jawatannya, dia telah mencetuskan pelbagai kritikan dengan menggelarkan Jepun sebagai sebuah “negara yang suci yang berpaksikan seorang maharaja.” Kenyataannya itu telah mengimbau ingatan lama yang sungguh tidak menyenangkan, di mana idelogi negara ketika itu mendewakan maharaja dan sekaligus menolak kadar sokongan kepada Mori jatuh menjunam di bawah paras 40 persen sahaja.

Dalam ucapannya itu, Norota juga telah menyebut betapa peperangan mereka itu adalah Peperangan Besar Tenggara Asia. Ini telah menyemarakkan kemarahan orang Jepun terhadap kecenderongan ketenteraan kerajaan zaman perang dulu.

Kenyataan Norota itu besar kemungkinannya mencetuskan kemarahan negara jiran yang lain seperti Korea Selatan, China yang pernah dijajah oleh Jepun untuk beberapa dekad di abad ke-20 dulu. Bala tenteranya pernah menguasai Asia Tenggara dalam usaha Jepun mengembangkan dasar Gagasan Rantau Kemewahan Berusahsama.

....................................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan Penterjemah:
Kenyataan Norota adalah bersifat acah-acah sahaja. Tetapi, dalam masa 48 jam, sentimen yang sama sudah muncul di Korea Utara di mana kerajaan Komunis Korea itu sudah berani mengacah Amerika Syarikat pula. Semua ini sudah lama di dahului oleh sebahagian penjuru Indonesia di mana puak Kristian sengaja diapi-apikan agar berantakan dengan puak Islam. Kini, masyarakat Dayak sedang berantakan dengan masyarakat Madura. Di Thailand, pasukan tentera sudah pun berkumpul di sepanjang sempadan negara dengan Myanmar. Inilah yang saya sebut dalam MMM7 sebagai bunga api peperangan yang terencana. Di Malaysia ia baru tercetus setakat mainan Komander Robot di Sipadan dan Layang-layang yang dikuasai oleh anak lelaki tersayang, dan Prebet Amin al-Maunah, seorang pemuda yang diputar minda untuk berlagak wira sahaja. Waktu itu dia tidak sedar akan berhadapan dengan seorang panglima yang boleh menolak peluru M16 ke arahnya dengan tapak tangan sahaja. –MT-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com