Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ruang Untuk Membesar (1)

Ruang Untuk Membesar
(Plenty Of Room To Grow)

Bahagian 1

Sedikit demi sedikit, tanpa sebarang kesangsian lagi, wajah pertumbuhan kewangan di Asia sudah semakin berubah rupa. Bertahun lamanya, penduduk Asia telah memeram simpanan mereka dalam deposit bank yng mengeluarkan pulangan yang rendah. Apabila usia ketuaan penduduknya semakin meningkat, para penyimpan akan mengetahui betapa pulangan yang tidak berpada yang diberikan oleh bank-bank itu tidak mampu menjamin satu habuan persaraan yang menyelerakan. Program pencen yang ditaja olehn kerajaan mungkin dapat membantu namun itu pun didapti tidak memuaskan. Semakin ramai penyimpan dana telah beralih pandang mencari tabung simpanan yang menjanjikan pulangan jangka panjang yang tinggi.

Mereka boleh membeli saham (stok) tetapi berurusan dalam pasaran ekuiti alah satu perniagaan yang tinggi risikonya, terutama sekali kalau simpanan sara hidup itu dipertaruhkan. Untuk mampu tidur dengan penuh impian yang indah-indah, anda perlu menjaga risiko pelaburan, tetapi tidak ramai individu yang pandai melabur dengan segala keilmuan untuk membeli saham yang terpilih secara berpada. Pilihan yang terbaik ialah penyimpan mengumpulkan sumber dana mereka dengan membeli saham yang diuruskan oleh satu kumpulan ahli professional dalam satu tabung dana urusan mereka. Inilah yang lebih dikenali dengan nama mudahnya Dana Tabung Bersama (Mutual Funds).

“Perkara ini akan berlaku juga,” ktaa Shiv Taneja, seorang perunding di Cerulli Associate, yang aktif dalam industri kewangan di London. “Kadar simpanan wang di Asia adalah tinggi dan kadar purata simpanan di bank adalah memang tinggi. Tetapi simpanan yang banyak di dalam bank tidak akan menguntungkan para penyimpannya dalam jangka panjang. Kerana itu industi tabung dana bersama akan naik membangun.” Inilah yang memang diimpikan oleh syarikat pengurusan dana. Buat waktu ini Hongkong merupakan satu lokasi didalam Asia Tenggara tetapi di luar Jepun yang berbangga dengan pasaran dana tabung bersama. Tetapi Singapura pun semakin naik dengan giatnya. Di tempat lain seperti Taiwan dan Korea Selatan memang terdapat industri dana jenis ini dengan adal sedikit perubahannya. Thailand dan Malaysia ia merupakan satu pasaran terbaru yang memberangsangkan. Pasaran yang paling terbesar akan wujud di China dan kerana itu pihak yang berkuasa sedang merangka satu peraturan untuk mewujudkan satu industri dana tabung bersama yang berwibawa.

Hongkong merupakan pasaran yang paling sofistiket di rantau ini di mana industri itu akan terus membesar. Hanya dua tahun sudah berlalu sejak industri ini muncul di situ. Secara tradisinya, penduduk Hong Kong menyimpan wang dalam akaun bermusim, membeli hartanah ataupun sengaja membeli saham di dalam pasaran saham yang memang mudah menggila itu. Pelaburan dana hanya bermula setelah dilancarkan ‘Hong Kong Tracker fund ‘ pada November 1999. Inialh dana tabung bersama yang paling besar sekali dengan aset yang diuruskan sekitar $3.5 dollar. Kerajaan telah menja ‘Tracker Fund’ itu untuk mengambil alih sekitar $25bilion dollar dalam bentuk stok/saham yang dipegangi oleh kerajaan hasil campurtangan membendung kemerosotan ekonomi yang berlaku pada tahun sebelumnya.

Dengan usaha untuk meniru prestasi Hang Seng Index, TrackerFund telah menjual sahamnya dengan diskaun yang menarik untuk memenuhi peraturan pasaran saham. Satu kempen raksasa telah dilaksanakan di mana 180,000 pelabur runcit telah menempah penyertaan mereka.

Daripada keseluruhan penyumbang itu, antara 70% hingga 80% tidak pernah mempunyai pengalaman melabur dalam sebarang dana, kata Sandra Lee, ketua jabatan perancang dan pembangunan JF Funds di Hongkong. “Kami merupakan pengedar utama Tracker Fund. Ramai orang yang bertemu kami adalah pembeli pertama. Inilah manusia yang tidak pernah memikikan mereka sanggup memberikan wang ke pada pihak ketiga, sebelum ini” katanya. Malahan mereka kerap datang semula, kata Lee yang mencatatkan ramai pembeli pusingan pertama telah medlabur di dana lain pula.

Pelancaran Tracker Fund telah menyemarakkan industri dana tabung bersama itu. Keadaan ini dipergiatakan oleh kejatuhan indusri hartanah, menyebabkan para pelabur tidak berminat membeli apatmen untuk menabung pula. Pelancaran Kewangan Dana Pencen kerajaan pada bulan Disember lalu, telah memainkan peranan memberi penjelasan betapa pentingnya pelaburan jangka panjang. Itulah juga peranan yang dimainkan oleh bank. Mereka kini sedang merana oleh sebab kehilangan ‘carel’ mengenakan faedah laba yang rendah dulu, dan terpaksa berpindah ke arah pengagihan dana sebagai punca pendatan baru dan mula mencanangkan tabung bersama itu kepada pelanggan mereka.

Dana tabung bersama pun semakin popular di Hongkang. Pada bulan Ogos lalu, Persatuan pelaburan dana Hong kong (Hong Kong Investment funds Asociation) membuat tksiran betapa 8% daripada jumlah penduduk dewasa - sekitara 400,000 - membuat pelaburan dalam tabung dana, termasuk dalam Tracker Fund. Ini merupakan kenaikan sebanyak satu pertiga berbanding tahun yang lalu.

Tahap penyerapan dana di Hong Kong masih dikira rendah lagi apabila dibandingkan dengan pasaran lain sperti Britain, di mana terdapat 15% hingga 20% orang dewasa yang melabur dalam dana, ataupun Amerika Syarikat di mana kadar penerapan ditaksirkan setinggi 40%. Singapura yang dikira oleh kebanyakan syarikat dana sebagai pasaran yang kedua tinggi kecanggihannya di rantau ini masih tertinggal jauh ke belakang lagi. Walaupun kerajaan tempatan telah berusaha membina industri institusi pengurusan aset di negara itu dengan mendapatkan mandat daripada Pusat Dana Providen, industri tabung bersama itu masih lagi bersifat di tahap baru membangun lagi.

Kalu dibandingkan dengan Hong Kong terdapat HKIFA di mana sekitar $35 bilion hingga $45 bilion daripada keseluruhan $230bilion yang diuruskan oleh ahli-ahlinya adalah diperdapatkan daripada pelabur Hong Kong. Ini bererti jumlah yang diperolehi daripada pelabur Singapura adalah segelintir sahaja. Namun, di Singapura industri itu sedang rancak memabangun. Mengikut para analis bank pelaburan Amerika Goldman Sach, dana yang diuruskan mungkin mencecah $8.6bilion (menigkut kadar tukaran matawang semasa) sehingga akhir tahun ini, menunjukkan kenaikan daripada kurang sedikit daripada $2bilion pada 1997.

....bersambung

..............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com