Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ruang Untuk Membesar (2)

Ruang Untuk Membesar
(Plenty Of Room To Grow)

Bahagian 2

Taiwan memang memunyai pasaran dana bersama yang sihat. Walaupun kadar penerapannya tidaklah begitu hebat, pelaburan semakin menjadi popular sehingga memapu menarik minat syarikat pengurusan aset terbesar dunia, UBS Switzerland untuk membeli saham terbesar dalam syarikat yang menyediakan dana bersama tempatan, bagi tujuan pertumbuhan pasaran di masa hadapan.

Tetapi, pertumbuhan industri dana bersama memang tidak bergerak licin di rantau itu. Di Korea dana ini yang lebih dekenali sebagai pelaburan amanah, membangun cepatpada akhir 1990-ankerana para penyimpan hilang kepercayaan dalam pengurrusan bank yang rata-rata bermasalah dan cuba mendapatkan pelaburan jenis lain pula. Asset yang diurusakan di bawah skim pelaburan amanah itu naik tiga kali ganda di antara 1997 hingga pertengahan 1999, hingga mencapai nilai sekitar $215 bilion pada Jun 1999 apabila para pelabur menyimpan wang mereka dalam dana pengurusan bon-bon yang lebih selamat lagi.

Namun trend itu menjunam secara mengejut dengan jatunya chaebol (konglomerat) Daewoo. Para pelabur mengeluarkan pelaburan mereka secara tergesa-gesa di kesempatan yang terluang. Pada Oktober 2000 dana yang diuruskan dalam pelaburan amanah telah mengecut kepada $132 bilion, mengakibatkan ramai pelabur yang kerugian besar. Walau bagaimana pun masih banyak syarikat pengurusan dana yang menganggap Korea sebagai pasaran yang mempunyai pasaran yang cerah. Contohnya, Indocam Asset Mangement Asia, yang dikuasai oleh Peranchis, telah mebuka sebuah syarikat perwakilannya di Seouldan sedang merundingkan satu lesen untuk mengagehkan barangan niaganya kepada pelabur Korea.

“Dari segi pasaran runcit, pasaran Korea masih bertaraf bayi lagi,” kata Simon Powell, pengarah pasaran wilayah Indocam ketika membuat bandingan di antara Korea masa kini dengan pasaran Hongkong pada awal 1990-an dulu. “Dalam jangka panjang, secara fandemantalnya saya percaya Korea mampu bergerak ke hadapan walaupun secara berdikit. Pada mulanya kita perlu mendidik rakyat tempatan akan jenis-jenis dana yang ada,”

Powell memang beranggapan benar dalam tempoh jangka panjang untuk memperkenalkan dana bersama, bukan sahaja di Korea malahan juga kepada para pelabur di seluruh Asia. Prospeknya tidaklah secerah yang pernah dialami oleh pelancaran Tracker Fund pada 1999 dulu. Satu dana khas untuk mengekori saham ‘Chinese A’ (saham khas di China untuk pelaburan orang asing sahaja – penterjemah) memang merupakan satu perniagaan yang rancak tetapi pasaran ‘A’ itu kekurangan indeks yang mencukupi dan peraturan yang ketat. Tanpa unsur itu pelaburan jenis itu tidak akan menjadi satu kejayaan yang diimpikan.

Pada akhir tahun ini ada satu jenis dana yang akan dilancarkan di Singapura yang mempunyai kaitan dengan petunjuk indeks tempatan. Ia mungkin menjadi satu jenis pelaburan yang popular di kalangan pelabur tempatan. Tetapi, unit-unit penjuaalan akan dicipta oleh penjual tempatan dan bukannya berpunca daripada penjualan saham kerajaan yang berpremium. Para pelabur sudah tentu tidak akan mendapatkan keseronokan yang mereka nikmati daripada Dana Tracker Fund di Hongkong itu.

Kalau instrumen lain akan merupakan sesuatu yang sukar untuk dijual, dana bersama yang aktifsudah tentu tidak mampu digunakan untuk mempromosikan perniagaan bagi jangka pendek. Sudah menjadi satu rungutan para jurujal dana di wilayah ini betapa mereka terpaksa menyimpan dulu pelaburan merekadi bank tempatan sebagai bahan untuk meyakinkan pelabur tempatan mempercayakan simpanan mereka kepada pihak ketiga untuk menguruskannya. Tentangan jenis ini semakin terhakis namun ia mungkin memakan masa, mengikut penialian ramai para analis. Masalah yangtimbul adalah disebabkan pelabur di Asia menganggap pelaburan dalam dana bersama itu seperti pelaburan di pasaran saham dan bukannya seperti menyimpan dalam bank untuk akaun simpanan tetap.

Taneja di Cerulli Associates mempunyai anggapan bahawa: “ Soalnay sekarang, melabur dalam dana bersama adalah sama seronoknya dengan melihat bagaimana cat yang basah menjadi kering.Di manakah keseronokannya? Di manakah glamornya? Di manakah letaknya kewajaran pelaburan dalam saham awalan di hari pertama? Semua itu adalah unsur yang terlepas daripada keseronokan mereka yang membeli dana bersama?”

Strategi Penabungan Yang Berdisiplin

Selagi para pelabur Asia melabur dalam dana bersama mengikut anggapan yang sama dalam melabur dalam pembelian saham, pelaburan dana akan terus dilanda msasalah untuk membesar. Dana bersama memerlukan bayaran kos pengurusan sekitara 5% yang dibayar di tahap awal lagi, dan dianggap ssesuatu yang mahal harganya. Malahan akaun dana sambinganyang membolehkan pelabur mengalihkan asset mereka ke negara lain ataupoun industri yang lain mengikut rentak pasaran pilihannya, memerlukan bayaran kos ubahsuai sebanyak 1%.

Namun, masa akan merobah sikap manusia apabila semakin ramai pelabur yang sedar betapa pentingnya merancang kewangan secara jangka panjang dengan mengambil kira pelaburan dalam dana bersama sebagai satu strategi penabungan yang berdisiplin. Ini pun memerlukan satu iltizam untuk mendidik syarikat pengurusan dana agar menjadikan dana bersama itu sebagai satu unsur pelaburan yang utama di seluruh rantau ini. Mungkin juga ia memerlukan anjakan pradigma dalam dasar kerajaan.

“Kami faham kenapa dana bersama di Asia mesti membesar, tetapi saranan utama tidak akan muncul dari pihak swasta. Ia mesti muncul daripada pihak kerajaan,” kata Taneja. Singapura sedang mengorak langkah yang bijak dengan secara berdikit membebaskan dana CPF (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja di Singapura –penterjemah) untuk dilaburkan dalam sektor ini. Kaedahnya ialah dengan memperkenalkan peraturan baru untuk mengizinkan penasihat kewangan bebas memulakan perniagaan mereka sebagai orang tengah yang berkecuali kepada pelabur runcit.

Namun demikia kata Taneja, dana bersama Asian, tidak mungkin mencapai tahap kerancakan seperti yang diterapkan di Amerika Syarikat ataupun Britain tanpa adanya kemudahan cukai yang berpatutan seperti rancangan ‘American 401K’ ataupun skim ekuiti peribadi Britain dan juga akaun penabungan peribadi di sana.

..............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com