Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Senarai Hitam di Internet

Senarai Hitam di Internet
(Blacklist On The Net)

Janji Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menyediakan satu sistem, sebelum Jun ini, agar para pemandu boleh memeriksa senarai khas; sama ada mereka masihmempunyai saman tertunggak yang perlu dibayar membuatkan para pemandu berada dalam keadaan mencelaru. Bayangkanlah bagaiman mencelarunya para pemandu apabila diarahkan membayar saman dengan kad kredit “melalui khidmat e-Pay” sedangkan tidak ada sesiapa yang arif menerangkan makna ‘e-Pay’ itu. JPJ beranggapan semua orang faham istilah itu. Rakyat marhen perlu menyemak senaraihitam itu dengan mengakses laman web kementerian di www.jpj.gov.my dan membayar saman yang dikenakan. Kalau anda mahu mencabar saman itu kenalah pergi sendiri ke balai polis untuk menyelesaikannya ataupun untuk merayu agar saman itu dikurangkan. Ketua Pengarah nampaknya sengaja mahu nama dalam menyarankan rakyat marhen menggunakan skim terbaru itu dalam cara mengeluarkan wang mereka sambil mendapat penyakit pening kepala.

Demikianlah caranya setiap kali kerajaan cuba memperketatkan khidmat sesuatu agensi kerajaan itu. Inilah hakikatnya apa yang sedang berlegar dalam Darulboleh. Seperti juga cara kerajaan menonjolkan ‘Multimedia Super Corridor’. Dalam hal ini JPJ beranggapan bahawa setiap rakyat marhaen yang memandu kereta mempunyai sebuah komputere peribadi dan juga akaun internet. Kalau anda seorang pemandu yang tidak mempunyai komputer bererti anada terpaksa mengharungi segala masalah sengaja dicetuskan oleh JPJ dan polis berkaitan dengan saman yang tidak berbayar.

Seandainya anda mempunyai sebuah komputer dan mempunyai sebab kenapa saman yang dikenakan itu adalah sesuatu yang tidak betul, anda masih tidak bernasib baik juga. Anda perlu bayar saman yang ditentukan itu dulu yang selalunya bernilai maksimum RM300 ataupun anda akan disekat untuk memperbarui lesen pemandu (ataupun cukai jalan kererta) anda. Sedangkan mahkamah telah mengisytiharkan bahawa saman lalulintas yang tertunggak tidak boleh menjadi penghalang kepada usaha pemandu untuk memperbarui lesen kenderaan mereka. Kalau anda mempunyai lebih daripada satu kereta, semuanya itu pun boleh disenarai-hitamkan. Sehingga dekad yang lalu, saman lalulintas yang tertunggak tidak menghalang sesiapa untuk memperbarui lesen kenderaaan (cukai jalan) mereka, sambil kes itu terus diproses oleh mahkamah.

Keadaan sudah berubah, kini. Selagi saman anda tidak dibayar di balai polis selagi itulah cukai jalan kereta tidak boleh diperbarui. Kalau pihak polis mengenakan saman lalulintas, anda adalah bersalah seperti yang dituduh. Hak untuk memandu kereta itu akan digantung sehinggalah mahkamah bersidang mendengar kes anda beberapa tahun kemudiannya. Kalau anda berjaya mempengaruhi mahkamah dengan alasan yang anda berikan itu, bolehlah lesen anda itu diperbarui tetapi ini tidak bermakna anda akan mampu memperbaruinya di tahun yang akan datang. Anda akan dianggap masih bersalah mengikut tuduhan yang dikenakan.

Apakah skim yang baru dirancang itu berjaya dilaksanakan seperti janji-janji yang dihamburkan? Masih ingakah anda lagi akan fiasko lampu brek kereta nombor tiga dulu? Menteri pengangkutan jalan pernah berkata bahawa tarikh penguatkuasaan pemasangan brek ketiga itu tidak akan dilanjutkan. Tetapi, ia dilanjutkan juga. Kini, bas ekspress dan bas pelancongan dimestikan memasang meter pengesan kelajuan sebelum bulan September. Setiap pengesan itu berharga RM1,000 dan dikatakan untuk kebaikan dan keselamatan para penumpang. Mungkin juga ada kroni yang akan meraih keuntungan besar dalam perkara itu. Seperti juga tarikh tamat senarai hitam yang dijadualkan pada Jun ini. Sudah pasti ia akan dilanjutkan lagi. Inilah bahananya apabila esuatu rancangan itu tidak difikirkan masak-masak dan dan diuji dul sama ada boleh dilaksanakan. Ketua Pengarah JPJ sengaja mahu namanya tersohor dengan pengumuman rancangan itu sehingga naik ghairah mengumumkannya. Walaupun ia mampu muncul online seperti yang dijanjikannya pada Jun nanti, ia masih merupakan satu sistem yang banyak cacat celanya.

Mungkin juga sistem itu dapat berjalan licin untuk satu, dua tahun. Kemudian timbullah masalah. Mungkin ada anggota polis yang tidak cekap mengendalikan komputer, tidak ada sesiapa lagi yang akan mengambil kisah sistem itu. Akan terperuklah nanti segala kelengkapan yang ada menjadi satu monumen lagi kepada rancangan negara. Begitulah juga kisahnya dengan sikap melengahkan dan sambil lewa yang terdapat dalam perkhidmatan awam yang memudaratkan masyarakat kita. Kalau rakyat marhaen boleh membayar saman menerusi online, seperti yang dijanjikan oleh Dato’ Shahrar itu, ia akan mengurangkan wang sogokan yang selalunya tidak mudah dihakiskan. Apabila kita cuba merundingkan agar kadar saman dikurangkan, di sebalik rundingan itu tersorok satu kemestian menyogok sesiapa yang mengurangkan kadar itu. Itulah sebabnya dalam Darulboleh setiap saman mesti mengenakan denda yang maksimum. Di sinilah letaknya muslihat denda yang tinggi itu. JPJ memang terkenal sebagai satu agensi yang amat leceh perkhidmatannya. Agensi itu terpaksa mengusahakan satu kempen untuk mencarai pemegang lesen haram. Kini, ia menjanjikan satu sistem tercanggih di dunia untuk membolehkan anda menyiasat apakah nama anda disenarai-hitamkan. Tetapi, rencana ini memerlukan satu sistem interaksi yang rapat di antara polis dan JPJ. Ia semacam satu situasi bagaimana Presiden George Bush menelefon Presiden Kim Jong Il untuk berbincang dan beromong kosong semata-mata.

..............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com