Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Daun Joker Dalam Permainan

Daun Joker Dalam Permainan
(UnityTalks’ Joker In The Pack)

UMNO dan PASmasih belum dapat menyelesaikan perbalahan yang mampu memberi laluan kepada perundingan mengenai perpaduan Melayu yang mereka rancangkan. Mereka berada di satu sekatan di mana mereka saling tuduh menuduh pihak lawan yang tidak ikhlas dengan perundingan itu.

Tujuan sebenar memang amat jelas, kerana adanya tentangan terhadap perundingan itu. Kedua-dua pihak tidak bersedia menerima keikhlasan yang ditunjukkan oleh pihak saingan sambil cuba memomokkan usaha pihak yang lagi satu. PAS masih sangsi dengan inisiatif UMNO kerana itu sebarang reaksi PAS dianggap dengan penuh kesangsian pula oleh UMNO. Di sebalik semua itu ada pula satu perkara penting yang menghantui perkara ini yang tidak diambil-kira.

UMNO boleh menyatakan bahawa Parti Keadilan Nasional, ataupun Keadilan, bukannya sebuah parti Melayu, dan PAS boleh bersetuju pula dengan pendapat ini. Sedangkan Keadilan merupakansatu komponen penting dalam pencarian menyatupadukan orang Melayu. Lagipun, cara perundingan itu akan mencapai kejayaannya, bergantung kepada nasib yang sedang mencengkam ketua ulung Keadilan, bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim yang sedang terpenjara.

Anwara merupakan ikon yang menyangga kedua-dua parti: yangsatu kerana sikap antipatinya dan yang satu lagi kerana sikapnya untuk mendapatakn sokongan padu orang Melayu. Tetapi, kalaulah dia dibebakan seperti yang didesak oleh para penyokongnya, masalah dalaman kedua-dua parti itu akan terus naik melonjak.

Jadinya, segala gembar-gembur perundingan itu adalah satu usaha meneguhkan asas sokongan yang mungkin terungkai seandainya Anwar dibebaskan dan terus menyertai Keadilan, UMNO ataupun PAS. Dengan lain perkataan beliau persis laksana daun joker dalam permainan mencari perpaduan.

Para ahli UMNO dan juga PAS tidak berapa ghairah dengan soal perpaduan Melayu itu dan tidak kisah sangat dengan hasil persidangan mengenainya. Ia sudah menjadi satu penyelesain politik kepada kepincangan budaya yang tercetus apabila kedua-dua parti saling bersaing untuk meraih sokongan. Dalam kemelut ini setiap parti itu cuba menunjukkan kemampuannya berbincang dengan kekuatan yang difikirkannya semakin menyinar.

Pandangan ini sengaja terpendam dalam UMNO tetapi tidak pula di kalangan PAS. Para pemimpin PAS bertindak memberikan penjelasan kepada akar umbi parti kenapa mereka bertindak untuk berunding dengan mengungkit fakta sejarah dan keagamaan dan kenapa PAS boleh berunding tanpa sesiapa merasa sangsi akan tindakan itu. Tindkan PAS yang sungguh berkesan itu membuatkan UMNO berada dalam keadaan mencelaru.

Perjanjian Hudabiyah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad (saw) dengan pihak jahiliah pada 1400 tahun yang lalu dijadikan rujukan oleh presiden PAS Fadhil Nor untuk menjadi dorongan berunding dengan UMNO. Kalau Nabi boleh berunding dengan orang jahiliyah kenapakah PAS tidak boleh berunding dengan UMNO? Malahan, HARAKAH telah menyokong hujah ini dengan membangkitkan kisah Allah bertemu Iblis (kalau mengikut tradisi Kristian disebut syaitan ataupun ‘satan’) di Taman Firdaus sebelum Adam ditipu untuk memakan buah khuldi, sebagai satu justifikasi untuk PAS berunding dengan UMNO.

Sepatutnya UMNO telah mengungkitkan fakta sejarah betapa dalam perjanjian di antara Nabi dengan kaum jahiliyah itu dulu, ia telah dimulakan dengan kaum jahiliyah yang meletakkan pra-syarat sebelum bersetuju berunding. Allah telah memperkenankan Iblis mengadapnya di Taman Firdaus itu ditiru pula oleh UMNO ketika mahu bertemu dengan PAS. Inilah yang saya lihat daripada kacamata seorang yang bukan beragama Islam dan sebagai orang biasa sahaja. Tidak hairanlah kalau ada pendapat daraipada golongan yang anti-ulama dalam UMNO yang mengungkit perkara ini. Tetapi, mereka tidak berbuat begitu. Kenapa agaknya?

Para pemimpin UMNO sedang menghadapi kesulitan untuk memberikan penerangan kepada akar umbi parti, dalam suasana yang seperti dulukala. Akar umbi bukan sahaja tidak menyokong UMNO lagi. Perpaduan Melayu itu merupakan satu masalah besar yang menghantui UMNO dengan ahli-ahlinya. Sikap media massa seperti akhbar, radio dan telivisyen menyepikan kisah yang berlaku di setiap mesyuarat UMNO di pihak akar umbi memberikan gambaran betapa UMNO sedang tergugat.

Kerana itu,isu perundingan mengenai perpaduan adalah merupakan satu sahaja jenis sandiwara untuk PAS masakini. Sebaliknya, ia merupakan salah satu sandiwara yang memang banyak dipentaskan oleh UMNO sehinggakan tidak ada satu pun sandiwara khas di mana UMNO menyimpan daun jokernya. UMNO cuba menghidupkan balik enjin perundingan dengan insentif yang segar, tetapi ia masih belum berjaya lagi. UMNO telah membiarkan isu perundingan itu dicemari oleh unsur kepalsuan. Betapa pun perkara itu dianalisa kini, ternyata PAS masih berada di pentas perdana. Ini masih juga tidak bererti bahawa perundingan perpaduan itu akan dapat disambung semula.

-MGG Pillai- 28.2.2001.
(Artikel asal adalah untuk terbitan Malaysiakini)

..............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com