Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Terjebak

Terjebak
(In Bad Company)
S.Sankaran
FEER Issue Cover dated March 8,2001-02-17

Razali Ali nampak tertekan kerana cuba menyorokkan perasaan kehampaannya. Sebagai ketua ekskutif Jabatan Khidmat Kewangan, Commerce Asset Holding, dia cuba memberi penjelasan kenapa syarikatnya terpaksa bertindak membeli balik saham syarikat (di pasaran bebas). “Nilai sebenar saham syarikat kami tidak seperti yang tertera di pasaran sekarang,” demikian kata beliau pada satu persidangan akhbar pada Februari 26.

Betul juga, satu tahun sudah berlalu; Commerce sudahpun menguasai sepenuhnya Bumiputra-Commerce untuk menjadi bank kedua terbesarnya di Malaysia. Sahamnya telah jatuh merudum hampir 40% kepada 7.35 ringgit ($1.93). Tidak mungkin nilai itu dapat naik dalam masa yang singkat. Daripada 25 syarikat sekuriti di Malaysia, hanya 6 syarikat yang sanggup memberikan status “buy (beli”) kepada saham itu -- yang lain mengsyorkan “sell (jual)” ataupun menggunakan perkataanyang sedikit berunsur lemah lebut yang berbunyi “hold (pegang) yang mempunyai makna yang sama untuk mencampakkannya sahaja.

Inilah dia paradoks yang menghantui Commerce. Inilah gambaran betapa para pelabur menyisihkan sebuah syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik dan teruji tetapi terpaksa membuat peminggiran itu kerana adanya kesangsain terhadap tuanpunya syarikat itu. Commerce adalah dipunyai oleh dua pemegang utama saham syarikat yang mempunyai hubungan politik yang hebat yang menentukan perjalanan masa depannya. Renong memilikki 12% dan kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) memilikki 13%. Kedua konglomerat cuba beralih angin dan mahu menjual saham mereka untuk membayar hutang yang bertapuk. Ini bererti sebahagian besar saham Commerce akan dilambakkan dan sudah tentu perkara ini akan menyesakkan harga saham itu.

Pemegang besar ke-3 ialah kerajaan yang memilikki 32 peratus. Pada 1999, kerajaan telah menggalakkan Commerce mengambil alih Bank Bumiputra yang pernah dibantu untuk dibaikpulih sebanyak tiga kali dengan belanja rakyat marhaen berbilion ringgit banyaknya. Penggabungan Commerce dan Bank Bumiputara dapat dijanjikan apabila kerajaan setuju mengambil alih segala hutang lapuk dengan nilai semasa. Setakat ini Commerce telah menjual hutang lapuk kepada kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit.

Terdapat banyak masalah untuk maju. Jumlah sumber manusia melonjak menjadi 11,000 banyaknya dan kos saraan setara dengan 46% daripada pendapatan, berbanding dengan 35% yang merupakan purata industri perbankan. Tetapi, pembuangan tenaga kerja merupakan perkara sensitif kerana melibatkan orang Melayu. Bank Bumiputra adalah didominasi oleh orang Melayu. Commerce mampu mengurangkan 2,000 pekerjaan mengikut taksiran para analis. Tetapi, ini adalah sesuatu yang mustahil memandangkan keadaan politik masakini. Razali telah menyatakan betapa “lembaga pengarah masih belum membuat sebarang tindakan” mengenai rencana pengurangan tenaga. Dengan lain perkataan, proses pengurangan tenaga akan mengambil masa yang panjang dan masalah ini memang telah diambil kira dalam harga saham Commerce.

Keresahan Commerce yang menonjol kini ialah pendedahannya kepada proses apongan yang sedang dilaksanakan. Pada Februari, Renong telah mencadangkan untuk menjual 22% pegangannya dalam industri kommunikasi yang berkaitan dengan TimedotCom, kepada para pelabur dengan harga 1.69 bilion ringgit. Sepuluh buah bank yang dipenghulukan oleh unit merchant-banking Commerce telah menjalankan kerja-kerja ‘underwriting’ (menjamin dan menanggung penjualan saham sesebuah syarikat dengan mengambil alih setiap saham yang tidak laku dijual – penterjemah)

Sebanyak 75% tawaran ini tidak laku kerana sambutan yang dingin. Perkara ini tidak menjadi masalah kepada Renong kerana ia tetap menerima wang yang diperuntukan kepada nilai jualan sepenuhnya daripada kumpulan ‘underwriters’(yang menjamin dan menangung kerugian yang mungkin timbul - Penterjemah).

Para penganalis yang mengamati tawaran itu merasa sangsi apakah serba mungkin Commerce sebagai penanggung penjualan itu akan akhirnya menampung segala kerugian apabila saham-saham tawaran itu terus tidak terjual.

“Kalau saham-saham itu terus tidak laku di hari utama tawarannya, katalah pada harga satu ringit, kami fikir dalam situasi yang paling buruk commerce perlu membuat peruntukan (menampung kerugian) untuk sekurang-kurangnya sebanyak 100 juta ringgit,” kata Gan Kim Khoon, ketua penyelidik di Arab Malaysian Securities Kuala Lumpur. “Itulah sebabnya terlalu banyak pendapat negatif mengenai saham tersebut.”

Malahan, kesan yang disebabkan oleh Time dotCom ke atas penyataan kira-kira Commerce merupakan soalan yang paling hangat di persidangan akhbar pada Februari 26, dulu. Pihak pengurusan Commerce cuba mengelat dengan jawapan sebenardengan berkata “ ah....kita mempunyai upaya mengendalikannya” -- yang tidak memberi sebarang makna kepada para analis dan pelabur.

Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka. Sumber yang dipercayai di tahap atasan telah mendedahkan betapa Commerce telah ‘sub-underwrote’ (menjamin dan memegang gadaian) kebanyakan saham TimedotCom yang diperuntukkan kepada agensi kerajaan, supaya tanggungan (exposure) mereka boleh menjadi kurang daripada 20 juta saham. Ini merupakan ‘habuk’ sahaja dalam tawaran lebih daripada 400 juta saham dan sudah tentu tidak akan menjejaskan penyata akaun commerce seandainya berlaku kegagalan menjualnya semua sekali.

Penyenaraian saham baru itu akan mampu melunaskan hutang lapuk kumpulan Renong yang berharga hampir 4 bilion ringgit. Sebahagian daripadanya akan menjadi angka-angka yang mencantikkan penyata akaun Commerce, akhirnya. (Kumpulan itu merupakan pemberi hutang terbesar kepada Renong --- tetapi Renong tidak pula mempunyai sebarang wakilnya dalam lembaga Commerce)

Mungkin juga salah satu sebab kenapa Commerce merana adalah disebabkan tiadanya ketelusan dalam operasinya. Tetapi, itulah hakikatnya yang sebenar. Memang terlalu banyak rintihan mengenai sikap beberapa syarikat di Malaysia yang terlalu bergantung kepada sokongan politik dan juga kerajaan untuk terus bernafas sehinggakan ia menyakitkan hati dan perasaan sesiapa sahaja mengetahuinya.

Saham-saham beberapa syarikat yang dipayungi Renong sedang diniaga di pasaran saham dengan diskaun antara 30% hingga 70% daripada nilai asetnya. Walaupun Commerce diuruskan bebas daripada pengaruh Renong dan telah meraih keuntungan yang berpada – sebanyak 519 juta ringgit bagi tahun berakhir Disember 31, 2001 dan merupakan pengingkatan sebanyak 34% daripada tahun sebelumnya - Commerce masih lagi dicemarkan oleh kisah aib yang sama. Memang patutlah kenapa Razali semakin menjadi resah dan gelisah.

..............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com