Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perisikan

Perisikan
(Intelligence)

Tentera Amerika Membantu Rapatkan Hubungan

Pegawai tinggi angkatan tentera Amerika Syarikat sedang berusaha meredakan keadaan tegang hubungan Amerika dengan Malaysia. Hubungan antara Washington-Kuala Lumpur berada dalam keadaan dingin apabila Perdana Menteri Mahathir Mohamed menyingkirkan timbalannya Anwar Ibrahim pada 1998 dengan tohmahan korupsi dan kelakuan sumbang. Anwar kini dipenjarakan selama 15 tahun setelah didapati bersalah (oleh mahkamah kera – penterjemah). Admiral Dennis Blair, ketua utama angkatan tentera Amerika di Rantau Pasifik telah membuat lawatan pada bulan Januari dan dipelawa untuk bertemu Mahathir. Inilah pertama-kalinya komander angkatan armada Pasifik bertemu dengan perdana menteri Malaysia. Lawatan itu akan disusuli oleh Jeneral Richard Myers, timbalan pengerusi U.S Joint Chiefs of Staff. Mengikut pendapat beberapa orang diplomat Asean, Jeneral Eric Shinseki, ketua utama angkatan tentera Amerika, dijangka tiba di akhir tahun ini untuk menyertai satu seminar yang akan dihadiri oleh semua ketua tentera Asia dan Pasifik.

Pekerja Uzbek di Korea

Pekerja Uzbekistan telah menjadi pilihan syarikat multinasional yang mahu mempercepatkan kerja-kerja pembinaan dua janakuasa elektrik di Korea Utara. Mereka akan menggantikan pekerja tempatan yang berbalah mengenai gaji mereka hingga Pyongyang turut menuduh syarikat multinasional sengaja mahu melengahkan kerja-kerja mereka. Penganalis barat berpendpat, tindaka syarikat multinasional adalah cara mereka membalas helah Pyongyang. Oleh kerana Pyongyang memang ghairah mahukan matawang asing, tindakan itu tentunya terpaksa diterima dengan memeram rasa. KEPCO, Korean Peninsular Energy Development Organisation, telah mendapatkan 250 pekerja Uzbek itu untuk memulakan tugas merekapada awal Mac. Demikian kenyataan seroang jurucakap kepada konsortium yang dianggotai oleh syarikat Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Namun, pegawai itu masih sangsi apakah pekerja tersebut dibenarkan memasuki Korea Selatan. Pembinaan itu dilaksanakan di bawah satu perjanjian yang ditandatangani pada 1994 di antara Washington dan Korea Selatan, di mana Pyongyang bersetuju membekukan rancangan nuklear dengan bersetuju membina dua reaktor yang menggunakan konsep ‘light-water’. Korea Utrara telah membekalkan 200 pekerja tetapi separuh daripadanya telah diundurkan awal tahun lalu kerana mahukan kenaikan gaji sebanyaklima kali ganda daripada pendapatan bulanan mereka sebanyak $110 dollar.

Tommy Akan Dinafikan Hak Minyak Yang Baru

Kesian Tommy Suharto! Walaupun hanya satu telaga ujian yang sudah digerudi, masyarakat industri petroleum percaya ExxonMobil semakin hampir menjumpai satu telaga minyak yang baru di blok konsessi Jawa Timur yang satu ketika dulu dipunyai oleh anak Pak Harto yang kini masih menjadi orang buruan. Ada laporan mengatakan bahawa kawasan baru itu mungkin mempunyai kemampuan membekalkan 1 bilion tong minyak. Namun ia masih bersifat satu spekulasi. Kalau benar, ia akan merupakan telaga terkaya di wilayah pulau yang sungguh padat penduduknya. Kumpulan Humpuss yang dikuasai oleh Tommy telah membelanjakan $28 juta mencarigali bekalan minyak itu sekitara kawasan 1,670kilometre persegi di blok Cepu, selepas memilikki hak kerja pada 1990. Namun, ia tidak mempunyai teknologi menggerudi dalam-dalam di kawasan yang pernah mengeluarkan minyak tahap permukaan senjak 1920-an lagi. Ada satu petanda yang menjanjikan sesuatu yang meyakinkan: sumber dalaman menyatakan ExxonMobil sedang merancang membina satu paip bekalan sepanjang 60 kilometer daripda Cepu kepada Tuban di pantai Jawa Utara. Kawasan minyak terbesar yang pernah dijumpai oleh Indonesia sejak tahun kebelakangan ini hanya terdapat di kepulauan Borneo.

Persidangan APEC Mungkin Meransang Perbincangan WTO

Dewan Perniagaan Amerika Syarikat memang ghairah mahukan China menyertai WTO (World Trade Organisation - Pertubuhan Perdagangan Sedunia) secepat yang boleh kerana takutkan sebarang kelewatan akan menjejaskan pertubuhan itu. Dewan itu mengharapkan persidangan APEC di Shanghai pada Oktober ini, akan memberi ruang untuk mempercepatkan perundingan. Kesannya dijangka dapat menceriakan puncak WTO yang dijadualkan bulan November. Tetapi, sebagai tuanrumah persidangan APECitu,China belum lagi menjadi anggota WTO, adalah tidak mungkin APEC akan mencadangakan satu pusingan perundingan yang baru ataupun menjadikan isu itu sebagai salah satu agenda mereka. Satu delgasi dewan Amerika itu telah melawat Beijing pada Februari dan membangkitkan isu ini. Ia diberitahu mengenai keperluan China dalam meneruskan subsidi pertaniannya – inilah isu utama yang menyekat kemasukan China ke dalam WTO

Lupakan Soros, Usahakan Gates

Thaksin Shinawatra mahukan hartawan Microsoft, Pengerusi Bill Gates melawat Thailand dan memberikan ucapan mengenai teknologi maklumkat (IT) pada akhir tahun ini. Wakil kepada perdana menteri yang terbaru ini akan menyerahkan kad jemputan itu pada persidangan Microsoft di Seattle pada awal Mac, demikian kenyataan para penasihat kanan beliau. Pelawaan itu muncul sebaik sahaja berlaku pembatalan lawatan peribadi hartawan kewangan George Soros pada Januri lalu, kesan tunjuk perasaan oleh aktivis anti-globalisasi yang mengugut untuk mencemarkan lawatannya. Lagipun pasukan keselamatan Thailand tidak dapat memberikan jaminan akan keselamatannya itu. Usaha perdana menteri itu bertujuan meredakan suasana retorik yang dilakukannya ketika berkempen dalam pilihanraya yang baru sahaja selesai. Kemunculan Gates difikirkan dapat menaikkan janji Thaksin untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat di Thailand disebabkan kemajuan dunia digital. Seorang penasihat kerajaan telah berkata Thaksin menjemput Gates untuk berucap mengenai teknologi maklumat dalam sistem pemerintahan yang dapat dilaksanakan secara murah dan termampu.

Usaha Vietnam Menyekat kebocoran Rahsia

Menepati pembangunan era internet, Vietnam sedang melakukan pelbagai tindakan untuk menyekat aliran rahsia dan maklumat sensitif melalui elektronik. Artikel 15dalam perundangan baru Vietnam mengenai rahsia negara, telah diterbitkan pada pertengahan Februari yang memberi ingatan “sebarang rahsia negara yang disalurkan melalui peralatan telekomunikasi dan komputer hendaklah dibuat dalam bentuk kod mengikut peraturan dan menepati perundangan yang disediakan.” Ordinans terbaru ini menggantikan peraturan 1991, tetapi masih gagal menyekat pihak tertentu di Vietnam mengirimkan faks dan emel yang panjang-panjang. Sekaligus ia mencetuskan tandatanya rakyat marhaen mengenai definisi longgar rahsia kerajaan, yang termasuk setiap statistik ekonomi ataupun perkara menyangkuti parti komunis yang tidak dilapurkan oleh media massa kerajaan. Pada Februari 27, seorang pegawai kementerian keselamatan awam telah mengaku betapa adanya pegawai kerajaan yang sengaja meletakkan cop ‘rahsia’ ke atas artikel akhbar asing yang alihbahasakan kepada bahasa tempatan. Berapa ramaikah rakyat Vietnam yang telah didakwa kerana melanggar peraturan rahsia ini? Mengikut Mahkamah Tinggi Vietnam, jawapan kepada soalan itu adalah satu rahsia juga.

India Memilih Seorang Diplomat ke Amerika Syarikat

India telah memilih seorang diplomat yang paling berpengalaman untuk menjadi dutanya terbaru di Amerika Syaikat. Lalit Mansingh akan bertolak ke Washington pada April ini untuk menggantikan Naresh Chandra yang telah dibayangi oleh hubungan dingin dengan Amerika hasil kejayaan India menguji bom nuklear pada 1998. Dengan adanya usaha merapatkan hubungan ekonomi kerajaan Bush dengan New Delhi, Mansingh dijangka mempunyai masa yang lebih selesa. Beliau yang kini menjadi setiuausaha luar negara, telah berkhidmat di Washington sebagai timbalanketua kedutaan pada 1989-92. Bapa Bush menjadi presiden ketika itu dan Mansingh memang mempunyai ramai kenalan di kalangan pegawai tinggi Republikan.

Perjanjian Perdagangan Singapura-Amerika Syarikat

Harapan Singapura untuk melaksanakan satu perjanjian dagangan bebas dengan Amerika Syarikat nampaknya terbantut juga disebabkan berakhirnya tempoh kuasa pentadbiran Bill Clinton pada Januari lalu. Pasukan perdagangan bekas presiden itu telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tugas itu tetapi terpaksa membantutkannya apabila diseranah oleh ahli Republikan yang menuduh proses yang sengaja dibuat terburu-buru. Ramai pemerhati yang beranggapan perjanjian itu akan terbengkalai sambil menunggukan pasukan pilihan Presiden George W. Bush merangka satu strategi baru bagi urusan yang serupa. Sebaliknya, mengikut para diplomat Asian, wakil perdagangan terbaru Amerika Syarikat Robert Zoellick telah berjanji kepada Singapura bahawa perundingan baru akan disambung semula sebaik sahaja Menteri Perdagangan dan Industri Singapura George Yeo melawat Washington. Singapura sedang merundingakan perjanjian yang serupa dengan hampir semua rakan perdagangan terbesar di dunia.

..............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com