Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ketua Taliban Merayu Sokongan Dunia Islam

Ketua Taliban Merayu Sokongan Dunia Islam
(Taliban Chief Seeks Support From Muslim World)

Ketua Taliban, Mulla Mohammad Omar telah berucap menyambut ketibaan Eid-al-adha dengan menggesa dunia Islam menyokong tindakannya memusnahkan lambang kebesaran kuno pegangan Budhisma dan bersatu menyokong wawasan Islam beliau. Veteran perang dan juga pengajar Islam yang sungguh licik itu telah berkata betapa pemusnahan patung-patung berunsur Budhisme di Aghanistan akan diteruskan disebalik kutukan keras masyarakat antrabangsa dan juga protes daripada negara Islam yang lainnya. Beliau berkata, semua patung termasuk satu bentuk rupa Buddha di provinsi tengah Bamiyan, merupakan “hanya satu peratus” daripada warisan sejarah Afghanistan.

Omar menolak kecaman dunia sejagat dengan mengatakan semua laungan itu adalah satu drama yang sepatutnya dapat dibaca oleh umat Islam “yang berfikiran waras”.

Oleh kerana kita berusaha memusnahkan segara patung-patung palsu ini, seluruh dunia telah menjadikannya satu drama pula. Umat Islam sejagat terutama sekali rakyat Afghan beragama Islam harus menggunakan otak yang waras,” demikian laporan Radio Shariat kelolaan pasukan militia, sambil memetik ucapan beliau itu.

“Saya ingin bertanya kepada anda, apakah anda sanggup dicop sebagai pemusnah patung ataupun penjaja- patung?”

Pada minggu yang lalu, Omar mengarahkan rakyat Afghanistan, memusnahkan segala rupa bentuk berhala di Afghanisatn, termasuk tugu-tugu yang dibina sebelum zaman Islam dulu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan amalan pemujaan mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh ulama tempatan. Kenyatannya itu menjadi pemula kepada percutian selama tiga hari untuk menyambut Hari Raya pada hari Isnin. Ia muncul sehari selepas duta khas UNESCO Pierrre Lafrance gagal memujuk kepimpinan Afghan untuk mengubah keputusan yang telah mereka isytiharkan.

Para pegawai PBBB di Pakistan telah berkata Lafrance masih berada di Kandahar, sebuah kubu pertahanan di bahagian selatan Afghanistan. Tetapi tidak diketahui sama ada perbincangan dengan pihak Taliban masih diteruskan.

Menteri Luar Wakil Ahmad Mutawakel telah berkata bahawa sebaik selesai pertemuannya dengan Lafrance di Kandahar pada hari Ahad lalu, dia tidak nampak sebarang sebab untuk menghentikan pemusnahan tugu-tugu itu. Demikian yang dilaporkan oleh Afghan Islamic Press.

Pemerintah kerajaan sejagat, pelbagai kumpulan ekonomi dan politik seperti PBB, Kumpulan-8, para pemimpin agama termasuk Dalai Lama telah membuat rayauan agar kumpulan Taliban memikirkan tindakan mereka itu semula. Dunia Islam telah menunjukkan kesalan mereka terutama sekali Pakistan, salah satu antara tiga negara yang mengiktiraf regim Taliban itu dan merupakan sahabatnya yang akrab.

Beberapa negara Islam dan juga pemimpin agama telah menasihatkan betapa toleransi terhadap agama lain adalah salah satu asas ajaran Islam. Omer yang juga dikenali sebagai Amir-ul-Momenin (Raja golongan Mukmin) di kalangan kumpulan Taliban, berpendapat bahawa isu yang sebenar adalah amat jelas dan masyarakat Islam seharusnya tidak mudah dipengaruhi oleh penganut agama-agama lain.

“Saya mengajak seluruh umat Islam agar tidak mudah melalut dengan suara golongan yang tidak mempercayai agama Islam,” katanya.

“Golongan kafirun mahu memadamkan semangat Islam itu.”

Para pegawai Taliban berkata bahawa “kerja-kerja” pemusnahan hampir selesai, dan lebih dua pertiga daripada ribuan tugu-tugu yang berunsur sejarah itu sudahpun berkecaian. Mereka berkata Tugu Bamiyan-Buddhas, yang berukuran 165 kaki dan 34.5 tingginya, telahpun dibedil dengan roket dan meriam minggu lalu, dan akan dihancurkan menjadi longgokan batu-batan dalam masa beberapa hari.

Tugu berhala itu telah diukir dan dilakar daripada batu kapur gunung di bahagian tengah provinsi di zaman sekitar abad kedua dan kelima Masehi. Tugu yang lebih tinggi itu merupakan tugu-tegak Buddha yang paling besar di dunia.

Budhisme menjenguk Afghanistan sekitar abad ketiga Sebelum Masehi di Wilayah Bamiyan yang terletak di pertengahan Afghanistan. Di situlah Budhism menegak sehingga terhakis dengan kedatangan Islam pada pertengahan 0800.

.....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com