Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tugu Buddhas di Bamiyan dan Taliban

Oleh M.G.G. PILLAI

Menteri Penerangan dan Kebudayaan Afghan Mawlawi Qudratullah Jamal, telah memberikan arahan agar semua bentuk budaya pra Islam dimusnahkan dalam masa empat hari; termasuk beberapa tugu tegak Buddha yang berusia lebih 2,000 tahun.

Sehingga kini, (di waktu anda membaca tulisan ini) besar kemungkinannya emua tugu dan patung itu sudah musnah samasekali.

Beberapa artifak pameran di Muzium Kabul yang merupakan khazanah sejarah negara yang unggul mungkin sudah hancur menjadi debu.

Apa sebabnya puak Taliban melakukan satu kerja yang sungguh tidak berperi-kemanusiaan ini? Seluruh dunia dilanda kejutan.

Segala cemuhan sejagat telah mengenepikan kewarasan geopolitik sebenarnya. Ketika Iraq bergelora dengan ledakan bom yang turun daripada angkasa, lambang sejarah silamnya yang gemilang telah hancur menjadi debu juga.

Tetapi tindakan itu diterima pakai kerana ia bersandarkan alasan mahu mengnyahkan seorang diktator daripada bumi Iraq itu.

Oleh kerana semua rumah ibadat Islam tidak terjejas segala tindakan mengbom itu dibiarkan begitu sahaja. Kerja-kerja mencemuh Presiden Saddam Husein difikirkan lebih penting daripada perbuatan menenggelamkan segala lambang warisan sejarah negaranya.

Tetapi, lebih banyak lambang sejarah yang dimusnahkan di Iraq daripada apa yang berlaku di Afghanistan.

Seolah-olah pemansuhan yang dilakukan daripada angkasa raya adalah lebih mudah dimaafkan daripada pemusnahan yang dilakukan di darat dengan menggunakan mariam dan dainamit.

Kuasa yang dirangkul oleh Taliban itu adalah kesan daripada sokongan kuasa barat yang mencabar penaklukan Soviet keatas negara itu.

Negara barat, terutama sekali Amerika Syarikat telah membekalkan kelengkapan perang kepada hanya satu kumpulan pencabar yang mampu mengnyahkan Soviet Union -- itulah dia heiraki angkatan Islam yang mencetuskan satu kebangkitan bersenjata yang berakhir dengan kejayaan juga.

Setiap revolusi akan menelan para pemimpinnya, dan revolusi pergerakan Islam di Afghanistan tidak berkecuali dengan fenomena ini.

Apa yang dimulakan oleh kebangkitan pelajar menjadi satu angkatan bersenjata yang bergelar Taliban dan kini bejaya merangkul kuasa. Sebaik sahaja mereka merangkul kuasa itu, Afghanistan pun dipulaukan.

Pentadbiran Taliban dianggap seperti masyarakat kusta oleh masyarakat sejagat.

Mereka dianggap tidak setaraf dengan tamadun dunia yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang beranggapan hanya mereka yang mempunyai kuasa untuk menggugurkan bom ke atas bumi Iraq dan memusnahkan warisan sejarahnya.

Sepatutnya, semua ini harus dijadikan sandaran kalau mahu menilai sikap Taliban menghancurkan tugu warisan sejarah mereka.

Apa yang dilakukan oleh Taliban itu tidak banyak bezanya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Mesir 30 tahun dulu ketika menenggelamkan pelbagai monumen sejarahnya dalam pembikinan Ampangan Aswan.

Kaherah mempertahankan tindakannya itu dengan betegas betapa zaman silam tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kehidupan zaman yang mendatang.

Ketika itu Perang Dingin sedang memuncak dan Soviet Union telah bertindak membina ampangan itu sementara dunia barat terus mencemuhnya.

Di Afghanistan kini, lebih satu juta kanak-kanak, bersamaan seorang bagi setiap enam orang rakyat Afghan; sedang dihantui kebuluran.

Inilah taksiran laporan Barat. Seluruh dunia memandang sepi akan fenomena ini.

Apa juga bantuan yang termampu menjenguk fenomena itu kerana terhalang oleh masalah geopolitik.

Banyak agensi kemanusian sejagat yang telah mengeluarkan isyarat itu tetapi semua itu diperlekehkan sahaja.

Rupa-rupanya tugu dan patung-patung itu semua adalah lebih penting daripada keadaan anak-anak yang kebuluran dan menderita.

Taliban mahu mengembalikan sejarah silam Afghanistan untuk membina sejarah baru negara.

Itulah yang dilaksanakan oleh Khmer Rouge di Kambodia setelah berjaya mengalahkan regim Presiden Lon Nol pada 1975 dulu yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat.

Seluruh dunia hanya membiarkan segala tindakan mengganas, dan segala pemusnahan berterusan sedangkan seluruh dunia tidak mampu menghalangnya.

Itulah juga sikap mereka terhadap Kabul. Tidak ada sebarang usaha yang dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun institusi sejagat yang lain untuk meredakan kehancuran itu ataupun mengurangkan kebinasaan yang dilancarkan.

Sebuah muzium di Amerika memang bersedia menunggu untuk membeli segala artifak sebagai langkah mencegah pemusnahan itu.

Mungkin difikirkan ada gunanya mengekang Taliban itu dengan menyedarkan mereka yang telah melanggari norma 'tamadddun'.

Kumpulan Taliban terlalu taksub kepada kod etika hidup warisan kabilahnya sehingga sanggup berdegil dengan melindungi Osama Ben Laden.

Samada beliau sudah dicop sebagai virus fundamentalis yang paling berbahaya di dunia tidak menjadi satu isu kepada kumpulan Taliban.

Puak Taliban sanggup melindunginya dan begitu juga sikap Osama terhadap mereka, tidak kiralah berapa pula ganjarannya.

Sikap ini dianggap songsang oleh seluruh dunia sejagat. Tetapi puak Taliban hanya sibuk dengan dunianya sahaja.

Kini, seluruh dunia menjadi gempar kerana sikap Taliban yang sengaja memusnahkan tugu-tugu Buddha, terutama sekali yang tegak berdiri di Bamiyan, sedangkan dunia yang sama juga yang pernah membisu melihatkan sikap keganasan Khmer Rouge di Kambodia dulu ataupun kebinatangan askar tentera Belgian di Kongo di awal abad yang lalu.

Negara Arab dan juga Islam tidak pula bertindak seperti gelagat mereka ketika sebuah masjid yang berusia 400 tahun di Babri, Ayodhya India dimusnahkan oleh golongan nasionalis Hindu.

Namun dunia masih berminat dengan tugu-tugu di Bamiyan itu sambil membiarkan anak-anak di Afghanistan terus kelaparan untuk menujui akhir hayat mereka.

Di Malaysia, kerajaan memang marah dengan pemusnahan itu, tetapi tidak pula kepada keadaan anak-anak yang kelaparan, sambil memendam pendapatnya.

Lagipun Malaysia adalah laksana kumpulan Taliban di Afghanistan itu, yang mempunyai masalah yang sama dengan sejarah pra-Islam, dan kerap bersedia menafikannya samada secara rasmi ataupun sebaliknya.

Parlimen India turut mengutuk kumpulan Taliban sambil menawarkan khidmat untukk memelihara tugu-tugu itu.

Bagaimanakah caranya melakukan perkhidmatan itu tanpa menjejaskan kedaulatan Afghanistan tidak pula dijelaskannya.

Iran yang memang berbangga dengan pelbagai lokasi warisan pra Islam, memang tidak sebulu dengan kumpulan Taliban, tetapi kerana fahaman Shianya sedangkan kumpulan Taliban adalah pengamal ajaran sunni.

Saudi Arabia yang kerap memusnahkan buku suci ajaran agama lain yang cuba dibawa masuk ke negaranya, ternyata membisu sahaja.

Malahan, Pakistan yang mengepalai kempen sejagat terhadap kumpulan militan Hindu berkaitan Masjid Babri dulu, masih diam membisu juga.

Islam dan juga apa juga agama yang lain, memperteguhkan anggapan duniawinya dengan sejarah pra-islam yang diharunginya.

Mesir menjadi satu negara yang kaya raya kerana kewujudan pyramid dan juga struktur yang lain yang dibina beribu tahun yang lalu, sebelum munculnya agama Kristian di situ.

Iran, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon dan beberapa negara lain di Asia Barat adalah negara Islam yang mempunyai hubungan sejarah yang hebat dengan tamaddun pra-Islam.

Di sinilah wujudnya peranan geopolitik. Negara-negara yang tidak mematuhi hukum alam yang diaturkan itu memang mudah disisihkan.

Negara itu dikira tidak wujud lagi, dalam apa bentuk pun, seolah-olah ada satu kuasa pengkhukum yang menentukan negara itu tidak berhak hidup seragam dengan dunia yang bertamaddun.

Saudi Arabia yang berlakon seolah-olah ia bukannya didalangi oleh Amerika Syarikat kerana menjadi penjaga tanah suci Mekah, boleh dipinggirkan sepertimana dunia meminggirkan Afghanistan.

Disebabkan adanya minyak yang banyak tidak kiralah negara itu memenggal kepala pesalahnya, ia masih dianggaap sebagai sahabat yang dipertahankan sehingga mati.

Jika tidak, dan tanpa hasil bumi yang kaya raya itu, Saudi Arabia mungkin telah lama dikutuk sebagai pelanggar hak asasi manusia dan bermacam tuduhan lagi.

Puak Taliban mahu keluar daripada acuan itu semuanya. Cuma selepas memusnahkan segala lambang kepalsuan yang menjadikan negara itu sebagai penampan dalam satu permainan politik di antara Great Britan dan Russia pada abad ke-19 hingga ke-20; dan pada abad ke-20 di antara Russia dengan Amerika Syarikat.

Penaklukan British keatas India adalah satu taktik untuk menyekat perkembangan kuasa Russia dalam bidang penjajahan dan juga perdagangan.

Di sebalik segala mainan poltik inilah Taliban telah melancarkan satu percaturan politik yang menarik minat seluruh dunia dengan cara pemusnahan tugu dan patung purba.

Orang Afghan merupakan satu bangsa yang megah dan bangga kerana berjaya bangkit daripada musibah Percaturan Besar Dunia dan juga Perang Dingin yang sudah pun reda.

Kelompongan kuasa yang ditinggalkan telah mencetuskan satu pertelingkahan di antara kumpulan tuantanah Pathan dengan kumpulan marhaen yang satu ketika dulu merupakan kumpulan tukang kebun dan tukang masak.

Menerusi Taliban itulah kumpulan Pathan cuba menonjolkan kuasanya semula. Pakistan memang berhati-hati dengan mengirimkan para dutanya yang berkhidmat di Afghanistan itu adalah daripada kaum Pathan dan juga mereka yang dianggap daripada puak yang disenangi ataupun ada pertalian darah dengan kumpulan diraja yang telah dibuang dulu.

Kebebasan yang diberikan kepada Taliban untuk bertindak sesuka hati itu adalah satu gambaran betapa PBB tidak mampu melaksanakan kuasanya untuk membetulkan dunia mengikut kehendak Washington.

Amerika mahukan pemerintahan sesabuah negara itu mengikut rentak gendang yang dipalunya. Dunia masih bangga betapa beberapa penglima perang Serbia dapat dihadapkan kepada Mahkamah Dunia untuk dibicarakan.

Amerika dan juga dunia boleh menggertak dan menentukan berapa banyak minyak yang boleh dijual oleh Iraq agar rakyat yang dideranya itu dapat menyelamatkan anak-anak mereka daripada mati kebuluran.

Di sebalik segala gah dan kemampuan kuasa itu ia tidak pula berminta mengenakan peraturan kepada kumpulan Taliban.

Beginilah, kalau kita cuba menukarkan satu bangsa pahlawan yang mempunyai satu sejarah yang gemilang untuk menjadi pengemis yang papa kedana, tentu sekali ada ganjaran yang perlu dilunaskan.

Cuma, bentuk ganjaran itu masih belum jelas lagi. Puak Taliban muncul sebagai hasil penguasaan dunia yang dimonopoli oleh satu kuasa besar sahaja. Bukan semua pihak bersedia menerima gertakan kuasa besar sejagat itu.

Seperti juga yang berlaku dalam satu institusi yang dikuasai oleh monopoli pusat. Pelbagai bentuk rekahan akan muncul ditempat yang tidak boleh ditonyoh oleh kuasa, melainkan kalau kuasa itu sanggup mengharungi bahananya. Fenomena gelagat inilah yang menjadi ragam mainan dalam ura-ura memusnahkan tugu purba itu.

PBB tidak mampu melakukan sesuatu untuk menghalangnya seperti juga ia tidak mampu melakukan sesuatu untuk menghentikan pembunuhan longgokan di Yogoslavia dulu. Amerika Syarikat tidak boleh bertindak, tidak juga Masyarakat Persatuan Eropah.

Russia tidak akan membantu. Setelah tertipu sekali dulu, ia tidak mahu tertipu sekali lagi. Puak Taliban sedang menyakat dunia Barat dan Barat tidak mampu melakukan sesuatu. Lagipun dalam acahan kali ini, bukannya patung purba warisan Judah-Kristian yang akan menjadi mangsa.

Tempat itu bukan mudah dimusnahkan sewenangnya tanpa melibatkan nyawa orang Amerika tergadai sama.

.........................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Muqadimah-Dunia begitu mudah melenting kepada Taliban yang memusnahkan patung Buddha tetapi memandang enteng kemusnahan bumi Afghan dan masalah kebuluran akibat peperangan yang dimainkan oleh kuasa luar.

Dunia bersikap seolah-olah nyawa beberapa patung lebih berharga dari nyawa beribu-ribu manusia.

Padahal banyak negara lain melakukan kemusnahan yang serupa dan lebih teruk dari itu tetapi didiamkan sahaja.

Apa yang dilakukan oleh Taliban tidak seberapa berbanding keganasan Amerika, Rusia, Israel, Serbia dan lain-lainnya yang lebih teruk melakukan kemusnahan bukan sahaja harta malah nyawa yang tidak berdosa.

Malah PBB sendiri bertanggungjawab membiarkan rakyat Afghan dan Iraq teraniaya dengan memulaukan mereka.

Begitu juga dengan sikap negara Islam yang lainnya. Kita mahu Taliban bersikap toleran tetapi kita sendiri tidak ambil pusing nasib rakyat mereka.

Malah lebih terikut-ikut dengan suara raksaksa yang mempolisi dunia. Penterjemah: -MT-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com