Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hanya Bowwow Di Boao Powwow

Hanya Bowwow Di Boao Powwow
(Only Bowwow at Boao Powwow)

Ketika peniaga Cina membina satu kompleks persidangan di Pulau Hainan di bandar Boao Haikou, mereka juga telah merancang satu persidangan tahunan yang diberi nama Boao Forum for Asia (BFA). Ia merupakan satu pelancaran khas untuk kumpulan kapitalis berhimpun secara selesa dan memperagakan kejayaan mereka serta merancang agenda terbaru pula.

Sebuah syarikat bernama Boao Investments Holdings Co. Ltd. menyelia kerja-kerja membangunakan Pulau Hainan ini dengan segala gahnya untuk menjadkan tempat itu satu nirwana pelancongan. Pelbagai kegiatan dilaksanakan seperti pembikinan padang golf, hotel dan sebagainya untuk bersaing denan Miami ataupun Gold Coast. Untuk memberikan tempat kepada satu aura keintelektualan, tercetuslah ilham mewujudkan BFA, walaupun itu adalah satu cetusan minda dan rasa yang tertunda.

Para penganjur mengharapkan BFA akan berjaya membikin dunia tunduk kepada nirwana pembikinannya dan berjaya pula menjadikannya satu pusat penyelidikan tersohor di Asia. Memangnya ini satu impian yang sungguh tinggi angan-angannya. Pusat-pusat penyelidikan yang tersohor memang tidak wujud di bangunan mega seperti kompleks Boao, tetapi lahir daripada sumber manusia yang ada dan kemudahan yang disediakan kepada mereka.

Ini sebabnya kedutaan-kedutaan di Asia tidak berapa berminat dengan projek ini. Bagaimana pun anda melihatnya,ia harus diamati sebagai satu usahaChina untuk mewujudkan satu pengaruh ikutan di kalangan negara Asian dalam usahanya untuk merenggangkan kuasa dan pengaruh Amerika Syarikat. Apakah ia akan berjaya ataupun tidak bukan menjadi isunya. Mungkin jua ia berjaya, tetapi kesangsian mengenainya masih ketara.

Jepun tidak berminat. Australia masih marah kerana kewujudannya tidak diberikan satu keutamaan dalam perancangan Boao. Kementerian Luar India memang telah lama tidak ambil peduli, walaupun seorang bekas perdana menteri India, I.K. Gujral adalah salah seeorang penajanya.

Tiga orang ahli politik yang sudah pun bersara – dua daripada mereka pernah menjadi perdana menteri dan seoran lagi bekas presiden negaranya telah terlibat. Mereka telah dipujuk untuk menganjurkan Boao Forum sebagai sesuatu yang bersesuaian untuk Asia. Ada juga beberapa ahli politik lain yang turut serta. Dua ratus ahli pengasas forum itu telah berkempen untuk menyediakan wang modal sebanyak $500,000 setiap seorang.

Semua ini ada masalahnya. Setidak-tidaknya, beberapa rakyat Malaysia yang menjadi ahli penaja membuat kesanggupan itu bukan kerana mereka merestui BFA itu, tetapi sebagai satu bentuk sumbangan politik untuk mengampu pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Tentu sekali penubuhan kumpulan begini tidak memberi kredibiliti kepada penubuhan satu kumpulan pemikir.

Boao Bukan Serupa Davos

Seorang pesara diplomat Malaysia yang pernah menjadi bekas setiausaha agong ASEAN, Ajit Singh telah dilantik menjadi setiausaha pertama persidangan itu. Mahathir Mohamaed pula telah diberi kehormatan untuk memberikan ucaptamanya di hari perasmian pada Febuari 26.

Tetapi Boao bukanlah serupa Davos. BFA menghidupkan kembali ilham Mahathir Mohamad ketika mengimpikan penubuhan Asian Forum. Kumpulan East Asian Economic Group yang diingininya dulu telah menjadi satu East Asian Economc Caucus, yang sudah tidak bergigi lagi. Kerana itu dicarilah satu wadah untuk mewujudkan Asian Forum untuk orang-orang Asia. Tetapi kewujudan BFA di Pulau Hainan itu adalah satu usaha untuk mengurangkan belanja dalam usaha pembangunan berbentuk raksasa.

Setakat ini memang terdapat dewan persidangan yang melambak banyaknya. Kebanyakannya menjadi kelam setelah beberapa tahun sahaja kerana kewujudan asalnya adalah untuk berseronok sahaja. Untuk BFA menjadi satu persidangan yang berjaya ia terpaksa berusaha lebih gigih lagi untuk menarik para peniaga dan ahli politik Asian untuk membincangkan segala kelemahan yang ada dan mencari jawapan kepada cara membaikinya. Mesti ada sesuatu yang istimewa dalam setiap persidangan tahunan itu yang membuatkan ada sahaja pesertanya seperti persidangan di Davos.

Persidangan puncak Selatan-Selatan (South-South) sudah pun bersifat indah khabar daripada rupa. Dr. Mahathir yang memulakan puncak itu tetapi tidak ada siapa lagi yang menunjukkan minat menirunya sehinggakan ia bertukar laksana warong kopi sahaja. Langkawi International Dialogue, satu lagi ciptaan Mahathir, mencungap-cungap untuk dijadikan persidangan yang berjadual di pulau itu terpaksa dipanjangkan selama tiga hari lagi kerana para peserta tidak mahu menjatuhkan airmuka tuan rumah dan penganjur utamanya.

Kawasan Yang Terpencil

Ketara sangat betapa kewujudan BFA itu adalah disebabkan keinginan bersama China dan Malaysia. Setiausaha Agung daripada Malaysia itu sepatutnya telah mempersilakan seorang pemimpian Asia untuk memberikan ucapan utamanya selain daripada perdana menteri Malaysia. Memang, seorang lain diberikan penghormatan itu. Malahan, Dr. Mahathir yang pada mulanya setuju dengan peranan itu telahpun menarik dirinya. Cuma di saat akhir dia bersetuju semula.

Kerana itu hanya rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa Dr.Mahathir dan Presiden Jiang Zemin akan hadir di persidangan itu. Orang lain termasuk para peserta sengaja tidak diberitahu. Bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam, telah melaungkan harapan Dr.Mahathir terhadap kewujudan FBA itu. Ramai ketua gerajaan yang menghadirinya berada di situ dengan tujuan yang amat jauh berbeza daripada kegunaan forum itu.

Ajit Singh mengharapkan BFA menjadi satu persidangan yang memberi “orientasi kepada hasilnya”, tidak kiralah apa sebenar maknanya. Sebabnya memang jelas kerana dia berpendapat bahawa persidangan itu adalah hasil biayaan sektor awam. Mungkin juga. Tetapi, sektor awam lebih mementingkan keuntungan dan tidak kepada cakap-cakap mengenai apakah sebabnya mereka bermasalah. Di Asia setidak-tidaknya, keuntungan bererti dollar di dalam poket, dan bukannya idea mengarut yang tercetus daripada dailog yang membincangakan masalah dagang mereka.

Tetapi, apa hebatnya Boao? Forum itu adalah hasil ilham China, kata Ajit, dan “Boao terletak jauh di bahagian selatan Beijing dan berhampiran dengan Hong Kong.” Bandar baru itu mempunyai kemudahan yang hebat-hebat dan persekitaran yang sunyi berpadan dengan persidangan yang besar. Lagipun sebarang kemungkinann tercetusnya demonstrasi rakyat marhaen sudah tentu mudah dipatahkan.

Dengan lain perkataan Boao diwujudkan di lokasi yang jauh daripda hingar bangar, seperti Davos tetapi tanpa sebarang hubungan seperti pengangkutan darat dan sebagainya. Bukankah Pulau Hainan itu amat hampir dengan Laut Cina Selatan di mana China telah membuat tuntutan kepada beberapa kepulauan di mana negara lain pun menuntut hak mereka mengikut undang-undang ruang persisiran benua.

- MGG Pillai -

.........................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

(Artikel asal terbitan Malaysiakini)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com