Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kenapa Kerajaan BN Tidak Boleh Ditumbangkan

Kenapa Kerajaan BN Tidak Boleh Ditumbangkan
(Why Shouldn’t The BN Government Be Toppled?)

Penangkapan Ketua Pemimpin Pemuda Keadilan, Ezam mencetuskan satu sinario yang tidak masuk akal. Satu regim yang korup telah lama mengelak daripada ditumbangkan dengan menggunakan pelbagai taktik menekan demokrasi dibiarkan terus mencemar demokrasi itu sebagai satu tipu muslihat untuk menangakp seorang pemimpin pembangkang yang telah berikrar untuk menumbangkan pemimpin negara melalui kaedah domokrasi. Apakah ini memeningkan? Tidak, sebenarnya.

Ezam baru sahaja melancarkan satu kempen berbentuk nasional untuk mengerakkan ‘Kebangkitan Menyelamatkan Wang Rakyat’, setelah negara ini dipukau dan menjadi jijik apabila kerajaan memperuntukkan berbilion ringgit untuk pelbagai usaha menyelamatkan syarikat para kroni pada harga tinggi yang tidak munasabah tanpa sebarang asas yang kukuh (yang terbaru ialah kes MAS dan Tajuddin Ramli, Halim Saad dan Transit Aliran Ringan). Oleh kerana media massa tempatan begitu kecut sehingga membisu ataupun begitu mudah untuk diputar-jerut oleh parti kerajaan yang memerintah untuk mendedahkan kebenaran, Pergerakan Pemuda Front Barisan Alternatif telah membuat pendirian untuk melaksanakan kempen mingguan dari satu negeri ke negeri lainnya untuk menyedarkan negara ini kepada kesan dan bahana kerja-kerja jijik terhadap perbendaharaan negara milik rakyat itu.

Untuk memerangi kempen ini, Mingguan Malaysia, sebuah akhbar yang berlagak dengan megah sebagai alat propaganda parti memerintah dan tukang-kacau, dengan pantasnya mencetuskan satu suasana untuk mewawancara Ezam dan kemudiannya menuduh beliau (Ahad 4 Mach) sebagai telah “mengaku merancang pelancaran demonstrasi secara menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.”

Sebagai tindakan bersepadu dengan Mingguan Malaysia itu, pihak polis telah menangkap Ezan pada malam berikutnya (isnin 5 Mach) walaupun Ezam telah membuat tindakan pantas menafikan pernah membuat kenyataan yang ditohmahkan itu pada akhbar yang sama di hari yang berikutnya, Isnin 5hb.

Tindakan menangkap Ezam itu, menunjukkan betapa polis telah melakukan satu kesilapan yang besar dari pelbagai aspek.

Pertama, adalah tidak menyalahi undang-undang untuk menumbangkan sesuatu kerajaan, kalau cara melakukannya itu menepati hukum perlembagaan. Dalam hal ini, semua parti komponen Barisan Alternatif telah berikrar untuk hanya menggunakan saluran perlembagaan dalam melaksanakan perjuangan politik mereka. Memang setakat ini belum pernah mereka bertindak sesuatu yang mencemar perlembagaan. Tidak juga pernah ditunjukkan sebarang kemungkinann melakukan tindakan yang bertentangan dengan amalan perlembagaan itu.

Kedua, berucap secara terbuka kepada orang ramai dan berhimpun untuk mendengar ucapan itu adalah hak setiap rakyat, samada perhimpunan itu berbentuk politik ataupun sebaliknya. Malahan, pihak polis yang melanggar peraturan perlembagaan dalam sikap mereka yang berat sebelah dan sentiasa menghalang himpunan rakyat tajaan parti pembangkang tanpa sebab yang boleh diterima akal. Di waktu yang sama polis sengaja membiarkan perhimpunan yang ditaja oleh parti pemerintah, termasuk perhimpunan yang sengaja berniat untuk menghasut pertelagahan kaum.

Ketiga, adalah satu prosedur yang salah apabila polis menahan sesaorang tanpa penyiasatan yang menyeluruh, sedangkan kesalahan yng ditohmah itu adalah berdasarkan satu kenyataan, yang kesahihannya memang boleh dipertikaikan. Prosedur yang betul ialah tidak menangkap orang yang ditohmah itu tetapi menjalankan siasatan dengan menyoal kedua-dua pihak yang terbabit.

Keempat, menyatakan hasrat untuk melanggar undang-undang bukannya bererti sudah melanggar undang-undang itu. Hanya dengan melakukan kerja yang bersalahan dengan undang-undang itu barulah undang-undang itu dicemari. Dengan demikian, kalau pun apa yang Ezam bercadang itu sesuatu yang bersalahan (walaupun ia tidak salah), pihak polis tidak ada asas yang munasabah untuk menangkap beliau hanya kerana menyatakan niatnya.

Di sebalik segala penyalahgunaan kuasa yang disengajakan oleh polis, apa pula pendapat Badawi, menteri hal ehwal dalam negeri (juga timbalan perdana menteri) ?

Badawi telah mempertahankan tindakan polis itu dengan menuduh Ezam sebagai satu “ancaman kepada keselamatan negara” kerana membuat kenyataan akhbar untuk “menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi”.

Pertama, adalah sesuatu yang mengejutkan, tidak bertanggungjawab dan tidak adil apabila Badawi sanggup mengutuk Ezam semata-mata kerana satu kenyataan yang telah pun dinafikan oleh Ezam sendiri. Badawi terpaksa meminta maaf kepada Ezam dan juga kepada rakyat melainkan beliau mempunyai bukti bahawa Ezam telah berbohong.

Kedua, siapakah sebenarnya yang merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara? Adakah Ezam yang berusaha mendedahkan melalui berkempen kepada rakyat marhaen segala korupsi yang terlalu banyak dan juga salahguana kuasa di peringkat tertinggi seperti yang dilakukan dalam hal pembayaran 1.8 bilion ringgit kepadaTajuddin untuk membeli saham MAS ; sedangkan itu merupakan dua kali ganda daripada harga pasaran dan tanpa sebarang penilaian yang sah. ATAU pihak polis yang sebaik sahaja menerima laporan Ezam mengenai penyalahgunaan kuasa peringkat tertinggi, tidak bertindak terhadap para penjenayah itu, tetapi (sebaliknya) menangkap Ezam atas kesalahan bayangan, dengan mengggunakan prosedur yang songsang?

Apakah polis kini sudah diturunkan-taraf mereka menjadi kaki pukul kepada parti pemerintah untuk mengugut dan menghukum para reformis yang berazam menyelamatkan negara daripada pemimpin korup dan bajingan dengan cara menggunakan kemudahan perlembagaan?

Mahathir dan Badawi kerap mengutuk para penunjuk perasaan jalanan sebagai penyebab yang membuatkan pelabur lari daripada Malaysia. Inilah satu kelentongan mega. Keadaan negara yang ketandusan pelaburan pada masakini adalah disebabkan oleh pemerintahan Barisan Nasional yang pincang. Perdana Menteri terlalu kerap menonjolkan keangkuhannya kepada seluruh dunia betapa Malaysia tidak pernah menyesal daripada serangan Krisis kewangan yang melandanya. Sebaliknya, keangkohan beliau memperakui kelemahan struktur yang telah wujud itu, Mahathir telah berseronok melaksanakan pelbagai siri memperlekehkan dunia Barat, laksana satu gerakan vendatta peribadinya pula. Yang paling menghenyak negara akhirnya muncul juga apabila dengan kejam dan secara tidak berperikemanusian beliau menghukum Anwar Ibarahim. Lantas, segala topeng yang mengabui dunia betapa Malaysia mengamalkan demokrasi itu telah termusnah sama. Tidak ada satu pun institusi negara yang bersifat demokratik yang tidak dijamah oleh Mahathir. Seluruh dunia kini mengakui bahawa Malaysia sudah menjadi sebuah negara tanpa peraturan undang-undangnya, di mana polis dan sistem perundangan dijadikan jentera untuk menghukum reformis politik, dan di mana korupsi dan salahguna kuasa semakin berleluasa dan dilakukan secara terbuka tanpa ada segan-silunya.

Di sebalik segala suasana itu, beberapa himpunan rakyat marhaen jalanan secara aman hanya mampu memberikan kilauan, bukannya kegelapan kepada sinario negara sambil menyerlahkan harapan kepada dunia luar betapa hembusan reformasi yang demokratik di negara ini masih bernafas lagi. Para pemimpin reformasi yang berdedikasi dan tidak mementingkan diri seperti Ezam harus diberikan penghormatan kerana keberanian dan pengorbanan, bukannya dipenjarakan dan didera sebagai “ancaman kepada keselamatan negara” seperti yang ditohmah oleh Badawi.

Rakyat yang cintakan negara ini memang berhak bertanya: “Kenapakah kita tidak berhak menyingkirkan pemimpin yang korup, secepat mungkin?” Kenapakah kita tidak boleh berkempen secara aman mengikut cara yang ada yakni melalui himpunan awam kerana media massa dinafikan, parlimen disekat, polis dan kehakiman wujud memerangi kita? Apakah Barisan Nasional mahu menutup mulut kita dan mahu kita berdiam diri sambil ia terus merompak negara dan memufliskan negara dalam satu suasana dunia yang menuju konsep globalisasi dan kemajuan IT? Terlalu banyak kehancuran telah dilakukan dan terlalu banyak masa telah digunakan untuk membetulkan keadaan agar negara dapat mengharungi cabaran sejagat, kita tidak harus membazirkan waktu untuk menukar kepimpinann yang ada.

Ada beberapa reformis yang meletakkan matlamat untuk menghumbankan Mahathir pada tahun ini. Mahathir pun memanggil para pengkritik beliau itu sebagai “penderhaka yang mahu menggoncang negara dan menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi sebelum berakhir tempohnya”. Kerana menggugat demokrasi ini mereka layak dihukum. Dengan kata-katanya itu Mahathir menganggap bahawa dirinya itu adalah Malaysia.

Di manakah letaknya kesalahan meminta seorang perdana menteri undur kalau dia sudah menjadi bebanan kepada negaranya? Di manakah yang menyalahi perlembagaan dalam mendapatkan pembabitan rakyat marhaen secara aman yang membolehkan seorang perdana menteri bertindak melepaskan jawatannya? Kalau kempen untuk mendesak seorang pemimpin melepaskan jawatannya itu dianggap satu jenayah, bererti semua ahli politik di Jepun sekarang ini harus dihukum kerana telah berganding bahu mahukan Perdana Menteri Mori melepaskan jawatannya. Begitu juga dengan Presiden Filipina Arroyo Macapagal dan beberapa rakan seperjuangan yang sepatutnya dihukum kerana menderhaka semata-mata kerana meminta bekas Presiden Estrada melepaskan jawatannya. Bukankah itu juga yang dilakukan oleh pemimpin politik Indonesia yang mahukan Presiden Abdulwahid ‘mundur’? Ataupun rakyat Peru yang baru sahaja menggulingkan seorang presiden “yang telah dipilih secara demokrasi”.

Pemerintahan autokratik selama dua dekad telah membuatkan mata Mahathir buta kepada perbezaan antara dirinya dan Negara, sehinggakan segala kritikan salah-lakunya boleh diterjemahkannya sebagai satu penderhakaan terhadap negara. Apabila seorang pemimpin telah mempunyai pemikiran bertahap begitu, ia adalah satu signal dan isyarat bahawa insan itu sudah tidak lagi layak memerintah dan mesti melepaskan jawatannya secepat mungkin sebelum banyak lagi kemusnahan yang akan dilakukannya.

Di sebuah negara autokrasi yang korup seperti Malaysia, himpunan rakyat marhaen hanya merupakan harapan terakhir untuk melakukan perubahan. Selagi rakyat tidak memberikan sokongan yang kuat kepada cara berhimpun secara aman yang mengikuti saluran perlembagaan itu, masa depan Malaysia yang lebih cerah akan terus menjadi khayalan semata-mata. Kita mengharapkan agar rakyat marhaen sedar akan propaganda palsu kerajaan yang menuduh himpunan reformasi sebagai perosak keamanan dan pembangunan ekonomi dan mengutuk dengan keras cara para reformis ditangkap dan didera seperti yang baru berlaku kepada Ezam dan beberapa ramai pejuang yang lain.

Biarlah penangkapan terbaru itu menjadi satu rangsangan untuk memperhebatkan gerakan reformasi ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

-KimQuek-
8.3.2001.

......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com