Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perundingan Perpaduan Yang Semakin Mencelaru

Perundingan Perpaduan Yang Semakin Mencelaru
(MGG: Disunity Over Malay Unity Talks)

Perdana Menteri berlagak laksana tikus terkepung. Sekarang ini ucapannya hanya tertumpu kepada kepentingan mengadakan perundingan mengenai perpaduan Melayu. Dia terus menonjolkan alasan yang lemah dalam hal itu, sambil melembutkan pendirian UMNO terhadap PAS.Tipuhelah UMNO di tahap awalan telah disambut oleh PAS dengan meletakkan beberapa syarat yang tidak mungkin dapat dipenuhi oleh UMNO tana menjatuhkan air muka sendiri. UMO memang menganggap dirinya sebgai sebuah parti politik itu boleh bertukar rupa mengikut selera mereka daripada parti kepada kerajaan, kini diminta untuk memulangkan balik royalti petroleum Petronas kepada Terengganu. Tentu sekali UMNO menolaknya. Kerajaan PAS di Terengganu telah pun memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkannya, lantas menyekat satu syarat yang tidak boleh dipenuhi oleh UMNO tanpa mempalitkan lumpur (taik - penterjemah) di mukanya. Kini UMNO berkata PAS boleh membincangkan kes royalti itu di hari perundingan. Tidak mungkin ia akan dibincangkan. Sokongan akar umbi sudah lama jauh perginya daripada UMNO terutama sekali kalau perundingan itu tidak akan terlaksana akhirnya.

Inilah yang mendesak Mahathir mahukan perundingan itu. PAS sudah menambah agendanya dan hanya bersedia berunding kalau semua pra-syarat dipersetujui. Kini Mahathir berkata, walaupun hak keistimewaan Melayu itu menjadi fokus perundingan “kami bersedia berbincang apa saja topik yang diingini...... Sebut sahaja dan kami (UMNO) akan bersedia menghadirinya.” Untuk membuktikan keikhlasannya itu dia sanggup membatalkan programnya untuk menghadirkan diri. Bukan semudah itu perkara ini. Malah,memang tidak mudah lagi. Kedua-dua pihak mesti bersetuju dengan agenda pertemuan. Tentu sekali ini tidak boleh dicapai kerana pra-syarat yang dikemukakan belum lagi dipersetujui. Yang sebetulnya sebarang perundingan itu mesti diendos oleh UMNO dan Majlis Tertinggi PAS. Begitu juga dengan perundingan seterusnya. Apa yang sepatutnya merupakan pertemuan tidak rasmi antara dua presiden parti itu kini menjadi satu perkara yang tidak dianggap begitu lagi. Sudah tentu perundingan ini akan terencat juga.

Setiausaha agung UMNO dan PAS telah bertemu tiga kali untuk menyelesaikan perkara titik-bengik. Setiausaha Agung PAS mencadangkan pertemuan terbaru dilaksanakan di parlimen pada Mach 19, ketika parlimen bersidang. Kedua individu ini memang tidak berapa ngam dalam menentukan pertemuan yang akan datang. Bagaimana tidaknya kalau perdana menteri terus menyerang PAS dan Keadilan seperti yang dibuatnya di mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam, sebagai satu usaha untuk menyemarakkan namanya lagi dan cuba meraih sokongan orang bukan Melayu pula. Isu sebenar memang lebih besar daripada itu: UMNO sudah kehilangan sokongan akar umbi dan semakin kehilangan kuasa politiknya. Kerana itu perundingan itu adalah bertujuan untuk memperteguhkan keadaan yang menekan itu. Keadaan tidak semudah itu lagi. Faktor yang paling utama sekarang yang tidak dapat diduga oleh PAS dan UMNO ialah pemimpin terunggul Keadilan, yang kini sedang dipenjarakan, yang juga merupakan bekas timbalan presiden UMNO merangkap timbalan perdana menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Perundingan itu mempunyai satu sasaran yang tidakpun disebutkan. Sasaran itu ialah menentukan beliau terus terpinggir mengikut kehendak UMNO agar beliau tidak melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan, setidak-tidaknya selagi perdana menteri yang ada masih berkuasa. Perkara itu mungkin lebih senang disebut sahaja daripada melaksanakannya.

Kini muncul satu masalah lagi. Kerajaan pusat telah menafikan hak Terengganu kepada royalti petroleum. Kes yang difailkan kepada Mahkamah Tinggi oleh kerajaan Terengganu terhadap kerajaan persekutuan dan Petronas tentu akan membuka banyak pekung lagi. Daripada manakah punca tabung Wang Ehsan? Parlimen tidak pernah meluluskannya. Petronas telah menghantar jumlah wang yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Terengganu kepada satu tabung dana khas untuk dihantar pula kepada satu Tabung Penyatuan Terengganu. Dana itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. ‘Writ’ yang ada menunjukkan betapa sejak 1978, selama 22 tahun, pembayaran telah dibuat secara tersusun kepada kerajaan Terengganu, dan dihentikan apabila PAS mengalahkan kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO pada pemilu November 1999. Lebih RM7 bilion telah dibayar. Jumlah ini adalah bersamaan dengan 75% hingga 80% daripada jumlah perbelanjaan kerajaan negeri. Masalah yang timbul ada kaitannya dengan perlembagaan, perundangan, kontrak dan juga politik. Jawapan kerajaan pusat kepada tuntutan itu tentunya tidak semestinya dibuat di mahkamah. Ada yang sengaja dinyatakan secara terbuka seolah-olah mahu memutarkan minda. Walaupun persidangan perpaduan itu dilaksanakan, perkara itu akan terbiar begitu sahaja.

Tentu sekali perdana menteri sudah sedar akan perkara ini dan juga implikasinya. Perkara ini dilaksanakan untuk menghina PAS. Kerana itu PAS tidak merasa tertekan untuk meneruskan perundingan itu sambil membuat segala prasyarat yang ia mahu. Tindakan semacam itu tentu dilakukan juga oleh UMNO kalaulah dia mempunyai peluang begitu, tetapi peluang begitulah yang sudah tidak lagi ada padanya. Tetapi perundingan perpaduan itu mesti diadakan juga untuk membantu UMNO keluar daripada jerat pasir jerlus yang sedang memerangkapnya. Gambar Perdana Menteri di majlis Hari Raya di kawasan parlimennya menunjukkan satu kumpulan manusia yang sedikit; yang dipenuhi oleh orang-orang tua dan muka anak-anak sahaja. Himpunan penyokong UMNO yang mudah menyendatkan dewan sudah tidak kelihatan. Bandingkan himpunan manusia dalam majlis tajaan PAS, yang mengikut taksiran seorang veteran UMNO adalah laksana satu jambori. Himpunan rakyat seramai 25,000 manusia adalah satu himpunan biasa untuk majlis tajaan PAS. Malahan, pernah terjadi himpunan semacam itu terpaksa dihalang oleh Polis kerana terdapat seramai 400 ahli UMNO yang mahu menyertai PAS pada majlis itu. Sudah terserlah bagaimana Mahathir dipulaukan oleh rakyat di kawasannya sendiri. Malahan, satu kumpulan veteran UMNO di Kedah telah memanggil wakil peribadi beliau yang juga merupakan bekas menteri besar negeri, Tan Sri Osman Aroff, betapa Perdana Menteri sudah boleh ditumbangkan berdasarkan suasana sekarang.

Tetapi, apakah mungkin perundingan mengenai perpaduan Melayu itu dapat menyelamatkan beliau daripada kemelut yang menghantuinya? Tentu tidak. Dia sudah terpinggir dalam parti dan juga kerajaan, sehinggakan ada laporan sumber yang boleh dipercayai mengatakan betapa beliau amat runsing kalau-kalau Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi merencana sesuatu. Tidak ramai yang mempercayai apa yang dikatakannya kini, melainkan Paklah memperakuikannya. Tidak ada menteri dan pemimpin kanan parti yang sanggup mempertahankannya ataupun memudahkan tugasnya. Mereka sudah laksana tikus-tikus di sebuah kapal yang semakin tenggelam, bersiap sedia untuk meloncat sahaja. Ada seseorang yang sanggup meniru gelagat Hesseltine ketika mengganyang Perdana Menteri Margaret Thantcher. Tetapi, tumpuan UMNO bukan lagi terhadap Perdana Menteri kerana memberikan keutamaan kepada masalah parti. Perdana Menteri memang amat pintar berlagak seolah-olah tidak menyedari perkara ini. Perundingan perpaduan Melayu itu sebenarnya bertujuan menyangga kredibiliti jawatan yang disandangnya sekarang. Tetapi, tindakannya ke arah itu sudah jauh terlambat. Dia lebih sibuk membiarkan dirinya didesak untuk mengaibkan bekas timbalannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Perundingan perpaduan Melayu itu mesti didahului oleh satu kemestian bahawa Dato' Seri Anwar dibebaskan dulu. Memang tidak wujud seandainya ataupun jikalau dan tetapi dalam hal ini.

-MGG Pillai-

.............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com