Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tolong Hentikan Hasutan, Bukankah Kita Warga Malaysia?

Tolong Hentikan Hasutan, Bukankah Kita Warga Malaysia?
(Chiaroscuro: No Sedition Please,We Are Malaysians)

Polis mengugut rakyat Malaysia denga Akta Hasutan. Satu ketika dulu ugutan dibuat dengan menggunakan ISA (Internal Security Act - Akta Keselamatan Dalam Negeri). Anda mudah ditangkap dengan akta hasutan itu kalau anda mengeluarkan berita dongeng. Kalau anda membuat kenyataan seperti yang dilakukan oleh ahli parti pembangkang seperti membayangkan betapa kerajaan yang tidak layak memerintah harus ditumbangkan. Tetapi kalau anda adalah seorang penyokong UMNO anda boleh berkata apa sahaja. Kalau anda tidak mempercayai kenyataan polis mengenai sesuatu peristiwa dan menyuarakan tidak-kepuasan dengan berita itu, itupun merupakan satu kesalahan juga. Itupun untuk segelintir manusia sahaja.

Kini, Malaysiakini, PAS dan Keadilan telah melakukan kesalahan kerana memberikan angka kematian yang mengikut polis adalah angka yang berlebihan. Angka sebenar orang yang mati adalah angka yang polis kasi. Tiga institusi ini mengikut takrifan kerajaan yang melampaui batasan logik adalah anti-nasional. Kerana itu polis membuat laporan terhadap mereka.

Inilah satu sandiwara. Sejak bilakah polis diperlukan membuat ‘laporan polis’ apabila berlakunya sesuatu jenayah? Bukankah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa ‘laporan polis’ itu? Apakah ini satu cara menunjukkan kalau mereka tidak mengikuti arahan ada saja deraaan yang akan menimpa mereka? Kalau jenayah telah dilakukan polis harus pergi membuat tangkapan.

Terdahulu, ketua pemuda Keadilan, Ezam Mohamad Nor telah dikenakan tuduhan kerana menghasut. Tetapi tidak pula tuduhan itu dikenakan kepada Utusan Malaysia, yang melaporkan perkataan yang dikatakan dituturkan oleh Ezam. Oleh kerana terlalu ghairah untuk membuktikan polis bertindak pantas sebaik menerima laporan terhadap parti BN, makanya Ezam ditangkap dan dikenakan tuduhan itu. Tetapi, polis tidakpun bertindak untuk mendakwa seorang wakil rakyat wanita BN kerana kata-kata hasutannya, yang sungguh bisa menghasut dan tidak patut dituturkannya malahan lebih serius daripada kata-kata Ezam mengenai menjatuhkan kerajaan. Kenapa tidak?

Akta Hasutan sepatutnya tidak digunakan untuk menakut-nakutkan. Rakyat semakin ragu, terutama sekali setelah melihatkan betapa tidak berkesannya pihak polis menangani perkelahian kaum yang terjadi di Petaling Jaya sehinggakan ia membesarkerana kelemahan kerajaan bertindak laksana ayam yang dipenggal kepalanya. Itulah kawasan yang diabai oleh kerajaan berdekad lamanya, tetapi kini itulah juga kawasan di mana kerajaan meluru untuk membina rumah kos rendah. Keadaan kehidupa yang ditanggung oleh 160,000 penduduk di situ sungguh teruk dan memalukan sehinggakan timbul soalan bagaimanakah kerajaan mahu memulakan projeknya itu.

Apakah ini reaksi kepada apa yang terjadi? Saya mahu mempercayainya. Apabila timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi melawat kawasan itu pada hari Isnin yang lalu, tidak pula dia mengatakannya begitu. Sejak bilakah kajian dilaksanakan? Kenapa kajian itu tidak diumumkan, sebagai contohnya pada pemilu 1999 dulu? Ataupun ketika menteri besar Khir Toyo diejek, disindir dan diperli?

Cara mentadbir seperti inilah yang membuatkan rakyat marhaen naik marah. Sekolah Cina di Damansara mendapat layanan istimewa kerana ia menjadi bahan politik. Keadaan kawasan setinggan yang meloyakan itu diberikan perhatian rapi kerana orang Melayu yang merupakan tiang dan teras yang menyokong kerajaan telahpun beralih arah. Kalau pilihanraya umum diadakan esok hari kerajaan yang sedang memerintah akan kalah majoritinya dengan mudah. Kerana itu, rumah harga murah yang dijanjikan berdekad dulu tetapi tidak pernah dilunaskan janjinya itu, akan dibina juga akhirnya.

Apakah ini sahaja kawasan setinggan yang memerlukan bantuan? Tentu tidak! Jadi, isyaratnya yang telah diberikan ialah kalau anda tidak meraung tidak ada sesiapa yang datang menolong. Ada dua contoh di sini: Kampung Medan dan Sekolah Cina Damansara. Bunyi penduduk Kampung Medan meraung itu telah mencuit ketenangan penduduk Putrajaya yang sedang keseronokan denga segala kemudahan untuk hidup mewah dan berlagak sakan. Kampung Medan terpaksa dikawal dengan ketat dulu oleh pasukan bersenjata sebelum menteri kabinet dan pemimpin Barisan Nasional berani menjejakkan kaki.

Inikah caranya kerajaan menunaikan keperluan rakyat marhaen? Apakah mereka terpaksa meraung dulu menarik perhatian kerajaan untuk datang membantu? Yang menakutkan, kita Kampung Medan bukan merupakan hanya satu kampung setinggan yang bersedia meledak sepertinya. Memang banyak lagi kawasan setinggan yang dibina di celah-celah segala lambang pembangunan termoden yang dihuni oleh warganegara yang mencari kerja sambil balik ke tempat istirahat yang dipanggil sebagai rumah mereka.

Pihak polis boleh mengugut sesiapa sahaja dengan akta hasutan kalau kenyataan kehidupan begini tidak dipercayainya. Semua ini tidak membawa sebarang makna kepada pihak yang mengawal undang-undang negara sedangkan ketamadunan dan kecanggihan Petaling Jaya itu merupakan kawasan yang dipinggiri satu perkampungan setinggan yang sungguh berbahaya dan boleh meledak dalam sekelip mata tetapi tidak ada sesiapa yang memperdulikannya.

Sepatutnya polis mendapatkan kerjasama pihak media seperti yang dilakukannya pada 1969 dulu. Ketika itu para wartawan sedar peranan mereka untuk membuat laporan yang sebetulnya untuk meredakan keadaan. Kini, hasutan merupakan senjata terbaru kepada pihak polis itu. Tidak hairanlah kalau ada sesiapa yang terjebak olehnya. Tetapi, apakah ia mampu menyelesaikan segala masalah yang bersarang di Kampung Medan yang sudahpun menghantui rakyat marhaen?

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Jumaat 16 Mac, 2001.

.............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Artikel asal di Malaysiakini bertarikh 15 Mach, 2001.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com