Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Punca Ketegangan

Punca Ketegangan
(Pressure Point)
By: S. Jayasankaran. FEER Kuala Lumpur
Issue-cover dataed March 22, 2001

Menteri Kerjaraya Dato S. Samy Vellu menangis hiba di Universiti Hospital pada Mach 10 yang lalu. Dia cuba memujuk seorang wanita yang sudah naik histeria kerana suaminya mati terbunuh dalam pergaduhan, agar tidak mengebumikan mayat suaminya itu di jerat yang berdekatan rumah kediamannya di sebuah perkampungan setinggan. Itulah kawasannya di mana bermulanya satu pertembungan perkauman yang membunuh enam manusia (setakat ini – pernterjemah) dan mencederakan 40 orang pula.

Titisan airmata Samy memang berjaya menguasai suasana pada malam itu. Mungkin juga seluruh Malaysia turut menggenangkan titisan arimata bersamanya kerana keganasan yang terjadi. Inilah petembungan kaum yang mengorbankan nyawa sejak 30 tahun lalu – memberikan gamabaran betapa rapuhnya hubungan kaum itu dalam satu negara yang memberikan penekanan kepada perpaduan antara kaum. Kini muncul kecurigaan keadaan akan merebak lebih teruk lagi kerana orang yang dulunya tidak berfikir secara perkauman, kini akan mula berubah fikiran dalam hal itu,” kata Saliha Hasan, seorang ahli sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Apabila perkara ini berlaku di kalangan orang Melayu, ia akan menjadi satu keadaan yang tertekan lagi.

Satu minggu yang berlalu sejak pergaduahan itu meletus di pinggir kotaraya menyerlahkan satu keperitan yang mendalam; tercetus sudah satu kesangsian akan hala tuju negara dalam keadaan ekonomi yang semakin lemab perjalanannya, kegiatan pasaran saham yang semakin merudum dan ketidaharuan politik yang disebabkan perpecahan di kalangan orang Melyu, yang merupakan 58% daripada jumlah penduduk negaranya. “Orang ramai sudah semakin mudah mempercayai perkara yang buruk,” kata pakar sosiologi P. Ramasamy. “ Berita angin membawa kesan pantas yang memburukkan keadaan.”

Keganasan bermula di salah satu daripada enam perkampungan setinggan di Jalan Kelang Lama, yang meminggiri kawasan kediaman kelas menengah Petaling Jaya yang teletak di bahagian timur Kuala Lumpur. Sekitar 6,000 manusia - sekitar 90% darinya adalah bumiputra dan bakinya kaum Inidia - menghuni pekampungan yang dipenuhi sampah sarap di tepi jalanraya, tanpa banyak lampu jalan di malam hari, dengan rumah kediaman yang dibuat daripada kayu dan berbumbung zink.

Kemiskinan memang terlalu nyata, seperti juga kebajingan samseng-samseng dan pengedaran dadah yang berleluasa terutama sekali di kalangan penduduk kaum India. “Sejak 1991, kadar jenayah memang semakin memuncak di kawasan itu,” kata Ramasamy, seorang penduduk India di situ. “Sebenarnya, saya sendiri pun takut untuk berjalan-jalan sendirian di kawasan India pada malam hari.”

Punca pergaduhan bermula pada Mach 4, di antara dua isi rumah. Satu keluarga Melayu sedang bersiap untuk kenduri kahwin dan satu keluarga India pula sedang bersiap untuk pengebumian salah seorang ahli keluarga mereka. Satu khemah yang dipasang di atas jalanraya di hadapan rumah telah menghalang seorang penunggang motor yang sedang mabuk. Dia telah menyepak beberapa kerusi di khemah itu dan melarikan diri ke sebuah rumah yang sedang berkabung itu. Cemin kereta seorang peniaga India di sebuah kampung yang berhampiran telah dilastik secara tidak sengaja, sehingga mencetuskan berita angin mengenai pergaduahan Melayu-India. Laksana putaran pedati yang menggila pusingannya, pelbagai peristiwa terjalin sehinggakan muncul kumpulan bersenjatakan parang panjang yang mengganas di kawasan perkampungan dengan menetak orang yang dianggap musuh. Lima daripada yang terkorban adalah daripada kaum India. Yang keenam ialah seorang pekerja binaan Indon yang disalah cam sebagai orang Melayu. Polis telah menangkap sekurangnya 184 orang, sebahagian besar di kalangan mereka adalah orang Melayu.

Ahli politik parti pembangkang berkata bahawa petempuran itu telah dicetuskan bukan disebabkanisu perkauman tetapi kerana keadaan tegang yang amat dirasai oleh rakyat marhaen. Mereka hidup dengan serba kemiskinan dan sebagai rentetan kepada pembangunan yang tidak seimbang sejak zaman kemewahan tahun 1990-an. Memang ramai orang yang bersetuju dengan pendapat itu. “Kalau saya terpaksa hidup semacam itu, saya akan marah juga,” kata seorang ketua pengarah sebuah syarikat yang menetap berjiran dengan kawasan itu. “Kerajaan membazirkan berbilion ringgit dengan segala kemegahan di sebuah bandar baru seperti Putrajaya sedangkan kemarahan rakyat marhaen semakin membara. Inilah yang berbahaya kerana kumpulan ini memang tidak rugi apa-apa lagi.”

Masalah politik menyukarkan keadaan lagi. Orang Melayu sudah berpecah sejak 1998 lagi ketika bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Majoriti orang Melayu sudahpun berpaling arah dan tidak menyokong UMNO lagi, kerana itulah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Mahathir tidak lagi berjaya meraih sokongan orang Melayu sejak itu. Itu sebabnya UMNO, sejak awal tahun ini terlalu ghairah mahukan satu majlis perundingan perpaduan Melayu dengan pihak pembangkang. – terutama sekali dengan PAS, sebuah parti yang disokong oleh majoriti orang Melayu. Para analis membuat pengamatan betapa laungan untuk berpadu itu selalunya diasaskan terhadap serangan luar – kadangkala diberi nama (puak Cina yang ekstim, misalnya) kadangakala tidak bernama pula (kuasa asing) - yang dikatakan sedang mencuba menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu yang sebenarnya termaktub dalam perlembagaan negara.

Gelagat UMNO memberi penekanan terhadap perkauman, kata analis lagi, memang mencetuskan kemarahan orang. Itu sebabnya ada pemerhati yang menyindirbahawa keganasan itu mungkin sudah dirancang. Ramai orang yang meragukan anggapan ini. Tetapi syak wasangka seperti itu memang diulang-ulang juga. “Adalah merunsingkan apabila orang bercakap mengenai perpaduan Melayu tanpa mengambil kira kesannya kepada kaum lain,” kata Ramasamy. “Ini memberi gambaran seolah-olah kaum lain tidak mempunyai hak ke atas percaturan sistem hidup negara ini.”

-S.Jayasankaran- Kuala Lumpur

.............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com