Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Belilah Sebarang PC Asalkan Gateway

Belilah Sebarang PC Asalkan Gateway
(MGG: You May Buy Any PC So Long It Is A Gateway)

Pukulan gendang dan segala gema sistem demokrasi dalam pemilikan komputer peribadi yang dilancarkan oleh kerajaan tahun berlalu kini membolehkan warga Malaysia memiliki sebuah komputer peribadi dengan menggunakan wang simpanan yang dicarum di KWSP ataupun EPF (keduanya bermaksud Kumpulan Wang Simpanan Pekerja-penterjemah). Komputer yang ingin dibeli dijual melalui Pos Malaysia Berhad. Cara pembelian memang mudah. Pilih komputer yang diingini daripada satu senarai yang disediakan dan sebuah syarikat bernama Oda Saja (Order Sahaja) akan mengurusakn pesanan itu, menghantarkan komputer itu ke rumah anda dan dapatkan pembayarannya daripada KWSP. Bagiamna kos perkhidmatannya? Anda tidak perlu pening dengan soalan itu! Syarikat yang menjual komputer itu akan menguruskan semuanya itu, kalau anda masih tidak tahu ataupun belum mahu tahu. Anda perlu faham bahawa memilikki sebuah komputer adalah sesuatu yang penting tetapi anda mesti sedar bahawa kedai menjual komputer tidak boleh dipercayai untuk menjual komputer yang anda ingin bayar dengan simpanan yang ada dalam akaun anda di KWSP. Yang perlu anda percayai ialah sebuah syarikat yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang pengalaman menjual apa bendapun, apatah lagi sebuah komputer peribadi. Itulah syarikat yang mesti anda percayai kerana komisen yang diterima untuk segala perkhidmatan ini ialah sekitar RM300 setiap komputer yang diuruskannya.Selama ini ramai orang yang beranggapan bahawa kerja-kerja itu adalah diuruskan oleh Pos Malaysia Berhad.

Oda Saja ialah sebuah syarikat yang dimilikki oleh dua orang anak kepada pihak establishment (yang memegang kuasa negara) termasuk seorang daripada establishment. Syarikat ini tidak ada hubungan lain dengan Pos Malaysia Berhad dalam skim penjualan komputer peribadi itu. Pembabitannya hanya untuk mengindahkan skim penjualan yang ada unsur kelentongan di dalamnya. Pada bulan ini Bank Simpanan Nasional Malaysia telah berkempen dengan menawarkan hadiah istimewa kepada sesiapa yang datang membeli komputer peribadi. Saya berada di Pos Besar Kuala Lumpur untuk mengutip satu parsel (bungkusan) dan telah pergi melihat beberapa komputer peribadi yang dipamirkan untuk jualan. Terdapat beberapa contoh komputer keluaran Dell, Gateways, Compaq, dan beberapa jenama lagi untuk anda pilih ataupun tengok sahaja.

Skim penjualan ini hanya ada kaitan dengan Oda Saja. Tawaran istimewa yang diberikan itu akan tamat pada akhir bulan ini, itulah yang diterangkan oleh kawan saya. Tidak lama lagi warga Malaysia yang membeli komputer peribadi akan diberikan pilihan persis membeli kereta buatan Henry Ford pada tahun 1920-an dulu. Anda boleh membeli apa juga kereta pilihan anda asalkan kereta itu ialah kereta Ford dan Model-T. Kita akan memilikki sebarang komputer asalkan ‘Gateway’. Kenapa pula mesti ‘Gateway’? nampaknya tentu ada sebab yang istimewa juga. Penyampai maklumat memberitahu saya, seorang wakil Gateway memang hadir di pejabat Oda Saja untuk melicinkan masalah, kalau ada. Dalam hal ini saya tidak mahu anda tersilap tafsir, pula. Gateway ialah komputer yang baik seperti juga buatan Dell yang boleh dibeli dengan memesan melalui telefon sahaja. Saya lebih cenderung memilih Gateway daripada membeli yang lagi satu itu. Malah, saya masih menunggu kiriman katalog daripada Dell yang sudah lama tertangguh. Dulu, seorang wakil penjual Dell menjanjikannya dalam satu minggu, tetapi kini satu bulan sudahpun berlalu. Gateway telah berjaya melaksanakan satu urus niaga yang pintar, cuma kepintarannya itu akan membocorkan poket kita.

Walaupun komputer Gateway canggih, ramai warga negara ini yang lebih selesa dengan komputer jenis klon sahaja. Saya memilikki sebuah komputer klon yang dipasang-siap oleh seorang pakar komputer yang tidak ada tolok bandingnya, Dinesh Nair. Dia telah memasang sebuah komputer peribadi dengan menggunakan cip yang berjenama Intel-MMX-200, mungkin tidak ramai orang mengetahuinya. Komputer itu telah banyak berjasa kepada saya, tentunya ia boleh dipakai oleh orang lain juga. Saya gunakannya sebagai satu mesin-taip yang canggih dan mesin faks. Orang lain tentu akan menggunakannya untuk bermain sehinggalah ia tidak berguna lagi untuk disimpan dalam stor sebagai khazanah peribadi. Komputer saya itu masih berguna lagi.

Kenapakah rakyat marhaen merasa tertipu dalam skim seperti itu? Seperti juga perasaan diberitahu mengenai pembikinan empangan hidro, pemulihan beberapa hartawan yang kemuflisan oleh Danaharta ataupun Danamodal. Begitu juga dengan kes MAS, kenaikan harga tol yang tidak berhati perut, rakyat marhaen merasa tertipu dalam kes komputer peribadi pejabat pos ini. Kenapakah kerajaan tidak mengambil sikap berterus terang dengan apa yang mahu dilancarkannya? Apa salahnya kalau sikap itu dilakukan sekali sahaja dulu.

Kenapakah kita, sebagai contohnya terpaksa membayar Oda Saja (lebih elok kalau namanya ditukarkan kepada ‘Curi Saja’) wang komisen sekitar RM300 setiap kali membeli komputer melalui KWSP? Bolehkah kita harapkan Menteri Kewangan memberitahu rakyat marhaen siapa tuanpunya sebenar Oda Saja -- saya diberitahu salah seorang rakan-kongsi syarikat itu ialah anak lelaki Tan Sri Ahmad Sarji,itu sebabnya ada pihak yang menyebut syarikat itu dengan nama Oda Sarji. Seorang lagi rakan niaga syarikat itu ialah ‘satu nama besar’ yang terdapat di kalangan tiga adik beradik lelaki. Apakah kehidupan kita ini mesti menyumbang kepada segala kemewahan ‘penyamun’ seperti ini untuk terus berlagak angkuh dengan Mercedez, BMW dan apa juga lambang kemewahan untuk mereka terus mabuk kuasa? Apakah itu nasib kita?

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my
Jumaat 16 Mac, 2001.

.............................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan Penterjemah;
Kelmarin saya menerima satu emel mengingatkan bahawa satu set komputer termasuk segala peralatan sokongannya hanya berharga kurang sedikit daripada RM1890 di hypermarket di Lembah Kelang. Komputer yang sama di Pejabat Pos harganya dua kali ganda. Inilah dasar Tipu Saja dalam Darulboleh. Siapa yang kaya dan siapa yang kayap???

–MT-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com