Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Musuh Negara

Musuh Negara
(MGG Pillai: Convenient enemies of the state)
Artikel asal ada di malaysiakini, Rabu 21.3.2001

Ketika kerajaan sedang dihantui pelbagai soalan yang tidak mudah ditanganinya, sesiapa yang membawa berita buruk mudah dicop sebagai ‘musuh negara’ yang perlu didera dan diugut, secara terbuka.

Kerana itu, apabila kerajaan menuduh beberapa akhbar asing dan juga laman web internet, termasuk malaysiakini, ia telah memberikan ruang kepada para penyokong kerajaan untuk memperlekehkan sasaran kemarahan mereka itu sedangkan pihak yang dimangsakan meneruskan perjuangan mereka tanpa mengambil berat terhadap deraan yang diarahkan padanya.

Saya memang sedar akan perkara ini. Sejak saya mulakan tugas sebagai wartawan sambilan di Kuala Lumpur selepas kerajaan Singapura mengenakan sekatan terhadap saya dengan menutup Singapore Herald pada 1971. Saya telah didera kerana tulisan yang menggusarkan hati mereka yang memegang kuasa.

Para juak dan jongos yang rapat dengan pihak yang berkuasa memang sengaja mengipaskan bara kemarahan orang yang diampunya sehinggakan ada kalanya ia membakar diri sendiri. Memang tidak mudah menangani masalah ini selain daripada bersabar dan teruskan perjuangan. Begitulah yang terjadi apabila beberapa orang peniaga menyaman saya menuntut sebanyak RM102 juta, tetapi kalau kita takutkan api dan bahangnya, dapur bukanlah tempat kita menghuninya.

Mereka menyerang kita itu kerana mahu mengampu selalu, sedangkan kebanyakan mereka tidakpun membaca tulisan berkenaan yang mungkin mencuit perasaan mereka. Tidak kiralah kalau tuntutan mahkamah itu berpadan ataupun tidak, yang mencetuskan masalah itu melakukannya untuk terus hidup semata-mata.

Kempen Lisan

Kini ada satu tanggapan politik betapa pihak pembangkang tidak seharusnya diberikan hak bersuara mengenai masalah negara. Sesiapa yang menulis dengan pendapat yang bercanggah dengan pihak kerajaan harus ditekan ataupun dipanggang sahaja. Media rasmi kerajaan kerap menonjolkan perkara ini sambil mencetuskan satu kempen secara lisan mengenainya. Inilah yang berlaku sekarang.

Satu bulan yang lalu, saya diberikan satu pesanan agar berkelakuan baik dalam penulisan saya, dengan memberikan penghormatan kepada perdana menteri dan kuasa yang ada padanya. Saya diberikan ‘nasihat’ untuk berbalik ke pangkal jalan ataupun bersedia menghadapi padahnya. Orang yang mengirimkan pesan itu ialah seorang bekas wartawan yang pernah kerugian besar di pasaran saham dan kini menganggotai lembaga pengarah dua syarikat yang tersenarai di BSKL. Dia juga merupakan seorang ahli rombongan delegasi timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dia merupakan seorang wartawan yang baik tetapi telah tersasar jauh dalam hidupnya sehinggakan terpaksa meraba-raba untuk bangkit semula. Dia pernah menganggotai satu konsortium yang membuat kerja-kerja menambak tanah, dengan pembikinan sebuah lapangan terbang di sebuah pulau buatan manusia kerana mengharapkan persahabatannya yang erat dengan Menteri Besar, Sanusi Junid, mungkin memberikan kejayaannya. Malangnya, perkara itu tidak kesampaian dan perojek itu terpaksa tinggal terbengkalai.

Kini, Abdullah sudahpun menjadi menteri hal ehwal dalam negeri, ketaksubannya terhadap musuh negara dan 11 penyokongnnya, yang termasuk malaysiakini, agensi berita asing dan juga saya, sudah dijadikan sasaran untuk dilumpuhkan.

Saya mengetahui hal ini daripada seorang duta, seroang lagi wartawan dalam senarai ini dan orang yang memang tidak terlibat langsung dalam dunia kewartawanan. Perkara ini sudah menjadi satu situasi senyap yang semakin berbahaya. Orang ini memang rapat dengan timbalan perdana menteri dan menteri hal ehwal dalam negara. Rakan kongsinya ialah bapa mertua kepada salah seorang anak lelaki kepada perdana menteri. Tentunya perkara ini bukan lagi bertaraf cakap kosong sahaja lagi.

Pembawa Berita Sengsara

Tetapi siapakah yang menjadi musuh negara? Apakah mereka ini pembawa berita sengsara ataupun mereka yang menghancurkan fabrik kenegaraan dengan segala rencana pembangunan yang sudah hancur berkecai seperti projek manambak tanah di Kedah, dan mereka yang sengaja memperlekehkan demokrasi dengan menidakkan hak orang lain untuk bersuara lagi?

Kalaupun benar adanya musuh negara di kalangan kita, siapakah gerangan mereka? Kenapakah Abdullah Badawi yang menjadi menteri hal ehwal dalam negeri sanggup berdiam diri? Jawapannya ialah memang tidak ada musuh negara itu, dan pihak pembangkang yang menyanggah kerajaan sebenarnya bukan boleh ditakrifkan sebagai musuh negara. Kalaupun mereka bersifat itu, sudah tentu mereka dapat disekat daripada berperangai begitu.

Kempen senyap-senyap yang sungguh berbahaya ini adalah satu corak yang memang tidak disangsikan lagi. Cuba perhatikan apakah reaksi yang tercetus ketika Lycos menghentikan laman web yang bertapak di ruang tajaannya. Pihak pembangkang telah beranggapan bahawa semua itu adalah kerja-kerja pihak kerajaan dan Pergerakan Pemuda Umno telah merasa bangga perkara itu mengena para pengendali web yang teraniaya.

Rupanya, kedua-dua pihak tersilap tafsir. Lycos mempunyai beberapa masalah dalaman yang lebih jauh bezanya daripada kerja-kerja menghapuskan laman yang tidak disenanginya. Sebaliknya rakyat Malaysia daripada segenap spektrum politik beranggapan demikian pula sambil memberikan tanggapan betapa kedua-dua pihak mempunyai jurang pemisah yang sungguh luas.

Setakat ini kerajaan bertindak kurang bijak dalam menyekat pihak pembangkang. Ia melihat keadaan di Filpina dan Indonesia dan cuba menyekat segala tindakan pembangkang itu dengan budaya ugutan. Namun, ledakan sosial seperti yang terjadi di Jalan Klang Lama, adalah laksana injap keselamatan yang mengeluarkan wap ledakan itu sahaja.

Rakyat Malaysia tidak boleh menyerlahkan kekecewaan mereka tanpa tindak balas kerajaan yang berlagak laksana seorang guru sekolah yang sadis dan menggunakan rotan sebagai bahan pendera. Kalau perkara ini berpanjangan satu hari nanti ia akan meletup juga. Ketika itu usaha mencari musuh negara yang berselindung di bawah selimut itu akan menjadi usaha yang amat mudah pula.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

.....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com