Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Penyakit Belakang Yang Meransang Doktor Politik

Penyakit Belakang Yang Meransang Doktor Politik
(Back Surgery gets political doctors operating)

Memang sudah menjadi amalan kerajaan Malaysia memberikan layanan perubatan yang paling asas kepada para banduannya, sebagai menyukupkan syarat ketentuan protocol antarabangsa. Lainlah kalau si banduan bertaraf sedikit tinggi daripada si Muthu, Ah Chong ataupun si Ahmad. Kalau sesaorang itu mempunyai kuasa dalam perniagaan ataupun politik, layanan istimewa adalah perkara biasa walaupun ia menyalahi undang-undang.

Itu sababnya tercetus kisah seorang banduan yang disediakan katil-aqua dan mendapat masa keluar untuk menguruskan perniagaannya. Seorang lagi menjalani hukuman dengan berada lebih lama di Hospital Besar. Seorang menteri kabinet yang dihukum kerana tuduhan membunuh menjadi seroang pustakawan, satu kerja yang memang amat diminati dan diberikan kepadanya apabila si penjawat yang sedang menunggu hukuman mati diberikan pengampunan untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup pula. Seorang menteri besar yang dipenjarakan kerana korupsi diberikan peluang bertemu sapa dengan para pelawat di pejabat ketua warder sambil seorang warder disediakan untuk menjadi pelayan.

Tetapi, apabila layanan itu berkaitan dengan bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim, segala berita yang kita dengar adalah bertujuan untuk mengaibkannya agar dia akan terus mengaku kalah. Kini, dia diberitahu betapa dia menerima layanan terbaik berbanding orang lain. Namun, setiap permintaan yang dibuat melalui peguamnya ditolak dan diperlekehkan sahaja. Dia diberitahu betapa layanan yang diberikan adalah lebih baik daripada yang diterima orang lain, tetapi tidak pula dia diberitahu kenapa dan bagaimana pula.

Kesakitan Yang Memilukan Dia sedang kesakitan. Satu kecederaan di belikatnya menjadi lebih teruk lagi apabila seorang bekas ketua polis negara menghenyaknya setelah tangannya digari di bahagian belakang dan matanya ditutup sebaik sahaja dia ditangkap. Kemudian dia menjadi sasaran pukulan maut ala karate yang begitu dahsyat kesannya sehingga ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk menyelidik kisahnya. Kemudian masih ada lagi satu dakwaan yang dia telah diracuni dengan arsenik ketika dipenjarakan dulu.

Kalaulah dia seorang banduan biasa seperti yang diegaskan oleh kerajaan, kenapakah para pembantu khas bekas perdana menteri itu dipanggil untuk membuat pilihan bilik tahanan yang sesuai digunakan untuk mengurung beliau di penjara Sungai Buluh dulu sebaik sahaja dia keluar daripada hospital? Kenapa pula kabinet perlu membuat keputusan apakah jenis layanan perubatan yang layak diberikan kepadanya? Kenapakah kerajaan tidak berpendirian tegas dan memberitahu beliau secara lantang bahawa dia adalah seorang banduan biasa dan akan diberikan layanan perubatan seperti yang diterima oleh banduan lain?

Kerajan tidak memberikan jawapan yang cepat kepada permohonannya untuk mendapatkan rawatan endoscopic di seberang laut. Gelagat hambatan politik dan birokrasi telah sengaja melecehkan perkara itu sehingga memburukkan keadaan yang memalukan. Beberapa perkara yang remeh-temeh sengaja dicetuskan untuk digembar-gemburkan. Apabila Dr. Thomas Hoogland tiba untuk membantu, beberapa kerenah birokrasi dicetuskan lagi untuk melengahkan keadaan.

Pembedahan itu mesti dilaksanakan di Malaysia. Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng telah celupar menuduh Anwar sebagai anti-nasional kerana mahukan pembedahan dibuat di luar negara dan sengaja memperlekehkan bakat pakar perubatan tempatan. Pengarah Kuala Lumpur Hospital telah berkata semua kemudahan boleh dibawa daripada semua hospital di negara ini melainkan alat endoskop. Bagaimana pula operasi itu boleh dilaksanakan di negara ini?

Peralatan Yang Sensitif

Apakah ini caranya: sebuah klinik yang dibuat khas untuk pembedahan itu dan diubah balik setelah selesai pembedahan?

Apakah mudah sangat pembedahan itu mengikut pendapat pakar perubatan Malaysia, agar Dr. Hoogland membawa masuk alat kelengkapan pembedahan itu dan kemudiannya bawa balik alat itu ke Germany sebaik sahaja selesai pembedahan? Tetapi, sesiapa yang pakar akan memberitahu bahawa segala peralatan yang sensitif perlu dipasang dan diuji dulu yang memakan masa berbulan lamanya sebelum peralatan itu dapat diperakukan oleh pakar perubatan endoscopic tersebut.

Syarat ini memang amat diketahui oleh pihak kerajaan. Kerana itu satu jenis serangan baru dibuka pula. Menteri Luar telah bercakap di persidangan di Geneva bahawa Anwar sudahpun bersetuju tidak pergi ke luar negara untuk perubatannya. Sepatutnya pendedahan berita ini diumumkan ketika Dr. Hoogland dibenarkan masuk ke negara ini.

Kenapakah perkara ini tidak didedahkan? Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan pendapat kebijaksanaannya bahawa Anwa tidak perlu pergi ke luar negara untuk rawatan perubatan itu.

Mungkin juga kerajaan membenarkan Anwar pergi mendapatkan rawatan perubatan di luar negara seandainya beliau bersetuju untuk tidak pulang kembali. Tetapi, dia memang mahu pulang secepat mungkin selepas pembedahan itu. Sudah tentu itu akan mencetuskan konfrontasi secara terbuka kembali yang akan menyenakkan kedudukan kerajaan lagi.

Tawaran Pemergian Yang Selamat

Ketika dia ditahan dibawah ISA pada pertengahan 1970-an dulu, ada satu kumpulan kawannya yang mendapatkan restu kerajaan untuk menawarkan biasiswa agar dia pergi melanjutkan pelajaran mendapatkan Sarjana di Oxford. Dia menolak tawaran itu kerana dia sedang ditahan ketika itu. Demikian jawapannya kepada mereka.

Anwar telah menyesuaikan dirinya sebagai insan yang tidak relevan dalam konfrontasi politik Melayu. Dengan berbuat demikian, dia menjadi seorang tokoh yang perlu diperhatikan. Apa juga kemungkinan yang perlu diambilkira dalam percaturan masa depan Malaysia, ketokohannya akan terus membesar. Sama ada ia menyangkuti perundingan perpaduan Melayu, kesinambungan UMNO ataupun keupayaan Dr. Mahathir untuk terus kekal sebagai seorang perdana menteri, sekalipun.

Bagaimanapun dilihat perkara ini, keadaan kesihatannya yang membuatkan kerajaan sentiasa keresahan. Kerajaan sudah pasti tidak mampu menanggung kesan bencana seandainya sesuatu yang mudarat terjadi keatasnya. Dr. Mahathir memang amat arif mengenai ini. Begitu juga Anwar dan juga masyarakat Melayu itu sendiri. Itu sebabnya keperluan mendapatkan pembedahan endoscopic bukan lagi berbentuk perubatan. Ia sudah menjadi masalah besar politik. Dia boleh pergi ke luar negara kalau dia sanggup mengaku tidak akan pulang kembali. Tetapi, syarat itu adalah serupa dengan meminta seekor harimau kumbang mengnyahkantompok-tompok hitam pada kulitnya.

-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my

...........................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com