Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pelajar Dibayar RM10 untuk mendengar ceramah perdana menteri

Pelajar Dibayar RM10 untuk mendengar ceramah perdana menteri
(Students paid RM10 to attend PM’s ceramah)
By: Ajinder Kaur (Malaysiakini)

Khamis 29 Mac, 2001. Lebih kurang 500 pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) di Setapak telah diberikan RM10 setiap seorang oleh pentadbiran kampus untuk menghadiri satu perhimpunan rakyat di mana Mahathir Mohamad hadir sebagai tetamu kehormat.

Salah seorang pelajar yang tidak mahu namanya disiarkan telah memberitahu malaysiakini hari ini betapa jabatan Halehwal Pelajar kolej itu telah menyuruh para pelajarmenghadiri himpunan rakyat itu.

Dia telah berkata betapa beberapa poster telah dipasang siap di kampus meminta para pelajar mengambil bahagian. Dia membuat keputusan hadir setelah digalakkan oleh kawan-kawannya.

“Kami hanya diberitahu bahawa ada ceramah PM. Tidak pula ada maklumat lain. Pada hari itu lebih kurang 500 pelajar telah berkumpul di padang kolej. Dua belas buah bas telah mengangkut kami pergi ke Gombak. Dalam perjalanan, dua kakitangan jabatan halehwal pelajar telah mengagihkan sampul surat berwarna coklat yang berisi RM10 dan baju kemeja-T yang berlogokan wajah perdana menteri kepada semua pelajar yang ada.” Demikian beliau menjelaskan.

Dia menambah betapa tidak seorangpun pelajar yang bertanyakan mengenai wang dan baju-T yang diterima itu ketika mereka berada dalam bas. Apabila disoal sama ada para pelajar dikehendaki memakai baju itu, dia menjawab “tidak”.

“Tetapi, saya rasa cara semacam ini adalah satu bentuk rasuah agar kami para pelajar menyokong kerajaan. Kami adalah pelajar yang tidak sepatutnya terbabit dalam politik. Apakah alasannya kolej menyuruh kami pergi mendengar ceramah itu?” Tanya dia pula.

Ucapan Politik

Semalam, Mahathir telah memberikan ucapan politik kepada lebih kurang 10,000 orang di Kampung Mulia, di Km 4, Gombak.

Upacara itu adalah tajaan K3P yang diwujudkan oleh Kementerian Penerangan untuk menjalin hubungan rapat di antara kerajaan dan rakyat. Di majlis itu Mahathir telah memperlekehkan parti pembangkang dan menuduh mereka cuba menggulingkan kerajaan secara menganjurkan demonstasi jalanan.

“Dengan terus berkempen selepas pemilu 1999 dulu, parti pembangkang memecah belahkan rakyat, terutama sekali dengan berkhutbah di masjid untuk mempengaruhi umat Islam,” katanya.

Dia juga memeprlekehkan pemimpin PAS Nik Aziz Nik Mat kerana membuat lawatan dua minggu dulu, berjumpa penternak khinzir Bukit Pelanduk yang menjadi punca merebaknya wabak Nipah pada 1999 dulu. Dia merungut betapa PAS enggan bekerjasama dengan UMNO kerana parti itu bertegas bahawa ia berusaha terhadap perpaduan nasional dan bukannya perpaduan Melayu.

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com