Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahathir Bersedia Untuk Satu Pusingan Lagi

Mahathir Bersedia Untuk Satu Pusingan Lagi
(Battleweary Mahathir readies for another round)
Oleh: Anil Netto

Pada hari Rabu, Perdana Menteri Mahthir Mohamad telah dipelawa memukul gong tiga kali sebagai tanda pelancaran sessi pemimpin bersama rakyat. Pada hayunan pertama, dia telah mengehentak gong itu begitu kuat sehinggkan tercampak gong itu bersama bingkainya dan membuatkan ribuan para hadirin menjadi tergelak kerana terhibur dibuatnya.

Sepatutnya perakra semacam itu tidak menjadi perkara yang memeranjatkan. Mahathir memang sudah terkenal dengan menggunakan kuasa yang keras untuk menyerlahkan ketokohannya dalam dunia politik Malaysia sejak 20 tahun lamanya.

Namun, dalam keghairahan merangsang ekonomi negara, perdana menteri itu telah menghayun langkah yang lebih berisiko dengan beberapa kaedah meningkatkan konsumer berbelanja dan melegakan beberapa peraturan mengenai ekuiti, hartanah dan peluang pelaburan kepada orang asing.

Dia baru sahaja menanggung bisa kritikan yang mendakwa dia melaksanakan proses penyelamatan kepada para kroninya dengan menggunakan dana pencen untuk menyelamatkan firma yang bermasalah. Mahathir betindak balas secara stail yang gah. Dia melancarkan praogram kebangsaan dimana dia menjelajah negara untuk menemui rakyat sambil mengumumkan satu rencana bagaimana dia cuba merangsang ekonomi negara untuk menampan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat.

Ada satu isu yang tidak mudah lenyap. Isu ini membabitkan mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim yang sedang sakit tetapi tidak diizinkan untuk menjalani pembadahan rawatan tulang belakangnya di Jarman. Walaupun kerajaan bertegas pembedahan itu dilaksanakan di Kuala Lumpur, kerajaan terpaksa berhadapan dengan risiko kutukan seandainya keadaan Anwar menjadi lebih teruk lagi.

Tekanan terus muncul bertimbun, Mahathir kini terpaksa berhadapan dengan kemungkinan berlakunya satu pilihanraya kecil di Pahang setelah seroang ahli dewan undangan negeri UMNO mengumumkan tindakannya melepaskan kerusi wakil rakyat yang dipegangnya. Fauzi Abdul Rahman meledakkan bom kejutan itu setelah membuat lapuran polis terhadap bekas menteri besar Pahang, Khalid Yaakob dan mendakwa beberapa tuduhan yang tidak pun disiarkan oleh akhbar perdana.

Kemunculan satu lagi pilihanraya kecil adalah sesuatu yang tidak diingini oleh perdana menteri selepas parti koalisi kerajaan yang memerintah, kalah satu kerusi yang dulunya dianggap selamat kerana pernah dipegangnya sejak kemerdekaan, pada November lalu.

Namun, yang lebih menjadi perhatian ialah kesan kemerosotan ekonomi AS. Mahathir telah mengumumkan satu pekej bernilai 3 bilion ringgit (bersamaan US$790million) untuk meransang ekonomi negara.

Untuk memacu penggunaan sumber kerajaan telah mengurangkan kadar potongan gaji bulanan terhadap pencaruman kepada dana KWSP daripada 11 persen kepada 9 persen. Kakitangan kerajaan kini boleh melayakkan diri mendapatkan pinjaman kereta setiap lima tahun berbanding tujuh tahun dalam usaha untuk memajukan penjualan kereta.

Seorang pemimpin kesatuan sekerja telah menyatakan kesangsiannya terhadap usaha menggalakkan rakyat berbelanja. “Starategi itu mungkin baik untuk perniagaan dan mungkin menaikan keuntungan tetapi ia membawa kesan terhadap taraf kehidupan para pekerja apabila mereka bersara.” Demikian pendapat G.Rajasekaran, setiausaha agong Malaysian Trade Union Congress (MTUC). Malaysiakin (portal internet) pula telah menyiarkan satu komentari yang ditulis oleh seorang penganalis terkenal (MGG Pillai) yang berjudul “American recession, so let’s spend”.

Ahbar harian ‘The Star yang memihak kepada kerajaan telah melancarkan satu pungutan suara melalui laman webnya meminta para pembaca memilih apakah reaksi terhadap tindakan kerajaan menggalakan perbelanjaan itu. Daripada 2,205 responden pada tengahari Jumaat lalu, hanya 16% yang mengatakan mereka akan berbelanja lebih, 53 persen menyatakan mereka akan lebih berjimat sedangkan yang berbaki mahu terus bersikap seperti biasa.

Mahathir yakin tanpa tindakan meransang ini, ketumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini mungkin menurun kepada 4 ataupun 5 persen.

“Pencapaaian ini mungkin tidak berapa teruk, tetapi kami sudah biasa dengan ketumbuhan yang tinggi dan kami mahu mengekalkannya pada tahap itu,” katanya. Dengan tindakan baru itu mahathir fikir kadar pertumbuhan mungkin mencecah 6 persen – ini bererti berlakunya penurunan daripada jangkaan awal sebanyak 7 persen. “ Keadaan memang lemah sekarang ini. Kejatuhan Dow Jones adalah diluar jangkaan, katanya. “Sudah tentu ia akan menekan kita.”

Kenyataan Mahathir itu adalah satu pengakuan betapa keadaan tidak semeriah dulu lagi. Ekonomi Malaysia terlalu bergantung kepada pengekspotan barangan elektronik dan semakin ramai para penganalis berkata bahawa pertumbuhan 6 persen itu adalah satu pandangan yang terlalu optimis.

Amerika Syarikat dan Jepun adalah pasaran utama Malaysia, menyumbang kepada hampir 50 persen daripada jumlah ekspot dan kerisauan semakin membesar bahawa akan menurunya pesanan untuk barangan ekspot seperti chip komputer, ‘memory-boards’ yang akan menyebabkan merudumnya industri ‘data storage products’(barangan simpanan data?)..

Ada satu yang mengejutkan lagi apabila Mahathir pada awal minggu ini mengaku betapa projek kesayangannya Multimedia Super Corridor (MSC- Korridor Raya Multimedia) tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti yang djangkakannya. Namun, dia masih berlakon dengan mengatakan bahawa program itu masih kehadapan dalam menarik minat para pelabur.

PAS sudah pun melecehkan jemputan UMNO untuk mengadakan perundingan mengenai perpaduan orang Melayu. Inilah yang semakin menjerut perdana menteri dalam meraba-raba sokongan kepada persemuafakatan terhadap pemerintahannya yang semakin rapuh itu. Ramai pemimpin UMNO yang merasa tertekan dengan berita betapa pemimpin PAS Nik Aziz Nik Mat sanggup bertemu dan berbincang dengan penternak khinzir yang diserang wabak (virus Nipah- penterjemah) dua tahun yang lalu.

Tetapi perdana menteri ini memang pakar dalam mempertahankan kedudukannya setiap kali diasak ke diding kekecewaan. Pada perhimpunan pemimpin bertemu rakyat Rabu yang lalu, ramai manusia telah menyambutnya lengkap dengan kumpulan muzik daripada pelbagai kaum. Dia telah memberikan masa untuk menandatangani beberapa poster dirinya untuk kanak-kanak sambil dia berdiri di atas pentas di mana satu koir sedang menunjukkkan pertunjukan mereka. Kemudian dia melawat gerai-gerai pameran sambil beberapa ahli paracut angkatan tentera udara terjun untuk menghiburkan penonton yang ditaksir seramai 10,000 orang itu.

Selepas Mahathir menjamu selera bersama penduduk kampung, satu tarian singa telah mengiringi pemimpin paling lama di Asia itu berjalan ke arah kereta yang menantinya, sambil rakyat beratur di tepi jalan untuk besalaman dengannya.

Laman web malaysiakini kemudiannya mendingini mud majlis itu dengan menyatakan betapa beberapa dozen bas telah digunakan untuk mengangkut sekitar 500 pelajar daripada sebuah maktab swasta untuk turut serta majlis yang dihadiri perdana menteri itu. Lapuran Malaysiakini itu menyebut cerita seorang pelajar yang tidak disebutkan namanya. Pelajar itu mencritakan bagaimana mereka diberi 10 ringgit setiap seorang dan baju-T yang memaparkan wajah Mahathir, yang diagihkan kepada mereka ketika berada di dalam bas.

Dengan pelancaran program peringkat nasional itu, 14 lagi upacara yang sama akan dilaksanakan di setiap negeri bermula bulan hadapan, diikuti dengan upacara serupa di peringkat daerah di seluruh negara. Sebuah akhbar tempatan telah berkata program itu telah dirancang “untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya mengekalkan perpaduan dan memupuk kesabaran dan semangat gotong royong di kalangan penduduk pelbagai kaum di Malaysia.”

Persoalan yang penting sekarang ini apakah perdana menteri mempunyai daya usaha untuk memperbaiki wibawa dirinya setanding dengan pengharapan rakyat marhaen terutama sekali orang Melayu yang majoritinya telah terusik kerana cara Mahathir mengaibkan Anwar Ibrahim. Ramai yang beranggapan segala daya usaha terbaru Mahahtir itu adalah sesuau yang sudah terlambat. Keadaan yang membimbangkan itu semakin teruk jadinya disebabkan jurang perbezaan yang semakin luas di antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia seperti yang digambarkan oleh keadaan perkampungan setinggan di pinggir Kuala Lumpur di mana tercetusnya pergaduhan kaum pada awal bulan ini.

Mahathir mungkin sedar akhirnya betapa tindakan terbarunya itu adalah laksana ayunan liar terhadap satu gong yang tidak menepati sasaran untuk menyelesaikan masalah yang menghantui masyarakat Malaysia. Keyakinan rakyat semakin menurun dan pelabur asing turut mengongsi perasaan itu kerana ketiadaan tindakan reformasi terhadap kelembapan ekonomi dan kelecehan politik yang lebih bermakna. Ramai orang berpendapat semua kepincangan ini semakin membusut disebabkan sifat kehaprakan pelbagai institusi kerajaan dalam menyekat salah guna kuasa. Semakin ramai rakyat Malaysia mengharapkan agar ekonomi negara itu tidak akan tunggang-balik jadinya.

-Anil Netto-
Asia Times 31.3.2001

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com