Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Anwar Ibrahim Dan Tanggungan Sivil

Anwar Ibrahim Dan Tanggungan Sivil
(Anwar Ibrahim and Civil Liability)
Oleh: Harun Rashid

Mac 31, 2001

Pada tahun pertama pengajian perundangan ada tiga kajian asas yang menyangkuti Jenayah, Torts dan Kontrak. Sesuatu tindakan itu dikira sebagai perbuatan jenayah apabila ia dilakukan dengan niat dan hukuman tidak boleh dijatuhkan kalau niat itu tidak dibuktikan. Tetapi, perkara ini tidak ada kaitannya dengan kes-kes sivil di mana hanya kecederaan yang perlu dibuktikan. Sesaorang yang mencederakan insan lain kerana marah bukan sahaja mengundang siasatan pihak polis, dia juga akan dituntut oleh pihak yang dimangsakannya kerana kecederaan yang tecetus disebabkan tindakannya.

Terdapat beberapa contoh di mana seorang pembunuh terlepas hukuman disebabkan kegagalan pendakwaan, tetapi terpaksa kemudiannya menangani hukuman berat dalam tindakan sivil yang dikemukakan oleh keluarga mangsanya. Kelakuan anti-sosial kerap mencetuskan kebertanggungjawaban undang-undang. Adalah tugas mahkamah menentukan agar pengadilan dilaksanakan.

Apabila sesuatu tindakan mengundang tuduhan jenayah, tertuduh diberikan peluang untuk mengaku salah. Pengakuan tidak bersalah memberi ruang dimulakan tuduhan jenayah oleh pendakwaraya yang perlu mennggembeling segala pengalamannya, latihan dan bakat untuk mengemukakan bukti yang ada secara jelas kepada hakim. Pendakwaraya tidak seharusnya memihak kepada si tertuduh. Sandainya pendakwaraya memihak kepada si tertuduh, dengan tidak mengemukakan bukti yang ada, ataupun mengemukakan bukti yang palsu, pendakwaraya itu sebenarnya melakukan satu jenayah pula.

Pendakwaraya mempunyai tugas yang sama dalam mengemukakan sebarang bukti yang boleh membebaskan tertuduh dan sebarang tanda berlakunya perkara ini adalah mencukupi untuk mencemar kes itu sehingga menggugat usaha pendakwaan. Seorang pendakwa yang menunjukkan gelagat menyorokkan bukti ataupun menggalakkan saksi menyorokkan bukti sebenarnya gagal dalam menjalankan tugasnya. Kalau ada bukti yang sahih menunjukkan seorang pendakwa (ataupun hakim) telah diarahkan untuk mengelak keadilan oleh ketuanya, ataupun telah menerima janji untuk dinaikkan pangkat ataupun menerima imbuhan sebagai satu rangsangan, sabitlah perkara jenayah dan tanggungan sivil itu.

Sesuatu tindakan jenayah selalunya dikaitkan kepada hukuman yang khusus, dan apabila seorang penjenayah mengaku kepada kesalahan itu dengan membuat akuan bersalah, hukuman itu pun dijatuhkan dan terserahlah kepada cara menjalani tempoh hukuman yang dikenakan. Undang-undang adalah menyeluruhi semua orang, dan pegawai polis serta ahli politik kepada parti yang sedang berkuasa tidaklah mempunyai hak kekebalan daripada hukuman undang-undang.

Apabila mudarat berputik daripada cetusan tindakan jenayah, seperti berlakunya serangan ataupun serbuan, tindakan sivil boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukannya. Seandainya pesalah itu adalah seorang pegawai kerajaan, menjalankan tugas secara rasminya, maka semua ketuanya dan kerajaanpun boleh didakwa dalam tindakan sivil untuk mendapatkan gantirugi. Seandainya pesalah itu seorang pegawai polis ia patut dicela lagi kerana mereka yang bertugas menguatkuasakan undang-undang tidak dijangka akan mengingkarinya.

Kerajaan Malaysia sedang menahan Anwar Ibrahim, seorang yang terkenal ketokohannya sebagai banduan, dalam pemenjaraan bersendirian. Dia telah menanggung kesakitan ketika diperam di ibupejabt polis gara-gara gelagat ketua polis negara. Pegawai ini bertindak atas sifat peribadinya ketika itu. Akhirnya dia telah dipaksa oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengaku bersalah kepada penderaan itu, dan menerima hukuman penjara selama dua bulan. Sehingga kini, walaupun sudah dua tahun berlalu, dia masih belum menjalani hukuman itu.

Sebagai seorang banduan, Anwar masih lagi tidak dibebaskan waima seharipun sejak dia ditangkap. Dia dinafikan jaminan walaupun dia berhak kepada kemudahan itu di bawah hukum undang-undang. Orang yang dituduh membunuh memang kerap memperlekehkan undang-undang Malaysia, dan mendapat peluang dijamin berterusan daripada seorang pegawai kanan di jabatan Peguam Negara. Inilah pegawai yang sama yang telah merencana dua kes pengadilan Anwar Ibrahim dan beberapa kes lain di mana para banduan diberikan layanan yang mengaibkan. Tindakannya memang boleh dipersoalkan.

Anwar Ibrahim telah menjalani dua kes pengadilan di Malaysia. Kes pertama memang merupakan satu sarkas sahaja, lebih digembar-gemburkan oleh tilam yang diusung untuk mengabui mata. Pihak pendakwa dan hakim sepatutnya dikutuk kerana berperanan dalam lakonan itu. Pengadilan yang kedua berakhir dengan keputusan bersalah. Keputusan itu telah dicapai setelah orang yang dikatakan telah diliwat menafikan perilaku itu sebanyak tiga kali di hadapan hakim. Seorang saksi telah memberi keterangan dia ada mengambil bahagian dalam satu konspirasi politik untuk mengemukakan keterangan palsu sambil memberikan nama semua rakan konspirasinya itu. Hakim itu belum lagi mengemukakan keputusan bertulis mengenai keputusan pengadilannya, walaupun dia sudah diberikan kes lain untuk diadilinya.

Undang-undang memerlukan para pendakwa yang bertindak semata-maa untuk kepentingan awam dan para hakim yang mengamalkan kebijaksanaan dalam menterjemahkan hukum perundangan dalam mengadili kes yang dikemukakan. Undang-undang adalah berasaskan tafsiran dan logik dan para hakim mestilah berupaya menulis dengan jelasnya segala dalil dan alasan di sebalik segala keputusan pengadilan mereka. Segala hasil tulisan mereka merupakan asas perundangan dan dengan nama undang-undang itu makanya pengadilan mesti diserlahkan dengan cara yang wajar.

Di Malaysia, menepati masa bukannya satu kemestian. Banyak kes yang mustahak sengaja dibiarkan meleret- leret tanpa ada sebarang penghakiman yang dituliskan. Kini ada seorang hakim di mahakamah paling tinggi yang tidak pernah menulis sebarang keputusan penghakiman. Tidak pula sesiapa yang mengetahui apakah dia mampu menulis keputusan penghakiman. Dia memang terkenal kerana gelagatnya sebagai seorang pendakwa, dan sebagai seorang teman bersantai kepada ketua hakim negara (yang baru bersara). Dialah Peguam Negara yang mengarahkan pendakwaan kedua-dua kes Anwar Ibrahim.

Kini, Anwar Ibrahim memerlukan satu pembedahan yang rumit keatas tulang belakang disebabkan penderaan yang dialaminya. Akuan bersalah memperakukan tanggungan sivil di pihak pegawai polis yang menderanya dan juga di pihak kerajaan Malaysia. Kerajaan telah enggan mengizinkan beberapa rawatan perubatan dilaksanakan, dan inilah yang menambahkan tanggapan tanggungan para pegawai yang menafikan rawatan itu.

Seandainya menteri hal ehwal dalam negeri didapati merupakan pegawai utama yang membuat keputusan, bererti dia bersama dengan beberapa pegawai kerajaan yang lain, akan dikira bertanggungjawab kepada sebarang tambahan mudarat yang mungkin melanda Anwar Ibrahim. Beberapa peristiwa yang terjalin menunjukkan bahawa keseluruhan tanggungan kontinjen ini tidak dijelaskan dengan terangnya oleh para penasihat kepada pemimpin kerajaan yang ada.

-harunrashid@yqi.com
1 April, 2001

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com