Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Barah Dalam Kempen Mengumpul Dana Telekanser 2001

Barah Dalam Kempen Mengumpul Dana Telekanser 2001
(MGG Pillai: Cancer In The 2001 Telekanser Fundraising Campaign)

Menteri kesihatan, Chua Jui Meng, merasa tersentuh kerana banyak perakuan - sekitar sembilan per sepuluh - untuk menderma kepada Kempen Telanser 2001 telah dimungkiri. “Saya tidak faham bagaimana manusia boleh memperlekehkan satu usaha murni dengan menggangapnya sebagai satu jenaka…. ini adalah perkara serius di mana kita boleh menyelamatkan nyawa,” kata beliau sambil memberi nasihat agar tidak lagi dibuat panggilan palsu. Tetapi dalam usaha menarik minat orang menderma di telivisyen, ramai orang yang menjanjikan derma tanpa alasan lain daripada melihat nama mereka tersenarai sebagai penderma. Pengalaman Telekanser bukannya satu perkara baru.

Apabila disediakan nombor telefon bebas tol untuk rakyat memanggil untuk menderma, ketika negara sedang berpecah belah, sudah tentu di kalangan mereka yang menelefon itu termasuklah manusia yang sengaja mahu menyakat kerajaan. Nasihat Chua agar masyarakat tidak menelefon untuk berjenaka adalah tidak kena pada tempatnya. Kalaulah dia meneliti bagaimana caranya kempen Telekanser 2001 itu dirancang bulan sudah, tentu dia sedar kenapa masyarakat tidak berminat dengan kempen itu.

Kempen 2001 Telekanser itu adalah satu usahasama di antara MAKNA (Persatuan Kanser Kebangsaan), PWM (Persatuan Wartawan Melayu) dan RTM (Radio Televisyen Meloya) yang disokong oleh Telekom Malaysia dan Putra LRT. Ia telah dilancarkan bulan lalu dengan segala kemegahan dan ria(k) di mana YDP Agong dan Permaisuri turut mencemarkan duli. Presiden MAKNA dan bekas timbalan menteri Dato’ Farid Ariffin, telah memberikan satu ucapan yang meruntun hati. Dia menyebut betapa kanser tidak menghormati sesiapa, agama, kepercayaan, bangsa, kaum atau apa sahaja. Seorang bayi yang diserang kanser adalah hanya seorang bayi, yang berhak diberi rawatan dan layanan yang diperlukannya. Dia bercakap dengan penuh perasaan kerana dia mempunyai seorang anak yang menghidap kanser.

Empat pesakit yang mengidap kanser semuanya Melayu, yang dikatakan telah dipilih secara rawak telah dikemukakan. Inilah yang mencemar kempen itu serta merta. Bagaimanakah para penganjur tidak berhati perut? Ramai hadirin yang bukan berbangsa Melayu yang mempunyai anak-anak yang dijangkiti penyakit itu. Bagaimanakah perasaan mereka gamaknya? Ataupun apakah penting semua itu?

Kejijikan tidak berakhir di situ sahaja. PWM diberikan peruntukan sebanyak 10 persen daripada tabung kutipan. Apakah PWM sebuah persatuan barah? (PWM adalah punca dan penyebab barah masyarakat - FeU ) PWM harus menjelaskan perkara ini. Bagaimanakh MAKNA yang memainkan peranan yang sungguh unggul dalam membantu pesakit barah menyetujui perancangan begini? Ramai di kalangan hadirin yang menyedari perkara ini tetapi bersedia untuk membisu sahaja. Apabila empat pesakit MELAYU dikemukakan sebagai contoh, kempen itu sudah kehilangan wibawanya. Para penderma di kalangan hadirin menjadi tawar hati terhadap sikap perkauman dan haloba.

Oleh itu, Dato’ Chu harus menghentikan gelagat bermulut celupar menuduh rakyat Malaysia sebagai tidak berhati perut. Kalau para penaja mengutip derma bagi tujuan lain daripada yang sepatutnya, Dato’ Chua tidak boleh menyalahkan rakyat Malaysia kerana tidak bermurah hati untuk menderma. Kita pernah mendengar kisah memilukan betapa anak-anak yang memerlukan derma berpuluh ribu ringgit banyaknya bagi menjalani rawatan pembedahan tetapi Dato Chua tidakpun mengambil peduli tentang masalah begitu. Kerajaan beranggapan kalau ibu bapa tidak mampu membayar kos rawatan anak-anak mereka, adalah lebih baik kanak- kanak itu mati sahaja. Itulah yang saya nampak sekarang ini. Tetapi dia berani mengejek kita yang berjanji untuk menghulurkan derma. Apakah yang telah dilakukannya sebagai menteri kesihatan untuk menentukan semua anak-anak, tidak semestinya yang diserang barah, menerima layanan rawatan perubatan yang menjadi hak mereka?

Kita mudah dipengaruhi oleh terlalu banyak usaha yang ditaja oleh kempen kutipan derma. Tentunya kita menderma mengikut kemampuan. Saya kerap mengirimkan cek setiap kali menderma dan tidak menghantarkan wang tunai. Pergilah ke restoren di Kuala Lumpur dan perhatikan banyaknya peti derma di setiap meja penukar wang. Yang terkini ialah kutipan derma mangsa gempa bumi Gujerat. Saya bertanya seorang tauke restoren yang mengutipnya. Dia memberitahu kotak itu dikutip oleh Suruhanjaya Tinggi India. Apabila saya kata perkara itu tidak betul kerana Suruhanjaya Tinggi tidak boleh melaksanakannya, saya diberitahu ada orang lain yang datang mengutip derma itu untuk diserahkan kepada suruhanjaya tinggi itu. Inilah yang memeranjatkan saya apabila kutipan untuk mangsa gempa Gujerat dan bermacam lagi bencana alam ditaja secara somberono. Satu ketika dulu kutipan oleh pihak akhbar mempunyai tarikh tamatnya. Sekarang ini amalan itu sudah tidak ada lagi.

Itu sebabnya rakyat marhaen semacam sedar ada penyelewengan di sana-sini. Tidak kiralah kalau kempen itu untuk anti-kanser ataupun untuk membantu mangsa tanah runtuh di Ougadougou. Mampukah menteri kesihatan menjelaskan kenapa beliau merasa tersentuh apabila hanya satu dalam sepuluh yang menjanjikan derma mereka menunaikan janji? Bagimana pula mereka yang mula-mula bersetuju bertukar menjadi tukang celaru? Kanser yang membarah dalam masyarakat kita ini sudah terlalu teruk keadaannya walaupun diusahakan satu pengampunan.

M.G.G. Pillai

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com