Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perdana Menteri Kelentong Lagi

Perdana Menteri Kelentong Lagi
(MGG Pillai: The Prime Minister Spins A Tale)

Perdana Menteri turut campurtangan dalam kontroversi mengenai rawatan perubatan Dato’ SeriAnwar Ibrahim. Mantan timbalan perdana menteri itu sedang menggung kesakitan pada tulang belakangnya yang teramat sangat. Seorang pakar bedah endoskopik berbangsa Belanda, Dr. Thomas Hoogland, telah memberi nasihat agar pembedahan mikroskopik dilaksanakan tetapi Malaysia tidak pula mempunyai kemudahan untuk memudahkan pembedahan itu di negara ini. Tetapi, kerajaan bertegas pembedahan itu boleh dilaksanakan di sini. Dr. Mahathir berkata kalau dia boleh menjalani pembedahan jantungnya di sini, kenapa pula Dato’ Seri Anwar tidak boleh dibedah di sini.

Sebenernya perkara ini tidak boleh dibuat peerbandingan. Dr. Mahathir pernah diserang penyakit jantung di tengah malam di mana pembedahan segera terpaksa dilaksanakan. Tetapi, di waktu yang sama ada juga rencana untuk menghantar beliau ke luar negara untuk pembedahan itu. Menteri kesihatan beliau, Chua Jui Meng pernah bersiap sedia untuk menjalani pembedahan di luar negara teapi apbila dia diarahkan menjalaninya di hospital tempatan dia terpaksa akur dengan semua arahan. Apakah sebabnya dia memikirkan rawatan luar negara bagi pembedahan yang merupakan pembedahan biasa di negara ini? Pembedahan secara ‘open heart surgery’ sudah mencapai tahap kepakaran yang tinggi di Malaysia; tetapi pembedahan ‘endoscopic spinal microscopic surgery’ adalah sesuatu yang masih baru lagi. .

Pembedahan yang diperlukan oleh Anwar belum lagi menjadi bidang kepakaran pakar bedah tempatan dan pakar pelali yang ada. Bukankah itu juga sebabnya Dr. Mahathir pergi luar negara untuk beberapa rawatan perubatan yang sengaja dirahsiakannya? Kenapa dia pergi luar ngara sedangkan kini dia berkata: “Untuk mengatakan bahawa pembedahan tulang belakang tidak mempunyai kepakaran mencukupi adalah membodohkan diri. Pakar-pakar kita boleh lakukan apa bentuk pembedahan pun kalau perlu.” Tentunya dia merujuk kepada Institiut Jantung Negara yang telah membedah jantungnya dan yang telah dilengkapkan oleh kerajaan dengan segala kelengkapan terkini untuk pembedahan. Institusi itu kini sudah diswastakan dan kos perkhidmatannya sudah tidak lagi dapat dicekau oleh rakyat marhaen. Di situlah dia menerima layanan terbaik dan khidmat kepakaran yang sungguh unggulan. Tetapi, apakah boleh dibezakan anjing dengan kucing ataupun pipit dengan enggang, seperti sikap kerajaan dalam perkara ini. Apabila kerajaan terus gelabah untuk mempertahankan perkara yang rapuh pihak yang lagi satu akan terus berpendirian yang lebih teguh.

Isu rawatan perubatan Anwar kini menyebabkan kebuntuan politik. Kerajaan beranggapan isu itu adalah satu bahagian kempen untuk menumbangkannya sambil berkata beliau tidak akan balik semula sedangkan kepulangannya itu nanti yang amat ditakutinya. Sudah tentu beratus ribu rakyat marhaen akan menyerbu KLIA menyambut kepulanganya. Suasana politik di Iran dan Filipina bertukar rupa dengan semerta apabila ketua parti pembangkang, Ayatollah Khomeini dan Senator Ninoy Aquino, pulang ke tanah- air daripada pembuangan. Dato’ Seri Anwar bukannya dalam pembuangan namun kesannya adalah serupa. Ada satu dalil yang sama di Iran dan Filipina satu ketika dulu dengan di Malaysia masakini: seorang ketua yang telah lama kotai di tangkai kuasa masih rakus dengan kuasanya walaupun terlalu ramai rakyat yang membencinya.

Berbeza dengan dua kes terdahulu, di Malaysia, ketokohan Dato’ Seri Anwar dibiarkan menyerlah hasil usaha kempen yang cekap yang dilaksanakan bagi pihaknya oleh para penyokong yang setia sehinggakan kerajaan tidak mampu menumpulkannya. Setiap tindakan kerajaan ke arah itu dianggap sebagai berdendam dan bersikap melepas geram. Minggu lalu, kerajaan telah mengizinkan RTM (Radio Televisyen Menggila) memasuki kawasan larangan di perjara Sungai Buluh. Inilah kawasannya di mana pegawai tinggi, pegawai polis dan orang lain berkemungkinan boleh ditangani oleh banduan biasa. Inilah kawasan larangan di mana orang luar termasuk pegawai penjara yang tidak bertugas tidak dibenarkan masuk.

Pihak penjara telah melanggar peraturannya dengan membenarkan RTM masuk ke situ. Kenapa begitu? Saya diberitahu tidak ada rak buku sebelum itu, kerana dia dibenarkan hanya lima buah buku pada sesuatu masa sedangkan meja yang ada adalah sebagai kemudahan untuk memudahkan dia mentelaah untuk kajian kedoktorannya. Inilah caranya rakyat diberitahu betapa dia menerima layanan yang istimewa. Tetapi, isu sebenar adalah lebih besar dari itu. Kalau dia tidak layak kepada kemudahan itu sebagai banduan biasa kenapakah kerajaan beria-ia menyediakan segala kemewahan itu diperingkat mula-mula? Adalah penting menteri dalam negeri menjelaskan perkara ini sepenuhnya agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Siapakah sebenarnya yang mengizinkan kru RTM menjelajah sampai ke sana?

Dato’Seri Anwar terus menjadi hambatan tersorok dalam suasana poltik UMNO yang sememangnya sudah teruk. Perdana Menteri merangkap presiden UMNO perlu memperbaiki sikap dan pengaruh anti-UMNO yang disarankannya selama ini untuk meraih sokongan Melayu yang sudah lama jauh menyepi. Cakap-cakap mengenai perpaduan Melayu yang memperlekehkan musibah yang melanda beliau terus menghantuinya. Masyarakat melayu memang tidak mahu menerima tipuhelah itu. Itu sebabnya perundingan antara UMNO dan PAS terhenti begitu sahaja. Suasana pilihanraya dalam UMNO semakin berantakan apatah lagi dengan tindakan menyanggah UMNO oleh Fauzi Abdul Rahman di Kuantan. Dia memang sahabat lama Anwar Ibrahim dan tindakan beraninya ketika pemilihan UMNO sedang dilangsungkan membuatkan Anwar Ibrahim menonjol lagi untuk dimuliakan.

UMNO sedang kebingungan mencari jalan penyelesaian sedangkan itulah hakikatnya. Tidak ada sesiapa dalam UMNO yang mampu melakukannya. Ketika ibu Anwar (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya – penterjemah) diserang penyakit jantung pagi semalam di Hospital Universiti, para birokrasi yang remeh temeh cuba berlagak lagi: pihak penjara mahukan surat dulu sebelum memberikan izin Anwar melawat ibunya di situ. Mujur beliau sempat menemuinya sebelum terhembusnya pernafasan yang akhir. Itu adalah satu kemujuran yang bukan kepalang risikonya. Kerajaan bersikap terlalu cerewet terhadap beliau, sehinggakan sebarang pertukaran cara berinteraksi dengannya boleh dianggap satu kesalahan jua. Tambahan pula setelah perdana menteri membuat satu kenyataan yang menyerlahkan kebaghalannya, semalam.

M.G.G. Pillai

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com