Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mulut Tabuh Dapat Disumbat, Mulut Orang……?

Mulut Tabuh Dapat Disumbat, Mulut Orang……?
(For Whom The Bells Toll)

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato Fauzi Abdul Rahman, telah menyindir para pemimpin UMNO begitu hebat sekali sehinggakan BPR melawat pejabat syarikat kerjasama yang dipengerusikan oleh timbalan pengerusi UMNO Kuantan, Dato’ Faizal Abdullah dan mengambil beberapa dokumen yang ada kaitan dengan laporan tahunan yang terkini. Tidak ada sebarang petanda yang akan mengaitkannya kepada sebarang salahlaku, tetapi ia tentunya bertujuan kepada sesuatu. Dokumen yang selalu diambil oleh BPR memang jarang sangat dipulangkan dan kerap menyebabkan sesuatu organisasi itu menjadi pincang. Mungkin ini bertujuan memesongkan perhatian daripada masalah utama: tuduhan Dato Fauzi behawa Setiausaha Agong UMNO, merangkap menteri penerangan telah menyalahgunakan kekayaan negara. Inilah yang membuatkan para pemimpin UMNO gelabah kini dan perkara itu tidak dibincangakan lagi secara terbuka. Satu siasatan dalaman sudahpun direncana, pihak polis dan BPR pula bertindak secara sambil lewa.

Perkara semacam ini memang sudah dijangka. Perhatikan sahaja puluhan laporan polis terhadap ahli kabinet yang dibuat oleh mantan timbalan perdana menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya. Tidak ada satupun yang dikaji secara serius. Solah-olah ia sudah menjadi satu dasar kerajaan bahawa kalau adapun menteri kabinet yang perlu dijahanamkan ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sikap ini adalah didorong kepada ketakutan terhadap kesan politik yang mungkin terserlah darinya. Secara persendirian, mereka di dalam kabinet itu memang bersetuju seandainya penyiasatan dibenarkan sehinggalah ke penghujungnnya, sudah tentu akan wujud satu barisan panjang di luar penjara Sungai Buluh di mana ramai lagi insan yang akan masuk untuk bersama-sama menemani banduan terhormat yang sedia ada di situ. Laporan polis mengenai para menteri dan pegawai tinggi yang korup sudah menjadikan Dato Seri Anwar seorang tokoh politik yang mampu meraih sokongan terhadap Anwar yang dianggap bersih itu. Laporan Dato’Fauzi kini menyanggah tahap etika pemimpin UMNO yang ada. Kedudukan Dato’ Fauzi yang bersahabat rapat dengan Dato’ Seri Anwar membuatkan perkara itu lebih menarik lagi.

Perdana Menteri memang sudah terperangkap dengan kemelut ini. Tan Sri Khalil dan Dato’ Fauzi berkahwin dengan wanita yang merupakan adik-beradik tiri. Mereka memang rapat dan saling membantu. Keduanya mempunyai sokongan yang kuat di kalangan UMNO Kuantan. Semua itu terungkai oleh sebab kisah Anwar. Dato’Fauzi memang tidak pernah berselindung mengenai persahabatannya dengan Anwar. Dialah antara yang mula-mula berada di rumah beliau di Bukit Damansara selepas beliau dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada September 1998. Namun, pada pandangan para pemimpin UMNO, para penyokong Anwar dalam parti, terutamanya dalam kerajaan mestilah dihumbankan secara sistematik. Sikap inilah yang membawa padah kini. Dalam hal ini apa yang akan terjadi kepada Dato’Fauzi tidak dikira penting lagi. Seperti juga dalam suasana politik dan budaya, apa yang terjadi kepada sahabatnya yang terpenjara itu.

UMNO memberitahu dunia betapa ia menghormati undang-undang yang ada. Tetapi undang-undang itu bukannya untuk menyiasat segala kerakusan mereka. Cuma untuk musuh para pemimpin sahaja. Menteri hal ehwal dalam negeri Abdullah Ahmad Badawi, sepatutnya telah mengarahkan polis, bukannya jawatankuasa disiplin UMNO, untuk menyiasat segala tuduhan Dato’Fauzi. Yang tercabar sekarang ialah martabat UMNO dan juga kerajaan. Keadaan ini telah ditangani dalam keadaan panik dengan keyakinan perkara ini dapat diselesaikan seandainya akhbar perdana tidak melaporkan berita seterusnya. Soalnya sekarang, hak UMNO memegang mohor ketuanan Melayu itu sudahpun dicabar di gelanggang politik dan budaya. Setiap tindakan yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO memperteguhkan kepercayaan bahawa masa kegemilangan UMNO itu sudah tinggal di lembaran sejarah sahaja. Kegemilangannya sebagai tonggak pergerakan nasional Melayu sudahpun merudum ke tahap sebuah parti politik biasa sahaja. Segala kesilapan yang dilaksanakan oleh para pemimpinnya yang lalu kini datang menghantuinya.

Sememangnya, cabaran besar kepada UMNO ialah apa yang akan terjadi apabila sesiapa sahaja yang akan menjadi perdana menteri. Mengikut keadaan yang ada, jawatan itu adalah merupakan hak Abdullah Ahmad Badawi, kalau mengikut logiknya. Tetapi, iklim politik yang sedia ada meyakinkan Abdullah tidak mempunyai kemampuan memperbetulkan segala kerosakan yang telah mencemari akar umbi parti. Sebagai seorang timbalan perdana menteri dia telah menjadi terlampau angkuh untuk menyatupadukan kembali kumpulan yang sudah bersengketa. Apatah lagi setelah persengketaan di kalangan para pemimpi UMNO sudah menjadi sengit secara terbuka. Hubungan antara Perdana Menteri dan menteri kewangan beliau sudah semakin genting dan dijangka akan meledak tidak lama lagi. Yang membuatkan perkara ini lebih tegang ialah peristiwa penyelamatan KWSP dan KWAP terhadap kemelut TimeDotCom dan juga tindakan kerajaan membeli balik saham Tajudin Ramli dalam proses penyelamatan MAS, dulu.

Saya telah diberitahu akan kisah perjumpaan rahsia yang dihadiri oleh orang lain juga di mana Dr. Mahathir menyoal Tun Daim mengenai kisah penyelamatan dua syarikat itu. Perdana Menteri bertanyakan mengenai pendedahan dana KWSP dalam ‘syarikat peribadi’ TimeDotCom itu. Abdul Daim tidak ingat akan angka-angka yang terbabit, mungkin dia ‘terlupa’ di waktu itu, dan Dr. Mahathir mahukan jawapannya dalam masa seminggu. Tempoh yang diberikan itu sudah lama berlalu, jawapan yang dinantikan itu belum diberikan lagi. Mungkin ini caranya mereka berdua membincangakan perkara-perkara bersangkutan negara. Memang tidak ada yang ganjil dalam perkara begitu. Tetapi, saya ada mendengar rintihan Abdul Daim kepada para pembantunya: dulu dia menemui ketuanya itu sekadar lima hingga enam kali dalam sehari, tetapi kini cuma sekali dalam enam hingga tujuh hari. Perdana Menteri mungkin sudah semakin sedar betapa banyak perkara yang membabitkan namanya sudah menjahanamkan martabatnya juga. Inilah bahananya: dulu dia menghabiskan masa yang banyak untuk merencana bagaimana mahu memusnahkan musuhnya, sedangkan orang-orang yang rapat dengannya menghabiskan masa yang banyak untuk memusnahkannya. Kepada Dr. Mahathir Mohammad inilah Dilema Melayu, namanya.

M.G.G. Pillai

.................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

dirakam sebagai hari pengebumian Almarhumah Ibu Yan -MT-


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com