Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Kisah Orang Alim, Guru, dan Umi Hafilda

Saudara,

Cerita Filda ini sebenarnya cerita lama. Beliau sengaja menonjolkan dirinya dengan kata-kata yang sudah dihafal untuk menarik minat orang awam. Hanya sejarah akan menentukan kesahihan yang dikatakannya itu. Kadang-kadang malas juga hendak mengulas lanjut akan hal beliau. Tetapi, apabila kita fikirkan betapa perangai beliau dan kata-katanya itu mengaibkan minda kita, kita merasa bertanggungjawab membuat sorotan juga sebgai peringtan kepada diri kita dulu dan juga kepada bangsa kita. Alangkah anih orang Melayu yang pernah dijajah selama 450 tahun dulu kini dijajah oleh kata-kata yang dihamburkan oleh Filda ini. Kita tahu bahawa kata-kata itu adalah sesuatu yang sudah diulang-ingatan secara bertubi-tubi lebih lama lagi sebelum ia dituturkan. Yang anihnya, setiap kali beliau bercakap - baik di London mahupun di mahkamah negara sendiri. Beliau masih diberi ruang yang meluas seolah-olah beliau adalah seorang 'celebrity' yang boleh dijadikan role-model kepada anak bangsa kita. Salah siapakah itu sebenanya???

Sebenarnya banyak lagi manusia seperti beliau di luar sana di kalangan pergerakan wanita. Mereka lebih brumur daripada Filda dan lebih kaya raya dan lebih berkuasa.Apakah salah kalau Filda meniru gelagat mereka walaupun dia hanya seorang gadis yang berataraf 'virgin of all virgins' ? Di Malaysia sekarang ini semuanya boleh. Masakan penerjun payung di Kutub Selatan boleh tersilap sasaran dan mengaku mereka mendarat di tempat yang ditentukan? Filda pun begitu juga. Apa yang dia peduli samada orang akan mempercayainya ataupun tidak. Yang pentingnya dia dapat terus berlagak menipu bangsanya. Samada percakapannya itu menghiris satu keluarga yang merasa terpinggir di atas kedurjanannya itu adalah sesuatu yang tidak akan mendapat pertimbangannya. Salam Hormat.

-MT-

UTUSAN MALAYSIA SELASA 7 MAC, 1999
Ummi : Artikel jejaskan peluang berkahwin

Seorang Tuan Guru atau Orang Alim tidah pernah mengaku bahaga dia alim atau kuat imannya atau baik tingkahlakunya. Namun Allah Maha mengetahui dan masyarakat sekeliling juga segan dan menghotmatinya.

Seorang Guru tidak akan mengaku pandai dan bijak walaupun dia telah melahirkan tokoh-tokoh ulung dunia ataupun cerdik pandai dalam bebagai bidang. Namun masyarakat dan para pelajarnya tetap menghormati dan taan belajar dengannya kerana ilmu yang ada padanya.

Seorang yang baik tidak pernah mengaku baik walaupun begitulah hakikatnya. Namun masyarakat sekeliling thua akan akhlaknya dan peribadinya yang baik walaupun tidak diwar-warkan.

Namun lain pula halnya dengan Monica Lewinsky Malaysia ini. Di dalam artikel yang keluar didalam Utusan Meloya hari ini sebanyak dua kali beliau menegaskan bahawa beliau adalah "Wanita yang baik" dan "Manusia yang baik" antara petikan itu ialah :-

Perenggan 1, "Ummi Hafilda Ali menyifatkan artikel bertajuk 'Ummi Hafilda Nikah' terbitan Bacaria bukan sahaja merosakkan maruahnya sebagai wanita yang baik dan dikenali ramai tetapi juga menjejaskan peluangnya untuk berumahtangga dgn lelaki pilihannya pada masa akan dtang."

Perenggan 11, "Jelas Ummi, kesemua perkataan tersebut bukan sahaja menjatuhkan maruah dan kredibilitinya sebagai seorang manusia yang baik serta usahawan yang profesional tetapi juga sebagai seorang saksi dlm perbicaraan Anuar yang sedang belangsung ketika itu."

Nah... lihatlah betapa bersusah payahnya dan bersungguh-sungguh beliau mengatakan bahawa beliau baik, bukan apa, jika kita baik kita tidak perlu menyatakan bahawa kita baik tetapi jika kita tidak baik kita perlu memberi tahu semua orang bahawa kita ni baik. Lebih kurang macam Masuk bakul angkat sendiri. Tapi ini lebih teruk lagi.

Inilah yang dikatakan "sudah jatuh ditimpa tangga, jatuh ketanah dipatuk ayam, buta mata merana hidup" mana tidaknya. Sudahlah tak malu hendakkan Suami orang (D.S.A.I) tak dapat, hendakkan kaya (bersekongkol dengan Mahafiraun) tapi tak-kaya-kaya, sudahlah tak kaya muflis pula, umur dah lanjut (32) tak kawin-kawin (andartu, Sekarang dikatakan kahwin pula.

Namun beliau masih lagi berbangga dengan dirinya seperti petikan ini :-

Perenggan 18, "Menurut Ummi, Kes Anuar adalah kes yang besar dan perbicaraannya akan menjadi lagenda sepanjang zaman serta nama beliau akan tetap tercatat sebagai saksi penting dlm kes itu."

Di sini ada pembetulan, ada perkatanan yang tertinggal. Sebenarnya bukan saksi penting tetapi saksi palsu utama.

Arakian atulah kisahnya... siapa yang baik, "Sendiri mau ingat"

-cucu datuk merah-
cucudatukmerah@hotmail.com



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com