Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Gajah Putih Saman Lim Kit Siang

Gajah Putih Saman Lim Kit Siang
(White Elephant Port To Sue Lim Kit Siang For Saying So)

Lembaga Pelabuhan Miri yang berharga RM350 juta sudah naik berang. Pelabuhan yang kini dianggap sebagai satu gajah putih itu, seperti banyak projek lain juga, dibina hanya untuk memberitahu dunia bahawa ia memang sudahpun terbina. Itulah juga yang berlaku kepada Pelabuhan Kuantan, sebuah lagi projek gajah putih yang diwujudkan sekitar 1970-an untuk membolehkan beberapa orang kroni menjadi kaya raya. Kalaupun ia berguna dan dapat berurusan, bererti ia hanya satu kebetulan. Kita sedar apa yang berlaku kepada projek Ampangan Haidro Bakun, yang menjadi lambang kegagalan Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Ting Pek Khiing dan syarikat hartanahnya, Ekran Berhad yang meraih RM800 juta. Kini dia diberikan kontrak lagi bernilai sekitar RM150 juta untuk kerja-kerja tambahan markas tentera laut di Sabah. Ekran menyatakan kontrak itu adalah untuk kerja utama pangkalan laut itu; tetapi ia berbohong sebenarnya. Lagipun kalaulah pangkalan lautan Sepangar itu yang lengkap dengan kemudahan untuk kapalselam yang tercanggih boleh dibina dengan harga yang kurang dari kos membina pelabuhan Miri, tentu sekali ia memberi petanda bahawa sampanpun tidak akan mampu mendarat di pengkalan itu dengan selamat. Pangkalan laut itu sebenarnya akan berharga lebih daripada RM1 bilion. Itupun merupakan satu perkiraan yang masih belum lengkap lagi.

Beberapa kontrak seperti ini difaraidkan kepada para kroni pihak yang berkuasa selalunya tanpa sebarang tender dan penyeliaan yang sempurna. Kalaulah Pelabuhan Miri telah dibina oleh para pemborong yang dipilih secara saringan dan bukannya secara pilihan tertutup, memang tidak perlu Encik Lim Kit Siang membuat tuduhan bahawa ia sudah merupakan satu projek gajah putih. Timbalan ketua menteri Sarawak berkata pelabuhan itu dapat digunakan kalau kelodak selut dan lumpur yang mendap di situ dapat dialihkan dan kalau ada air secukupnya di pelabuhan itu. Seperti juga Majlis Pelabuhan Miri, dia beranggapan sebaik sahaja siap dibina, pelabuhan itu sesuai dijadikan satu pelabuhan dengan begitu senang sahaja dan segala kapal boleh berlabuh di situ tanpa memikirkan segala kepincangan yang ada.

Lembaga Pelabuhan Miri telah mengugut untuk mengeluarkan saman terhadap Encik Lim kerana libel. Dia telah menggelarkan pelabuhan itu sebagai satu gajah putih. Mereka beranggapan walaupun pelabuhan itu tidak boleh digunakan sekarang, ia tidak semestinya menjadi satu gajah putih. Encik Lim tentu sedar bahawa gajah putih hanya wujud di Thailand. Pengerusi Pelabuhan, Edwin Dundang berkata dengan memberikan label gajah putih kepada pelabuhan itu “Encik Lim telah menjejaskan reputasi pelabuhan dan menyebabkan pelabuhan kerugian perniagaan yang bernilai berjuta ringgit. Alangkah menarik perkara ini kerana saya fikirkan pelabuhan itu kerugian berjuta ringgit kerana ia tidak ada guna langsung. Ia tidak boleh digunakan kerana itu ia menjadi satu gajah putih.

Pihak MPA seharusnya mengemukakan tindakan mahkamah kerana fitnah terhadap En. Lim, dan juga akhbar yang menyiarkan berita yang ditandatanganinya yang menggelarkan pelabuhan itu satu gajah putih. Encik Dundang telah menyatakan bahawa kenyataan Lim Kit Siang itu sesuatu yang “memesongkan, tidak betul dan berniat jahat….. satu penipuan yang tidak berasas dan sengaja menggembar-gemburkan.” Lagipun, projek itu bernilai RM 250 juta dan bukannya RM350 juta. “Projek itu belum siap lagi,” katanya. “kami masih perlu mengorek dan mendalamkan lagi sungai (Baram).” Itu sebabnya dia bertegas, “ kita tidakpun mencapai sasaran urusniaga kita.”

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Dato’ George Chan, berkata projek itu berharga RM149 juta sahaja, tetapi kerja-kerja mendalamkan memerlukan tambahan RM100 juta lagi. Tetapi, En. Lim menyentuh berita lamanweb kerajaan negeri yang menyebut RM287 juta. Kalaulah sungai itu terpaksa dikorek lagi, proses mendapan akan menjadikan tempat itu tidak boleh digunakan walaupun pelabuhan itu dibuka semula. Kenapakah tapak pelabuhan itu tidak dipilih di kawasan yang dalam sebagai pelabuhan? Lagipun, kalau pelabuhan itu belum bersedia lagi bagaimana pula ia boleh berurus-niaga? Bagaimana caranya MPA mendapatkan lebih banyak bisnes daripada syarikat perkapalan sedangkan kapal mereka tidak boleh berlabuh di sana? Mengikut taksiran saya pelabuhan itu masih belum berfungsi lagi seperti yang sepatutnya. Apakah ini satu fitnah?

Satu ketika dulu saya pernah membuat kiasan mengenai insan yang tak-reti-bikin-ampangan, Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Ting Pek Khiing, yang memang tidak berduit untuk membina ampangan Bakun itu. Dia telah menyaman saya bernilai RM100 juta. Ketika dia sibuk menyaman itu, projek yang dimulakannya itu menjadi kantul termasuklah pihak pengurusan projek. Kerja-kerja pembikinan ampangan itu diagih-agihkannya kepada beberapa syarikat kepunyaannya. Tentulah projek itu jatuh lingkup. Pangkalan tentera laut yang difaraid kepadanyapun akan menerima nasib yang sama. Saya akan menjadi manusia yang paling terperanjat dalam dunia ini kalauah dia mampu melaksanakan tugas itu dengan cemerlang. Nampaknya pasaran sahampun mempunyai pendirian yang serupa juga.

Lihat sahajalah kepada beberapa projek di Langkawi. Pusat pameran Mahsuri memerlukan pembaikan tahunan yang harganya lebih tinggi lagi daripada harga membinanya pada 1980-an dulu. Kejijikan ini bukan setakat itu sahaja. Saham syarikat Ekran satu ketika dulu mencecah RM85 (Lapan Puluh Lima Ringgit) sesaham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kini, ia didagangkan dengan harga 53 (lima puluh tiga) sen sahaja.** Berita kerja-kerja kontrak pengkalan tentera laut dan subkontrak Bakun yang diberikan kepadanya tidak mampu menyekat harga saham syarikanya daripada terus merudum. Pihak MPA menggertak Encik Lim Kit Siang dengan tujuan menakutkan pihak lain yang berniat menyoalnya. Pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak sudahpun hampir tiba. Kemelut Suqui dan lenyapnya bank-bank milik Cina di negeri itu sudahpun menjadi isu hangat. Kisah Pelabuhan Miri kini menjadi satu lagi isu yang akan menghantui Barisan Nasional. Satu tindakan guaman berkaitan dengan fitnah akan menyekat kisah Pelabuhan Miri itu daripada dibincangkan secara terbuka. Tetapi, usaha itupun akan kantul juga.

M.G.G. Pillai

.................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan Penterjemah:
Saya pernah menyoal berapa banyakkah saham kepunyaan kroni ulung perdana menteri ini yang dibeli oleh Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP, KWAP dan beberapa lagi institusi dana yang menggunakan dan mengumpulkan wang orang Melayu dan rakyat marhaen yang lain untuk membeli saham Ting Tauke Batang Penyapu ini dengan harga tinggi dulu? Itukah sebabnya Tabung Haji tidak pernah mengumumkan pegangan saham dengan harga beliannya selama ini?


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com