Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Antara Impian Dan Kenyataan

Antara Impian Dan Kenyataan
(Mahathir’s OPP3: Dream or Reality?)
Oleh: Kim Quek

Ketika Perdana Menteri Mahathir membentangkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) untuk tempoh 2001 - 2010, saya terimbau zaman persekolahan dulu. Ia mengingatkan saya satu pertandingan menulis essei di mana segala usaha untuk menonjolkan segala idea terbaik, yang disaluti dengan perkataan yang menarik. Begitulah dalam pembentangan RRJP3 itu, Mahathir telah mennggunakan segala kepintarannya namun ia tidak mampu menunjukkan kenyataan, kerana rencana itu begitu jauh daripada segala kenyataan hidup yang juga kejam seperti yang terdapat dalam dunia politik Malaysia.

Memang amat terserlah, perbezaan di antara kata-kata yang digunakan dengan kenyataan yang sebenarnya. Belumpun Mahathir dapat memulakan ucapan pembentangannya di parlimen, majlis itu telah didahului oleh satu pertikaman lidah di antara beliau dengan pihak pembangkang yang membuat protes kerana buku rencana yang begitu penting itu diagihkan kepada ahli parlimen hanya satu hari sebelumnya. Tindakan itu sekaligus menafikan masa yang selesa untuk para MP (ahli parlimen) membaca dan memahaminya untuk dijadikan bekalan apabila turut serta dalam satu perdebatan yang bermakna. Kemudiannya sambil mencuba membentangkan rencananya itu dengan segala warna keindahan kata-kata, Mahathir turut mengeluarkna sindiran tajam terhadap pembangkang yang pasti menjamin tambahan kebencian kepada keaiban yang diberikannya.

Mahathir menuduh pembangkang sengaja mencetuskan pergaduhan kaum dan rusuhan jalanan serta berusaha menggulingkan kerajaan. Dia juga mengungkitkan penglibatan pembangkang yang berkonspirasi dengan musuh asing dan kisah Anwar yang sengaja berlakon mengenai penyakit tulang belakangnya. Semua ini adalah tidak benar dan tidak adil.

Pertembungan antara kata-kata dan kenyataan memang terserlah di seluruh rencana RRJP3 itu, memberikan bayangan betapa itu semua hanya merupakan satu senarai panjang yang penuh angan-angan dan dilakar oleh kumpulan pemikir, tanpa mengambil kira kenyataan politik negara. Keikhlasan sebenar Mahathir ternyata amat terserlah sekali disebabkan sejarah pentadbirannya yang sungguh buruk. Apatah lagi dengan segala retorika yang diulang-ulang laksana rakaman daripada sebuah buku teks yang memperteguhkan anggapan betapa semua itu adalah satu urutan propaganda yang betujuan menonjolkan populariti Barisan Nasional yang palsu. Di sebalik semua itu terselindung satu niat politik yang tidak mempunyai sebarang niat ataupun upaya politik untuk melaksanakan segala yang diimpikan.

Dalam RRPJ3 itu, Mahathir memang telah memberikan penekanan kepada perpaduan negara dan keharmonian bangsa sebagai satu prasyarat kepada hasratnya membawa negara mengharungi segala cabaran yang perlu ditangani pada dekad yang akan datang, tetapi semua tindakannya setakat ini merupakan sesuatu yang amat bertentangan dengan idealismenya. Desebabkan kerakusan dan nafsu-nafsinya Malasyia kini berada di satu jurang perpecahan yang sungguh berbahaya. Walaupun dia kerap mendendangkan irama keharmonian kaum dan kewujudan Bangsa Malaysia, Mahathir sebenarnya menghabiskan banyak masa menghidupkan segala sentimen perkauman yang sudah lama dilupakan itu untuk melaga-lagakan sesuatu kaum dengan kaum yang lain. Sambil dia melaungkan perpaduan negara, dia terus menyekat segala gerakan politik pembangkang yang sah dengan kuasa tekanan yang berbahaya. Usanya untuk terus mendera pemimin populis Anwar Ibrahim memang satu tindakan yang zalim, yang begitu tidak adil dan begitu menjijikkan rakyat marhaen sehingga mencetuskan satu kesedaran betapa negara ini sudah berpecah belah ke arah jurang yang sukar untuk dipulihkan.

Penyakit yang menghantui negara sekarang ini ialah korupsi yang berleluasa dan kronisme, penyalahgunaan wang rakyat, sistem perundangan yang menjerut kehidupan dan penghakisan isntitusi demokratik termasuklah parlimen, penghakiman, jabatan ketua peguam negara, polis, BPR, suruhanjaya pilihanraya, pekhidmatan awam, badan-badan berkanun dan banyak lagi. Inilah dia semua jenis penyakit yang akan diubati oleh Barisan Alternatif seperti yang mereka ikrarkan dalam perjuangan politik mereka. Inilah juga penyakitnya yang telah melunturkan keyakinan para pelabur, sehingga menghenyak keadaan ekonomi negara.

Kegagalan Mahathir memperbetulkan sebarang isu yang mendasari RRJP3 itu sebenarnya telah menjadikan rencana meganya itu satu dokumen yang tidak perlu diberikan satu perhatian yang serius. Kalaulah Mahahir mengharapkan satu sambutan yang hangat daripada rakyat marhaen terhadap rencana meganya itu, yang kini disebutnya sebagai Dasar Wawasan nasional, tentu sekali dia sedar kini betapa BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur) merudum dengan gelagat terjun bebas yang tidak pernah berlaku seperti itu sebelum ini. Mahathir tentunya telah gagal meyakinkan masyarakat awam yang melabur.

Semakin jelas kini, bertentangan kepada rumusan asas RRJP3 itu, keseluruhan perancangannya adalah berasaskan tiang perpaduan kebangsaan yang rapuh dan pentadbiran negara yang korup. Fenomena ini sudah cukup untuk menghumban angan-angan RRJP3 itu ke kancah kegagalan.

Di samping itu, kita mahu berlaku adil kepada para pelakar RRJP3 itu yang telah bertindak bijak menganalisa segala perubahan fundamental yang mewarnai persekitaran ekonomi negara yang diransang oleh globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT: Information and Communication Technology). Sebenarnya istilah ini sudah semakin lumrah di dalam buku teks ekonomi masakini. Kunpulan yang menyediakan RRJP3 itu telah mengenal dengan tepatnya bahawa kepentingan meraih pengetahuan adalah kunci kepada keupayaan untuk menyerap persekitaran ekonomi (yang merupakan satu perkara biasa sahaja). Namun, teori yang betul tidak selalunya berakhir dengan perencanaan yang berkesan.

Terdapat satu kepincangan utama dalam RRJP3 itu, selain daripada rumusan haprak mengenai pencapaian perpaduan dan harmoni. Kepincangan besar ini menunjukkan adanya kesedaran terhadap kesilapan besar kerajaan BN seperti yang telah dilakukannya pada masa lalu dan juga yang sedang wujud kini. Sesuatu rancangan yang baik mesti bermula dengan satu taksiran yang tepat mengenai kesilapan yang telah berlaku. Itu sebabnya RRJP3 tidak membawa sebarang makna yang menyenangkan.

Beberapa kesilapan besar pemerintahan kerajaan BN di masa lalu, kini dan yang akan dilakukannya dalam masa terdekat adalah:

a) Pembaziran dana rakyat secara besar-besaran untuk membiayai pelbagai projek mega yang memberikan jolokan prestij seperti Menara kembar Petronas, Bandaraya Putrajaya, KLIA, Ampangan bakun dsb. Pembaziran ke arah projek mega yang tidak memberikan justifikasi ekonomi menghakiskan kekayaan negara. Malalahan ia telah memesongkan apa yang sepatutnya usaha kerajaan dalam meningkatkan tahap pendidikan rakyat jelata, kepentingan menumpukan usaha terhadap penyelidikan dan pembangunan dalam institusi kita dan industri yang ada, kerana kedua–dua institusi ini amat diperlukan untuk membawa perubahan kepada ekonomi kita dalam usaha menghadapi cabaran yang dicetuskan oleh persekitaran ekonomi yang baru.

b) Lonjakan mendadak permodalan para kroni melalui salahguna tindakan afirmatif (hak keistimewaan Melayu) yang bermula dengan Dasar Ekonomi Baru yang kemudiannya ditukarkan dengan Dasar Pembangunan Kebangsaan dan kini diberi nama Dasar Wawasan Nasional. Semua salahguna kuasa ini telah membiakkan korupsi yang berleluasa yang menghakiskan kekayaan negara, sambil menurunkan semangat saingan dalam ekonomi kita dengan cara mengenepikan proses tender terbuka yang saksama. Begitu juga halnya dengan penyekatan terhadap penstrukturan korporat dengan cara menyelamatkan para kroni yang lemah dan haprak, dengan melaksanakan campurtangan politik yang mencemarkan nama baik sistem perbankan negara dan sekaligus melunturkan keyakinan pelabur disebabkan pemerintahan yang tidak cekap.

c) Terdapat strategi yang salah dalam pembangunan ICT seperti yang berlaku kepada pembangunan MSC (Koridor Raya Multimedia). Berbilion ringgit telah dihamburkan untuk membina bangunan yang berbentuk mega lengkap dengan lebuhraya yang canggih, sedangkan tenaga sumber manusia dalam pembangunan itu masih lagi di tahap permulaan dan asas sahaja.

Kecuaian memberikan tumpuan utama kepada peningkatan dan perkembangan tahap pembelajaran secara amnya dan latihan tenaga manusaia agar celik IT kini menyerlahkan betapa ia sudah menjadi satu hambatan besar dalam pencapaian sasaran ICT .

d) Amalan kerajaan memihak kepada kumpulan para kroni atas nama keistimewaan dasar afirmatif telah mengecewakan niat asal dasar itu, yang sebenarnya bertujuan memperbaiki tahap ekonomi seluruh masyarakat Bumiputra. Kesannya, sebahagian besar masyarakat luar bandar yang majoritinya adalah masyarakt Bumiputra tidak merasakan kenikmatan kemajuan ekonomi negara.

Adalah tidak sukar melihatkan betapa kebanyakan kesilapan perancangan ekonomi negara itu dapat dielakkan seandainya lebih banyak ruang penyesuaian ekonomi diterima-pakai dalam proses membuat keputusan dulu. Namun, gelagat keagungan UMNO masa yang lalu telah menghapuskan sebarang usaha pengimbangtara dalam sistem demokrasi negara. Penumpuan kuasa di tangan hanya seorang manusia, beserta nafsu nafis para kroni yang tidak ada hadnya, telah mencemar dan menjejaskan ekonomi kita sehingga mencekik pernafasan kita semua melainkan segelintir para manusia yang rakus ini.

Walaupun dipaparkan segala janji-janji manis dalam RRJP3 itu, tidak ada sebarang asas untuk dipercayai akan berlakunya satu perubahan dasar yang bermakna dalam pucuk kepimpinan BN. Ini semakin terserlah apabila munculnya pelbagai proses penyelamatan bersifat ‘bailout’ para kroni dan usaha menghidupkan kembali projek ampangan hidro Bakun kepada skala asalnya walaupun tujuan utamanya untuk membekalkan tenaga ke tanah semenanjung sudah dibatalkan. Tanpa sebarang penukaran dasar yang asas daripada pucuk kepimpinan kerajaan, RRJP3 tidak akan membawa sebarang makna.

..................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com