Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menggenggam Angin Menangkap Asap

Menggenggam Angin Menangkap Asap
(The Turning Of The Tables)
Harun Rashid - April 5, 2001

Perdana Menteri telah menyeronokkan ahli-ahli parlimen dengan wawasan masa-depannya dan segala impian mengenai projek besar yang berdana mega (walaupun masih samar entah mana puncanya). Mereka menunjukkan keghairan seolah-olah sungguh berminat kerana dua sebab yang sungguh bermakna. Mereka sedar betapa hanya dia seorang mempunyai kuasa membuat keputusan siapa yang akan dicalonkan di daerah mereka pada pemilu yang akan berulang. Pilihannya itu memang mampu menang, kerana cara yang digunakan menjaminkan kejayaan, tidak kiralah kalau cara itu ada kena mengena dengan bantuan syaitan.

Tetapi kini, perdana menteri tidak mudah melihat wajah-wajah biasa yang mudah mengampu dan memuji-muja serta menjulang namanya seperti zaman dulu kala. Satu haruman pewangi terbaru sudah lama di udara untuk dihidu. Lunas sudah mengejutkan golongan yang lama tertidur kaku, dan kini seorang jaguh dari Pahang sudahpun berani menyegarkan pihak pembangkang dengan caranya menghentak meja untuk menuntut bicara.

Lunas sudah mengejutkan betapa kemenangan yang dijanjikan hanyalah satu impian kosong dan betapa kemenangan pertandingan pilihanraya yang dijamin oleh panji-banji BN hanya akan tinggal janji-janji sahaja. Inilah yang menumpulkan segala bisa yang ada kepada segala ugutan lama. Kalaupun perdana menteri mengulanginya sekali lagi sebagai mencuba, ia hanya menjadi bahan ketawa yang akan menyindirnya sahaja.

Kini, jagoh Pahang sudahpun menyingkap penjuru khemah untuk membolehkan orang luar mendapat ilham dengan menjengah. Inilah yang menyentap haruman baru hasil keringat yang dicetuskan oleh reaksi gelabah yang menakutkan. Penangan ugutan untuk meletakkan jawatan kini mempunyai nilai yang lebih lumayan dan berharga berbanding janji kosong untuk dicalonkan semula. BN memang takut berulangnya lagi kemelut Lunas. Apalagi dengan kemunculan plilihanraya Sarawak yang semakin menyerlahkan tentangan yang ganas. Inilah yang mendesak satu formula membayar imbuhan agar pihak yang tidak senang disogokkan wang. Sedangkan si penerima sedar itulah imbuhan untuk kekal bertenang agar kerusi yang ada tidak ditendang.

Perdana Meneri sedang dihantui oleh sekumpulan wajah-wajah manusia yang bakal kalah pertandingan pilihanraya, kecuali mereka melompat keluar memasuki parti lawannya.Tetapi sebelum melaksanakan aksi itu, mereka mahu memerah sekitar beberapa juta ringgit dulu dengan membuat ugutan meletakkan jawatan. Inilah yang memungkinkan berlakunya pilihanraya kecil yang sudah pasti menyenakkan keadaan. Kini, semakin diulang-ulang keputusan ramai untuk memilih kembali pemimpin haprak yang lama agar terus berkuasa. Namun, pendedahan betapa dahsyatnya tipu muslihat ketika pemilu dulu membuatkan luntur usaha itu. Selama ini mereka sudah mabuk dengan keangkuhan bahawa kemewahan yang mereka nikmati hanya mampu terhakis dengan tindakan rusuhan jalanan. Kini, anggapan itu sudah menjadi satu jangkaan semata-mata. Jebat Moden daripada Pahang telah menyebabkan Majlis Tertinggi bersidang secara kecemasan. Terpinggirlah helah persidangan perpaduan. Tindakan Si Jebat dianggap lebih bermuslihat dan lebih membahayakan.

Kumpulan yang berkonspirasi kini sedar perlunya dana yang banyak agi, sedangkan dana yang banyak memang amat culas untuk dicari. Tembok yang keras semakin rapuh disebabkan peparit yang runtuh. Inilah masanya yang memerlukan kepimpinan yang menyerlah, sedangkan kepimpinan yang ada sudah semakin parah.

Pelakon tua di persada mengarahkan telunjuknya di atas pentas. Dengan suara yang ketara dibuat-buat dia berkata: “Lihatlah, nun di sana! Sudah sedia menanti apanamaaa…. syurga dunia masa depan kita.” Inilah rangkapan suara lakonan yang diulang-ulang menyerang kotak pemikiran sesiapa yang kunjung bertandang. Inilah harapan impian yang tidak ada penghujungnya. Kini mereka sedar semua itu adalah omongan belaka dan kini mahu meraih sedikit keuntungan daripada pohon tua yang semakin condong untuk melata.

Semua mata sedang tertumpu melihatkan gelagat Jebat yang cuba mencetuskan bunga silat dari tepian gelanggang. Harapan mewah masih samar lagi, namun potensi pertaruhan untuk imbuhan memang serba mungkin; di situ, di sana dan di mana jua. Kini, seorang bekas Menteri Besar sedang hidup gusar, Esok lusa siapa pula yang akan terkena penyakit yang serupa. Semakin ramai yang mempunyai tanggapan yang sama. Semakin ramai yang sedar betapa semua ini adalah gara-gara kebajingan seorang diktator tua.

-Harun Rashid-

..................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com