Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahathir Sudah Melakukannya Dulu Lagi

Mahathir Sudah Melakukannya Dulu Lagi
(Mahathir did it, too, in the 70s - brief foreigners)
Oleh: Fan Yew Teng - Malaysiakini 12 April 2001

Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammed membuat kerenah lagi. Dia masih beranggapan bahawa orang asing masih berminat untuk campurtangan hal ehwal Malaysia dengan tujuan untuk mengambilalih kuasa pemerintahan negara.. Dia tidak sedar, sikap menakut-nakutkan ini sebenarnya menyerlahkan perwatakannya, parti politik dan kerajaan yang dipimpinnya.

Beberapa hari yang lalu Mahathir ada mengungkit perihal beberapa orang diplomat asing menghadiri satu perjumpaan tertutup yang dianjurkan oleh presiden Keadilan, DS Wan Azizah Ismail. Pertemuan tertutup itu adalah bertujuan memberi penerangan mengenai tahap keadaan penyakit suami beliau Awnar Ibrahim. Wan Azizah ialah seorang ahli parlimen.

Ada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melaporkan kenyataan Mahathir betapa adalah tidak perlu menjemput orang asing untuk memberitahu perihal yang dianggap sebagai cerita dalaman. Mengikut Mahathir, gelagat menjemput mereka dan menjelaskan perkara ini boleh satu hari nanti menjurus kepada mereka mengambil-alih negara ini.

“Kita tidak mahu orang asing campurtangan dalam halehwal negara. Kalau perkara ini berterusan, janganlah terkejut kalau satu hari nanti mereka menjajah negara kita,” demikian kata-kata Mahathir yang dilaporkan itu.

Ada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris lain yang menyatakan betapa perwakilan kedutaan daripada Peranchis, New Zealand, Austalia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Singapura merupakan antara mereka yang menghadirkan diri di majlis penerangan Wan Azizah itu.

Menakutkan

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama mahathir menggunakan modal menakut-nakutkan terhadap seorang asing ataupun orang luar yang akan menjajah negara. Hakikatnya Mahathir adalah orang yang paling tidak layak menyentuh hal ini dan perkara yang berkaitan dengan campurtangan halehwal dalaman negara kita.

Walaupun Mahathir amat yakin bahawa rakyat Malaysia mepunyai ingatan yang singkat, ramai rakyat negara ini yang masih ingat dengan mudahnya gelagat politik Mahathir sendiri mengenai perkara ini sejak lebih 32 tahun yang lalu.

Sebagai contoh cuba fikirkan bagaimana Mahathir, melalui penulisannya yang sungguh kuat mengkritik Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan pimpinan beliau, seperti yang disiarkan dalam ‘Solidarity’ sebuah terbitan Filipina di awal 1970-an dulu.

Bukankah itu caranya beliau memberi penerangan kepada orang asing mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan masalah negara? Tentu sekali kita percaya beberapa salinan ‘Solidarity’ tersibar di pejabat-pejabat dan khutubkhanah di merata penjuru dunia.

Di waktu yang sama, Mahathir orangnya, yang melalak-melolong kepada orang asing di Singapura dan Australia dalam mencemuh di hadapan mereka segala masalah negara?

Mahathir sedar betapa pentingnya beliau bersikap demikian di waktu itu ketika dia terpinggir laksana kelkatu dalam dunia politik negara. Dia baru sahaja kalah dalam pemilu 1969 dan gagal mempertahankan kerusi parlimennya dan baru pula dinyahkan oleh UMNO. Itulah masanya dia sibuk laksana beruk memberikan penjelasan mengenai halehwal dalaman negara.

Dr Wan Azizah adalah seorang pemimpin sebuah parti politik yang berdaftar. Dia juga merupakan isteri kepada Anwar Ibahim. Apakah salah perbuatan beliau itu sebagai seorang wakil rakyat, dan tidak kurang dari itu, memberikan penjelasan megnenai hal-hal yang begitu bermakna kepada hati nuraninya kepada mereka yang sudi mendengarnya?

Kalau Mahathir dikatakan tidak mempunyai apa-apa untuk dirahsiakannya pada 1970-an dulu, kenapakah dia begitu gelabah dan begitu tertekan untuk menyorokkan, menutup dan menapis semua benda pada tahun 2001?

Kalau perbuatan Mahathir pada1970-an dulu tidak berkesudahan dengan apa yang berlaku di Filipina ataupun menyababkan orang luar menjajah negara kita ini, apakah bukti sahih yang boleh dikemukakannya sebagai dalil bahawa ada pihak orang luar yang boleh menjajah negara ini satu hari nanti?

Kanak-kanak Yang Terkorban

Sememangnya, sebagai seorang perdana menteri Mahathir tidak selalu bersikap marah-marah terhadap orang asing. Cuba fikirkan lawatannya ke Washington DC pada 1984 dulu - tiga tahun selepas menjawat jawatan perdana menteri. Beliau telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan Casper Weinburger, setiausaha (menteri Amerika) pertahanan AS dalam kabinet pentadbiran Reagan. Inilah satu perjanjian yang sungguh dirahsiakan sehinggalah ia didedahkan beberapa tahun kemudiannya oleh Asia Wall Street Journal.

Tentu kita masih ingat bagaimana Mahathir telah mengarahkan menteri luar ketika itu, Abu Hassan Omar menghadiri satu majlis keselamatan PBB untuk mengundi membari sokongan kepada Resolusi 678, yang diilhamkan oleh Presiden George Bush (bapa presiden Amerika masakini) untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan wajar mengnyahkan Iraq daripada Kuwait.

Perutusan khas negara ketika itu, Musa Hitam, dan ketua missi kita di PBB, Razali Ismail menjadi sungguh tidak relevan ketika itu, walaupun mereka membuat cadangan terhadap pengundian yang berbeza. Mahathir telah membuat pendirian untuk menyokong George Bush dan tidak ada sesiapa yang boleh mengubah fikirannya

Dengan sokongan manusia seperti Mahathir, George Bush bertindak pada pertengahan Januari 1981, untuk menggugurkan serangan udara selama 43 hari lamanya terhadap Iraq. Akibatnya, ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban termasuklah lelaki dan perempuan, yang tua dan tidak berupaya, kanak-kanak dan bayi, rumah yang hancur musnah, hospital, pusat rawatan air, janakuasa elektrik, sekolah, masjid, surau dan gereja, jalanraya, jambatan dan segala bentuk infrastruktur. Apabila diambil kira segala kesengsaraan yang ditanggung oleh penduduk Iraq ketika itu, kesan pengeboman itu memang sungguh dahsyat sekali.

Pengeboman daripada udara dan tindakan sekatan ekonomi selama 10 tahun lamanya, telah meragut nyawa lebih 1.5 juta manusia di Iraq, kebanyakannya kanak-kanak.

Sebenarnya Mahathir dan kerajaan pimpinannya mempunyai dosa besar yang berkaitan dengan pembunuhan itu, walaupun dia berlakon menyanggah kuasa besar dan imperialisme.

Perjanjian sulit ketenteraan yang ditandatanganinya pada 1984 di Amerika Syarikat itu masih kekal dihormati sehingga kini. Itulah sebabnya semakin meningkatnya lawatan kapal-kapal perang Amerika dan para panglima ketenteraan AS ke negara ini.

Semakin ramai manusia termasuk mereka yang menghuni rantau Barat, yang sudah dapat menelah lakonan anti-imperialis Mahathir. Inilah yang meyakinkian ‘The Economist of London’ sebagai salah satu majalah mingguan paling berjaya di dunia, mencatatkan berita ini pada isu keluaran Mac 31 2001 mengenai Mahathir:

“Dia telah mendabik dada mengenai kehebatan Malaysia dalam usaha menarik pelabur, walaupun dia telah mempersendakan para spekulator dan imperialisma ekonomi barat. Dia beranggapan bahawa dia boleh mengutuk barat sesuka hatinya terahadap konsep globalisasi mereka, sedangkan di waktu yang sama dia mengenyit mata kepada para perutusan mereka dan membantu mereka mengasaskan ruang niaga.

Inilah yang memberikan kelencongan di negaranya sendiri, tanpa merencatkan pertumbuhan kehendak (nafsu-nafsi) Dr. Mahathir dalam taktiknya menjana jentera naungan kerajaannya. Inilah cara negara itu bernafas sebenarnya. Kini, kebanyakan pelaburan terus orang asing sudah pun beralih ke China kerana Malaysia sudah diakui sebagai mencontohi beberapa negara jirannya yang korup. Inilah yang menghenyak Malaysia - tetapi apakah Dr. Mahathir sedar perkara ini?”

Sokongan Pengabdian

Apabila membincangakan orang asing dan campurtangan mereka, bukankah Mahahtir juga turut sibuk dengan hal-ehwal campurtangan ini sejak dua puluh tahun dia menjadi perdana menteri? Dalam hal ini eloklah kita sebut tiga sahaja contoh. Pertama ialah Timor-Timur.

Timor-Timur telah dijajah pada Disember 1975 oleh tentera Indonesia di bawah arahan Presiden Suharto dan kemudiannya dijadikan sebagai satu provinsi Indonesia, walaupun ada beberapa resolusi PBB yang menyanggahnya.

Sekitar 1981, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan 1999, rakyat Timor-Timur telah memilih kemerdekaan dengan sebulat suara melalui satu referendum tajaan PBB. Dasar politik Mahathir terhadap Timor Timur adalah terlalu mengaibkan kerana kerana sanggup menunjukkan pengabdiannya terhadap penjajahan haram Suharto terhadap wilayah itu tanpa mahu mempertikaikannya.

Tentu kita masih ingat pada awal 1990-an, ketika RTM secara tidak sengaja menayangkan beberapa klip gambaran jenayah dan kekejaman di Timor-Timur yang dilakukan oleh Indonesia sehingga mengundang protes kerajaan Suharto?

Mahathir telah mengarahkan menteri penerangannya merangkak ke Jakarta untuk memohon maaf. Pada November 1996, Kuala Lumpur menjadi tuan-rumah kepada 2nd Asia-Pacific Conference on East Timor (Persidangan Kedua Asia-Pasifik Mengenai Timor Timur). Di waktu itu ada satu pertunjukan demo jalanan yang ditaja oleh Pemuda UMNO yang menyerlahkan sikap dan dasar Mahathir yang sebenarnya mengenai Timor Timur.

Setelah penduduk Timor-Timur memilih kemerdekaan, Mahathir masih lagi merepek terhadap usaha membiarkan penduduk memilih jalan selamat daripada cengkaman penjajahan Indonesia, sambil terus mencemuh referendum yang ditaja oleh PBB itu.

Siapa pula yang campurtangan dengan kisah hidup dan mati rakyat TimorTimur itu? Sekitar 250,0000 penduduk telah terkorban disebabkan pencerobohan Indonesia yang berakhir dengan penjajahannya. Ini adalah bersamaan dengan satu pertiga jumlah penduduk yang ada.

Begitu juga halnya dengan Burma, yang kini digelar Myanmar oleh para bajingan tentera yang menggelar diri mereka sebagai SPDC; yang sebenarnya merupakan nama terbaru kepada kumpulan junta tentera dulu yang dikenali sebagai SLORC. Mahathir tidakpun mengutuk pembunuhan ratusan rakyat Burma yang menunjuk perasaan pada Ogos 8,1998. Bukankah kegagalannya mengecam tindakan tentera itu satu bentuk campurtangan melanggari kepentingan sah rakyat Burma dan satu tamparan hebat terhadap demokrasi? Apa yang disebut pembabitan membina itu adalah dianggap satu keaiban kepada rakyat Burma. Jadi, siapa pula yang mengambil sikap campurtangan?

Ketika berada di Jepun pada Mei 1999, Mahathir pernah membuat kenyataan terbuka agar penduduk Asia melupakan segala kisah kekejaman perang orang Jepun. Hebat bukan?

Siapakah yang memfaraidkan tauliah kepada Mahathir untuk campur tangan dalam perkara ini semua yang memahatkan parut luka terhadap ratusan ribu mangsa perang dan kekejaman Perang Dunia II dulu, teramasuk juga orang-orang yang mereka kasihi? Pernahkah dia berunding dulu dengan orang China, Korean dan mangsa perang lain yang dimangsakan oleh imperialisme Jepun sebelum dia menghamburkan cakap-cakap celupar mengenai hal ini?

Rumusan

Kita boleh memahami, di sebalik segala kejijikan yang ada, kenapa Mahathir mengambil sikap tertentu terhadap Anwar Ibrahim. Walaupun berada di sebalik kamar berjejari besi, Anwar masih menghantuinya. Dia memang tidak mampu berdaya saing menentang Anwar sebelum dan selepas pemilu 1999, kerana dia sedar dia bukannya orang yang dapat menandingi kepintaran Anwar berpidato dan ketokohan dinamika Anwar.

Yang lebih menyenakkannya, walaupun Anwar berada di penjara, dia menikmati aura seorang wirawan. Mahathir menjadi begitu takut terhadap Anwar sehinggakan dia dapat merasa selamat hanya apabila Anwar dipenjarakannya.

Di satu peringkat pula, kebodohan Mahathir mencemuh orang asing sebagai berperanan menjajah negara ini semula adalah bertujuan sebagai satu lencongan minda rakyat Malaysia daripada menjadi peka terhadap pelbagai masalah sosio-ekonomi yang menghantui mereka. Apatah lagi dengan semakin membuaknya perasaan tidak puashati di kalangan UMNO terhadap kepimpinan haprak beliau.

Jika tidak kerana semua itu, kenapakah dia begitu tertekan mengenai apa yang disebut sebagai perundingan ‘Perpaduan Melayu’ dengan PAS? Inilah satu ukuran betapa berkecamuknya negara ini di mana orang yang telah menghancurkan secara berurutan perpaduan Melayu itu sejak tiga dekad yang lalu kini berlagak sebagai penganjur ikhlas perpaduan itu.

- Fan Yew Teng -

..................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

..FYT ialah bekas ahli Parlimen Malaysia dan bekas perunding kepada PBB. Sebagai seorang pengarang dan pensyarah, dia kini sudahpun bersara daripada dunia politik dan sedang menyudahkan sebuah penulisan buku.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com