Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Di Bawah Lindungan Bayang-bayang

Di Bawah Lindungan Bayang-bayang
(MGG Pillai: In his shadow, he opens IIU)

Apabila perdana menteriDr. Mahathir Mohamad, mengisytihakan pembukaan Universiti Islam antarabangsa (UIA), dia akan memulakan perpecahan di kampus itu dan umat Islam negara ini, sekali lagi. Inilah dia kemuncaknya setgelah berlakunya tiga tahun yang panjang dalam perbalahan politik yang kan berkhir dengan kematian di antara beliau dengan musuh ketatnya yang kini terpenjara, timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim.

UIA membuat perakuan bahawa Anwar yang telah menyumbang 15 tahun daripada jumlah 18 tahun perkhidmatan seorang presiden hanyalah dianggap sebagai angka dalam pertumbuhan universiti itu kerana semua puji-punjian adalah hak mutlak Mahathir. Apa juga yang dilaksanakan oleh Anwar adalah berdasarkan arahan Mahathir seperti yang ditegaskan oelh seorang jurucakap UIA, dengan itu Anwar tidak layak diberi sebarang kepujian kepada apa yang terlaksana dan tersergam indah di UIA masakini.Mahathir yang berhak menerimasegala sanjungannya. Dia (Anwar)mengikut istilah UMNO hanya merupakan seorang ‘Gurkha’ sahaja.

Pertumbuhan UIA kini dibayangi oleh konflik yang tidak dapat diputuskan dengan muktamad ini betapa relevannya isu itu. Satu kumpulan manusia yang dpimpin oleh seroang pemimpin yang bijaksana memang mampu mencorakkan apa juga institusi yang mereka usahakan, bukannya orang yang mengeluarkan arahan kepada penubuhannya. Memang tidakdapat dinafikan betapa dalam pembangunan UIA itu, Anwar merupakan manusia yang melakar asas-asas konkrit yang jitu. Penggantinya Sanusi Junid dikatakan meletakkan asas kewangannya institusi itu pula. Tanpa kepimpinan Anwar yang sungguh mendorongkan itu, Mahathir mungkin tidak mampu mengishtiharkan pembukaan universiti itu hari ini.

Oleh kerana Mahathir orangnya yang meletakkan batu asas pembikinan Kampus Gombak pada1983 dulu, sepatutnya Yang diPertuan Agong yang layakdiberikan kehormatan untuk mengisytiharkan pembukaannya. Inilah caranya Mahathir cuba menaikkan wibawanya di kalangan pemimpin Islam yang lain. Sayangnya harapannya itu tidak kesampaian juga. Sejak dia mengaibkan Anwar, dia tidak mampu menjejakkan kakinya di kampus itu tanpa kawalan peribadi yang ketat.

Kawalan Ketat

Majlis hari ini dilaksanakan di sebalik kawalan yang ketat. Satu senarai jemputan antarabangsa dikatakan mampu mewarnai majlisitu.Malangnya ramai yang sengaja tidak mahu dating, termasuklah para penderma yang istimewa yang a menghantar wakil ataupun pegawai bawahan sebagai proksinya. Media perdana telah memuji-muja wawasan keIslaman Mahathir sambil memeprlekehkan peranan Anwar sebagai orang tidak bernama sahaja. Kedua-dua pendapat itu sedang tercabar.

Apakah ini yang menjadi isunya? Sebuah institusi keislaman yang membangun dengan nama yang semakin harum mencaji tercemaar disebabkan majlis pembukaannya itu dibayangi perbalahan yang semakin membesar. Ia menjadi lebih tertekan lagi apabila seorang Perdana Meneri lebih berminat untuk membetulkan namanya yang sudah hilang wibawa daripada menaikkan lagi keharuman nama institusi yang mahu diisytiharkan pembukaannya. Mungkin tidak salah dalam perkara ini.Tetapi apabila ia dilakukan dengan tujuan untuk merobah catatan sejarah, tentu sekali ada sesuatu yang tidak kena.

Di Malaysia, pemimpin masakini memperlekehkan para pemimpin yang sebelumnya dan sesiapa sahaja yang mahu dimusnahaknnya. Cuba perhatikan apa yang ada di Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur. Tidak ada disebut pun nama orang yang mengilhamkan pembikinan tugu itu. Sedangakan itulah hasil ilham yang diusahakan oleh bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kepingan logam yang menjadi tanda peringatan di situ telah diletakkan di bawah penyeliaan Mahathir, yang ketika itu tidak mahu bertolak ansur dengan orang tua itu kerana mencabar penubuhan UMNO Baru(a). Tun Abdul Razak Hussein pernah satu ketika dulu meminggirkan Tunku sebagai seorang yang tidak penting baginya sebaik sahaja beliau menggantikan beliau. Adakah sesiapa yang masih ingat akan Tun Hussein Onn, bekas perdana menteri yang terbaru?

Sejarah Ditulis Semula

Apa yang berlaku kepada Anwar bukanlah satu perkara yang baru. Penulisan semula lakaran sejarah merupakan satu kerja harian di Malaysia. Tanggapan feudal membuatkan perkara itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tidak ada orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada manusia yang sedang mencengkam kuasa, dan tidak ada sesiapa yang begitu rendah martabatnya yang mampu keluar daripada cengkamannya. Inilah sebabnya manusia berpaut kepada cebisan kuasa selagi terdaya olehnya, sanggup bermati-matian mempertahankan kuasa itu selagi belum nazak untuk dikuburkan pula. Apa yang berlaku kepada UMNO, MCA, MIC, Gerakan adalah ketakutan munculnya bayang-bayang kegelapan itu yang akan menelan para pemimpinnya.

Ketika Anwar berkuasa dulu dia menghancurkan pencabarnya sepertimana Mahathir menghancurkan sesiapa yang sanggup mencabarnya kini. Tetapi, patutkah Mahathir menunjukkan fikiran sempitnya ketika membuka UIA itu hari ini? Kenapakah dia tidak lebih berwatak bijaksana padahari ini?Kenapakah UIA sanggup memadamkan peranan unggul Anwar dalam sejarah kemajuannya dan sanggup merendahkan harga diri dengan bertegas apa yang Anwar lakukan dulu adalah mengikut arahan Mahathir dan kerana itu Anwar tidak perlu dikenang dan khidmatnya tidak perlu diambil kira?

Tangapan UIA itu berbaur kebusukan ‘megalomania’.(Inilah dia penyakit gila di mana si pesakit menganggap kebesaran dirinya sangat penting semata-mata. Contohnya apabila seorang menteri yang sudah tidak lagi menjadi menteri sanggup menyepak seorang pekerja di lapangan terbang - penterjemah) Kalau Mahathir sanggup merangkul segala kepujian untuk UIA, tentu sekali dia harus sanggup menerima segala kesilapan yang berlaku. Dia mesti sanggup menerima cemohan ataupun kepujian terhadap apa yang berlaku keatas Anwar. Hanya dia dan dia juga yang menerima pujian dan kejian akan apa yang berlaku semuanya sebagai seorang perdana menteri.

Inilah yang selalu bertentangan dengan keadaan sebenarnya. Perlunya mencari orang lain untuk menyerap kesalahan sudah menjadi satu budaya hidup di Malaysia, sehinggakan ia dianggap seperti satu perkara biasa. Meneri kabinet kerajaan Mahathir mudah menolak kesalahan kepada orang lain dan sebegitu mudah pula mengaku merekalah yang membuat kerja-kerja yang mahu diberikan kepujian. ITULAH AMALAN HIDUP Perdana Menteri. Sebagai contohnya dia memang suka dipuji-puja kerana melantik timbalan perndana menteri. Tetapi bukan apabila dia menghancurkan mereka dengan keji.

Apakah peranan sebenar dalam pembangunan UIA? Kettika Mahathir menjadi perdana menteri pada Julai 1981, dia memujuk Anwar yang ketika itu seorang intelek Islam yang menonjol ketokohannya untuk menyertai UMNO kerana Mahathir mahukan satu penyangga yang berwibawa untuk berdepan dengan kuasa teokrasi PAS. Salah satu tugas utama Anwar ialah untuk menaikkan taraf Kolej Islam yang dibina pada 1955 oleh British, untuk mendapatkan taraf universiti. Satu tugas lain ialah perbankan Islam.

Perpecahan Institusi

Mahathir sedar di waktu itu, tanpa Anwar pembinaan Universiti Islam Antarabangs akan menghadapi jalan sukar. Kewibawaan Anwar di kalangan dunia Islam memang tidak perlu dipertikaikan, dia aktif dalam World Assembly of MuslimYouth (Perhimpunan Pemuda Islam Se Dunia), mengetuai Abim, menguruskan satu institusi tutorial berdasarkan ajaan Islam. Anwar menjadi presiden UIA pada 1983 dan memegang jawatan itu sehinggalah dipecat. Selama 15 tahun, seluruh dunia sudah menerima hakikatnya bahawa bayi yang dilahirkan oleh Anwar dalam bentuk UIA itu telah menaikkan ketokohan Anwar dan juga Mahathir.

Apabila Anwar dijatuhkan pada 1998, dia masih mengekalkan sokongan itu semua di kalangan dunia Islam.Inilah yang cuba dimusnahkan oleh Mahathir hingga ke hari ini. Dua orang duta Malaysia di Timur Tengah diberikan tugas khas untuk melaksanakan impian yang jijik ini sebagai kerjaya utama mereka. Tetapi, lagi kuat Anwar mahu dipinggirkan, lagi besar ketokohannya. Apabila kepujian yang hak itu sengaja dipinggirkan, oleh kuasa rasmi seperti yang berlaku kini, yang tercemar dan terhina ialah ketokohan Mahathir itulah sebenarnya, dan bukannya ketokohan Anwar.

Satu ketika dulu Malaysia terkenal sebagai satu masyarakat yang banyak institusinya. Keharuman institusi itu diberikan keutamaan dan bukannya sesiapa yang bertugas dengannya. Apabila Mahathir bertakhta, semua institusiitu itu lebur secara bersistem, satu per satu dan segala kepujian hanya menjadi hak pemimpin agong itu. Pemimpin itu adalah yang mengatasi segalanya. Amalan semacam itu mungkin dapat bertahan selagi belum muncul seorang bersifat Leon Trotsky ataupun Marshall Lin Piao ataupun Nelson Mandella ataupun Anwar Ibrahim yang perlu dihadapi. Stalin dan Mao Zedong berjaya hidup kerana telah memusnahkan sesiapa yang berani mencabarmereka. Mandela berjaya mencapai kejayaannya. Anwar masih belum dikalahkan lagi.

Perasmian UIA sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang ada banyak makna. Cuma ia mempunya dua peranan sahaja - untuk melonjakkan kewibawaan Mahathir di kalangan dunia Islam, dan menghancurkan orang yang telah membantu dia mencapai hasratnya. Di sinilah bermulanya kesilapan yang besar. Semasa pembukaan rasmi itu, penekanan diberikan agar Anwar dilupakan. Malangnya bayang-bayang Anwar yang tidak kelihatan telah menjadi tetamu kehormat pada majlis itu hari ini. Inilah yang akan terus menghantui Mahathir tanpa ada sempadan yang ketara lagi.

Sememangnya tidak ada perubahan yang ketara lagi.

-MGG Pillai-
Chiaroscuro 17.4.01.

..................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com