Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Atur Rentak Dewan Merdeka : SETIAP RENTAK ADA GONGNYA

Pada 17 Februari, 2000 genaplah 12 tahun usia UMNO Baru yang diluluskan pendaftarannya "kira-kira dua minggu selepas UMNO (asal) diharamkan. Dengan sendirinya Tengku Razaleigh Hamzah dan penyokong-penyokongnya tersingkir seperti ahli UMNO yang lain, kecuali mereka yang memohon untuk menjadi ahli UMNO Baru." Demikianlah catatan Zainuddin Maidin dalam bukunya 'Mahathir di sebalik tabir'

"Dr. Mahathir tentunya telah memperhitungkan bahawa Tengku Razaleigh tidak akan memohon untuk menjadi ahli UMNO semula. Sekalipun beliau memohon, Dr. Mahathir mempunyai cara untuk menyekatnya. Akhirnya Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46, tetapi hasratnya untuk memecahkan UMNO tidak berjaya. Beliau hanya mempunyai wang tetapi Dr. Mahathir mempunyai kuasa dan wang untuk memastikan UMNO terus berpadu."

Penubuhan UMNO Baru itu sebenarnya berputik daripada peristiwa kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah pada 24 April, 1987. Beberapa dalil yang menunjukkan adanya penyelewengan dalam perkiraan undi pada hari Jumaat itu telah mendorong Tengku Razaleigh meminta mahkamah mengharamkan pemilihan Dr. Mahathir itu. Namun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Harun Hashim bukan sahaja mengisytiharkan pemilihan parti UMNO pada 24 April 1987 tidak sah malah mengharamkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik.

Pengharaman UMNO Yang Dirancangkan ?

Ramai orang yang mengatakan bahawa pengharaman itu adalah satu tipu muslihat yang dilakukan oleh Mahathir bersama Sanusi Junid yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO. Pengharaman itu merupakan satu rahmat kepada Mahathir yang menang dengan kelebihan hanya 43 undi. Beliau dikatakan berada di dahan rapuh dan terpaksa meneruskan satu pimpinan yang lemah, tidak stabil dan tidah berkesan.

Keputusan Mahkamah tinggi itu telah mendapat liputan yang meluas dalam media pada keesokan harinya (5 Februari 1988). Mahathir kelihatan menerima keputusan itu dengan tenang, sementara timbalannya Ghafar Baba nampak sangat kurang ceria di atas peristiwa yang amat bersejarah itu.

Penyingkiran Tengku Razaleigh secara rasmi itu sebenaranya merupakan satu klimaks yang bermula dengan pembabitan Musa Hitam yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO. Musa Hitam menjdi timbalan perdana menteri sebaik sahaja Mahathir ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Ramai penganalisis politik telah berpendapat bahawa strategi Musa menyokong Tengku Razaleigh menandingi Mahathir adalah kerana beliau mahukan jawatan timbalan presiden yang ketika itu dipegang oleh Ghafar Baba. Dalam perhitungannya. Musa menjangkakan Razaleigh akan dikalahkan oleh Mahathir, tetapi beliau akan dapat menewaskan Ghafar Baba. Ketika itu ramai orang-orang Musa sudah pun memegang jawatan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MT). Beliau menjangkakan, kemenangannya di atas Ghafar akan membuatkan Mahathir terus gelisah dan akhirnya melepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri kepada Musa.

Walaupun ramai orang Musa yang menang, beliau dan Tengku Razaleigh telah sama-sama kantul. Sebagai tindakannya, Mahathir telah merombak kabinetnya dan menggugurkan semua orang Musa dan Tengku Razaleigh daripada kabinet itu. Sekaligus, Mahathir membuktikan tipu muslihat Musa itu adalah sesuatu yang sudah dibacanya dengan tepat sekali..

Ramai veteran UMNO berpendapat, Tengku Razaleigh memang mempunyai peluang yang amat baik menyingkirkan Mahathir pada kali itu. Tetapi, beberapa faktor telah tidak berpihak kepadanya:

a) Kuasa Politik Orang Utara

Di dalam UMNO sehingga ke hari ini, semakin ramai orang politik yang berpengalaman sudah sedar betapa liciknya Mahathir berpolitik. Dia tahu, betapa pengaruhnya di akar umbi tidak sebegitu hebat kalau dibandingkan dengan Ghafar Baba, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim. Malahan, kalau dibandingkan dengan Tengku Razaleigh Hamzah pun Mahathir pasti kalah. Tetapi, itu adalah pengaruh di kalangan akar umbi. Yang menentukan kemenangan di hari pemilihan bukannya akar umbi. Kuasa itu ada di tangan perwakilan setiap bahagian UMNO Kuasa itu ada hanya pada kira-kira 2000 ahli UMNO yang datang untuk mengundi. Mereka itulah yang sebenarnya mencorakkan nasib negara ini setiap kali membuat pengundian. Kerana itu mereka kerap terlupa dengan kuasa yang ada pada Allah Mahapencipta mereka, sebenarnya.

Salah satu taktik menguasai pengaruh perwakilan yang mengundi itu ialah dengan menggunakan kuasa pemerintahan. Mahathir telah menentukan agar setiap anak kelahiran zon utara menduduki tempat yang baik dalam kerajaan. Lihat sahaja siapakah yang menjadi Ketua Setiausaha Negara sejak Mahathir berkuasa. Siapa pula yang mengawal Tabung Haji, KWSP, JPA, Tentera, Polis dan banyak lagi institusi yang penting di negara ini. Hampir semuanya itu dipegang oleh anak-anak kelahiran zon utara. Bermula daripada Perlis hinggalah ke Perak. Ramai anak-anak zon ini yang diberikan peranan memegang jawatan penting dalam pentadbiran Mahathir.

Sebagaimana yang pernah kita bincangkan dalam banyak penulisan dulu, Mahathir banyak menggunakan taktik orang Yahudi dalam pentadbirannya. Cuma, dia amat licik berpolitik, sehinggakan tindak-tanduknya itu tidak menjadi amat ketara kepada akar umbi parti. Kalau ada pun golongan tertentu yang menyedarinya mereka hanya berupaya mendiamkan diri setelah menyaksikan bahana yang menimpa Raja Nasron dan Raja Nongcik pada satu ketika dulu.

B) Kuasa Politik Melalui Pengawalan Media Massa

Jikalau kita lihat bagaimana Yahudi mengawal dunia, salah satu alat yang digunakannya ialah dengan mengawal aliran maklumat. Kerana itu hampir semua alat media massa di dunia ini dipunyai oleh orang Yahudi. Pengawalan media massa ini merupakan hanya satu daripada dua belas cabang industri besar dunia yang ada dalam tangan orang Yahudi. Justru itu, seorang pemimpin yang rakus di mana saja di dunia ini pasti menciplak tindakan Yahudi untuk terus berkuasa.

Dengan hal yang demikian, 'amanah' yang diberikan kepada orang Utara telah menyerlahkan nama penting dalam dunia kewartawanan. Nama-nama seperti Abdul Kadir Jasin, Ahmad Sebi, Zainuddin Maidin merupakan orang utara yang amat memihak kepada Mahathir. Hanya, baru-baru ini Abdul Kadir Jasin telah tercampak ke tepi kerana mungkin tersilap langkah mengimbangi rentak gendang yang dipalu oleh 'godfather'nya. Abdul Kadir Jasin naik mendadak setelah menggantikan tempat Ahmad Sebi di NST. Abmad Sebi dinaiktarafkan dulu disebabkan keakrabannya dengan Tun Daim Zainuddin. Kerana itu Ahmed Sebi dinaikkan taraf menjadi seorang korporat oleh Daim untuk memberi ruang kepada Abdul Kadir Jasin pula, dan memenuhi kehendak si Algojo.

Pengaruh para wartawan 'ternama' itu tidak dapat menandingi prestasi Zainuddin Maidin atau lebih terkenal sebagai 'Zam'. Kini nama itu telah diganti pula dengan panggilan Senator Dato' Zainuddin bin Maidin. Pada satu ketika dulu Zam telah dilucutkan jawatannya di Utusan Group kerana skandal seorang wartawannya di Jakarta. Tempat Zam telah digantikan oleh Dato Johan Jaafar yang terpaksa melepaskan jawatan itu sebaik sahaja Anwar Ibrahim tergugat.

Zainuddin Maidin adalah seorang pengkagum Mahathir sejak beliau menjadi seorang pemberita sambilan di Alor Star lagi. Walaupun fiasko di Jakarta telah menjatuhkan Zam daripada jawatan penting di Utusan dulu, dia berjaya melembutkan hati Mahathir dan akhirnya bertukar menjadi seorang penyokong Mahathirisme yang paling ulung di negara ini, masakini. Malahan ada pihak tertentu yang melabelkan Zam sebagai Tukang Canang dan Tukang Karut Mahathirisme dalam bentuk "Two-in-one". Rupanya idealisme kepimpinan politik Mahathir sudah ditafsirkan orang laksana kopi segera yang dalam paket. Tetapi, kopi segera itu adalah dalam bentuk "Tiga dalam Satu".

Bagi manusia seperti Zam dan Abdul Kadir Jasin; gelaran "Two In One" diberikan kerana yang lagi satu itu diperuntukkan kepada sifat untuk menikam dari belakang bila tiba waktunya nanti. Dengan lain perkataan, sifat "Two In One" yang ditunjukkan oleh beberapa waratawan Melayu masakini adalah sifat jijik untuk hidup di atas penderitaan orang lain. Selalunya, orang yang mengamalkan sifat ini naik dalam dunia kewartawanan daripada 'bawah' dan meniti kegemilangan karier mereka secara mengampu dan tidak kurang dari itu. Kerana itu kita tidak hairan kalau Khalid Jafri yang satu ketika dulu merupakan "rakan sekandang Zam" sanggup merelakan namanya digunakan sebagai penulis "50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM Malaysia". Apakah buku itu ditulis sendiri oleh Khalid Jefri ataupun oleh rakannya yang bersifat "Two-in-one" itu akan merupakan satu misteri abad Dua Puluh dalam peradaban bangsa Melayu.

Ketika berlakunya fiasko di Jakarta itu dulu, Zam berkeras mempertahankan kewibawaan wartawannya dan sanggup ditempelak oleh Mahathir. Apabila disingkirkan dari jawatannya, Zam rupanya mampu memanipulasi Mahathir untuk mengampunkan 'dosanya'. Beliau akhirnya dihantar ke London untuk membuat kerja kewartawanan yang menghasilkan buku yang menonjolkan Mahathir. Kini Zam bukan sahaja menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Utusan bahkan juga sebagai Pengerusi ekskutif Utusan Printers and Distributors Sdn. Bhd. Jelas sekali, Zam sedang meniti masa kegemilangan kariernya di bawah kepimpinan Mahathir.

Taktik pentadbiran Mahathir sejak penyingkiran Anwar Ibrahim nampak sangat mempamirkan kesan-kesan cap jari Zam dari segi propaganda di media percetakan dan elektronik. Orang pilihan Zam sudah masuk menyusup ke TV3, selepas menyingkiran orang-orang Anwar Ibrahim daripada stesen itu. Orang Zam sudah pun memainkan peranan yang menonjol dalam 'kelas bimbingan agama Islam' melalui penulisan dan pengelolaan seorang wartawan kelahiran Pattani yang menggunakan nama pena Astora Jabat. Inilah nama pena seorang Melayu Siam yang lahir dengan nama Asae Torame di Jabat, Selatan Siam.

'Mahathirisme' sebagai alat kuasa politik yang mutlak

Dengan menonjolkan satu imej kepimpinan yang unggul dari pelbagai sudut dan cabang media, ideologi 'Mahathirisme' telah dapat ditonjolkan ke tengah pemikiran orang Melayu dan UMNO sehinggakan Mahathir menjadi satu nama sebutan yang bertaraf 'household-name' bukan sahaja di negara ini malahan di kalangan Dunia Ketiga. Sebenarnya penonjolan nama Mahathir itu adalah hasil kecekapan Dato Mohamad Rahmat ketika menjadi Setiausaha Agong UMNO dan juga Menteri Penerangan Malaysia. Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diaturkannya itu telah masuk menyelinap ke setiap lapisan benak pemikiran orang Melayu secara berdikit-dikit dan senyap-senyap sehinggakan orang Melayu menjadi terpaku untuk tempoh yang panjang. Lencana yang bermotifkan abjad 'M' yang dikatakan bererti 'Mesra' adalah sebenarnya membawa makna "Mahathirisme' dan menjadi pakaian hidup sebilangan besar pegawai kerajaan di sepanjang hampir suku abad yang lalu.

Kuasa politik pun menjadi sesuatu yang mutlak kepada Mahathir dengan pengawalan semua elemen kuasa yang ada. Mahathir telah berjaya mengawal jabatan-jabatan kerajaan dengan meletakkan orang pilihannya memimpin jabatan tersebut. Dia mengawal media massa melalui orang utara yang dipilihnya. Semua ini dibiarkan oleh rakyat kerana mereka sudah terlena. Di zaman Tunku Abdul Rahman Putra hinggalah ke zaman Tun Hussein, tipu helah seperti ini tidak dilakukan kerana mereka amat percaya kepada sistem pemerintahan terbuka. Tetapi, tidak dengan Mahathir. Dia berjaya melakukannya kerana mahu menjadi seorang diktator. Dia terpaksa mengambil jalan menjadi diktator kerana dipaksa oleh keadaan. Dia telah mabukkan kuasa sehinggakan dia lupa bahawa itu bukan sebenarnya idea kepimpinan sebuah parti dan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Memang, kalau kita lihat ideologi politik Mahathir ketika dia menyanggah Tunku dulu dan ketika dia baru bertapak semula setelah kalah di Kota Star dulu, sudah terlalu jauh menyimpang. Mahathir yang dicap sebagai 'ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew adalah seorang pemimpin yang amat berbeza dengan Mahathir yang merelakan rakyatnya menggelarkan 'MAHAFIRAUN' kepadanya. Mahahtir sudah terlalu mabukkan kuasa sehinggakan dia lupa bahawa naiknya seorang pemimpin itu adalah disebabkan pengaruh pengikut yang setia. Tetapi, apabila beliau memberi penekanan kepada orang utara sebagai pemimpin jabatan kerajaan secara silih berganti, Mahathir sebenarnya telah mencemuh para pengikut yang setia itu.

Ketaksuban Mahathir kepada peranan orang utara itu menjadi terserlah apabila Rafidah Azz ditumpaskan oleh Dr. Siti Zaharah bagi jawatan ketua Pegerakan Wanita UMNO. Mahathir melenting dalam diam dan memeram dendam yang tidak sudah kepada Siti Zaharah kerana berani mencabar Rafidah. Mahathir lupa bahawa yang membuat pilihan adalah kaum wanita UMNO yang juga memberikan undi kepadanya sebagai presiden parti. Dengan memperlekehkan Siti Zaharah, Mahathir sebenarnya mengejutkan kaum wanita UMNO daripada tidur mereka. Barulah mereka sedar, terutama sekali kaum wanita Johor dan Selangor, bahawa Mahathir mempunyai satu sentimen yang sungguh pekat terhadap kesetiaan Rafidah kepadanya.

- Antara Mahathir dan Rafidah

Terlalu ramai orang yang tertanya-tanya apakah keistimewaan Rafidah sehinggakan Mahathir sanggup menyisihkan Siti Zaharah, walaupun perwakilan sudah membuat keputusan mereka.

Kalau dibandingkan Rafidah dengan banyak pemimpin wanita yang lain dari segi akademik, memanglah Rafidah tidak boleh lagak sangat. Bukan ada sangat pada kelulusan akademiknya selain daripada tubuh diri yang empunya kelulusan itu sendiri. Latar belakang sebagai pensyarah universiti sahaja tidak cukup untuk berlagak sakan. Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin pun tidak berdegree tetapi mampu menggugat pemikiran orang Melayu sehinggakan ada yang sanggup lari sana dan lari sini mencari bomoh untuk terus berkuasa dalam jawatan politik mereka. Cuma, Rafidah merupakan seorang pemimpin wanita yang muncul bertepatan pada waktunya. Itu sahaja. Yang membuatkannya menonjol, adalah perkara lain pula. Mungkin kita mahu satu masa yang panjang untuk membincangkannya. Tetapi, memandangkan masa pencalonan Majlis Tertinggi, sudah amat hampir, biarlah kita tunggu tarikh itu luput sebelum kita membincangkannya.

Memang Rafidah mudah menonjol di zaman kepimpinan Mahathir. Kalau kita mahu bincang semua yang menonjol itu memang banyak sekali perkaranya. Memadailah kalau kita katakan faktor utama kenapa Mahathir amat serasi dengan Rafidah ialah cuma dua perkara (a) Keceluparan Rafidah dalam cara berinteraksi dengan orang awam, dan (b) Keserasian menonjolkan ideologi 'Mahathirisme'. Inilah dua perwatakan Rafidah yang telah berjaya memancing pengaruh Mahathir untuk sentiasa berpihak kepadanya. Tidak kiralah rakyat marhain di seluruh negara ini merasa tertipu dan teraniaya oleh tindak-tanduk Rafidah memberikan ruang yang luas bagi pihak tertentu menguasai beberapa bidang niaga di negara ini dengan meremehkan kepentingan orang Melayu. Tidak kiralah kalau Rafidah tercuai dalam tugasnya ketika pengagihan saham dibuat oleh kementeriannya. Siapa boleh salahkan seorang insan kalau ketika mempengerusikan suatu mesyuarat yang penting dia terpaksa menyahut seruan yang datang dari bilik tandas?

Salahkah Rafidah memproksikan sesuatu mesyuarat itu kalau ada suara yang memanggilnya dari tandas yang menyerupai suara Mahathir? Tentu tak salah, kerana ini perkara biasa dalam UMNO. Malahan ada pemimpin terkanan UMNO yang sanggup percaya dengan sesuatu arahan Mahathir kalau Aziz Shamsuddin yang mengatakannya, sedangkan ketika itu Aziz Shamsuddin belum pun menjadi ahli kabinet Mahathir. Salahkan sesiapa dalam jabatan kerajaan kalau menerima arahan Mahathir melalui cetusan rasa Zainuddin Maidin? Jawapannya pasti tidak .

Demikianlah halnya di antara Rafidah dan Mahathir. Sudah ada satu hubungan keakraban di antara mereka kerana mereka saling memerlukan khidmat dan kuasa yang ada pada tubuh diri untuk terus berkuasa. Rafidah kerap dikerah ke luar negara dengan alasan mengembangkan industri negara dan bahan ekspot yang ada. Pada waktu yang sama keceluparan Rafidah digunakan oleh Mahathir semaksima mungkin untuk mempromosikan Malaysia, kerana perdana menteri Malaysia ialah Mahathir. Tidak ramai yang tahu prestasi Rafidah di luar negara. Siapa tahu kalau Rafidah menghabiskan masanya di luar negara memancing ikan, bersantai dan 'shopping', berpeleseran di antara hari-hari mempromosikan barangan Malaysia. Apakah ertinya seorang menteri ke luar negara setiap bulan hanya mengikuti ekspo barangn Malaysia sedangkan kerja itu mudah dilakukan oleh Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia yang lebih rapat dengan para pembeli di negara tamu ekspo itu ? Cuba tanya semua Pesuruhjaya Dagangan ataupun Atachê Perdagangan Malaysia di luar negara siapakah yang sebenarnya mempromo barangan kita? Dengan lain perkataan, kuasa media massa di tangan Mahathir telah berjaya menonjolkan Rafidah sebagai 'the iron lady' Malaysia di persidangan antarabangsa. Rafidah pun menjadi syok dengan gelaran itu sehinggakan seronok amat sangat dengan tugasnya. Tetapi, sejak dia menjadi ketua pergerakan wanita UMNO apakah yang dilakukannya untuk memperbaiki taraf hidup kaum wanita Melayu? Adakah projek yang menjamin keselesaan gadis Melayu yang bekerja di kotaraya dan jauh dari perkampungan mereka seperti yang dilakukan oleh Tan Seri Fatimah dan Tan Sri Aishah Ghani dulu ?

Oleh sebab terlalu lama sangat kerap berada di luar negara, Rafidah sebenarnya kehilangan pegangan dengan realiti hidup rakyat marhain di tanah air. Siapa sanggup salahkannya kalau dia meremehkan sahaja masalah kaum wanita di tanah air? Dia manusia biasa juga yang perlu berehat ketika pulang dari perjalanan yang jauh di perantauan. Dia mempunyai keluarga yang memerlukan perhatiannya sekembalinya dari luar negara. Tentu dia mahu masa untuk bermesra dengan ahli keluarga setelah lama di luar negara. Rafidah bukannya 'super- politician' yang disangkakan. Kalau dia 'super politician' tentulah dia menyerlah sebagai pemimpin pergerakan wanita UMNO dulu.

Tetapi, Rafidah amat dikagumi oleh Mahathir kerana keupayaannya dengan 'the gift of the gab' (kelancangan berkata-kata). Seperti juga Mahathir, Rafidah mempunyai kepintaran untuk memutar belitkan fakta dan memutarkan pembohongan menjadi satu kenyataan. Bukan semua menteri kabinet Mahathir yang pandai dalam perkara ini. Hanya pilihan sahaja, seperti Sanusi Junid dan ada satu dua kerat lagi yang tidak perlu kita sebutkan sekarang.

Pendedahan Rafidah di lapangan antarabangsa memberi ruang untuk Mahathir mendapatkan maklumat terkini yang boleh membantu Mahathir menegakkan dinasti kodinya. Anak-anak Mahathir semuanya tegolong sebagai ahli korporat terbilang. Pendedahan maklumat terkini yang dibawa oleh Rafidah merupakan maklumat terulung (advance information) yang dapat menonjolkan peluang yang ada dan boleh diperah sebelum pati santan menjadi basi.

Dalam dunia dagang antarabangsa, impak keceluparan seseorang itu menjadi satu bahan yang menonjolkan imej diri yang mudah menarik minat media massa. Mahathir menggunakan imej yang dicorakkan oleh Rafidah itu dan memperhebatkan imej Malaysia dengan cara beliau berinteraksi dengan dunia luar.

Muslihat Mahathir Menghentam Barat

Kuasa besar dunia menganggap Mahathir sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang terulung. Ini kata media massa Malaysia dan bukannya oleh media massa dunia luar. Untuk mengekalkan propaganda ini, Mahathir kerap menaja kedatangan beberapa pemimpin negara Afrika secara begilir setiap tahun untuk menghadiri Persidangan Langkawi. Inilah 'Smart Partnership' yang dicanangkannya. Untuk menonjolkan imejnya di kalangan pemimpin negara dunia ketiga, Mahathir kerap mengambil sikap berdegil dan menghentam ideologi barat. Inilah satu taktiknya yang amat licin sekali. Apa juga yang dilakukan oleh negara barat mudah sangat dikritik oleh Mahathir. Tetapi, apakah tindakan barat yang tidak pernah diamalkan oleh Mahathir? Siapa pula penasihat Mahathir masakini kalau bukan orang barat. Yang lebih menonjolkan sekali bukankah kebanyakan penasihat Mahathir adalah daripada golongan Yahudi yang terkenal di dunia ini?

Kita sudah lali dengan berita betapa ramai pemimpin UMNO yang menyimpan wang mereka di bank kepunyaan orang Yahudi. Tidak pernah pun kita mendengar Mahathir menidakkan berita ini. Kenapa? Malahan, banyak lagi berita bagaimana ramai menteri kabinet kerap pergi keluar negara di atas tipu muslihat mencari pelabur asing. Kenapakah tugas itu perlu dilakukan kalau menteri perdagangan selalu berada di luar negara yang boleh melakukannya dengan mudah? Kenapa pula rombongan menteri besar itu selalu dianggotai oleh seluruh anggota exco negeri? Soalnya sekarang bagaimanakah perjalanan yang mencetuskan kos yang tinggi itu boleh direstui oleh Mahathir?

Mungkin para pembaca masih ingat betapa Mahathir telah mencemohkan Anwar Ibrahim kerana rapat sangat dengan pemimpin Amerika sehingga beliau diberikan layanan karpet merah oleh seorang menteri Amerika, satu ketika dulu. Lihat, betapa cemburunya Mahathir dengan layanan yang diterima oleh Anwar itu. Sepatutnya beliau bangga kerana kerajaan Amerika sanggup memberikan layanan seperti itu kepada seorang pemimpin yang Mahathir pilih untuk menggantikannya satu ketika dulu. Kenapa Mahathir melatah dalam hal ini kalau bukan kerana takut akan populariti Anwar di kalangan pemimpin barat, bukan? Sebenarnya cerita karpet merah untuk seorang pemimpin itu adalah satu perkara biasa bagi kerajaan Amerika kalaulah pemimpin itu datang secara rasmi. Tetapi, kalau Mahathir datang secara tidak rasmi masakan Amerika mahu berikan karpet merah padanya ?

Lagipun apa sangat yang ada pada karpet merah ? Kalau mati besok pun karpet yang digunakan adalah tanah kubur sahaja. MasyaAllah, betapa sesatnya fikiran orang politik dalam hal ini, rupanya.

Kuasa Pengagihan Khazanah Negara

Sejak Tengku Razaleigh dikeluarkan daripada Kementerian Kewangan Mahathir telah menentukan jawatan penting itu dipegang oleh orang utara juga. Mula-mula sekali, Daim telah diberikan tugas penting itu dan kemudian digantikan oleh Anwar Ibrahim. Di waktu Anwar memegang jawatan itu, Tengku Razaleigh sudah tidak lagi menganggotai kabinet Mahathir. Bila Anwar dinyahkan dari kementerian tersebut, jawatan itu telah diambil alih oleh Mahathir sendiri. Kenapakah Mahathir memegang jawatan itu untuk satu jangka yang pendek? Sebelum menyerahkannya kepada Tun Daim? Kenapa pula Mustapha Mohamad dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua ketika Mahathir menyerahkan kuasa kepada Daim? Betulkah Mahathir tidak percaya sangat dengan Daim sebagai menteri Kewangan ?

Mahathir memang sudah lama sedar betapa wang ringgit adalah alat yang penting untuk menentukan seseorang itu lama bertahan dalam UMNO. Dia sudah melihatkan betapa Dato Harun Idris mampu menonjolkan dirinya ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Begitu juga dengan beberapa menteri besar yang lain seperti Wan Mokhtar, Mohamad Taib, Ramly Ngah Taib, Mahyuddin Yassin dan sebagainya. Semua Menteri Besar ini mampu bertahan di jawatan penting dalam UMNO kerana mereka mempunyai wang dan kuasa. Malahan, kalau diperhatikan Isa Samad (sebagai contoh sahaja) seorang menteri besar sebuah negeri yang kecil dan kurang mewah, kuasa yang ada padanya berjaya menyuntik satu elemen ketahanan pada nama dan kedudukannya.

Kalau kita lihat taktik-taktik Mahathir dan cara beliau bercakap selama ini, memang beliau mahukan jawatan Menteri Kewangan itu selain daripada jawatan Perdana Menteri. Tetapi memandangkan betapa pentingnya keselamatan dalam negara beliau terpaksa berpuashati dengan jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, saja dulu. Mungkin kerana beliau sedar betapa tentangan terhadap kerajaannya sudah semakin lantang, dia lebih cenderung memberi penekanan kepada keselamtan dirinya dan kaum keluarganya dulu. Kini, dia amat yakin dengan Paklah menguasai kementerian dalam negeri kerana dengan adanya akta drakonian yang menyebelahi kepimpinan mereka, Mahathir amat yakin akan keselamatan kuasa yang ada padanya.

Langkah Awal Yang Sumbang

Tengku Razaleigh Hamzah mula bertanding jawatan Naib Presiden Parti pada tahun 1981 dan 1984. Pada 1987 beliau telah melonjakkan dirinya untuk bertanding bagi jawatan presiden parti. Sekali imbas, memang kita mudah berkata bahawa Ku Leigh terlalu gopoh untuk menandingi jawatan peresiden itu. Ketika itu Mahathir mempunya kekuatan tersendiri yang tidak ada pada pemimpin UMNO yang lain. Di antara kekuatan itu ialah timbalan perdana menteri pilihannya yang datang daripada Johor. Selagi Musa Hitam kuat menyokong Mahathir, sudah tentu UMNO Johor bersatu menyokong Mahathir jua. Tetapi ketika itu, Ku Leigh berani menandingi Mahathir setelah mendapat sokongan daripada Musa Hitam, yang bersatu untuk menandingi Ghafar Baba pula.

Di waktu yang sama Ku Leigh terpesona dengan janji yang diberikan oleh ketua bahagian zon Pantai Timur Semenanjung. Ku Leigh amat yakin dengan janji yang dihamburkan dari beberapa pihak itu. Malangnya, Ku Leigh lupa akan adanya beberapa individu yang sedia mungkir janji. Di Johor, Ku Leigh mendapati tentangan yang diketuai oleh Mohamad Rahmat. Tok Mat Bulat memang merupakan musuh ketat Musa Hitam sejak zaman Tun Saadon Jubir dulu. Di pantai timur masih ada tentangan yang diterajui oleh Wan Mokhtar dan Khalil Yaakob. Di kalangan wanita pula pengaruh Rafidah Aziz masih lagi tebal, terutama sekali bila beliau disokong oleh Tan Sri Aishah Ghani.

Ketika merencana program menentang Mahathir dulu, Ku Leigh banyak bergantung kepada khidmat orang-orang Musa juga. Tetapi, Musa juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Dia amat bergantung kepada orang Johor dan orang akhbar. Musa kurang menyedari bahawa ketika hampir semua orang akhbar telah 'dibeli' oleh Mahathir. Musa masih beranggapan beliau masih mempunyai pengaruh besar seperti yang pernah dirasainya ketika menjadi Setiausaha Agong Umno pada satu ketika dulu. Kelemahan yang terdapat pada Musa itu memang amat diketahui oleh Mahathir. Ketika itu Musa berfikir beliau lebih berpengaruh daripada Mahthir dalam merapati orang akhbar. Pada Musa, sekilas ikan di air dia sudah tahu mana satu yang jantan. Dia tidak sedar bahawa kalau ikan berkilas di air Mahathir sudah tahu mana satu yang pondan. Malahan, ada orang yang berkata, sekilas ikan di air, Mahathir sudah tahu mana satu yang mandulnya.

Melalui para waratawan pilihan, Mahathir mampu membiarkan sahaja sepak terajang Musa untuk menggunakan Tengku Razaleigh sebagai alat menyingkirkan Mahathir daripada kekuasaanya. Malanganya pengamatan Mahathir itu tidak ditiru oleh Tengku Razaleigh, kerana beliau amat mudah mempercayai orang yang suka berjenaka dengannya.

Tengku Razaleigh yang banyak menghabiskan masanya di London, tidak berapa faham akan mainan politik di tanahairnya sendiri. Budaya berterus-terang yang dipelajarinya ketika di London dulu, dianggapnya sebagai budaya UMNO, juga. Sedangkan itulah budaya yang diseleweng oleh setiap pemimpin parti. Mereka lebih rela berpura-pura dengan cara berterus terang itu sebagai topeng untuk menyorokkan perangai buruk mereka yang sebenarnya.

KESIMPULAN

Kini, Mahathir dan Rafidah Aziz dalam dilemma yang besar. Mahathir mahu terus berkuasa dan menjangkakan Tengku Razaleigh akan mencabarnya. Tengku Razaleigh memang diharapkan oleh orang UMNO untuk mencabar Mahathir. Dulu, jawatan presiden dan timbalan presiden sudah dibrahminkan atas dasar konsensus Majlis Tertinggi. Tetapi, kini kita sudah dapat tahu ada tiga bahagian yang sudah bersidang mencalonkan Tengku Razaleih bagi jawatan naib presiden. Bagimanakah perkara ini boleh berlaku, kalau bukan dengan restu 'godfather' ataupun diktator terulung Melayu ataupun algojo Melayu yang gilakan kuasa itu?

Rafidah pula mahu naik kembali dan sudah pun menerima beberapa pencalonan untuk jawatan itu. Bagaimanakah akhirnya dengan pencalonan itu sedangkan seluruh dunia sudah tahu betapa Rafidah sepatutnya sudah diheret ke mahkamah atas kes pengagihan saham ketika dia pergi ke tandas satu ketika dulu. Bagiamankah bahagian-bahagian sanggup mengenepikan kes mahkamah itu dan mencalonkan Rafidah? Apakah bahagian yang terbabit mematuhi saranan presiden parti yang berkata, "orang yang belum dihakimi mahkamah adalah tidak bersalah melainkan sudah dijatuhkan hukuman?" Tetapi, bagaimana pula dengan kes Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman oleh presiden parti sebelum mahkamah bersidang membincangkan kesnya dulu? Bagaimana pula dengan segala bukti yang dikatakan dipegang dan disimpan oleh Mahathir untuk menghukum Anwar itu? Bukankah bukti itu perlu didedahkan oleh Mahathir sendiri di mahkamah yang sudah lama mengeluarkan sapina kepadanya?

Fakta politik yang kita bincangkan di atas adalah laksana bunyi gendang yang dipalu di angkasa. Ia datangnya daripada guntur yang bergendang secara berlari-lari sebelum menghasilkan kilat yang datang memancar dengan tajamnya ke atas bumi.

Demikianlah perjalanan UMNO masakini menjelang mesyuarat setiap bahagian yang dijadualkan bersidang sehingga 2 April 2000 ini. Buat masa ini kita sudah dapat membaca pencalonan nama Rafidah menentang Siti Zaharah. Kita diberitahu juga akan pencalonan Tengku Razaleigh menentang Abdullah Badawi. Belum ada pencalonan nama Tengku Razaleigh menentang Mahathir.

Sebahagian besar ahli akar umbi sudah pun sedar betapa pentingnya mereka berkorban untuk menjamin masa depan UMNO. Kini, ramai yang sudah patah hati dengan kepimpinan parti. Tetapi, apa yang boleh mereka lakukan kerana kuasa memilih pucuk pimpinan sudah pun diamanahkan kepada para perwakilan. Apakah amanah itu akan dipegang dengan taat setianya. Ataupun apakah kemungkinannya amanah itu disalah-gunakan disebabkan sogokan wang oleh pihak tertentu yang rakuskan kuasa?

Marhaintua@Hotmail.com
5 Mac 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com