Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sakit Belakang Sebabkan Orang Depan Celupar

Sakit Belakang Sebabkan Orang Depan Celupar
(MGG Pillai: Back problem sees frontbencher in top form)

Ada sesuatu yang ganjil berlaku di Parlimen dua hari dulu. Seorang menteri kabinet telah membuat kenyataan penuh mengenai isu panas dan menjawab 30 soalan untuk memuaskan yang bertanya. Selalunya kerja-kerja itu diserahkan kepada timbalan menteri dan setiausaha parlimen dan kalau adapun soalan susulan ia dibenarkan untuk memuja-muja atau dikira tidak relevan sahaja.

Inilah dia buktinya, kalaulah bukti itu diperlukan, apabila wujudnya pembangkang yang aktif, seperti yang ada, pihak kerajaan terpaksa berwaspada, dan terpaksa mendedahkan lebih banyak maklumat yang diingininya.Tidak kiralah apa yang keluar daripada mulut menteri kesihatan itu berupa cerita pembohongan semata-mata. Tidak kisah jugalah kalau apa yang dicakapkan mengenai penyakit mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim, itu sesuatu yang menyakitkan hati. Yang lebih penting dia telah membuka mulutnya.

Kepentingan diri memang merupakan mainan politik dalam perkara ini. Penyakit belakang Anwar itu sudah menjadi isu politik sahaja, bukan lagi soal pembedahan ataupun perubatan. Ia sudah menjadi satu ujian ketahanan antara beliau dan kerajaan mengenai tempatnya di mana pembedahan untuk mengubati kesakitan yang menghantuinya itu terpaksa dipilih. Kerajaan mahukan pembedahan itu dibuat di negara ini, Anwar memilih Munich. Tetapi kerajaan telah mencemar keadaan apabila persepsi awam sekarang ini merumuskan kerajaan bersikap pendendam, remeh dan tidak mengenal belas kasihan.

Itu sebabnya Chua cuba membetulkan keadaan dengan bercakap panjang lebar dan membuka mulutnya lebih dari orang lain di bangku depan dewan parlimen. Dia telah berbohong mengenai orang (doktor pakar) yang ditunjukkan oleh Anwar untuk membedah beliau, betapa orang itu bukannya seorang pakar yang dicanangkannya. Malahan Chua berkata doktor itu tidakpun mempunyai kelulusan hebat dan kertas kajian yang diterbitkan di majalaah perubatan.

Keadaan Mencelaru

Sudah tentu Chua tidak menyelidik di laman internet dan membuka klinik pakar di Munich. Di situ dia boleh mendapatkan maklumat yang diperlukannya, termasuk segala kertas kajian yang dierbitkan: satu muka penuh maklumat itu semuanya. Chua telah mengenepikan segala maklumat itu sambil memperlekehkan Dr. Thomas Hoogland. Perkara semacam ini memang dijangkakan daripada Chua dan juga kerajaannya. Yang paling memeningkan sekarang ialah masalah kesihatan Anwar.

Kalau begitu keadaannya, ia membuka satu lembaran baru yang menggamit penelitian parlimen. Kali terakhir berlakunya keterbukaan di Dewan Rakyat ialah pada 1960-an dulu, ketika pembangkang Front Sosialis menjadi penyanggah kerajaan walaupuan ada ahli parlimen parti itu yang pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Orang yang menjadi ketua pembangkang ketika itu ialah Tan Sri Dr. Tan Chee Khoon, yang memang pintar untuk mencungkil jawapan daripada ahli kabinet yang memang menghormatinya di Dewan Rakyat itu. Ketika dia membuka hospitalnya pada 1970-an dulu, orang yang mengisytiharkan pembukaan hospital itu ialah perdana menteri, Abdul Razak Hussein.

Kini sudah wujud satu barisan pembangkang yang aktif seperti yang terdapat di zaman Tan Chee Koon dulu. Ketika itu, seorang Perdana Menteri Melayu berlawan dengan seorang Cina yang menjadi ketua pembangkang. Kini, perdana menteri Melayu (malbari) bertentangan pula dengan ketua pembangkang Melayu. Perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad kini bertentangan dengan ketua pembangkang Fadzil Noor. Seandainya berlaku perubahan suasana, pertukaran peranan itu akan terjadi juga.

Dunia orang Melayu sedang mencelaru. Yang menyebabkannya begitu bermula dari waktu Mahathir mengaibkan Anwar. Itulah yang menjadi masalah kepada Chua, mendorongkannya bersikap celupar. Cara dia memutarbelitkan keadaan memang sudah dapat dijangka. Peraturan parlimen sudah menjadi satu hukum yang terasing kepada kerajaan Barisan Nasional sedangkan perkara itu tidak pula dirasakan oleh pihak pembangkang.

Pembangkang sepatutnya membiarkan dia begitu tanpa menggodamnya dan mempertikaikan sama ada dia berbohong atau pun tidak. Nasi sudah pun menjadi bubur. Gelagat Chua itu adalah satu amaran kepada rakan sejawatnya yang lain betapa mereka perlu menirunya setiap kali kenyataan kerajaan diperlukan. Mereka juga terpaksa memberikan jawapan yang memuaskan kepada para ahli parlimen, walaupun Tuan Speaker menyatakan mereka tidak perlu menjawabnya, kerana tabiat memperlekehkan soalan itu akan dibesar-besarkan untuk jadi bahan cemuhan di luar dewan.

Tukang Cop Pengesahan

Selama ini Parlimen dianggap sebagai tukang cop pengesahan (rubber stamp) sahaja. Ahli parlimen (MPs) selalu sangat diberikan Rang-undang-undang, termasuk pindaan perlembagaan, untuk dikaji sebelum didebatkan. Terlalu kerap sangat pengedaran itu dilakukan hanya beberapa jam sebelum perdebatan dan diluluskan tergesa-gesa kerana kesuntukan masa. Pembangkang tidak mempunyai suara ramai untuk menarik perhatian kepada pandangan mereka, membuatkan kerajaan mudah mengkotak-katikkan kewujudan mereka semua. Kerana itu Mahathir berani mengumumkan pekej kewangan bernilai RM 3 bilion di satu sidang akhbar sedangkan Dewan Rakyat itu sedang bersidang, dan enggan pula mendebatkan perkara itu dalam dewan.

Penyakit belakang Anwar sudah merobah keadaan dan mendesak berlakunya perubahan itu. Belum pun lama Mahathir menyebut akan keengganan kerajaan melayan masalah kesakitan Anwar itu, Chua sudahpun mengeluarkan kenyataan yang menyeluruh. Tentu ada sebab kenapa berlakunya perubahan ini. Secara tidak langsung, Anwar sudah menjadi satu batu hambatan yang menyekat kerajaan bernafas lega. Ura-ura perundingan perpaduan Melayu sedang terbantut kerana UMNO menyisihkan dia dan partinya, Keadilan daripada ikut serta, dan UMNO berura-ura merapatkan hubungan dengan PAS. Tetapi yang menjadi tumpuan fikiran orang Melayu sekarang ialah bukannya masalah politik tetapi perpaduan budaya.

Dulu, UMNO yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional menentukan masadepan orang Melayu dari segi politiknya dan wawasan budayanya. Ketika Chua bercakap panjang mengenai masalah penyakit Anwar, dia telah menaikkan martabat Fadhil Nor dan bukannya martabat Mahathir yang sudah lama menjunam. Inilah dia hakikatnya yang diperbesarkan oleh Chua tanpa kesedarannya. Inilah kisahnya apabila terjalin satu konfrontasi budaya yang paling penting antara dua manusia politik Melayu. Dalam hal ini Mahathir yang sudahpun menjelirkan lidahnya.

-MGG Pillai-
Khamis 14 April, 2001

..........................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com